"tukanglawan" |
- Pelik Ekonomi Negeri Lemah, Tapi MB dapat Anugerah Ekonomi
- Video Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat Mat Sabu
- Biarkan Saja mahathir - Haji Hadi
| Pelik Ekonomi Negeri Lemah, Tapi MB dapat Anugerah Ekonomi Posted: 24 Nov 2012 09:30 PM PST Penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah (Kehormat) Ekonomi dan Pentadbiran Muamalat kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan sempena Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) kelmarin menimbulkan pelbagai tanda tanya. Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan, Nor Azman Mohamad (gambar) berkata, penganugerahan tersebut kelihatan agak janggal jika dibandingkan dengan prestasi beliau mentadbir Negeri Sembilan terutama dalam sudut ekonomi negeri. Sebagai contoh, ujarnya jika diteliti pada tahun 2010, kerajaan Negeri Sembilan memiliki 'aset' berjumlah RM23.40 juta dalam bentuk saham di beberapa syarikat seperti Telekom, Tenaga Nasional Berhad, Malaysia Airport tetapi menjelang tahun 2011 pegangan tersebut cuma tinggal RM590,000 sahaja.Lebih jelas lagi, katanya pendapatan kerajaan negeri dari hasil utama seperti cukai tanah, terimaan dari agensi, perkhidmatan, perolehan dari segi lesen dan permit dari tahun 2010 berjumlah RM326.99 juta menurun dengan serius kepada RM280.11 juta pada 2011. Beliau menabmah, lebih malang, apabila peruntukan yang diberikan untuk Hal Ehwal Agama Islam menurun dari RM7.15 juta pada tahun 2010 kepada RM5.63 juta pada 2011. Selain itu, peruntukan pembangunan agensi kerajaan bawah kerajaan negeri dari RM85 juta berkurangan kepada RM82.49 juta. "Kita bukan mahu menafikan penganugerahan itu, tetapi kita risau sekiranya penganugerahan tersebut berunsur politik. Iaitu menjadi satu alat untuk beliau menarik sokongan rakyat kepada beliau seterusnya mengukuhkan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar. Di samping cuba menyingkirkan pesaing-pesaing dari kalangan pimpinan Umno Negeri Sembilan," ujarnya dalam satu kenyataan. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
| Video Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat Mat Sabu Posted: 24 Nov 2012 07:00 PM PST Anak Punai Anak Merbah terbang Turun membuat Sarang semua rakyat Sudah berubah Putrajaya Semakin terang.. Jom layan ceramah merdeka rakyat Mat Sabu di Damansara Damai pada 22 November lalu. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
| Biarkan Saja mahathir - Haji Hadi Posted: 24 Nov 2012 04:40 PM PST Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mahu memanjangkan polemik siapa seharusnya menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya membentuk Kerajaan Pusat nanti. Abdul Hadi enggan mengulas panjang mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan beliau (Abdul Hadi) lebih layak untuk menjadi Perdana Menteri berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Saya tak mahu komen apa-apa. Biarkan beliau (Mahathir). Komen saya habis dah, cukup dah," katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis penutup Program Perkaderan dan Tarbiyah Anak Ahli Pas di Madrasah Darul Iman di Titian Baru di sini, semalam. Mahathir si penghina Al-Quran dilihat cuba melaga-lagakan pula pemimpin pakatan rakyat dalam isu siapa paling layak menjadi perdana menteri, sudah pasti mahathir yang pernah cuba membunuh karier politik Anwar Ibrahim memang tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri... kenapa. Sudah pasti jika Anwar jadi Perdana Menteri, Mahathir akan sangat malu dan rasa kalah kerana Anwar akhirnya menjadi perdana menteri pilihan rakyat walaupun mahathir telah membburuk-burukkan Anwar sebelum ini. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
| You are subscribed to email updates from "tukanglawan" To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



No comments:
Post a Comment