Liang Lahad....

Liang Lahad....


EDISI BANGANG!! PENIAGA BERSIH 4.0 SUDAH RUGI SEBELUM BERNIAGA.

Posted: 22 May 2012 01:16 AM PDT

Pada 24 & 25 May ini...
Tokey Sekinchan Ikan Bakar,Datuk Jamal Md Yunus yang sudah jutawan tu mahu menganjurkan satu demonstrasi yang kononnya anti-BERSIH..

Beliau menggerakkan para peniaga supaya berniaga pelbagai barangan di hadapan rumah Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga...

Sebanyak 60 tapak perniagaan ingin dibuka pada dua hari
tersebut...
konon-kononnya bagi menampung semula kerugian perniagaan mereka ekoran Bersih 3.0 pada 28 April 2012 yang lalu...

Walaupun sudah dilarang oleh Datuk Bandar Tan Sri Ahmad Fuad Ismail,namun kumpulan tersebut tetap juga mahu meneruskan rancangan mereka...
tapak itu dijual sehingga ke tahap RM5,000 bagi tapak utama..

Yang menarik perhatian adalah...
seorang peniaga berkata dia sudah membayar RM5,000 bagi tapak utama hanya kerana dia geramkan Ambiga...

"Saya sanggup bayar RM5,000 sebab saya tak puas hati dengan Ambiga. Kerana dia, peniaga yang selama ini berniaga dengan bersih menjadi kacau.

"Saya nak tunjuk tak puas hati saya dengan meniaga depan rumah Ambiga," kata Ahmad Diah, 51, kepada pemberita selepas membuat bayaran tunai.

Yang nampak mereka semua ni hanya bermain politik adalah,peniaga biasa tidak akan sanggup untuk membayar harga RM5,000 bagi kawasan yang bukan menjadi pusat perniagaan...
depan rumah ambiga tu ada apa..?
bukan ada apa-apa pun...
Kawasan perumahan macam ni mak berniaga dengan tapak RM5,000? jualan berapa pula..?
Tokey Sekinchan Ikan Bakar tu kata...
beliau menjangkakan jualan yang akan diperolehi pada satu hari adalah diantara RM300 hingga RM500 sehari...

Bayar RM5,000... bayar RM2,000 untuk satu tapak...
sedangkan jangkaan jualan sekitar RM300 hingga RM500 sehari...
bodoh ke hapa dorang ni...?

Tak ker belum apa-apa lagi dah rugi tu..?
bukan ker duit tapak sebanyak tu lebih baik digunakan untuk membuat modal pusingan..?

Peniaga-peniaga tu tahu tak yang tokey Sekinchan Ikan Bakar tu tak macam dorang...?
dia tu dah kaya raya... 
dah jutawan dah...

utusan
Tokey Sekinchan Ikan Bakar tu kata lagi...
"beliau dan peniaga lain hanya menjalankan tanggungjawab untuk mencari rezeki..."

Kah..kah..kah..
Cari rezeki yang macam mana tu...?
cari rezeki yang lebih kurang yang macam ni ker..?


Bila UMNO dah nak kalah ni..
macam-macam benda pelik yang dorang lakukan..
buang tabiat gamaknya...

No comments:

Post a Comment