Liang Lahad....

Liang Lahad....


UTUSAN KATA KEHADIRAN PESERTA BERSIH 3.0 DIBAYAR .

Posted: 28 Apr 2012 10:44 PM PDT

Seperti yang sudah dijangkakan...
Utusan melaporkan peserta Bersih 3.0 dibayar oleh pihak-pihak tertentu termasuklah kerajaan negeri untuk hadir ke perhimpunan Bersih 3.0..



Bagi aku berita semacam ini adalah sampah..
dan mungkin juga utusan memainkan fitnah sebegini disebabkan BN berasa gentar kerana kehadiran rakyat walau dengan duit makan,minum,tambang bas,komuter dan petrol dikeluarkan sendiri secara rela oleh rakyat... tetapi  mampu mengumpulkan kehadiran yang dianggarkan seramai 300 ribu orang... 

Risiko dibelasah..
ditangkap..
semua itu ditanggung sendiri oleh peserta..
ini menggambarkan semangat dan azam..

Selepas Bersih 3.0...
semangat dan azam ini akan diterjemahkan lagi di atas kertas undi semasa PRU13 nanti...

Majlis anjuran BN puak nak dapatkan 20 ribu pun susah walaupun siap diberi wang,baju dan makanan..
malah acap kali ketika majlis najib akan ada beratus buah bas  disediakan untuk membawa hadirin..

Aku hadir ke perhimpunan Bersih 3.0 semalam pun tak ada pulak sesiapa yang taja aku...
begitulah juga keadaannya dengan 300 ribu manusia lain yang mahukan sistem pilihanraya negara ini adil dan bersih dari sebarang penipuan.

Utusan boleh mainkan  berita yang semacam ini sahaja kerana utusan sudah tidak boleh main dari sudut jumlah kehadiran,Utusan tidak dapat meng"edit" gambar ratusan ribu rakyat menjadi 300 orang....


Bagi aku...
kalaulah ada insiden bayar membayar ini..
itu bukan Pakatan Rakyat mahupun kerajaan negeri PR yang membayar..
tetapi..
aku percaya itu adalah orang-orang yang diupah oleh pihak tertentu bagi mewujudkan "provokasi secara fizikal" terhadap polis bagi memburukkan suasana perhimpunan Bersih 3.0

Setahu aku,Peserta Bersih...
baik Bersih 2.0 mahupun 1.0 ,sangat marah apabila ada individu yang merosakkan harta benda awam serta melakukan sesuatu yang boleh memberikan imej buruk kepada matlamat perhimpunan...

Aku percaya rakyat Malaysia sudah bijak menilai berita..

BERSIH 3.0 - KERETA POLIS REMPUH ORANG AWAM [VIDEO - SLOW MOTION]

Posted: 28 Apr 2012 11:47 AM PDT

Aku, sepanjang berlangsungnya perhimpunan Bersih 3.0 berada di sekitar Jalan Tun Perak..

Rupa-rupanya kat depan Sogo ada kejadian yang dahsyat berlaku...

Kereta polis merempuh orang awam di hadapan Sogo...
kalau di tengok dari video-video yang ada kita pun tak boleh nak ulas secara terpeinci kenapa kejadian seumpama itu boleh berlaku...


Cuma fakta yang boleh dirumuskan di dalam kejadian tersebut adalah..

  • Benar,kereta polis tersebut sememangnya merempuh orang awam..sebab rempuhannya pula tidaklah diketahui,mungkin akibat hilang kawalan..
  • Benar,kereta polis tersebut telah di terbalikkan oleh peserta Bersih 3.0 selepas rempuhan itu berlaku, TETAPI ini adalah kerana mereka mengatakan bahawa terdapat mangsa berada di bawah kereta akibat rempuhan tersebut
Jadi aku sangat setuju bahawa menterbalikkan kereta tersebut tidaklah dibuat sewenang-wenangnya..
sebaliknya mereka hanya bimbangkan sekiranya ada mangsa di bawah kereta tersebut..
cuma ianya nampak teruk apabila persepsi negatif dimainkan media UMNO lebih-lebih lagi apabila melibatkan kereta polis...

Kita boleh memahami kewajaran untuk bertindak sedemikian selepas menonton video ini..




Najib dan Hishammuddin Hussein boleh menjadikan semua ini teratur dan santai sekiranya mereka membenarkan perhimpunan Bersih 3.0 "duduk & bantah" diadakan di Dataran Merdeka seperti yang dirancang...

Aku tidak nampak bagaimana dengan menembak gas pemedih mata dan menyembur air ke arah orang ramai dan kemudian mengejar orang ramai dengan belantan dapat menjadikan perhimpunan ini teratur dan tenang...

Hmmmm...
Bagaimana gamaknya Najib nak buat pilihanraya bulan june ni apabila momentum bersih 3.0 baru sahaja bermula..?

No comments:

Post a Comment