Debat berkenaan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi
Ramli.
antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi
Ramli.
SHAH ALAM – Tetamu Debat Sinar Harian KJ-Rafizi malam ini dinasihatkan sopan dan kemas serta tidak dibenarkan berpakaian dengan logo parti atau lambang mana-mana pertubuhan.
Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali berkata, debat mengenai 'Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi' yang akan disiarkan secara langsung ini adalah majlis ilmu dan tidak wajar dijadikan acara politik.
"Para petugas keselamatan kita akan menghalang mana-mana tetamu undangan yang tidak mematuhi peraturan berpakaian. Saya harap mereka faham," katanya.
Memandangkan Auditorium Kumpulan Media Karangkraf tempat berlangsungnya acara adalah berhawa dingin, tetamu digalakkan memakai kot yang selesa untuk mengelakkan kesejukan sepanjang debat satu setengah jam ini.
Tetamu undangan diminta berada di auditorium pada jam 9, setengah jam sebelum siaran langsung dibuat serentak menerusi saluran Astro Awani dan Bernama Radio24.
"Kami mohon maaf kerana tidak dapat memenuhi permintaan ramai untuk hadir, memandangkan tempat amat terhad dan acara ini disiarkan secara langsung. Mereka boleh mengikuti debat menerusi TV dan radio, juga menerusi Sinar Online.
"Beberapa rangkaian restoran Persatuan Pengusaha Restoran India Muslim di Shah Alam juga akan menyediakan skrin besar untuk siaran langsung debat, saya harap penyokong Wacana Sinar selama ini boleh mengikutinya," kata Abd Jalil.
Selain petugas keselamatan Karangkraf, balai polis bergerak akan ditempatkan di Kompleks Karangkraf dengan disertai anggota polis dan Rela sebelum dan sepanjang acara berlangsung.
Ini pertama kali siri Wacana Sinar yang dilaksanakan 14 kali dibuat dalam bentuk debat, dan julung kali juga dibuat secara langsung di TV dan radio, dengan Dr Mazlee Malik sebagai moderator.
"Sekiranya kaedah debat ini berjalan sempurna dan tiada sebarang gangguan, kami akan meneruskan untuk membawa tajuk lain dengan tokoh pelbagai bidang. Inilah sumbangan kecil kami untuk menyuburkan dan membara fikiran masyarakat," katanya.
Berapa skrin besar juga akan dipasang siaran langsung debat di rangkaian restoran India Muslim
No comments:
Post a Comment