"tukanglawan"

"tukanglawan"


Janji Dicapati, Bukti umno BN Amal Politik Dendam

Posted: 08 Nov 2012 11:00 PM PST

Penduduk 8 buah kampung di pinggir Sungai Pahang mendesak kerajaan negeri Pahang mengambil tindakan segera agar meneruskan pembinaan jalan baki 15 kilometer yang gagal disiapkan.
 
Dalam aduannya kepada Konvoi Cakna Rakyat PAS Pahang, wakil penduduk Suhaimi Abdul Manan, 51, berkata jalan dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Guai itu amat perlu kepada lebih 5,000 penduduk berulang-alik daripada kampung berkenaan.

"Inilah satu-satunya jalan yang digunakan penduduk untuk mengeluarkan hasil pertanian, pelajar bersekolah dan perhubungan untuk berurusan ke Temerloh dan Maran.

"Pada ketika ini kami terpaksa menggunakan jalan kampung pesisir Sungai Pahang yang sempit, mudah dinaiki air bila musim tengkujuh dan sudah tidak sesuai lagi kerana banyak kenderaan.

"Dengan itu kami mendesak Kerajaan Negeri Pahang mengambil tindakan segera agar meneruskan pembinaan jalan tersebut bagi membuktikan kerajaan benar-benar membela nasib rakyat seperti yang digembar-gemburkan," katanya.

Menurut Suhaimi yang juga bekas Ketua Kampung Guai, projek jalan pesisir Sungai Pahang sejauh 25 kilometer itu pada asalnya telah dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) dengan peruntukan daripada  sebanyak RM48 juta sekitar di penghujung tahun 1980-an.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM22 juta sudah digunakan untuk pembinaan jalan dan membayar tanah-tanah penduduk yang terlibat dengan pengambilan.

Malangnya apabila DAP memenangi Dun berkenaan (Triang) tahun 1990 melalui Leong Ngah Ngah, projek tersebut dihentikan. Apabila LKWJ dibubarkan pada tahun 2000, wang  baki lebihan RM26 juta telah dikembalikan Kerajaan Pahang kepada Kerajaan Pusat dengan pembinaan jalan tersebut gagal disiapkan.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Memorandum Bekas Tentera Jika Pakatan Ambil Alih Putrajaya.

Posted: 08 Nov 2012 09:00 PM PST

Pada Konvensyen Pakatan Rakyat Pahang di Dewan Sekilau, Jalan Haji Ahmad, Kuantan, Kor Bekas Anggota Tentera/Perajurit (Kobat) mengambil kesempatan untuk menyerahkan memorandum kepada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Memorandum 30 perkara itu merupakan tuntutan dan cadangan kepada Pakatan Rakyat untuk dilaksanakan apabila Pakatan mara ke Putrajaya.

Hampir 80 peratus tuntutan melibatkan kepentingan dan kebajikan warga tentera yang masih berkhidmat dan selebihnya untuk pesara tentera dan mereka yang menamatkan perkhidmatan tanpa bersara.

Antara tuntutan dan cadangan itu ialah:
1. Semakan semula ke atas Akta Angkatan Tentera, 1972 agar bersesuaian dengan keadaan semasa, di samping memberikan keadilan sama rata di antara peringkat LLP dan Pegawai.

2. Tuisyen percuma kepada anak-anak warga tentera dan bekas tentera.

3. Kenaikan elaun perumahan, COLA, Elaun Khidmat, Elaun Perjalanan mengikut kadar yang telah kami gariskan di dalam memorandum berkenaan.
 
4. Elaun bagi Pingat-Pingat Perkhidmatan (PPA, PPS dan PJM) termasuk anugerah Pingat Khas kepada athlet-athlet atau ahli sukan yang berjaya mengharumkan nama ATM atau negara beserta elaun bulanan.

5. Bantuan Sara Hidup setiap bulan kepada bekas-bekas tentera yang tidak berpencen mengikut kadar perkhidmatan mereka seperti yang kami gariskan di dalam memorandum berkenaan.

6. Perkhidmatan bas sekolah di setiap kem tentera secara percuma kepada anak-anak warga tentera dan bekas tentera bagi mengantikan penggunaan trak tentera yang berisiko dan tidak selesa.

7. Kemudahan WIFI di semua kem tentera.

8. Kelengkapan CCTV di setiap pintu masuk kem tentera dan juga di stor simpanan senjata dan peluru.

9. Menaik taraf PERNAMA (Perwira Niaga Malaysia) ke taraf 'market' yang lebih besar bagi kemudahan warga tentera dan bekas tentera berbelanja untuk barangan harian dengan kadar yang murah.

10.Memperkasakan fungsi Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dengan meletakkan Pengarah KAGAT sebaris dengan Panglima Ketiga-Tiga Perhidmatan iaitu DARAT, Laut dan Udara agar fungsi KAGAT lebih dihormati.

