"tukanglawan"

"tukanglawan"


Eksklusif!!!! BERSIH 3.0 - Berita Ori BBC News vs BBC News Versi Astro

Posted: 29 Apr 2012 01:52 PM PDT

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..

Tukanglawan ingatkan, astro bila tayang siaran berita dari BBC news, keseluruhan klip video tersebut akan ditayangkan tanpa ada suntingan, rupanya tidak, sunting juga rupanya.

Jom tengok kat bawah nei


Hah, Amacam?, adil betulkan media kat negara ni, rakyat dibodohkan lagi.

Ada babak awal dimana seorang pemuda menceritakan kejadiaan sebenar kepada wartawan BBC telah dipadamkan, kenapa babak yg dianggap penting dalam penyiaran berita itu dipadamkan, jawapannya mudah, supaya rakyat yang tidak faham dan tidak pergi tidak tahu cerita sebenar, melainkan dapat informasi yang dikawal pemerintah.

Kemudian babak dimana seorang tua memberi penerangan mengapa beliau datang turut serta dalam himpunan tersebut juga dipadamkan, mengapa penjelasan mengapa himpunan tersebut telah diadakan dipadamkan?, kerana jika ia disiarkan, mungkin sebelum pilihanraya najib dan kuncu-kuncunya akan kalah dulu sebelum bertanding.

Dalam babak ketiga yang dipadamkan, ditayangkan bagaimana peserta himpunan menjadi marah dan membaling kenderaan FRU dengan "botol mineral water" tetapi babk dimana FRU menyembur peserta dengan air kimia telah disembunyikan, ia cubaan menyembunyikan kekejaman FRU yang mengikut arahan "orang atasan"

Jadi anda sudah saksikan 2 versi video yang berbeza dari versi rakaman yang sama, dan ketahuilah semua media yang dipunyai oleh UMNO tidak akan menyiarkan berita yang boleh membuat rakyat yang tidak tahu apa-apa faham mengapa rakyat turun ke Himpunan BERSIH 3.0,

Jangan marahi mereka, taPi kasihani lah mereka, sila sebar link artikel ini untuk beri sedikit kefahaman buat mereka bahawa MEDIA NEGARA INI TIDAK BEBAS, MINDA RAKYAT YANG TIDAK FAHAM TUNTUTAN BERSIH INI MASIH DIJAJAH.


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

koleksi VIDEO Kekejaman Polis BERSIH 3.0

Posted: 29 Apr 2012 01:03 PM PDT

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..

Ok, balik dari himpunan bersih, malam tadi "tukanglawan" terdengar cakap-cakap orang umno yang tegar, kononnya "tukanglawan" tak tahu la dia umno, biasa la, puak umno ni talam 2 muka cikit, dalam keadaan terdesak puak umno ni boleh jadi cicak mengkarung ke apa nama cicak yang boleh tukar-tukar kaler tu.


Tapi kita tak lah bodoh kan, camna dia dah cop muka "tukanglawan" ni sebagai penyokong pakatan, macam tu jugak 'tukanglawan" memang dah cop dia tu penyokong tegar umno kipas susah mati punye.sebab umno dia punya la kuat, pernah dulu masa PRU lepas dia menggunakan taktik dan kelicikan sama memperdaya ramai orang.

Dia dok berborak di meja sebelah, lantak la, tak kisah dan tak peduli pon, cuma bila ayat " ehh teruk betul la bersih ni, terbalikkan kereta polis, tengok tak berita" telinga "tukanglawan dah gerak - gerak dah,

takpe la, tak kisah pun sebab tu ideologi politik tu hak masing-masing. "tukanglawan" tak pernah peduli atau kisah, itu hak , tapi ramai jugak yang pertikai ideologi "tukanglawan" itu kelakar sebab bila tengok balik diorang. kadang-kadang bukan melayu yang dok cerita pasal melayu, yang dok pertahan umno ni, pasal negara, pasal rakyat naik harga gula tak pernah tahu pun.

Kemudian sebab dia dah putar belit cerita pada budak - budak kampung yang tak tau apa -apa pasal politik, yang siapa nama ketua menteri pulau pinang , lalu "tukanglawan" pon sangkal apa yg dia kata, cuma satu soalan yang "tukanglawan" ajukan,

"ni dok sibuk cerita pergi ke?, dengar satu pihak je , adil ke? " dia agak terkedu, lalu jawab..

"Tu dalam TV tu tunjuk diorang terbalik kereta polis" la.... tengok dalam berita je ke?.. ingatkan pergi sekali, so camne orang yang tak pergi nak komen-komen ni.

Kita semua dah tahu kan macam mana TV umno ni menipu, pernah ke TV umno ni beri berita yang bebas, yang adil,

Kalau TV umno ni siaran berita tak abis-abis hina pembangkang, Anwar paling banyak kene hentam, tapi najib selamanya baik - baik saja. so kalau berita dari TV umno berat sebelah boleh guna ke?.

Diorang sekarang dok cerita konon la penyokong pembangkang ni kejam, betul ke kejam dan selalu bikin kerosakan?, Awas sebab banyak bukti orang tak dikenali telah masuk dan timbulkan huru hara. apakah mungkin ada pihak ke 3 diarah untuk masuk cetus huru hara dan bikin cerita panas konon penyokong bersih ni ganas?

Sepanjang pengalaman "tukanglawan" dalam keadaan begini memang ada yang panas ati dan mengelegak jiwa tgk gelagat polis, tapi kalau 5 orang panas hati dan nak tumbuk muka polis, 50 orang lain akan datang halang dan tenangkan.


Dok TV je cerita pasal keganasan ( kononnya ) penyokong bersih nei, kenapa TV umno tak siar sekali keganasan polis?  takut orang atasan atau memang budaya kerja TV umno begitu, Agak-agak kalau dah tahu salah siar berita berat sebelah, kenapa mahu bersekongkol?


Sebab percaya periuk nasi ditentukan pemerintah, padahal periuk nasi (rezeki ) kita telah diatur oleh ALLAH saat kita dalam kendungan lagi.


Jom tengok Video bawah nei, TV umno tak berani tayang,

















Satu persoalan korang kene jawab, kenapa TV umno tak mahu siar video diatas ini?


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Polis Trafik pun Belasan Peserta Himpunan

Posted: 28 Apr 2012 10:39 PM PDT

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..

Baru hari ini "tukanglawan" tahu polis trafik pun macam FRU juga, perangai sama je macam SB, mereka pun pukul orang jugak rupanya.

Selama ni "tukanglawan" ingatkan tugas utama polis trafik adalah kawal lalu lintas supaya jalan tidak sesak, ingat-ingat balik memang la jalan selalu sesak, sebab selalu nampak polis trafik tak ada di kawasan yang amat memerlukan.

Pun selalu "tukanglawan" ingat selama ini, polis trafik ini kerjanya menyaman orang, kalau budak motor la kan, polis trafik ni busuk hati dia akan check abis-abis moto budak tu, apa je boleh jadi bahan, dia saman,

Mana tolak ansur, kadang - Kadang ppolis trafik ini dah macam tak ada jiwa pulak dah. tak ade runding bicara, ala, kalau setakat mentol lampu isyarat tu tak menyala, tolak ansur la, mungkin baru je terbakar, nak tukar sekarang zaman semua mahal, dari tuka mentol, baik isi perut makan meggie.

Mana taknya polis trafik ini terkejar-kejar nak menyaman, arahan orang atas, macam masa lepas dok BN guna duit rakyat bagi BR1M hari itu la, dah bagi, lepas tu roadblok mcm cendawan lepas hujan, bila org bising baru la kurang sikit.

Taklah semua "polis trafik" macam tu, ada yang baik dan masih ada budi bahasa, yang tu tukanglawan respect, cuma yang keras mcm batu asyik nak menyaman tu "tukanglawan" anggap gila je la.

Tapi sejak bila pulak "polis Trafik" ni dah mula jadi samseng ni, jangan la poyo sangat, kalau ramai, pakai baju polis boleh la, apa kata bukak baju polis tu, jadi orang awam. berani ke?

Ni bawah ni ada video polis pukul orang, tengok berapa polis (err nak letak org ke depan tu) belasah seorang budak?. senang cakap.. polis yg dok belasah budak tu TARAK TELUQ .. penakut ... bukak baju.. dok depan cara gentelman, jangan la berani sbb baju je. "tukanglawan" pon boleh kalau pakai baju polis dan org takle sentuh.. puiiiii bodoh.

jom tengok dulu sblm "tukanglawan" bagi ulasan pendek.



ok, ada yang kata peserta himpunan baling objet pada polis tu, nak tanya pulak apa kisah pulak polis yang dok baling objek pada budakx2 motor? sampai ada yang terbabas, dan baru- baru ni di depan masjid shah alam ada remaja maut sbb patah balik nampak polis pegang kayu di celah pokok bunga sebelum roadblok.

Now rasa la, panas ati tak kene baling?, panas kan. cuma budakx2 moto tak la turun ramai-ramai dan pukul polis.

So nak marah ke?, tu satu..

Dan apa hak polis trafik nak tangkap budak tu dan nak pukul? dah la tangkap dan pukul, cam bapok pulak ajak kawan pukul ramai-ramai.

