Pahang Daily Online |
- Azmin: PKR Sedia Menjalinkan Kerjasama Politik Dengan Parti Baru Pimpinan Kadir Sheikh Fadzir
- Muzakarah: Mufti Pahang Senada Dengan Tan Sri Harussani Yang UMNO PAS Perlu Kerap Bertemu !
- Panas: Video "Disko Hari Belia Negara" Tersebar, Terbukti Najib Mahu Jauhkan Belia Dari Agama !
- Sensasi: Seramai 200 Orang Peniaga Serta Penjaja Jalan Chow Kit 'Serahkan Borang' Menyertai PAS !
| Azmin: PKR Sedia Menjalinkan Kerjasama Politik Dengan Parti Baru Pimpinan Kadir Sheikh Fadzir Posted: 30 May 2012 09:47 AM PDT
|
| Muzakarah: Mufti Pahang Senada Dengan Tan Sri Harussani Yang UMNO PAS Perlu Kerap Bertemu ! Posted: 30 May 2012 09:22 AM PDT KUANTAN, 30 Mei - Pertemuan dan perjumpaan (muzakarah) antara UMNO dan PAS perlu kerap diadakan untuk kepentingan umat Islam di negara ini selain dapat merapatkan jurang antara kedua-dua pihak. Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman (foto) berkata, beliau turut senada dengan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semalam yang kecewa dengan tindakan PAS mengenakan syarat melampau untuk bermuzakarah dengan UMNO. Abdul Rahman berkata, muzakarah adalah satu tindakan digalakkan dalam agama kerana ia dapat menjelaskan perbezaan yang wujud. "Bukan mudah muzakarah dapat dilakukan dan kalau direalisasikan, ia dapat memberikan manfaat kepada umat Islam," katanya. Sebelum itu, beliau pernah menyifatkan permintaan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bermuzakarah adalah pelik kerana mengenakan dua syarat iaitu tukar dasar kebangsaan dan UMNO perlu menerima pakatan pembangkang. Menurutnya, kedua-dua pihak tanpa mengira parti perlu memikirkan kepentingan ummah dan agama, bukan matlamat kepartian. Malah harus duduk semeja serta mengetepikan ideologi politik. sumber[Kenyataan Mufti Pahang ini tidak merujuk kepada keputusan yang telah dibuat oleh PAS sendiri sebenarnya. Bukankah, Presiden dan Mursyidul Am PAS sudah sebulat suara tidak akan bermuzakarah dengan UMNO sebelum ini. Malah, keputusan itu sudah pun dihebahkan oleh media arus perdana sendiri. Maka, kenapa Mufti Pahang ini masih beriya-iya benar mahu muzakarah diadakan?. Apakah beliau cuba untuk mengalih pandangan rakyat bahawa bermuzakarah itu adalah sesuatu yang wajib dilakukan sebelum pilihanraya umum ke-13 tidak lama lagi. Justeru, beliau sepatutnya tidak terus memainkan isu ini kerana ia sudah muktamad dan PAS sudah menolak cadangan tersebut. Kenapa dia masih terus berbunyi?]. |
| Panas: Video "Disko Hari Belia Negara" Tersebar, Terbukti Najib Mahu Jauhkan Belia Dari Agama ! Posted: 29 May 2012 11:15 AM PDT [Apa sudah jadi dengan UMNO agaknya. Ke mana arah dan hala tuju belia yang mahu dibawa oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak?. Ternyata, Himpunan 2 Juta Beliau sempena Hari Beliau Negara 2012 di Bukit Jalil baru-baru ini lebih dasyat daripada apa yang telah kita gambarkan. Video panas berkenaan "disko hari belia" yang tersebar ini membuktikan dengan jelas kepada kita bahawa kerajaan UMNO BN yang ada sekarang sengaja mahu menjauhkan anak-anak muda dari agama. Mereka sengaja mengadakan program maksiat yang menjurus ke arah pergaulan bebas lelaki perempuan yang sungguh membimbangkan. Hiburan dikatakan untuk mendidik rohani para belia, maka program agama bersama Ustaz Azhar Idrus terpaksa dibatalkan untuk digantikan dengan hiburan demi hiburan. Lebih teruk lagi apabila kumpulan K-Pop yang menampilkan gaya seksi itu juga diundang untuk membuat persembahan. Tidak cukup dengan itu turut diadakan Battle Of The Band serta lain-lain acara hiburan yang cukup melalaikan. Dengan terdedahnya video ini, maka terbukti kini UMNO BN memang mahu menjauhkan diri anak-anak muda daripada agama Islam. Justeru, apakah kita rela membenarkan anak-anak kita hidup di dalam dunia khayalan seperti ini?]. |
| Sensasi: Seramai 200 Orang Peniaga Serta Penjaja Jalan Chow Kit 'Serahkan Borang' Menyertai PAS ! Posted: 29 May 2012 11:15 AM PDT [Dalam keghairahan kerajaan UMNO BN menerusi NGO mereka memainkan isu para peniaga di Jalan Tunku Abd Rahman (TAR) dan sekitar ibu negara mengalami kerugian jutaan ringgit gara-gara terjejas akibat penganjuran Himpunan Bersih 3.0 baru-baru ini, kini dikejutkan dengan berita 200 peniaga dan penjaja di Jalan Chow Kit menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS) semalam (29 Mei). Difahamkan, satu majlis penyerahan borang telah dilakukan kepada Presiden PAS, Tuan Guru Hj.Abd Hadi Awang. Paling menarik, turut bersama dalam program berkenaan ialah pendakwah agama terkenal Ustaz Azhar Idrus. Dengan senario terkini ini, maka ia membuktikan dakwaan kononnya para peniaga mengalami kerugian akihat Bersih 3.0 serta menolak Pakatan Rakyat meleset sama sekali. Apa yang pasti, perniagaan mereka dipaksa tutup oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sendiri. Kerugian adalah sandiwara kerajaan sebenarnya]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online :: PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

No comments:
Post a Comment