11.Menentukan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) diuruskan dengan baik dan telus di mana wang LTAT tidak boleh dipinjam sewenang-wenangnya termasuk oleh kerajaan atau badan lain seperti Felda atau sebagainya melainkan untuk warga tentera atas kebajikan mereka.

12.Tanah untuk bekas-bekas tentera samada melalui Felda Plantation atau sebagainya, sekurang-kurangnya satu lot tanah yang boleh didirikan rumah kediaman.

13.Pencen minima sebanyak RM1,500.

14.Menolak perkhidmatan sehingga 27 tahun, tetapi menerima tempoh perkhidmatan bersara bermula dari 21 tahun hingga 25 tahun sahaja.

15.Kadar pencen melebihi dari 50 % gaji terakhir sekiranya berkhidmat lebih dari 21 tahun.  Kadar yang dicadangkan terdapat di dalam memorandum.

16.Pemulangan kesemua wang simpanan LTAT sekiranya bersara dan tidak berhenti awal.

Terdapat beberapa tuntutan lain yang kami nyatakan di dalam memorandum termasuk dalam hal BAKAT (Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera), Sukan, Pembelian peralatan pertahanan, pakaian seragam, aspek latihan dan kerohanian dan sebagainya.

Untuk makluman, banyak dari tuntutan dan cadangan KOBAT ini adalah ilham dari warga tentera serta bekas-bekas tentera yang kami temui.  Semua tuntutan yang kami nyatakan di dalam memorandum tersebut akan kami siarkan sepenuhnya.
(Sumber: Blog rasmi Kobat)


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Bekas Tentera Serah Memorandum Pada Anwar, Najib Makin Gelisah

Posted: 08 Nov 2012 07:30 PM PST

Baru-baru ini pemimpin Hindraf berjumpa Anwar Ibrahim di Parlimen, mereka membincangkan pelbagai isu masyarakat india dalam pertemuan itu, dan baru -baru ini satu pertubuhan bekas tentera pula berjumpa dengan Anwar Ibrahim untuk menyerahkan memorandum tuntutan mereka.

Penyerahan memorandum tuntutan Kor Bekas Anggota Tentera/Perajurit (Kobat)itu membuktikan bekas tentera lebih menyakini kepimpinan KEADILAN dan Pakatan Rakyat berbanding Umno BN,

 
"Kenapa kita serahkan memorandum kepada Anwar? Kerana kita yakin dengan kepimpinan beliau. Kita yakin hanya Pakatan boleh merealisasi tuntutan," kata Pengerusi  Kobat Pahang  Datuk Fauzi Abdul Rahman.

Nah, sekarang sudah ramai yakin kepada kepimpinan Pakatan Rakyat berbanding be end, itu buat najib makin gelisah, masyarakat india tolak kerajaan sekarang, sama juga dengan majoriti kaum cina, pemandu teksi, mahasiswa universiti dan ramai lagi.

Tapi najib tak perlu la risau sangat , kerana masih ramai melayu yang ditipu umno akan terus menyokong parti itu.kah..kah..kah


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Penyokong Ahmad Berhimpun Di Dataran malam tadi

Posted: 08 Nov 2012 04:30 PM PST

Kira-kira 100 penyokong Ahmad Abdul Jalil, termasuk ahli keluarganya, berkumpul menyertai nyalaan lilin di Dataran Merdeka malam tadi, menggesa supaya beliau dibebaskan.

Mereka termasuk ibu bapanya, lima daripada sembilan adik-beradiknya, dan beberapa orang sepupunya, menyertai orang ramai memegang lilin dan poster yang menggesa supaya Ahmad dibebaskan.

Himpunan tersebut, yang diketuai oleh penyelaras Lawyers for
Liberty, Fadiah Nadwa Fikri (kanan), bermula sekitar jam 9 malam, dengan dipantau oleh kira-kira 10 anggota polis.

"Beliau telah tidak diberi hak untuk mempertahankan dirinya. Beliau tidak pernah diberi hak untuk berjumpa peguamnya. Beliau telah tidak diberi haknya untuk berjumpa keluarganya.
NONE"Kita tidak tahu apa yang berlaku kepada beliau. Kami amat bimbang akan keselamatannya, dan kami berada di sini untuk menuntut pembebasan Ahmad," katanya sebelum menyerahkan hailer untuk ahli keluarga Ahmad.

Ahmad telah ditahan di Kuala Lumpur pada hari Jumaat minggu lepas di bawah Akta Hasutan 1948 kerana didakwa menghina Sultan Johor dan dibawa ke Johor Bahru.

Beliau kemudiannya dibebaskan tanpa sebarang tuduhan, tetapi ditahan semula di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment