Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


API Mohon Agong Tak Perkenan Bubar Parlimen !

Posted: 24 Apr 2012 11:47 PM PDT


Panas: Dek Kerana "Lantang Perjuangkan" Nasib Peneroka, Rumah "Mazlan Aliman" Di Simbah Cat

Posted: 25 Apr 2012 01:37 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 April - Gara-gara kelantangan beliau bercakap soal pembelaan untuk masyarakat peneroka Felda, maka akhirnya rumah Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (ANAK), Mazlan Aliman (foto) di Felda Bukit Ramun, Kulai Johor telah disimbah dengan cat merah oleh individu yang tidak dikenali awal pagi tadi. Perbuatan khianat itu disedari oleh isterinya yang belum tidur kira-kira jam 3.00 pagi tadi. Menurut Mazlan, isterinya mendengar derap tapak kaki di luar rumah dan mengejutkan beliau yang baru melelapkan mata. Apabila mereka keluar melihat apa yang berlaku kira-kira lima minit kemudian, didapati bahagian beranda dan kaki lima rumah telah disimbah cat merah. "Malam tadi saya ada ceramah dan pulang ke rumah agak lewat. "Dalam jam tiga pagi, saya baru terlelap, dan isteri saya belum tidur lagi. Dia terbau cat yang kuat dan terus kejutkan saya. Apabila kami tengok di luar rumah, bahagian beranda dan kaki lima dikotori cat merah tapi kejadian itu berlaku sangat pantas," kata beliau kepada Harakahdaily pagi ini. Sehubungan itu, beliau akan membuat laporan polis hari ini berhubung kejadian itu. Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat bagaimanapun yakin perbuatan khianat itu dilakukan oleh pihak yang tidak senang dengan perjuangannya dalam isu tanah dan juga Felda.


Mazlan tunjukkan kesan simbanahan cat yang dilempar ke pintu rumahnya
"Saya yakin ini merupakan satu usaha untuk menakutkan-nakutkan saya tapi saya tak gentar. "Saya dah berada dalam PAS selama 30 tahun dan sudah hadapi macam-macam. Insya Allah saya boleh hadapi semua ini dan memberi semangat kepada saya untuk terus perjuangkan hak rakyat," tegas beliau lagi. Tambah beliau lagi, perbuatan itu juga dilakukan menjelang Himpunan Tanah Rakyat di Plaza Angsana, Johor Bharu 5 Mei depan. "Kita akan adakan himpunan tanah besar-besaran dan kita sudah buat roadshow ke seluruh tempat dan dedahkan perkara-perkara berkaitan isu tanah. "Kita dedahkan bagaimana pemimpin UMNO ada tanah yang banyak sedangkan rakyat yang buat permohonan 40 tahun tak dapat-dapat. "Mungkin perbuatan ini untuk menggagalkan usaha kita memberi maklumat kepada rakyat," kata Mazlan Aliman lagi.

[Berbagai rintangan dan dugaan bakal dihadapi oleh para pejuang yang lantang memperjuangkan nasib rakyat di negara kita. Semuanya akibat sesetengah pihak yang gusar masa depan politik mereka tergugat apabila rakyat mula sedar kebobrokan yang dilakukan. maka, jalan terbaik ialah bertindak ganas terhadap pihak yang cuba membela. Inilah yang terjadi di mana-mana sekarang ini. Politik semakin kotor apabila ada pihak yang takut kehilangan kuasa mereka. Lantaran itulah mereka sanggup dan tergamak melakukan apa saja demi kuasa yang ingin dipertahankan. Apapun, para pejuang perlu terus tabah menghadapi segala rintangan dalam perjuangan ini. Perubahan harus dilakukan walau pun nyawa mereka kini semakin terancam. Kepada siapakah lagi mahu diharapakan agaknya. Hanya berserah kepada Allah Yang Maha Esa. Salam perjuangan semua!].


No comments:

Post a Comment