Jangan melampau, dendam rakyat BERSIH 2.0 belum hilang, tambah lagi dengan hal dengan rakyat.

Ingat polis, bila BN kalah nanti Najib kamu takkan mampu lindungi kamu, tambah lagi setiap pukulan yang kamu buat, akan dibalas dan ditanya dalam kubur nanti....

SEMOGA ALLAH MEMBALAS KEKEJAMAN MEREKA PADA RAKYAT YANG TURUN TUNTUT PILIHANRAYA ADIL DAN BERSIH.. AMIN

Kamu akan dapat balik apa yang pernah kamu lakukan.. ini hukum karma. berlaku baik pada rakyat kamu akan dihormati, kamu berlaku khianat pada rakyat, jangan marah bila kamu dibenci..


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Video Yang Sahkan Berita di TV umno. Peniaga Rugi 4 Billion

Posted: 28 Apr 2012 08:57 PM PDT

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP

Sesiapa yang tahu/ada info/gambar org kena belasah/cedera, tolong emel foto, cerita ringkas + nombor telefon kepada editor@malaysiakini.com atau fathi@malaysiakini.com atau andrew@malaysiakini.com Kalau boleh SEGERA Terimakasih. Sebarkan..

Nak bagi kat tukanglawan untuk siar ceritadan pengalaman anda pon boleh gak, emailkan ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..


Kita haruslah menerima semua perkara itu dengan terbuka, jangan yang benar mahu kita selindungkan. tak kah begitu, yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah, mana mungkin kebenaran dapat ditutup.

 Malam tadi sehingga mungkin 1 minggu ini, akan tak habis-habis lah berita TV umno katakan bahawa kehadiran ramai peserta Himpunan BERSIH mendatangkan kerugian paling teruk dalam sejarah hidup manusia.

Kehadiran beratus ribu orang itu kata berita TV umno lagi menyebabkan ekonomi jatuh, perniagaan mengalami kerugian berbilion-bilion ringgit, najib amat sedih dengan apa yang terjadi, kerana tiada pengaliran wang berlaku.

Najib berkata lagi, ini semua salah peserta bersih, kedai terpaksa ditutup, malah peniagaa nasi nasi bungkus juga pada semalam telah kerugian hampir RM50 ribu ringgit.

Memang betul la tu, memang betul la puak media umno ni banggang dan bodaoh lagi tak boleh diajar lagi, sampai bila nak menipu agaknya, tak belajar ke dari kegagalan penipuan yang lepas - lepas.

Kalau nak menipu budak tadika boleh la, tapi rata-rata kita ni sudah bijak, bukan lagi 60 tahun lepas bila semua orang tak terdedah pada maklumat. weii banggang betul TV umno nei, kita dah beranjak 50 tahun, tapi umno masih ditakuk lama dalam pemikiran.

PEniaga rugi juta- juta, jom tengok video dibawah nei. pakcik ini kerugian RM 250 ribu pada hari himpunan bersih


Makcik ini pula perniagaannya telah diganggu oleh peserta Himpunan, makcik ini sudah kerugian RM150 ribu, dan sangat sedih


Uncle penjual air soya ini pula telah memaki hamun peserta bersih kerana tiada air pun yang berjaya dijual pada hari tersebut, sementara rakannnya yang menjual apam balik pula hanya duduk termenung kerana tiada pelanggan yang datang membeli jualannya.


Sementara itu, di sebuah kedai serbanika 24 jam, mendapati kunter lenggang sama sekali, tiada kelibat peserta himpunan datang membeli makanan atau minuman


Benarlah seperti apa yang disampaikan oleh berita TV umno, peserta himpunan tidak sudah membuat kerugian berbilion ringgit, berita itu harus dicanang ke seluruh alam, makcik dan pakcik penyokong tegar kipas kuat susah nak mampus umno boleh lah buat demo membantah himpunan BERSIH selepas ini, kerana sudah terbukti jelas peniaga kerugian beratus-ratus ribu ringgit angkara Himpunan BERSIH..

Video dibawah pula melihat kebijakan orang melayu sendiri, yang sangat pakar dalam menganalisis ekonomi, mereka tidak mahu berniaga pada hari himpunan BERSIH diadakan, setakat kerugian RM20- RM 30 ringgit tak apa, kerana itu bukti mereka setia pada negara.



Itu belum lagi kerugian pemandu teksi, belum lagi kerugiaan yang terpaksa ditanggung oleh perkhidmatan penggangkutan awak dan sebagainya. Jadi Laporan TV umno sangat tepat. Peniagaan kerugiaan akibat Himpunan Bersih.

Kah..kah..kah.. TV umno memang bangang.


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

No comments:

Post a Comment