Pahang Daily Online |
- Panas: Haram "Bersih 3.0", Nik Aziz Dakwa Fatwa Yang Di Keluarkan Adalah Bersifat Berat Sebelah
- Radioaktif: Mungkinkah Saya Mangsa Seterusnya
- Panas: Sambutan 'Hambar' Program PM Di Taman Gelora, Cubaan Adnan Malukan Perdana Menteri!
- Panas: Ibu Pejabat PKR Pahang Di Ceroboh Malam Tadi, Penjenayah Larikan Dokumen Penting Parti !
- Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC), Lynas Akan Lawat Kilang Tersebut Di Gebeng Khamis Ini
- Warta Pahang Daripada Pelbagai Sumber Berita !!
| Panas: Haram "Bersih 3.0", Nik Aziz Dakwa Fatwa Yang Di Keluarkan Adalah Bersifat Berat Sebelah Posted: 07 May 2012 08:39 AM PDT
|
| Radioaktif: Mungkinkah Saya Mangsa Seterusnya Posted: 07 May 2012 05:21 AM PDT |
| Panas: Sambutan 'Hambar' Program PM Di Taman Gelora, Cubaan Adnan Malukan Perdana Menteri! Posted: 06 May 2012 09:24 PM PDT ![]() Susulan pendedahan kami berkenaan sambutan hambar yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pahang terhadap program yang melibatkan Perdana Menteri Malaysia di Taman Gelora pagi semalam, maka ramailah yang menuduh kenyataan itu hanyalah fitnah dan spekulasi semata-mata. Namun, dari gambar yang dipaparkan itu membuktikan sebaliknya. Hambar, bukan bermakna tidak ada langsung orang yang datang tetapi ia menunjukkan program itu gagal mendapat sambutan. Mereka yang ramai hadir hanyalah yang dipaksa oleh kerajaan menerusi pekeliling tertentu. Bagi menunjukkan lebih ramai yang hadir maka seperti biasa para pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) digunakan. Adalah lebih elok para pelatih PLKN itu dibenarkan memakai baju "casual" agar tidak nampak sangat mereka pelatih. Namun, akibat kealpaan penganjur maka mereka semua dipaksa memakai baju PLKN yang membuktikan merekalah yang telah meramaikan hadirin yang menyambut Najib Razak pagi semalam. Soalnya, ke mana pergi penyokong UMNO BN yang ramai itu. Mana pergi rakyat yang dikatakan sudah mula menyokong kerajaan?. Semua ini membuktikan rakyat sebenarnya sudah muak dan jemu dengan taktik-taktik kerajaan terutamanya UMNO yang memaksa rakyat hadir termasuk memberi gula-gula kepada mereka. Apapun, sambutan yang diberikan kepada Najib semalam jelas sekali memalukan Kerajaan Negeri Pahang. Mana mungkin, pentadbiran Adnan Yaakob tidak menjemput rakyat untuk hadir berbondong-bondong ke program PM. Justeru, PDO cuba membongkarkan rahsia semua ini bagi bolehkan rakyat Pahang seantero dunia untuk menilainya. Sambutan Hambar, Cubaan Adnan Malukan Najib ![]() Jamaluddin Jarjis dijangka menggugat Adnan sebagai MB selepas PRU ini nasib Adnan di Pahang kini bagaikan telur dihujung tanduk sebenarnya [Apakah fenomena ini benar, hanya Adnan dan orang-orangnya sahaja yang dapat menentukan. Namun, ramai yang tahu hubungan Najib dan Adnan memang tidak berapa rapat seperti yang disangkakan. Mereka hanya rapat ketika berhadapan dengan media. Adnan marah kerana Najib mahu menggugat kedudukan beliau sebagai Menteri Besar. Baginya, beliau masih belum puas untuk memerintah dan memperkayayakan suku-sakat, ahli keluarga dan kronsi-kroninya dengan segala hasil mahsul negeri ini. Lantaran itulah, Adnan masih mahu berada ditampuk kuasa selepas PRU-13. Ada yang mendakwa Adnan akan bertanding di Parlimen Kuantan, Indera Mahkota atau pun Paya Besar pada kali ini. Sementara itu Jamaluddin Jarjis pula akan bertanding di DUN Muadzam Shah menggantikan tempat Maznah Mazlan untuk membolehkan beliau menjadi MB Pahang. Bukti jelas senario ini ialah apabila Najib mengarahkan Setiausaha Politiknya, Suffian Awang (Ketua Pemuda UMNO Kuantan) menjadi "Care Taker" bagi Parlimen Rompin sejak JJ diangkat menjadi Duta Besar ke Amerika Syarikat dulu. Malah, Suffian juga khabarnya akan bertanding di Parlimen Kuantan menentang Fuziah Salleh kali ini. Maknanya Najib sedang mencaturkan orang-orangnya di Pahang, tanpa Adnan sedari. Nantikan pendedahan seterusnya, bagaimana Najib pula cuba malukan Adnan dalam isu Lynas. Apapun Adnan harus sedar, kedudukannya terancam bukan kerana pembangkang tapi UMNO sendiri]. |
