Liang Lahad....

Liang Lahad....


BERSIH,KEJAP ANCAMAN KEJAP TAK - HAKIM MINTA MENTERI PERJELASKAN KEPUTUSAN "FLI FLOP"

Posted: 24 Apr 2012 10:32 PM PDT

Sikap Menteri Dalam Negeri kita,Hishammuddin Hussien yang mengharamkan Bersih 2.0 pada tahun lepas sehingga ke tahap individu yang hanya memakai baju kuning pun akan ditangkap... tetapi "menghalalkan" pula Bersih 3.0 pada 28 April ini mengundang persoalan kepada Hakim Mahkamah Tinggi,Datuk Rohana Yusof....

Hakim Datuk Rohana Yusof  berasa hairan,
apabila perkara yang sama (perhimpunan bersih) 
tetapi berlainan keputusan dari menteri...
tahun lepas lain... tahun ini lain....

Malaysiakini
Rohana akan menyampaikan keputusan terhadap permintaan BERSIH pada 15 Mei untuk memeriksa balas Hishammuddin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, dan untuk mendapatkan 1,706 laporan polis yang difailkan terhadapnya sebelum perhimpunan tahun lalu.

Peguam Aston Paiva, yang mewakili BERSIH dalam mencabar pengharaman kerajaan, memberitahu perkara itu kepada pemberita selepas beliau dan Azizan bertemu hakim di kamar.

Tahun lepas sebelum perhimpunan Bersih 2.0 diadakan..
Kerajaan mengatakan perhimpunan itu tidak boleh diadakan kerana ia dianggap sebagai ancaman kepada negara walaupun sebenarnya perhimpunan Bersih ini sememangnya satu perhimpunan yang aman...

Selain menggunakan alasan bahawa Bersih adalah satu pertubuhan tidak sah sebagai alasan pengharaman perhimpunan Bersih 2.0 yang menuntut Pilihanraya yang bersih dan adil di negara kita ini...

Kerajaan juga pernah memfitnah pertubuhan ini  dengan mengaitkan Bersih dengan pengaruh komunis...

Selain itu juga...
Pada tahun lepas beberapa siri pembohongan "lawak" terancang kerajaan dilakukan bagi menunjukkan perhimpunan bersih akan mengundang kepada aktiviti keganasan...

Ini termasuklah mengada-ngadakan satu situasi dimana konon-kononnya pihak polis menemui sejumlah "molotov coktail" , parang panjang dan juga mercun bola di Sogo...

Dan yang paling melawakkan suasana dan menceriakan hari kita,adalah polis mengatakan kesemua senjata itu ditemui dengan beberapa helai baju kuning yang ada tulisan Bersih 2.0...

Isu sebenarnya adalah...
Kerajaan BN kini tahu mereka tidak mampu lagi menyekat suara rakyat...

Penentangan secara zalim dan kasar terhadap Bersih 2.0 tahun lepas mengakibatkan BN bukan sahaja dikecam hebat dari pertubuhan-pertubuhan yang memperjuangkan hak asasi manusia dalam negara ini malah turut mendapat kecaman dari negara luar yang mementingkan hak demokrasi bagi rakyat berhimpun di dalam sebuah negara mereka sendiri...


Sikap Hishammuddin ini adalah bukti kerajaan kita sememangnya mengamalkan budaya "flip-flop"...
semua "flip-flop" ini dilakukan menjelang pusingan akhir menjelang PRU13...

Kalaulah jarak PRU13 ini masih jauh lagi...
sudah tentulah kerajaan akan tetap dengan keputusan yang sama seperti yang dilakukan terhadap Bersih 2.0....

Jadi...
kalau kerajaan kata petrol Ron95 tidak akan dinaikkan...
maka korang hati-hati ler...
bila-bila masa sahaja akan bertukar keputusannya..

No comments:

Post a Comment