"tukanglawan" |
20 Peratus Ibu Tunggal Di Selangor Keluar Dari Paras Kemiskinan Posted: 22 Nov 2012 05:30 PM PST Sasaran 20 peratus ibu tunggal keluar daripada paras kemiskinan seperti yang disasarkan dua tahun lepas berjaya dilakukan di Selangor. Angka ini menafikan bahawa Kerajaan Negeri meminggirkan golongan ibu tunggal seperti yang didakwa Umno-BN. Exco Wanita, Kebajikan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, tindakan secara menyeluruh dibuat dan setakat ini seramai 27,320 orang ibu tunggal didaftarkan di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Katanya, hampir 11 program yang mempunyai kaitan berhubung bantuan ekonomi ibu tunggal dilaksanakan termasuk penglibatan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS). "Sebenarnya isu berkaitan menifesto ini telahpun kita tangani iaitu elaun kepada ibu tunggal tetapi elaun itu bukanlah khusus dalam bentuk bulanan secara terus kepada beliau tetapi dalam bentuk program bulanan khusus. "Malah program yang kita buat jauh lebih besar dan banyak," katanya dalam satu sidang media di lobi Dewan Negeri Selangor. Antara program untuk kepentingan ekonomi ibu tunggal yang dilaksanakan adalah Program Pemberdayaan Wanita menerusi Pusat Wanita Berdaya (PWB), Skim Mikrokredit Bandar dan Luar Bandar (MiMIBAR dan SkimSel), Progran Pemberdayaan Ibu Tunggal SOHO Selangor dan Skim Mikrokredit Wanita Ladang (WALA). Selain itu, program Skim Bantuan Tadika (TUNAS), Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKEMBAR) dan Laman Dapur. Berhubung satu demonstrasi daripada ibu tunggal Selangor yang bakal diadakan esok, Rodziah menyatakan kesudian untuk menerima memorandum berkenaan. Ujar beliau lagi, sekiranya ada ibu tunggal yang terlepas mahupun belum berdaftar dengan Kerajan Negeri, mereka masih berpeluang untuk berbuat demikian. "Saya mengalu-alukan dan akan menerima memorandum tersebut. Tetapi dalam masa yang sama ada ketelusan tolong sampaikan senarai mana-mana ibu tunggal yang belum menerima bantuan ini untuk saya tangani secara baik," katanya. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
You are subscribed to email updates from "tukanglawan" To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment