Liang Lahad.... |
- KU LI KATA PAKATAN AKAN MENGUASAI PERAK - INI 10 KERUSI YANG TIDAK SELAMAT BAGI UMNO!!
- STRATEGI BN TAWAN SELANGOR- 24,105 DI DAFTAR UNTUK KALI KEDUA SEBAGAI PENGUNDI DI SELANGOR
- PEMANSUHAN PTPTN - PENJELASAN SECARA TERPEINCI .
KU LI KATA PAKATAN AKAN MENGUASAI PERAK - INI 10 KERUSI YANG TIDAK SELAMAT BAGI UMNO!! Posted: 12 Apr 2012 12:35 AM PDT Sememangnya di dalam PRU13 ini Perak adalah antara negeri yang diramalkan oleh ramai pemerhati politik sebagai akan kembali kepada Pakatan Rakyat selepas BN merampas Perak selepas 11 bulan pakatan Rakyat mendirikan kerajaan negeri Perak... Ramalan ini juga turut dikongsikan oleh Tengku Razaleigh Hamzah yang merupakan seorang veteran politik UMNO...
Ini sememangnya boleh menjadi kenyataan apabila banyak kerusi di dalam DUN Perak ini yang kemenangannya adalah berada di bawah majoriti 1000 pengundi... Berikut adalah antara kerusi yang dimenangi UMNO pada PRU-12 dengan majoriti yang kurang dari 1000.. kerusi-kerusi ini adalah kerusi yang tidak selamat buat UMNO...1.N5 Selama (kawasan Melayu) UMNO menang majoriti 355 2.N6 Kubu Gajah (kawasan Melayu) UMNO menang majoriti 66 3.N10 Alor Pongsu (kawasan Melayu) UMNO menang majoriti 95 4.N15 Trong (kawasan Melayu) UMNO menang majoriti 916 5.N16 Kamunting (kawasan Campuran) UMNO menang majoriti 555 6.N23 Manjoi (kawasan Campuran) UMNO menang majoriti 348 UMNO menang majoriti 749 8.N36 Pengkalan Baru (kawasan campuran) UMNO menang majoriti 14 9.N43 Sungai Rapat (kawasan campuran) UMNO menang majoriti 636 10.N53 Rungkup (kawasan campuran) UMNO menang majoriti 454 maka segala ramalan dan telahan akan menjadi kenyataan... | ||
STRATEGI BN TAWAN SELANGOR- 24,105 DI DAFTAR UNTUK KALI KEDUA SEBAGAI PENGUNDI DI SELANGOR Posted: 12 Apr 2012 12:07 AM PDT Patutlah beriya benar Najib dan Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa BN mampu menawan kembali Selangor pada PRU13 ini nanti.. Aku juga percaya sikap mereka yang terlalu yakin tu bukanlah datang dengan sesuatu yang kosong... aku yakin pastilah mereka ada melakukan sesuatu bagi menawan Selangor... Dan sudah pastilah mereka melakukannya dalam cara yang tidak betul dan jahat iaitu penipuan di dalam daftar pemilih.. Kerana aku sendiri terlibat di dalam menjejaki pengundi yang tidak bermastautin di beberapa tempat di Selangor ini... Lagipun perkara-perkara seperti ini sudah lama kita ketengahkan,tetapi SPR seperti biasa ikut telunjuk BN tanpa mampu melakukan apa-apa reformasi di dalam senarai daftar pemilih... Ini aku bagi contoh bagaimana pengundi dari Sabah didaftarkan di atas alamat di dalam DUN yang mana mereka sendiri tidak menetap di dalam DUN tersebut... baca sini... dan baca sini juga... [BUKTI PENGUNDI TIDAK BERMASTAUTIN MEMANG TIDAK TINGGAL DI DUN SRI MUDA]Hari ini pula BERSIH mendedahkan menemui penipuan di dalam daftar pemilih seramai 24,105 pengundi dari Sabah dan Sarawak yang didaftarkan semula di Selangor..
BERSIH yang diketuai bekas presiden Majlis Peguam S Ambiga dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said (lihat foto) juga mendakwa dalam daftar pemilih sama, seramai 7,841 pengundi di Selangor didaftarkan dengan MyKad dengan kod lokasi 71, merujuk kepada kelahiran di luar Malaysia. Itulah sebabnya sekarang ini BN kata mereka yakin menawan 9 DUN yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat di dalam PRU 12 lalu... Mereka mungkin meletakkan pecahan beberapa ribu pengundi ini ke dalam DUN sasaran mereka... Tetapi ingat.. manusia merancang.. Allah juga merancang.. tetapi perancangan Allah lah yang Maha sempurna... | ||
PEMANSUHAN PTPTN - PENJELASAN SECARA TERPEINCI . Posted: 11 Apr 2012 11:37 PM PDT Pada 10 April 2012 baru-baru ini Pengarah Strategik PKR,Rafizi Ramli telah mengadakan sesi penerangan kepada golongan muda terutamanya mahasiswa tentang bagaimana caranya memansuhkan PTPTN seperti yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat sekiranya mentadbir Malaysia selepas PRU13 nanti... Banyak soalan yang dikemukakan oleh para Mahasiswa yang berminat untuk mengetahui bagaimana pemansuhan PTPTN ini dapat dilaksanakan oleh pakatan Rakyat memandangkan Kerajaan BN mengumumkan kepada rakyat bahawa mereka tidak mampu melakukannya. Kerajaan BN kata jika PTPTN dihapuskan,maka negara ini yang kini ditadbir oleh mereka akan muflis.. Bagi pandangan aku mudah sahaja.. jika kita beri kereta ferrari yang serba canggih dan moden kepada orang yang tidak reti bawa kereta... Ferrari tu takkan bergerak kemana-mana... Silap-silap ferrari tu jadi tempat ayam mengeram sahaja.. begitulah juga negara kita ini.. jika kita benarkan negara ini terus ditadbir oleh orang-orang yang tidak tahu mentadbir,maka jika kita beri cadangan dan formula yang terbaik sekali pun mereka akan gagal melakukannya.. Tengok bagaimana mereka menguruskan MAS.. mereka letakkan orang yang tidak tahu dan tidak minat berniaga,mereka letakkan orang yang hanya mahu mencari kekayaan sesama mereka sahaja,itulah sebabnya MAS sentiasa rugi... Rafizi berjaya menerangkan kepada golongan muda yang dan berjaya menyampaikan bagaimana matlamat pendidikan percuma ini dapat dilakukan.. PENJELASAN TENTANG PTPTN. Soal Jawab PTPTN. Berapakah sebenarnya hutang PTPTN yang perlu ditanggung oleh kerajaan sekiranya pinjaman PTPTN dihapuskan? Hutangnya adalah RM24.7 bilion. Ini adalah pinjaman yang telah dikeluarkan oleh peminjam-peminjam sehingga kini. Angka RM43 bilion yang disebut-sebut BN itu adalah jumlah keseluruhan pinjaman yang telah diluluskan. Sebahagian besarnya belum dibayar, ada juga yang membatalkan pinjaman di tengah jalan dan pelbagai perkara lain. PTPTN tidak meminjam wang dari institusi kewangan berdasarkan pinjaman yang diluluskan. Ia meminjam mengikut keperluan mengeluarkan pinjaman kepada pelajar seperti yang dituntut pelajar. Oleh itu, jumlah yang perlu ditanggung kerajaan untuk menghapuskan hutang PTPTN ialah RM24.7 bilion, iaitu separuh dari angka RM43 bilion yang disebut-sebut Perdana Menteri. Bagaimana KEADILAN mahu membayar jumlah RM24.7 bilion ini? Seperti juga pinjaman rumah yang kita buat, ia melibatkan tempoh masa pembayaran yang panjang. Jumlah RM24.7 bilion ini bukanlah perlu dibayar serta-merta apabila KEADILAN memansuhkan hutang PTPTN. Jumlah ini akan dibayar mengikut tempoh masa 10 hingga 20 tahun di masa akan datang, seperti mana pinjaman-pinjaman lain yang dibuat kerajaan kini. Jumlah yang perlu dibayar setiap tahun adalah antara RM2 bilion hingga RM2.5 bilion mengikut anggaran KEADILAN. Ada banyak cara kerajaan boleh membayar jumlah ini. Contohnya, kerajaan boleh merangka satu akta yang mensyaratkan mengikut undang-undang bahawa peratusan tertentu dari hasil minyak perlu dimasukkan ke dalam tabung pelaburan pendidikan. Dana ini tidak boleh diganggu dan hanya boleh digunakan untuk pendidikan. Setiap tahun, sejumlah RM2 bilion boleh diambil dari dana ini untuk membayar tanggungan hutang PTPTN yang diambil alih oleh kerajaan. Jika ini dibuat, dalam tempoh 10 hingga 15 tahun, kita berjaya menghapuskan hutang PTPTN. Jika kerajaan tidak mahu menyentuh hasil minyak, kerajaan juga ada pilihan untuk melakukan kaedah pembiayaan semula (atau refinancing). Kerajaan boleh menerbitkan bon baru berjumlah RM2 bilion setiap tahun yang akan dibayar dalam tempoh yang lebih panjang, misalnya 20 tahun. Hasil dari bon ini boleh digunakan untuk membayar hutang PTPTN yang diambil alih. Sebenarnya, pelbagai cara boleh dilakukan untuk menanggung kos menghapuskan hutang PTPTN ini. Malah, jika kerajaan berjimat dan menghentikan ketirisan perbelanjaan yang melebihi RM28 bilion setiap tahun, jumlah RM2 bilion yang perlu dibayar adalah terlalu sedikit. Bagaimana pula dengan mereka yang telah membayar sebahagian hutang mereka? Setakat akhir tahun 2011, dianggarkan RM2.8 bilion telah dibayar kembali oleh 651,000 peminjam sejak PTPTN diperkenalkan. Sebahagian besar peminjam masih belum melunaskan hutang. Prestasi pembayaran balik juga berbeza-beza mengikut peminjam. Ada yang membayar dengan berterusan setiap bulan mengikut kadar yang ditetapkan. Ada yang membayar lebih rendah. Ada juga yang langsung tidak membayar. Pun begitu, kutipan RM2.8 bilion bermakna secara puratanya 10% dari jumlah pinjaman yang diambil telah dibayar balik. Ada pelbagai mekanisme yang boleh dipertimbangkan untuk memastikan kebajikan dan keadilan kepada peminjam yang telah membayar hutang mereka. Contohnya... kadar purata 10% boleh digunakan sebagai kadar minima pembayaran rebat dan ditambah dengan peratusan rebat yang berkadar terus dengan jumlah pembayaran seseorang individu, seperti berikut: Maslan Ali meminjam RM18,000 dari PTPTN. Setakat ini beliau hanya membayar RM680 kepada PTPTN. Munir Ali meminjam RM20,000 dari PTPTN. Beliau telah membayar RM2,500 kepada PTPTN. Mohamad Ali meminjam RM20,000 dari PTPTN dan membayar RM4,800 setakat ini. Kadar 10% pembayaran (iaitu kadar purata pembayaran) diambil kira sebagai kadar minima menentukan rebat yang dipulangkan kepada peminjam. Maslan Ali hanya membayar 4% pinjamannya iaitu dibawah kadar purata nasional. Beliau tidak layak mendapat apa-apa pembayaran rebat. Munir Ali membayar 12.5%. Beliau layak menerima rebat. Jika kadar pembayaran rebat ditetapkan sebagai berkadar terus dengan jumlah pembayaran, maka Munir Ali mendapat (12.5% X RM2,500 = RM312.50) sebagai rebat prestasi pembayaran PTPTN. Begitu juga dengan Mohamad Ali yang bakal mendapat rebat sebanyak (24% X RM4,800 = RM1,152). Banyak lagi mekanisme yang boleh diputuskan untuk menjamin kebajikan dan keadilan kepada peminjam yang membayar kepada PTPTN. Jika kaedah pembayaran rebat seperti di atas digunapakai, maka tanggungan kerajaan untuk membayar rebat tidaklah setinggi seperti yang diwar-warkan. Jika kadar 10% adalah kadar purata pembayaran rebat, maka jumlah wang yang perlu diperuntukkan untuk membayar rebat kepada peminjam yang telah membayar adalah (10% X RM2.8 bilion = RM280 juta) sahaja. Setelah kita hapuskan PTPTN, bagaimana kita akan membiayai yuran pengajian dan kos pendidikan tinggi rakyat selepas itu? Masalah pembiayaan pendidikan tinggi rakyat yang meruncing bermula apabila Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Pendidikan memperkenalkan beberapa akta baru dalam tahun 1996 seperti Akta Pendidikan dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996. Pengenalan akta-akta ini menandakan bermulanya era bila mana tanggungjawab menyediakan tempat dan peluang pendidikan tinggi diserahkan kepada pihak swasta. Tindakan ini telah ditentang pimpinan siswa ketika itu atas kebimbangan ia samalah dengan memperniagakan sektor pendidikan tinggi. PTPTN kemudiannya ditubuhkan dalam tahun 1997 yang bertujuan untuk menyediakan pembiayaan kepada belanja pendidikan tinggi yang mula melambung dengan penglibatan besar-besaran pihak swasta melalui IPTS. Oleh kerana kerajaan tidak menyediakan tempat yang mencukupi untuk lepasan sekolah yang layak memasuki universiti, ratusan ribu rakyat pelbagai kaum terpaksa mendaftar ke IPTS yang yurannya lebih mahal. Oleh itu, kita kena kembali kepada zaman sebelum 1996 iaitu tempat dan peluang untuk melanjutkan pendidikan tinggi kepada lepasan sekolah disediakan oleh kerajaan. Kos dan yurannya lebih rendah kerana tiada unsur "keuntungan" berbanding IPTS. Bila ini berlaku, peranan IPTS akan kembali kepada menyediakan peluang khas yang tidak dapat disediakan oleh IPTA seperti kursus-kursus khas, pengajian baru dan lain-lain. Sejak tahun 2005, jumlah kemasukan pelajar ke IPTS telah mengatasi IPTA dan jurang ini semakin melebar saban tahun. Contohnya, dalam tahun 2005 nisbah kemasukan pelajar di IPTA:IPTS adalah
Jurang ini telah meningkat menjadi
Lambakan IPTS dan pergantungan kepada IPTS untuk menyediakan kemudahan pendidikan tinggi menyebabkan bebanan hutang PTPTN juga melambung, kerana yuran IPTS yang lebih mahal dan jumlah pemohon dari IPTS yang naik mendadak. Jika ini berterusan, kerajaan di masa hadapan tidak mampu menanggung kos pendidikan tinggi. Sebab itu, langkah pertama adalah mengembalikan peranan kerajaan dalam menyediakan tempat dan peluang melanjutkan pelajaran tinggi seperti sebelum 1996. KEADILAN percaya jika 10 IPTA baru dibina dalam masa 10 tahun akan datang, 100,000 tempat baru di IPTA dapat disediakan. Ini akan mengurangkan pergantungan kepada IPTS dalam menempatkan pelajar lepasan SPM. Pembiayaan pelajar di IPTA dibuat melalui 3 cara. Pertama, yurannya memang lebih murah kerana tiada unsur keuntungan tidak seperti IPTS. Kedua, jaminan KEADILAN bahawa melalui konsep pendidikan percuma, yuran dan kemudahan tempat tinggal disediakan kepada pelajar lalu mereka tidak perlu meminjam bagi kedua-dua tujuan ini. Ketiga, subsidi makanan dan lain-lain akan memastikan kos makan dan sara hidup pelajar di kampus tidak tinggi, lalu tidak memerlukan pembiayaan yang tinggi. Berdasarkan yuran IPTA, subsidi kerajaan dan pembiayaan PTPTN sedia ada, kos purata untuk kursus sarjana muda bagi seorang pelajar setiap tahun adalah RM25,000. Maka, kiraan awal kos pembiayaan yang perlu ditanggung:
Kos tambahan memastikan pendidikan percuma bagi 372,000 pelajar sedia ada di IPTA:
Kos pembiayaan baki pelajar di IPTS (anggaran berdasarkan pengurangan 30% tempat di IPTS dan hanya 35% dari pelajar IPTS mengambil PTPTN, berdasarkan rekod semasa):
Maka, jumlah pembiayaan pendidikan tinggi di bawah rancangan yang dipertimbangkan KEADILAN adalah (RM2.5 b + RM1.86 b + RM1.5 B) RM5.86 bilion setiap tahun. Dalam tahun 2010... PTPTN meluluskan RM6.1 bilion pinjaman kepada peminjam. Ini bermakna, jumlah yang ditanggung kerajaan kini lebih tinggi berbanding dengan jumlah pembiayaan sekiranya pendidikan percuma diperkenalkan melalui pengwujudan 10 IPTA baru bagi menyediakan 100,000 tempat baru seperti yang dicadangkan KEADILAN. Walaupun PTPTN dihapuskan, dana pinjaman kepada pelajar yang masih mahu meneruskan pelajaran di IPTS tetap disediakan tetapi jumlah ini lebih kecil berbanding tanggungan RM6 bilion setiap tahun sedia ada. Tambahan pula, lebih ramai pelajar yang akan menikmati kemudahan pendidikan percuma kerana tempat-tempat di IPTA adalah mencukupi dan keperluan menyediakan pinjaman pelajaran kepada pelajar-pelajar akan berkurangan dengan mendadak. Semua ini bakal dibiayai dengan kos yang tidak banyak berbeza dengan kos yang dibelanjakan sekarang. Bezanya, wang akan dilaburkan di dalam IPTA baru untuk menyediakan lebih banyak tempat bagi pendidikan tinggi percuma, bukannya disalurkan ke pelbagai IPTS seperti sedia ada. Kita kena serahkan pada yang pakar... bukannya serahkan kepada orang yang hanya tahu memikirkan keuntungan kroni... Kalau projek lembu pun mereka habiskan RM250juta kepada sebuah syarikat yang tiada langsung pengalaman menternak.. apa lagi yang korang boleh harapkan dari kerajaan dalam isu PTPTN ini..? |
You are subscribed to email updates from liang lahad To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment