"tukanglawan" |
- Proton Preve Hacthback Pulak
- Lembu NFC Pun Takut Lapor Kesalahan Menteri
- JPJ Buat Duit, Nizar Kene Hentam
- Kes Kapal Selam, Najib Tak Boleh Tidur Malam ni
- Isu Syria, Kerajaan Tak Sensitif, Lambat Bertindak
- Orang kuat Umno Ditempelak Oleh Artis
- Skim Rumah Najib Gagal
Posted: 30 May 2012 11:49 AM PDT Jika sebelum ini Proton Preve dilancarkan dan mendapat pelbagai komen, sekarang ni ada rumours baru mengenai kereta Proton Preve versi Hatchback pulak. Masih belum ada apa-apa maklumat apakah model ini akan dilancarkan dalam masa terdekat atau tidak. Tapi model ini nampak pada pengamatan "tukanglawan" lebih kemas dan menarik berbanding versi sedan. Jom lihat gambar Preve versi Hatchtback. Ok, kalau model yang ini keluar "tukanglawan" minat, sebab nampak lebih cantik dari versi sedan, cuma harap power window tak buat hal sudahla. Sila like jika suka artikel ini, dan tekan send ke rakan anda untuk kongsi NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . |
Lembu NFC Pun Takut Lapor Kesalahan Menteri Posted: 30 May 2012 10:58 AM PDT Lembu pada zaman umno telah ditransformasi untuk tinggal dalam kondo mewah dan naik kerete mercedes, perkara itu didedahkan oleh Rafizi Ramli satu ketika dulu. Kalau tidak kerana Pengarah strategik PKR itu pecah rahsia si keluarga menteri, maka agaknya tak akan ada siapa yang tahu penganiayaan keluarga menteri terhadap lembu-lembu NFC tersebut. Kesian lembu-lembu itu, sudahlah dipaksa tinggal dalam kondo mewah, walaupun padang ragut disediakan, mengapa padang ragut itu jauh di putrajaya. nasib ada mercedes mewah disediakan keluarga si menteri untuk lembu itu berulang alik dari one menerung bangsar ke presint 10 putrajaya. itu pun terpaksa berhimpit-himpit dalam kereta berharga RM600,000.00 itu. Rakyat Malaysia seharusnya berterima Kasih kepada Rafizi, kerana Rafizi la Rakyat tahu nasib malang yang menimpa lembu-lembu itu. Tapi agak tidak berapa logik di sebalik tindakan Bank Negara baru -baru ini memanggil Rafizi Ramli, Rafizi yang pecah rahsia bahawa keluarga menteri lembu itu salahguna dana untuk paksa lembu tinggal dalam kondo diarah hadir untuk disoal siasat berhubung dakwaan melakukan kesalahan mengikut Akta Institusi Perbankan dan Kewangan. Itu yang peliknya, mengapa jika kita mahu lapor dan dedah salah guna kuasa pak menteri atau mak menteri kita pula yang perlu disoal siasat, kenapa tak siasat keluarga si menteri yang mendera lembu-lembu itu. Berat benar hukuman yang menanti kita jika dedah maklumat berkaitan kesalahan guna wang dana untuk paksa lembu duduk dalam kondo ini tau, jika disabitkan kesalahan kerana pendedahan berkaitan salah laku keluarga menteri yang sepatutnya rakyat perlu tahu,ia boleh sehingga melibatkan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda tidak melebihi RM3 juta. Wah, kalau begitu, semua orang takutlah lepas ini nak buat laporan atau pendedahan berkaitan dengan keluarga menteri. bukan apa, jika buat laporan penyelewengan seperti contoh paksa lembu tinggal dalam kondo mewah nanti pun boleh kene penjara. Akta ini, akta itu, akta ini untuk benteras salahguna kuasa ke atau untuk takutkan rakyat supaya tak bersuara. Sebab Tranformasi najib la ni, lembu didera mental dan perasaan sehingga terpaksa tinggal dalam kondo mewah, dan sebab transformasi juga menteri dah jadi kebal macam transformer. Buatlah laporan kalau berani, nanti kene penjara tiga tahun, bukan individu yang dilaporkan tapi yang nanti kene penjara ialah individu yang melaporkan. Senang kata, eloklah balai polis dan SPRM ditutup saja, sebab lembu pun tak berani buat laporan, takut didenda RM3 juta nanti. kah..kah..kah Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . |
