Liang Lahad....

Liang Lahad....


GAMBAR YANG MENAKUTKAN NAJIB JIKA HAJI HADI BENAR-BENAR BERTANDING DI PEKAN!!!

Posted: 05 Nov 2012 07:05 AM PST

Najib hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa tidak mungkin Haji Hadi akan bertanding di Pekan,iaitu Parlimen beliau sendiri.. 

Kenyataan beliau itu kelihatan seperti beliau sangat-sangat mengharapkan perkara seumpama itu tidak akan berlaku..



Dan mungkin gambar ini boleh menjadi asas ketakutan Najib sekiranya Presiden PAS,Haji Hadi benar-benar bertanding di Parlimen beliau..


Gambar di atas ni menggambarkan propaganda BN yang mahukan orang bukan Islam menolak PAS, telah GAGAL!!!

Rakyat Malaysia tidak takut dengan kepimpinan Ulama'..
tapi kenapa melayu Islam dalam UMNO sendiri yang takutkan kepimpinan Ulama'..??



KITA PERLU FAHAM KENAPA KERAJAAN PERLU SANGAT LAKSANAKAN AES!!!

Posted: 05 Nov 2012 05:31 AM PST

KUALA LUMPUR: Tender pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dikuasai kroni Umno, dakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja Chang Lih Kang.

Chang mendakwa, Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) yang juga pemegang saham terbesar Beta Tegap Sdn Bhd, Rozana Redzuan mempunyai kaitan dengan pemimpin Umno Johor.

Rozana, menurut Chang merupakan anak sulung Tan Sri Redzuan Salim dan Puan Sri Atkah Abdullah, dua tokoh pemimpin Umno yang disegani di Johor.


"Tan Sri Redzuan merupakan bekas ADUN Peserai dan Ketua Umno Bahagian Parit Sulong manakala Puan Sri Atkah pernah menjadi ADUN Sri Medan selama dua penggal, Timbalan Ketua Wanita Bahagian Umno Johor, dan Exco Wanita Pusat.

"Selain itu, Rozana juga merupakan sepupu kepada ADUN Machap Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Sehubungan itu, Chang mencabar Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha menafikan dakwaan wujudnya unsur kronisme dalam pemberian tender pemasangan kamera AES kepada Beta Tegap Sdn Bhd.

Beta Tegap merupakan salah sebuah daripada dua syarikat swasta utama yang mendapat kelayakan tender pemasangan kamera AES daripada Kementerian Pengangkutan selain ATES Sdn Bhd.

Sebelum ini Ahli Parlimen Selayang William Leong mendakwa pemegang saham kedua terbesar dalam Beta Tegap, Dr Andreas Teoh mempunyai kaitan dengan MCA apabila beliau turut memiliki kontrak dengan Kementerian Kesihatan pada 2005 melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd.

Namun dakwaan itu disanggah Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang juga pada ketika itu memegang portfolio Menteri Kesihatan.


Patut lah Kerajaan nak sangat laksanakan AES...
hehehe...

ISU MELAYU DAN TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA - PENJELASAN NURUL IZZAH!!

Posted: 05 Nov 2012 05:05 AM PST

Nurul Izzah dituduh sebagai orang yang "konon-kononnya" menyokong melayu bebas memilih agama..
dan kenyataan beliau yang mengatakan "tiada paksaan dalam Islam" itu cuba dibelitkan dengan memberikan persepsi bahawa beliau bersetuju melayu bebas memilih agama mereka selain dari Islam...

Ini ada dinyatakan di dalam Utusan Malaysia yang selama ini tidak pernah berputus asa mengelirukan rakyat Malaysia di dalam laporan-laporan mereka..

Biarpun di saman dan diperintah membayar denda akibat dari salah lapor mereka,namun Utusan tidak pernah berputus asa..
(kadang-kadang aku terfikir kalaulah Utusan menggunakan sikap tidak kenal
putus asa mereka ni di dalam menyebarkan dakwah kan ke bagus..)

Hari ini Utusan melaporkan berita yang sebegini.. Melayu perlu bebas pilih agama?
(siap ada tanda soal (?) kerana takut kena saman..)




Berikut penjelasan dari Nurul Izzah berkaitan isu tersebut..

Saya ucapkan terima kasih di atas pertanyaan lanjutan yang diterima setelah saya menghadiri satu forum bertajuk "Islamic State: Which version? Whose responsibility?" sebagai seorang panelis.

Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegaskan ungkapan – "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)…." – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.

Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad.

Saya cenderung mendukung program pendididkan dan daawah untuk memperkukuh aqidah dan meningkat kefahaman terhadap Islam.

Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama.

Nurul Izzah Anwar
4 November 2012


Kalau kita tak tahu apa yang terkandung dalam Surah Al Baqarah ayat 256 seperti yang dikatakan oleh Nurul Izzah tu..
lihat sini...

"Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
Surah Al Baqarah ayat 256

Dari Blog Nurul Izzah

No comments:

Post a Comment