| Panas: Ibu Pejabat PKR Pahang Di Ceroboh Malam Tadi, Penjenayah Larikan Dokumen Penting Parti ! Posted: 06 May 2012 06:41 PM PDT KUANTAN, 7 Mei - Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang di Jalan Beserah dekat sini telah diceroboh malam tadi. Perakara itu dilaporkan oleh blog rasmi parti itu pagi ini. Kejadian tersebut disedari oleh Setiausaha Kerja PKR Pahang. Menurut beliau, beberapa dokumen penting, komputer serta peralatan pejabat didapati telah hilang. Malah, turut dirosakkan adalah talian elektrik di seluruh kawasan pejabat berkenaan (diputuskan). "Saya ke pejabat sekitar jam 9.30 malam tadi untuk melakukan tugasan. Setiba di pejabat saya tengok rantai pintu pagar telah diputuskan. Saya percaya penceroboh masuk ke pejabat melalui siling kerana tiada kesan pintu yang dipecahkan", katanya. Beliau percaya perbuatan khianat tersebut telah dirancang oleh pihak yang berkenaan bagi mensabotaj parti menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Malah, kehilangan beberapa dokumen pentong serta komputer yang mengandungi data-data parti membuktikan modus operandi yang sama dilakukan oleh penceroboh semasa kejadian yang sama di pejabat Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang) di Bukit Sekilau dulu. Malah, sebelum ini (28 Nov 2011) juga telah berlaku kecurian di lokasi (Pejabat PKR Pahang) yang sama di mana lima buah kompresor hawa dingin didapati telah hilang. Satu laporan polis akan dibuat berkaitan kes ini dan difahamkan satu sidang media akan dilakukan pagi ini berkaitan insiden tersebut. Sementara itu Keadilan Negeri Pahang mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan khianat ini dan mendesak agar pihak Polis bertindak dengan menggunakan kepakaran yang ada untuk mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab. ![]() Bukti, kes ceroboh yang berlaku di pejabat Dato' Fauzi pada tahun 2010 modus operandinya tetap sama iaitu melalui siling premis terbabit [Jika dilihat kepada tiga kejadian terdahulu termasuk dua melibatkan pejabat Dato' Fauzi sendiri, ternyata pihak polis begitu seukar untuk menjejaki penjenayah terbabit. Malah, hingga sekarang tidak ada maklumat tentang kejadian terdahulu dan kini ia berlaku lagi. Apa yang pasti kejadian ini menjurus kepada unsur politik semata-mata, tambahan pula penceroboh dipercayai memang berniat untuk mencuri dokumen penting yang berkaitan dengan pilihanraya sebenarnya. Maka itu, walau pun umum cuba mengelak namun kes ini mahu atau tidak, pasti ia dilakukan oleh musuh politik PKR. Siasatan yang rapi haruslah dijalankan untuk mencari dalang disebalik insiden ini. Kita tidak mahu politik berbentuk ancaman dan provokasi seperti ini menjadi permainan pihak yang berkenaan. Tuduhan dan dakwaan mungkin tidak digemari oleh pihak terbabit, namun melihat kepada modus operandi yang dilakukan maka sudah pasti ia melibatkan orang yang sama. Cuma mereka masih bebas untuk melakukan lebih banyak pencerobohan selepas ini. Bersedialah untuk berhadapan dengan semua ini. Tambahan pula menjelangnya PRU-13 tidak lama lagi]. |
| Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC), Lynas Akan Lawat Kilang Tersebut Di Gebeng Khamis Ini Posted: 06 May 2012 06:31 PM PDT
[Khaled Nordin memang seronok bersuara kerana kilang Lynas tidak berada di negerinya. Bayangkan jika kilang itu didirikan di Pasir Gudang?. Apakah beliau berani bersuara?. Menuduh pembangkang tidak sertai PSC merugikan kerana ingin mencari sumber yang tepat dalam isi Lynas adalah satu kenyataan dangkal menteri berkaitan. Umum mengetahui, PSC yang ditubuhkan oleh parlimen hanyalah untuk menutup segala kelemahan yang ada dan dalam masa yang sama akan menolak segala idea dan pandangan daripada wakil pembangkang. Inilah yang terjadi ketika PSC berkaitan penambahbaikan pilihanraya baru-baru ini. Suara wakil pembangkang dianggap sebagai minoriti dan tidak penting. Ini membutkikan mereka menubuhkan PSC Lynas juga adalah bagi menutup kelemahan yang ada. Kunjungan sehari PSC Lynas ke kilang terbabit dan bertemu rakyat sebenarnya hanyalah satu kerja "buang masa". Ini kerana, apa yang ditakuti oleh rakyat adalah "sisa buangan" rare earth yang bakal terhasil selepas ia diproses nanti. Maka, kunjungan PSC itu hanyalah untuk mendengar kenyataan dari pihak Lynas yang sudah pasti akan mengatakan ia selamat kerana mereka sudah melaburkan berbilion ringgit untuk projek tersebut]. |
| Warta Pahang Daripada Pelbagai Sumber Berita !! Posted: 06 May 2012 06:24 PM PDT Sultan Pahang Merasmikan Masjid UIAM Kuantan
[Mulai hari ini Pahang Daily Online (PDO) akan menyiarkan kembali Warta Pahang yang memaparkan segala sumber berita dipetik dari pelbagai media berkaitan negeri ini. Paparan ada bertujuan untuk memberikan lebih banyak informasi kepada rakyat Pahang seantero dunia untuk mengetahui bahan berita semasa yang tidak ada kaitan dengan unsur-unsur politik kepartian atau sebagainya. Kepada mana-mana pihak yang ingin menyalurkan sebarang maklumat dan informasi berkaitan sila emailkan ke pahangdaily@yahoo.com. Segala penyiaran adalah tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Sila sertakan bersama gambar-gambar berkaitan serta juga nombor telefon untuk dihubungi. Harap maklum]. pdo |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online :: PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




No comments:
Post a Comment