JPJ Buat Duit, Nizar Kene Hentam Posted: 30 May 2012 06:29 AM PDT NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno Tak habis-habis lagi ke isu no plat WWW1 tu, hari ini sibuklah Polis nak siasat bekas MB Perak yang dulu pun dikatakan menderhaka pada Sultan. Agaknya kalau nama Nizar saja, Umno ni suka kata menderhaka pada sultan, padahal dalam kes perak dulu, kita semua tahu siapa yang buat onar. "tukanglawan" sendiri malas nak main isu no Plat nei, Tak ada kemegahan sebenarnya pakai no plat lawa-lawa ni, sebab "tukanglawan" sendiri pun pernah beli no Plat, itu sekadar kepuasan peribadi, tak lebih dari itu. Tapi kalau dah sampai ratus ribu, korang fikirlah sendiri, "tukanglawan" malas nak ulas.tengok dulu kiri kanan korang, kawan mana yang lepak sama-sama tapi tak makan sebab tak ada duit. cuba kaji dulu kawan-kawan kita yang mana sekarang ni tengah ada masalah kewangan yang besar. Otak "tukanglawan" malas nak buat kira-kira malam nei. RM500,000.00 lebih itu boleh buat apa, boleh gajikan siapa selama tempoh apa. tapi yang jelas, ISLAM TIDAK MENGAJAR KITA MEMBAZIR, ( ada sesiapa nak bantah?) Berbalik pada isu utama, JPJ punya bijak korek duit dengan bida nombor, tak pulak dipersalahkan. ye la, di Malaysia serba boleh ini, Cari duit itu taklah salah, tapi kerana terlalu nak sangat orang seolah-olah berjudi untuk rebut no Plat tu, orang lain yang kene persalah. Kalau ye pun Nizar tak setuju dengan harga dan wang yang dibazirkan untuk beli no tersebut, itu hak beliau, sama juga dengan ramai rakyat lain yang merungut tentang kos beli no plat bukan setakat WWW1, tapi banyak lagi WWW lain. itu hak masingx2, semua bising. Masalahnya bila Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak itu bersuara seperti juga rakyat lain. Sebab nama dia Nizar polis nak siasat. Bukankah Nizar juga menyampaikan apa yang orang lain juga rasa, Nizar juga telah memohon maaf melalui mesej Twitter berbunyi: "Jika ada mana-mana pihak yang tergores hati dengan mesej Twitter itu, saya mohon maaf". Ahbar Sinar Harian pula melaporkan Nizar berkata apa yang dinyatakan dalam laman Twitternya itu tidak bermaksud untuk mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail yang menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000. Tak kisahlah apa pun, Tengku Mahkota Johor pun dah kata itu wang mereka sendiri, tak ambil pun duit rakyat, sekurang-kurangnya dia buat kenyataan, Najib yang membazirkan wang untuk majlis tunang anak dan hari jadi pun tak berani tunjuk bukti dia tak pakai duit rakyat walaupaun resit tu alamat Jabatan Perdana Menteri, padahal najib la kononnya yang sangat wasatiah. Pelik Malaysia ku ini, JPJ yang dapat duit, orang lain yang kene hentam, Kalau la polis nak dakwa nizar konon menghasut, tangkap juga la ribuan lagi rakyat yang dok komplen harga no plat paling mahal dalam sejarah malaysia tu. Nampak sangat Polis ni tak tahu apa-apa, tak baca tweeter ke woi. Jangan la sebab Nizar tu pemimpin Pakatan, laju je nak tangkap, takut esok kat akhirat kita pulak laju je kene humban sebab tak pernah bertindak adil. Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . |
Kes Kapal Selam, Najib Tak Boleh Tidur Malam ni Posted: 30 May 2012 05:37 AM PDT NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno Badan hak asasi manusia, Suaram, mendedahkan bahawa nama seorang individu yang didakwa rapat dengan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin disebut dalam kertas pendakwaan Perancis berhubung dakwaan rasuah dalam pembelian Malaysia dua kapal selam kelas Scorpene berharga RM7.3 bilion pada tahun 2002. Dalam satu sidang akhbar di Bangkok hari ini, Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel berkata polis Perancis telah merampas dokumen termasuk nota untuk menteri pertahanan Perancis bertarikh 2 Julai 1999. Ini berkaitan kepada satu temubual dengan menteri pertahanan Malaysia ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak dan diplomasi Perancis-Malaysia mengenai perkara-perkara berkaitan pertahanan. Sementara itu Peguam Perancis yang mewakili SUARAM, Joseph Brehem yang gagal memasuki Malaysia walaupun telah memohon visa kerja beberapa minggu lalu. dalam satu sidang media terbaru di Kelab Wartawan Asing (International Reportes Club) di Bangkok, Thailand, ketika menerangkan penemuan tersebut menambah, Daim dan bekas perdana menteri, Mahathir menggunakan proksi mereka dalam urusan pembelian kapal selam untuk kepentingan kewangan Umno-APCO yang melibatkan pembiayaan wang pembayar cukai yang sangat banyak iaitu sebanyak EUR2.1 bilion (RM7.3 bilion). Mendedahkan lanjut, Joseph menambah, Dokumen 97 yang dirampas dari pejabat Thales International di Paris, Perancis menunjukkan bahawa Razak Baginda dan Mohd Ibrahim Noor dua adalah individu utama yang dirujuk juga sebagai orang tengah dalam urusan pembelian dan hubungan erat antara Najib Altantuya dan Daim Zainuddin. "Ia seterusnya menyatakan bahawa kedua-duanya mempunyai hubungan politik yang kuat kerana Mohd Ibrahim rapat dengan Daim sementara Abdul Razak rapat dengan Najib." Berhubung dengan isu sama ada Najib Razak dan enam individu lain yang dipohon SUARAM untuk hadir ke mahkamah, Joseph menjelaskan ia sememangnya tidak mustahil untuk memanggil kesemua mereka sebagai saksi perbicaraan, dan sekiranya enggan, mahkamah akan mengeluarkan sapina ke atas mereka. Jika sapina telah dikeluarkan tetapi masih enggan hadir, makan amaran waran tangkap kod merah akan dikeluarkan, iaitu kod tertinggi bagi polis antarabangsa (Interpol) untuk bertindak setelah kesemua prosedur dipatuhi. Nampaknya malam Ini najib tidak mampu tidur lena, Kes kapal selam makin menarik perhatian bukan setakat rakyat, Tapi dunia luar juga sedang mengikuti rapat berita ini. Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . |
Isu Syria, Kerajaan Tak Sensitif, Lambat Bertindak Posted: 30 May 2012 05:05 AM PDT NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno Pimpinan Pakatan Rakyat mendesak Kerajaan Pusat untuk mengambil pendirian tegas terhadap serangan kejam ke atas orang awam di Syria dengan mengusir duta Syria dan memanggil balik Duta Besar Malaysia dari negara Timur Tengah itu. Dalam kenyataan media bersama, pemimpin tersebut menggesa Menteri Luar Negari, Datuk Seri Anifah Aman supaya mengeluarkan kenyataan dan pendirian mengutuk serangan kejam ke atas orang awam di Syria dengan segera. "Pakatan Rakyat mengecam keras pembunuhan lebih daripada 90 orang awam di Syria Jumaat lepas di mana 32 adalah kanak-kanak di bawah umur 10 tahun. "Kami seterusnya menuntut bahawa kerajaan Syria segera menghentikan penggunaan senjata berat di pusat penempatan penduduk, dan menyeru tentera kerajaan Syria dan militia untuk mematuhi sepenuhnya oleh pelan damai oleh Kofi Annan," kata kenyataan itu. Kenyataan itu dikeluarkan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Setiausaha Antarabangsa DAP, Liew Chin Tong. Dilaporkan bahawa lebih daripada 15,000 orang awam telah terbunuh di Syria dan lebih 1 juta telah melarikan diri dari rumah dan kampung-kampung mereka sejak pemberontakan menentang Presiden Syria Bashar al-Assad. "Selepas 15 bulan keganasan, kami menuntut kerajaan Syria untuk menghentikan keganasan dalam semua bentuk," kata kenyataan itu. Tapi, KERAjaan tak peduli semua itu, Artik K-Pop lebih penting supaya Hisyamuddin keris dan Khairi boleh terkinja-kinja di samping itu KERAjaan akan mempergiatkan usaha melalaikan lebih ramai remaja supaya boleh dilanggar kerata Drag. Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . |
Orang kuat Umno Ditempelak Oleh Artis Posted: 29 May 2012 11:10 PM PDT NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno Kita disajikan dengan dengan berita kemasukkan beberapa artis kedalam umno semalam, antaranya Jamal Abdillah, Amy Search dan Ibnor Riza, tapi tak apalah, sesiapa pun bebas untuk memilih ideologi politik masing-masing. Memilih ideologi politik ini subjektif, ada yang memilih satu-satu parti politik itu berdasarkan pemahaman, ada juga kerana faktor keluarga, Mak bapak umno, jadi tidak menyokong umno itu seolah-olah telah murtad pada fikiran orang yang kolot. Kita harus la juga faham, ada sesetengah artis ini memilih untuk menyokong kerajaan, mungkin kerana terlalu sayangkan periuk nasi mereka, manusia kadangx2 terlupa bahawa rezeki itu urusan ALLAH. jadi tahap kebergantungan kepada pemerintah itu masih tebal. Tapi bagaimana pula artis lain yang telah berhijrah dan menyokong pakatan rakyat, antaranya Bob Lokman, Aishah, Sham Kamikaze, Wardina, Yassin, Man Kadir dan ramai lagi yang menyokong secara senyap, tindakan mereka menentang pemerintah sedia ada ini kadang kala merisikokan diri mereka. Menjadi pak angguk dan pak turut itu sangat mudah, tapi menjadi orang yang berani bersuara menentang ketidakadilan itu sangat payah. "tukanglawan" tertarik dengan tindakan seorang artis lelaki yang menempelak kenyataan seorang orang kuat umno di laman Facebooknya, Agaknya kerana kenyataan tersebut, beliau naik radang dan mempertikaikan sendiri kenyataan orang kuat umno yang dangkal itu. Memang di negara ini, bila artis memilih untuk menyokong pakatan rakyat, dia akan dikecam dan diperlekeh, tapi bila artis masuk umno, dia akan disanjung hebat dan akan diberi keutamaan paling hebat. Tak apalah, umno pun sudah nak mampus, sana sini umno yang memang suka menipu rakyat itu sedang gali kubur sendiri, biarkan mereka terus tunjuk kebodohan mereka. rakyat tersenyum melihat telatah kelam kabut mereka. Artis juga melihat, "umno bukan lagi parti yang membela melayu, umno parti yang menjaja nama melayu untuk terus kaut harta negara untuk anak bini mereka, umno tak mampu menjamin keamanan negara, kerana mereka kini sedang timbulkan huru hara". Malangnya Malaysia kerana rakyat baru kini tersedar umno itu penipu, apa tidaknya umno itu anak emas penjajah. Umno sejak zaman mahathir telah tersasar teruk, sejak zaman mahathir umno memperbodohkan orang melayu, menyemai perasaan umno itu penyelamat mereka, umno itulah yang sangat besar jasa kepada mereka, dan itu masih kuat dipegang oleh mereka yang malas berfikir dan terus hanyut diperbodohkan umno. Tapi nasib baiklah ramai antara artis yang sedar dan tahu rialiti sebenar, mereka tidak lagi bodoh dan jumut, mereka mencari rezeki sebagai artis yang profesional, mereka tahu kerjaya itu periuk nasi mereka, dan mereka ada pendirian sendiri, tidak hanyak ter ikut-ikut dan menyokong satu belah pihak demi sesuap nasi saja. Persoalannya, apakah lebih ramai artis akan ikut jejak Haire Othman yang menyatakan pendirian mereka?, jawapannya sudah tentu ya, kerana mereka sedang memerhati perangai kebudak-budakan umno yang hampir pupus itu. Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . |
Posted: 29 May 2012 09:38 PM PDT NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno PKR menuntut kadar faedah pinjaman perumahan bagi penjawat awam pada tahap empat peratus sekarang diturunkan segera sekurang-kurangnya kepada 2.5 peratus hingga 3.5 peratus sebagai permulaan. Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata pendedahan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) terdapat 60 peratus penjawat awam berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 tidak mampu memiliki rumah sendiri adalah bukti kegagalan kerajaan BN merangka dasar jangka panjang yang boleh menjamin kesejahteraan rakyat. "Dengan pendapatan bulanan kekal di bawah RM3,000 biarpun sudah berpuluh tahun berkhidmat, penjawat awam hanya mampu menyewa atau memiliki rumah kos rendah bertaraf Program Perumahan Rakyat Termiskin memandangkan kenaikan mendadak harga hartanah beberapa tahun kebelakangan ini," kata Izzah dalam kenyataan media. Jelas Izzah, elaun tetap perumahan yang diberi tidak mencukupi kerana kenaikan purata harga rumah di Malaysia pada tahun 2011 berdasarkan Indeks Harga Rumah ialah pada kadar 9.9 peratus di mana kadar kenaikan adalah lebih tinggi di Lembah Kelang, iaitu 12.2 peratus bagi Kuala Lumpur dan 11.3 peratus bagi Selangor. Ini menunjukkan kegagalan skim "My First Home" yang diperkenalkan pada tahun 2011 kerana institusi kewangan tidak mungkin dapat memberikan pinjaman 100 peratus kepada mereka yang bergaji di bawah RM3,000. "Sebagai ilustrasi, pinjaman bagi rumah berharga RM400,000, jika dibayar pada kadar 4.3 peratus selama 30 tahun akan menyebabkan individu tersebut terpaksa membayar sebanyak RM1,780 sebulan, lebih separuh daripada pendapatan seseorang individu bergaji RM3,000 sebulan," kata Izzah. Oleh itu, PKR menggesa agar Sistem Saraan Malaysia (SSM) bagi penjawat awam berpendapatan rendah diperhalusi dengan sistem kenaikan gaji dan elaun yang lebih teratur dan mencerminkan realiti kenaikan harga keperluan asas. Ia sekaligus meningkatkan peluang dan hak mereka untuk memiliki kediaman pada kualiti yang memuaskan. "Yang membimbangkan, sehingga hari ini, kita masih belum mendengar sebarang khabar berita mengenai Suruhanjaya Mengkaji Skim Gaji dan Elaun Penjawat Awam yang dijanjikan oleh Perdana Menteri,Najib Razak pada 8 Mac 2012 lepas," ujar Izzah. Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . |
You are subscribed to email updates from "tukanglawan" To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment