Pahang Daily Online |
- Panas: Sokongan Hambar Rakyat Di Taman Gelora Hari Ini, Buktikan Populariti Najib Kian Merudum
- Sorotan Seminggu Siri I: Sidang Media PAS Pekan
- Panas: Nadir Bumi Mahu Di Jadi Kajian Universiti, Penduduk Cabar Profesor Buat Rumah Di Gebeng!
- Hudud: DAP Tetap Bersama PAS Dalam Pakatan !
- Tindakan "Ganas" Di Bersih 3.0, Benarkah Mereka Anggota Polis Atau Pun "Samseng Upahan" UMNO!
- Polis Tidak Patut Tembak Gas Di Kawasan Awam
Panas: Sokongan Hambar Rakyat Di Taman Gelora Hari Ini, Buktikan Populariti Najib Kian Merudum Posted: 06 May 2012 05:10 AM PDT KUANTAN, 6 Mei - Orang ramai yang hadir ke program "Bersantai Di Taman Gelora Bersama YAB Perdana Menteri" di Taman Gelora dekat sini pagi tadi kecewa dengan sambutan orang ramai terhadap program tersebut. Program yang bermula jam 9.15 pagi itu hanya dipenuhi dengan para pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dikerah hadir untuk meramaikan hadirin yang hadir, namun ianya masih gagal membuktikan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak (foto) itu telah mendapat sokongan padu dikalangan rakyat menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Tinjauan krew PDO ke lokasi itu pagi tadi mendapati kehadiran orang ramai amatlah hambar dan memalukan Perdana Menteri sebenarnya. Malah, ketika beliau berucap pun hanya kerusi kosong yang memenuhi setiap ruang dibawah kanopi yang disediakan. "Mujurlah ada budak-budak PLKN, kalau tidak sudah pasti Najib akan mendapat malu yang lebih besar. Sepatutnya kehadiran seorang Perdana Menteri wajar disambut dengan ribuan rakyat.. Namun ini tidak berlaku kepada Najib. Mungkin ramai yang kecewa dengan tindakan kerajaan dalam menangani para peserta Bersih 3.0 di Kuala Lumpur baru-baru ini agaknya", kata seorang pengunjung. Tambah malang lagi, majlis yang diadakan sempena program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Malaysia 2012 itu juga turut diserikan dengan hujan lebat dan angin kencang di tapak berkenaan. Ini menyebabkan orang ramai semakin kelam kabut dan air bertakung di sana sini menyebabkan majlis menjadi kucar kacir. Segala aktiviti yang dirancang termasuk sukaneka dan expo jualan semuanya tidak menjadi akibat hujan lebat yang mencurah-curah membasahi kawasan itu. Turut hadir dalam majlis pagi tadi ialah MB Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob, barisan exconya dan lain-lain kenamaan. PM sedang menyampaikan ucapan kepada sebahagian mereka yang hadir Hambar, mujurlah adanya pelatih PLKN yang dipaksa hadir ke program itu Hujan lebat, air bertakung di sana sini iringi program PM di Taman Gelora Gerai jualan dekat tapak expo juga tunggang langgang dibuatnya akibat hujan [Sungguh memalukan melihat senario yang berlaku ini. Sering saja kehadiran Najib dalam mana-mana acara keramaian seperti ini di Kuantan akan disambut dengan hujan lebat dan ribut. Sebelum ini kejadian yang sama melanda tapak Hari Koperasi Negara di Padang MPK2 pada tahun lalu. Semua ini mungkin ada hikmahnya. Namun, ia jelas mengganggu kelancaran program yang dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia itu. Jika di Himpunan Bersih 3.0 baru-baru ini para peserta dihujani dengan air "water canon" dan "gas pemedih mata". Kini program Najib di Kuantan dihujani dengan "hujan lebat" linangan air mata rakyat ketika mereka dibelasah oleh pihak polis di Bersih 3.0 itu dulu. Kini bagai sudah ditakdirkan, program Najib tidak menjadi dan hambar. Hanya beberapa kerat kakitangan kerajaan yang dipaksa hadir dan penyokong UMNO BN yang kelihatan. Sepatutnya, kehadiran adalah lebih besar daripada apa yang dijangkakan, tambahan pula ia melibatkan program Najib itu sendiri]. |
Sorotan Seminggu Siri I: Sidang Media PAS Pekan Posted: 06 May 2012 01:10 AM PDT |
Panas: Nadir Bumi Mahu Di Jadi Kajian Universiti, Penduduk Cabar Profesor Buat Rumah Di Gebeng! Posted: 06 May 2012 02:37 AM PDT KUANTAN, 6 Mei - Kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Akademi Sains Malaysia (ASM), Prof Datuk Ahmad Zaidee Laidin (foto) bahawa universiti tempatan akan memperoleh manfaat dari segi penyelidikan nadir bumi jika kilang pemprosesan nadir bumi milik Syarikat Lynas Corporation Ltd beroperasi dibantah oleh ramai pihak hari ini. Malah, ramai dikalangan mereka yang marah dan kecewa dengan kenyataan tokoh akademik itu. Semalam, Ahmad Zaidee berkata penyelidikan di peringkat universiti tempatan akan dapat tempias kesan pembinaan kilang nadir bumi itu di Gebeng, Pahang dengan mengkaji hasil nadir bumi yang diproses dan yang terdapat di negara ini. Malah, menurutnya penyelidikan di negara ini dijangka akan lebih drastik dengan adanya kilang itu nanti di mana ia sudah pasti menarik minat pihak universiti tempatan dalam mengkaji sumber nadir bumi seperti yang dilakukan di negara luar. Beliau turut menegaskan kebanyakkan negara luar begitu tertarik dengan sumber nadir bumi kini seperti yang negara kita ada sekarang dan rugilah jika kita tidak menggunakan hasil ini dengan cara yang betul dan terkawal. Ahmad Zaidee turut berpendapat kilang nadir bumi di Gebeng itu boleh dilihat sebagai sebuah kilang yang selamat persekitaran proses dan kerjanya menepati apa yang telah diperuntukkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). Mengulas mengenai kebimbangan orang ramai tentang kemungkinan pencemaran radiasi dari kilang itu, beliau berkata bahan yang dibawa dan diproses oleh Lynas adalah sumber yang mana tahap radiasinya adalah paling rendah. Susulan kenyataan itu, ramai yang menghubungi PDO untuk mengutuk sekeras-kerasnya dakwaan tersebut. "Kami bukan tikus makmal yang mahu dijadikan ujikaji. Faktor keselamatan yang didakwa tidak kena pada tempatnya kerana Lynas membina kilang memproses nadir bumi dalam jarak hanya sekitar 5km daripada penempatan penduduk. Jika di China, jaraknya sekitar 500km dan jauh dari penempatan penduduk .. maka bolehlah dikatakan selamat. Kami tentang sekeras-kerasnya kenyataan profesor terbabit. Kami yang akan hadapi semua ini.. dia boleh bercakap apa saja... sebab dia tidak duduk di sini.. Kami cabar profesor terbabit bina rumah di sekitar Gebeng, Balok dan yang berdekatan jika benar mahu membuat kajian nadir bumi. Dia tahu ke .. nadir bumi untuk apa dan apa yang akan terhasil..sisa buangan.. untuk apa kaji sisa buangan!", kata beberapa orang penduduk Balok yang ditemui pagi tadi. [Kenyataan Profesor Datuk Zaidee Laidin ini tidak lebih melainkan untuk mengampu semata-mata. Malah, ketika awal-awal Lynas dibawa masuk ke Pahang dulu ada maklumat pihak tertentu dari kilang terbabit telah berjumpa dengan orang penting di Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan mahu universiti terbabit mengeluarkan surat sokongan berkaitan. Namun, ia ditolak oleh pihak UMP kerana menyedari kemasukan Lynas jelas bertentangan dengan amalan biasa. Banyak prosedur dilanggar seperti di Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang kemudiannya Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan banyak lagi. Mereka masuk secara halus dan walau pun laporannya negatif tetapi jabatan berkenaan dipaksa mempercepatkan laporan dan kelulusan. Soalnya, siapakah yang berkuasa terhadap jabatan-jabatan terbabit?. Sebab itu, rakyat keliru dan Lynas sendiri tidak tahu ke mana mereka mahu menghantar sisa buangan nadir bumi yang dihasilkan oleh kilang tersebut. Apapun, segalanya sudah terlambat. Pihak-pihak berkenaan sudah melakukan tindakan untuk membolehkan Lynas tetap akan beroperasi walau pun banyak prosedur telah dilanggar oleh mereka]. |
Hudud: DAP Tetap Bersama PAS Dalam Pakatan ! Posted: 05 May 2012 06:46 PM PDT |
Tindakan "Ganas" Di Bersih 3.0, Benarkah Mereka Anggota Polis Atau Pun "Samseng Upahan" UMNO! Posted: 05 May 2012 06:13 PM PDT Orang ramai yang hadir ke Perhimpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur baru-baru ini terkejut dan masih trauma dengan tindakan drastik anggota polis yang menyerang mereka umpama penjenayah pada hari tersebut. Senario yang berlaku menggambarkan kepada kita kejadian yang sama berlaku kepada rakyat Palestin ketika berhadapan dengan tentera Israel di Tel Aviv sejak sekian lama. Mereka kini tertanya-tanya, apakah benar yang bertindak ganas terhadap peserta Bersih 3.0 itu adalah anggota polis atau pun pihak lain yang diupah oleh puak UMNO BN agaknya?. Ini kerana terdapat laporan sulit mengatakan, majoriti polis yang bertindak ganas terhadap peserta itu adalah "polis part time" yang telah diupah dan dilatih untuk bertindak serupa itu ketika berhadapan dengan peserta Bersih 3.0. Umum masih ingat sebelum kejadian ini dulu, sememangnya insiden keganasan "ala samseng" telah berlaku dalam banyak ceramah umum dan program pembangkang di negara ini. Ceramah pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat telah dikacau ganggu dengan dasyat oleh pihak mereka yang dikenali sebagai kumpulan "berbaju hitam". Malah sebelum Bersih 3.0 juga, tindakan yang sama telah dilakukan oleh kumpulan terbabit terhadap mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka. Tindakan samseng tersebut dibiarkan saja oleh pihak polis, walau pun para mahasiswa menjerit-jerit meminta pertolongan dari mereka. Senario ini membuktikan, polis seolah-olah akur dan memberi lesen kepada kumpulan samseng berkenaan untuk membuat tindakan tanpa ada sebarang halangan. Justeru, ada laporan mengatakan sebahagian besar anggota polis yang mengganas pada perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini adalah terdiri daripada kumpulan terbabit itu agaknya. Jika Polis, Kenapa 'Tidak Ikut Displin' Di Unifrom Bukti yang jelas menunjukkan, majoriti polis berbaju biru gelap yang mengejar, menangkap serta membelasah para peserta pada hari tersebut tidak mempunyai "nombor siri polis" dan "tag nama" pada uniform masing-masing. Soalnya kenapa mereka tidak memakai nombor siri polis pada baju, sedangkan biasanya kita lihat polis perlu berdisplin ketika bertugas. Malah, mereka wajib berpakaian lengkap untuk memudahkan pihak atasan mengenali pegawai bawahan jika berlaku sebarang insiden yang tidak diingin. Soalnya kenapa mereka tidak memaikan nombor siri tersebut. Jika di Bersih 2.0 pada Julai 2011 dulu, memang benar ramai anggota polis tidak memakai nombor bagi mengelakkan mereka di saman oleh orang awam. Malah, seramai 57 ahli PAS gagal mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana tidak mencatatkan nama dan nombor keahlian polis yang menangkap mereka dalam himpunan aman Bersih 2.0 dulu. Kegagalan mereka berbuat demikian kerana sebahagian daripada polis yang menangkap mereka itu hanya meletakkan nama, tetapi tidak meletakkan nombor keahlian polis pada uniform yang dipakai oleh mereka ketika melakukan tangkapan terhadap orang awam pada hari itu. Namun, di Bersih 3.0 senarionya jauh lebih dasyat apabila polis yang bertugas bukan sahaja tiada nombor siri, malahan juga tiada tag nama pada uniform masing-masing. Soalnya sekarang, apakah mereka semua ini benar-benar anggota polis atau "samseng upahan UMNO" yang diberi lesen untuk bertindak ganas kepada para peserta terbabit agaknya?. Inilah yang kelirukan orang ramai terutamanya mereka yang dibelasah teruk hari itu. Majoriti polis yang bertindak ganas itu tidak punyai tag nama pada uniform Apa yang lebih mengelirukan, kenapa ada anggota polis yang mempunyai "tag nama" seperti gambar di bawah. Kenapa pula ramai yang tiada?. Ini membuktikan kepada kita bahawa bukan semua polis yang bertindak ganas itu adalah polis. Majoritinya adalah pihak luar yang diberi lesen untuk bertindak ganas terhadap para peserta Bersih 3.0. Apakah mereka juga kumpulan yang sama menyerang mahasiswa dan juga ceramah-ceramah pembangkang sebelum ini agaknya?. Inilah satu persoalan yang kini bermain di fikiran rakyat. Mereka hairan dengan tindakan pihak polis yang begitu ganas dari kebiasaannya pada hari itu. Inilah yang difikirkan!. Bukti, ada polis yang punyai "tag nama" dan berjaya dikesan identiti mereka Jika mereka benar-benar polis, pasti tidak tergamak membelasah sedemikian rupa. Masih kita ingat di Bersih 2.0, dimana anggota polis hanya mengejar, menangkap dan menahan para peserta tanpa membelasah teruk melainkan yang melawan dan membuat provokasi sahaja. Malah, seorang polis ditugaskan mengejar dan menangkap seorang peserta sahaja. Namun, di Bersih 3.0 senario amat jauh sekali berbeza. Polis membelasah peserta secara terbuka dikhalayak ramai tanpa mengambilkira ada pihak yang merakamkan adengan tersebut. Bukankah selama ini, jika pun polis mahu membelasah penjenayah maka mereka akan lakukan didalam bilik gelap yang tertutup. Tetapi ia bertujuan untuk mendapatkan apa-apa maklumat dan bukan membelasah sesuka hati tanpa belas kasihan. Namun, apa yang berlaku di Perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini jelas sekali bercanggah dengan undang-undang dan peraturan jabatan polis itu sendiri. Kenapa Polis Guna "Buku Lima" Belasah Peserta Jika pun peserta Bersih 3.0 itu dikatakan bersalah, mungkin kerana mereka dituduh serta perhimpunan haram oleh pihak polis. Namun, mereka yang ditangkap dan dibelasah itu bukanlah masuk ke dalam Dataran Merdeka. Maka, kenapa perlu mereka dibelasah sedemikian rupa. Bukan seorang atau dua orang polis bertindak, malah berpuluh-puluh orang hingga menyebabkan ramai yang mengalami kecederaan parah dan ada juga yang dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari kejadian. Tambah mengejutkan ada diantara mereka yang dibenarkan menggunakan "buku lima" ketika membelasah para peserta. Bukankah ini menyalahi undang-undang polis itu sendiri?. Kenapa ia berlaku?. Apakah peserta itu adalah penjenayah yang amat dikehendaki agaknya. Mereka datang tanpa senjata dan mereka hanya mahu ke Dataran Merdeka untuk "Duduk Bantah" bagi memprotes amalan pilihanraya di Malaysia agar ia kembali adil dan saksama untuk seluruh rakyat. Maka, apakah kewajaran pihak polis memperlakukan sedemikian rupa terhadap mereka. Bukan sahaja yang muda malah yang tua termasuk wanita juga ada yang dibelasah. Tanpa belas ehsan dan tanpa timbang rasa mereka dihenyak, dihentak, diterajang serta diperlakukan seperti binatang oleh pihak polis pada hari itu. Tambah mengejutkan, anggota polis trafik yang selama ini berhemah ketika bertugas juga sudah mengganas. Mereka juga turut membelasah, malah ada yang menghalakan senjata api kepada orang awam. Apakah ini budaya "samseng" yang mahu ditanamkan kepada anggota polis agar menjadikan rakyat sebagai musuh mereka?. Inilah kemusykilan yang membelenggu rakyat Malaysia sekarang. Bukti, polis yang juga ahli BN ini tiada tag nama, no.siri dan guna buku lima Malah, apa yang lebih mengejutkan lagi ada sebahagian anggota polis terbabit dipercayai merupakan orang kuat UMNO BN sebenarnya(foto). Maknanya, pihak polis bukan bertugas untuk menjaga keselamatan negara tetapi tidak mahu rakyat mengancam keselamatan BN sebenarnya. Apakah rakyat boleh percaya pilihanraya dapat dijalankan dengan adil dan saksama kali ini. Jika ramai anggota polis itu kini adalah anggota sekutu BN. Lantaran itulah kita tidak hairan mereka mengamuk sakan dan menjadikan rakyat terutamanya bagi mereka yang menyokong parti pembangkang sebagai mangsa mereka. Apakah fenomena ini harus dibiar begitu sahaja?. [Persoalannya sekarang, apakah selesai dan pengaruh kerajaan UMNO BN meningkat dengan tindakan yang tidak berperikemanusiaan sebegini agaknya?. Kenapa perlu bertindak terlalu ganas, sedangkan rakyat yang hadir ke Bersih 3.0 hanyalah datang untuk berhimpun secara aman. Jika pun mereka bersalah dan langgar perintah mahkamah, mungkin jika mereka masuk ke Dataran Merdeka. Namun, kenapa polis bertindak zalim mengejar dan membelasah para peserta yang berada di lokasi lain dengan sewenang-wenangnya. Malah, lebih memeritkan apabila mereka juga tergamak membelasah peserta dalam kawasan masjid ketika azan sedang berkumandang. Senario ini amat memalukan dan jelas sekali menggambarkan mereka bukan anggota polis sebenarnya. Polis mempunyai displin dan tidak melakukan tindakan sewenang-wenangnya begitu. Hanya mereka yang berlagak samseng sahaja yang tergamak melakukan perbuatan sedemikan rupa terhadap rakyat yang tidak berdosa. Tidak perlu memerangi rakyat, sedangkan ramai ibu bapa, ahli keluarga dan saudara mara anggota polis terbabit juga menyokong pembangkang sebenarnya. Tergamak mereka lakukan keganasan seperti ini, hanya untuk melempiaskan hawa nafsu pemerintah yang takut kehilangan kuasa. Oleh itu, lakukanlah perubahan dan pastikan UMNO BN tumbang pada PRU-13 ini untuk memberi laluan kepada Pakatan Rakyat pulihkan kembali integriti polis di negara ini. Lakukan perubahan demi masa depan negara Malaysia]. |
Polis Tidak Patut Tembak Gas Di Kawasan Awam Posted: 05 May 2012 04:11 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online :: PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment