"tukanglawan" |
- Nenek 3 Cucu Ambil SPM
- Umno Rosak Kerana Mamak Bernama Mahathir.
- Lagikan Air Asid Diredahi, Inikan Pula Air Hujan.
- Apa Punya Politik, Trak Kempen DAP Pun Nak Curi
- Bila PI Bala Mengamuk. SPRM Dah Tak Tau Nak Buat Apa.
Posted: 05 Nov 2012 02:00 PM PST Seorang nenek yang mempunyai tiga cucu merupakan antara 70 calon 'matang' yang mengambil peperiksaaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Chempedak dekat Yan hari ini. Kesemua calon matang itu adalah guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) berusia antara 30-an hingga 55 tahun. Hasanah Abdullah, 55, guru Kafa di Masjid Al-Amin, Sungai Layar, Sungai Petani berkata beliau gembira kerana berjaya mencapai impiannya untuk mengambil peperiksaan itu sejak 38 tahun lepas. Katanya kematian ibu ketika berusia 15 tahun dan masalah kewangan menyebabkan impiannya untuk mengambil peperiksaan itu seperti rakan sebayanya yang lain ketika berumur 17 tahun terkubur. "Selepas ibu meninggal, saya mengambil tugas ibu menjaga adik-adik yang ketika itu masih kecil. Setiap tahun saya akan menangis dan meminta izin daripada bapa agar membenarkan saya bersekolah semula kerana mahu menduduki SPM," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sekolah itu hari ini. Hasanah yang tinggal di Sungai Layar, Sungai Petani dan mempunyai enam anak, mengambil mata pelajaran teras dengan tambahan Bahasa Arab. Hasanah yang belajar di sekolah swasta, Sekolah Menengah Langkasuka, Guar Chempedak berkata beliau mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan SPM untuk mengejar cita-cita masuk ke universiti. Walaupun terpaksa menduduki SPM pada usia yang lewat namun ia bukan penghalang demi menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan prestasi akademik, katanya. Bagi Mahmud Sri Wijaya Othman, 48, guru Kafa di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Dawai, Sungai Petani pula, beliau tidak berasa kekok untuk berada di dewan peperiksaan demi menimba ilmu. Bapa kepada lima orang anak itu menjadikan anak sulungnya, Al-Kausar, 18, sebagai pendorong untuknya berjaya dalam SPM. "Dahulu saya hanya bersekolah sehingga darjah enam sahaja, kemudian sambung ke sekolah Arab dan tidak pernah mengambil peperiksaan SPM. Saya bersyukur kerana anak saya sering membantu terutama dalam mengulang kaji pelajaran dan keluarga menjadi pembakar semangat untuk saya cemerlang dalam SPM," katanya. Pemangku Pengetua SM Langkasuka, KS Maniam berkata pada tahun ini seramai 147 pelajar sekolah itu termasuk 70 guru Kafa dan enam jururawat menduduki peperiksaan SPM manakala bakinya calon mengulang semula SPM. Beliau berkata calon yang terlibat tidak hanya membabitkan daerah Yan malah mereka dari serata daerah di negeri ini termasuk Sik, Pendang dan Kuala Muda. -Bernama Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Umno Rosak Kerana Mamak Bernama Mahathir. Posted: 04 Nov 2012 10:30 PM PST Segala masalah yang dihadapi Umno dan negara sekarang ditujukan sepenuhnya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad. Sekurang-kurangnya, tiga dari bekas pemimpin Umno yang meninggalkan Umno meletakkan kesalahan itu kepada Mahathir. Datuk Tamrin Ghafar, Datuk Kadir Sheikh Fadzil dan Datuk Yahya Lampong meletakkan kesilapan Dr Mahathir atas kehancuran Umno sekarang. "Umno dah rosak dan Dr Mahathirlah punca segala kerosakan ini," kata Tamrin Ghafar dalam Konvensyen PAS Johor hari ini. Tamrin, Kadir dan Yahya sudah mengumumkan pendirian mereka meninggalkan Umno. Ketiga-tiganya meletakkan Mahathir sebagai punca utama mereka tinggalkan Umno. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Lagikan Air Asid Diredahi, Inikan Pula Air Hujan. Posted: 04 Nov 2012 08:30 PM PST Walaupun hujan lebat bermula jam 2 petang dan padang becak, ia tidak menghalang kira-kira 30,000 orang hadir dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di padang Taman Seremban Jaya, Negeri Sembilan malam Semalam. Padang yang digenangi air dan berlumpur, tidak mematahkan semangat mereka berpayung dan berbaju hujan serta berdiri di tengah padang sewaktu hujan renyai bagi mendengar penjelasan isu-isu semasa daripada pemimpin Pakatan Rakyat. Himpunan anjuran gabungan tiga parti dalam Pakatan Rakyat itu sebagai permulaan sebelum diteruskan di beberapa buah negeri bagi menyokong tuntutan mengadakan pilihan raya bersih dan adil. "Kenapa kita memilih Negeri Sembilan, kerana ia negeri paling awal kita akan berkuasa dalam pilihan raya umum akan datang. Bila tiba mengundi, jam 7 malam (keputusan diumumkan), Wisma Negeri kita telah tawan," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Wisma Negeri merupakan pusat pentadbiran kerajaan negeri itu yang dipimpin oleh Datuk Seri Mohamad Hassan Kata-kata pemimpin PAS yang mesra dipanggil 'Abang Mat' itu - juga merupakan pengarah program - diiringi tepukan dan sorakan hadirin yang hadir. 'Ayam sabung' PAS itu juga berkata perhimpunan seumpama itu, bakal diteruskan di Stadium Muhammad ke-IV di Kelantan pada 16 November ini sebelum diikuti di beberapa negeri mengikut zon - Pahang, Kedah, Johor dan Perak. Perhimpunan itu juga kemudiannya, akan diteruskan oleh kepimpinan Pakatan di peringkat negeri yang melibatkan antaranya Melaka, Pulau Pinang dan Perlis, tambahnya. Mohamad Sabu berkata acara kemuncak perhimpunan tersebut akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 12 Januari tahun depan dengan sasaran sebanyak sejuta rakyat akan berhimpun di situ. "Perhimpunan seluruh rakyat di Kuala Lumpur di antaranya menyokong tuntutan BERSIH, (dan) tuntutan rakyat (yang akan disertai) tidak kira (penyokong) Hijau (Lynas), Merah (royalti), Oren (Felda), Kuning (BERSIH) atau apa-apa warna sekalipun," katanya. Sebelum itu, ketua pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan menyampaikan ucapan yang pada umumnya menyatakan kehadiran puluhan ribuan di situ sebagai indikasi bahawa Pakatan Rakyat mampu menguasai Wisma Negeri pada pilihan raya umum akan datang. Mereka adalah Pesuruhjaya PAS Mohd Taufek Abdul Ghani, Anthony Loke (Ketua DAP Negeri Sembilan) dan Datuk Kamarul Baharin Abbas (ketua pimpinan PKR negeri). Sementara itu, dalam ucapannya, Anthony menegaskan DAP berjanji akan bertungkus-lumus untuk mengalah MCA, Gerakan dan MIC di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum akan datang. "Saya juga mahu tuan-tuan berjanji di mana kerusi PAS atau PKR bertemu Umno, adalah menjadi kewajipan kita untuk habiskan (kalahkan) Umno dan BN. Marilah sama-sama kita jatuhkan BN," katanya yang diirngi tepukan dan sorakan gemuruh hadirin. Beliau sekali lagi menempelak Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang didakwanya "biadap" dengan menghina Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan mengulangi janjinya untuk membelanya. "Jika agama Buddha dihina (sekalipun), saya yakin pemimpin PAS juga akan mempertahankannya. Kalau agama Hindu dan Kristian dihina, saya yakin PKR akan mempertahankan. Kalau agama Islam dihina, DAP akan mempertahankannya," katanya yang juga ADUN Lobak dan ahli Parlimen Rasah. Ketiga-tiga mereka kemudiannya memeterai dengan membaca satu persefahaman untuk mendokong dan menjunjung Undang-undang Tubuh negeri serta Tonggak Nan9 iaitu janji untuk membela rakyat termasuk Orang Asal jika diberi kepercayaan mentadbir negeri itu. Selepas itu, Sasterawan Negara dan Pengerusi bersama BERSIH Datuk A Samad Said kemudiannya, mendeklamasikan puisi bertajuk 'Pelamin Kuasa' yang mendapat tepukan gemuruh para hadirin. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Apa Punya Politik, Trak Kempen DAP Pun Nak Curi Posted: 04 Nov 2012 06:30 PM PST Apa teruk sangat politik dekat negara nei, sudahlah fitnah orang dan ulang hari-hari dekat TV dan Surat khabar, tak cukup dengan tu, remaja diajar jadi samseng dan kacau majlis orang, sekarang trak kempen pun nak kene curi. Maka bila kes trak ni hilang teringat pulak "tukanglawan" kes kereta ketua serikandi keadilan Siti Aishah yang hilang depan rumah, yang peliknya ada kereta depan dan belakang kereta Siti Aishah, kereta dia yang parking di tengah-tengah tu boleh lesap. Bila fikir-fikir pelik cikit sebab kenapa kereta yang tu hilang, kalau pencuri nak curi kereta, mesti dia akan ambil yang senang dia bawak lari, mungkin kereta tu jadi sasaran sebab nak geledah dan cari maklumat yang disimpan dalam kereta tu agaknya. Semalam, Salah satu daripada tiga trak kempen pilihan raya DAP yang baru dilancarkan didapati hilang ketika diparkir di luar sebuah rumah kedai di Taman Tun Aminah, Johor, yang peliknya banyak lagi trak komersial lain tak pulak kene curi. Trak yang itu jugak jadi sasaran. Mungkin pencuri sekarang tak berminat dengan barangan komersial agaknya, mereka lebih berminat nak curi baju dengan logo DAP, kalau ye pun, mintak la, jangan curi. kah..kah..kah. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Bila PI Bala Mengamuk. SPRM Dah Tak Tau Nak Buat Apa. Posted: 04 Nov 2012 04:30 PM PST Ingat lagi tak PI Balasubramaniam?, dialah yang bongkar banyak pasal kes Altantuya kene bom haritu. Tak lama dulu PI bala ada buat pendedahan bahawa terdapat percubaan untuk merasuh dia, bukan setakat rasuah suruh tutup mulut, tapi cuba rasuah untuk buruk-burukkan Anwar Ibrahim. (baca sini) Tapi semua tu tak jalan, bala bukan nak kaya, tapi dia mahu kebenaran diketahui ramai, dan dia dah pernah lapor dekat SPRM pasal benda nei, cuma sampai sekarang kata bala, SPRM dok senyap je. Kali ni dia mengamuk lagi, Bala meminta suruhanjaya itu memaklum kepadanya atau peguamnya dalam dalam masa tujuh hari, dan jika tidak, beliau "tidak bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku". Apa yang nak berlaku? Bala yang simpan banyak maklumat dan bukti berkenaan kes altantuya kene BOM C4 tu dah bagi semua maklumat berkenaan kes tu dekat peguam peribadi dia, dekat wartawan asing pun Bala dah bagi maklumat tu, dia bagi arahan je nanti maka semua media luar akan main la cerita Altantuya mati kene BOM !!! . Maka nanti kita boleh agaklah siapa paling tak senang duduk dalam negara nei, betul lah kata Bala, masa tu semua sudah terlambat, Tak sabar pulak tunggu time tu, cerita pasal perbicaraan kes kapal selam pun dah buat ade pemimpin dalam negara ni tak senang duduk, apa lagi kalau maklumat yang bala beri tu bermain di dada akhbar luar negara. kah..kah..kah Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
You are subscribed to email updates from "tukanglawan" To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment