Pahang Daily Online |
- Panas: Seorang Lagi "Pegawai Tinggi Kerajaan" Bakal Di Letakkan Sebagai Calon BN Di Pahang PRU-13 Ini !
- Panas: Gara-Gara Menegur Nurul Izzah, Video Panas Sultan Pahang Pula Kini Tersebar Meluas Di Internet
- Mahkamah Tinggi Kuantan 'Tangguh Pengurusan' Kes Lynas Malaysia 'Saman SMSL' Pada 17 Disember Ini !!
Posted: 28 Nov 2012 10:00 AM PST KUANTAN, 29 Nov - Presiden Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) Dato' Hashim Abdul Wahab (foto) dikatakan antara nama baru yang bakal dicalonkan oleh BN pada Pilihanraya Umum ke-13 ini nanti. Beliau yang juga bekas Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dikatakan bakal diletakkan di kerusi DUN Pulau Manis iaitu kerusi baru yang diwujudkan akibat persempadanan semula kawasan mengundi bagi Parlimen Pekan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kerusi itu agak selesa bagi BN kerana terdapat ribuan undi pos tentera yang dikatakan sudah pasti akan berpihak kepada BN seperti kebiasaannya. Sebelum kewujudan DUN Pulau Manis, Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak hampir tumbang di kerusi Parlimen Pekan apabila hanya mendapat kemenangan tipis sebanyak 241 undi pada Pilihanraya Umum Ke-10 tahun 1999 yang lalu. Ketika itu, dua kerusi DUN di Pekan iaitu DUN Chini dan DUN Kuala Pahang dimenangi oleh pembangkang dari PAS dan KeADILan. Kerusi DUN Pulau Manis yang baru diwujudkan bagi membantu kemenangan mutlak Najib sebelum ini pernah diwakili oleh Dato' Ariff Sabri Abd Aziz (Sakmongkol). Beliau kini telah mengisytiharkan dirinya bersama Pakatan Rakyat dengan menyertai pari DAP awal tahun ini. Persoalannya, jika benar Dato' Hashim akan bertanding kali ini, maka apakah pemimpin UMNO yang lebih senior daripada beliau di situ boleh menerimanya?. DUN terbabit kini diwakili oleh Khairuddin Mahmud, dan jika ini berlaku maknanya beliau juga mungkin tidak dicalonkan pada PRU-13 nanti. Nasib yang sama seperti Dato' Ariff Sabri menjadi ADUN sepenggal. Apapun, sama-sama kita nantikan perkembangan seterusnya hal ini. Apakah BN boleh mempertahankan kerusi itu lagi atau mereka akan tumbang kali ini kerana ada dakwaan ramai anggota tentera kini sudah muak dengan janji-janji kerajaan UMNO BN terhadap kebajikan mereka. Undi mereka sekadar jadi pelengkap kejayaan BN, tetapi selepas itu nasib mereka dipinggirkan hinggalah pilihanraya yang berikutnya muncul semula. Inilah yang terjadi kepada mereka. [PDO pernah mendedahkan ura-ura mantan Pengarah Pelajaran Pahang, Dato' Yahya Zainal Abidin bakal dicalonkan oleh UMNO untuk mewakili BN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenor, Parlimen Maran. Susulan pendedahan itu, kami telah dihujani dengan berbagai info bahawa sememangnya BN akan menggunakan pegawai kerajaan terutamanya yang berjawatan tinggi untuk menjadi calon bagi menarik undi pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Ini kerana jawatan Pegawai Kerajaan dari Institusi Pengajian Tinggi amat disegani dan disanjungi oleh masyarakat terutamanya orang Felda dan kampung-kampung Melayu. Maka itu, anda golongan terbabit dipilih sebagai calon maka sudah pasti ia dapat menarik kembali undi mereka yang banyak hilang pada PRU-12 lalu. Apapun, tindakan parti meletakkan orang diluar sebagai calon ini sudah pasti akan membuatkan calon-calon pilihan sedia ada marah dan undi protes pasti akan berlaku. Justeru, semua pihak perlu berhati-hati dalam membuat sebarang pilihan]. |
Posted: 28 Nov 2012 01:04 AM PST Teguran yang dibuat oleh Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah (foto) terhadap Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar harus diterima dengan hati terbuka oleh semua pihak sebenarnya. Dalam satu kenyataan media yang dibuat oleh baginda pada 15 November lalu, Sultan Hj.Ahmad Shah menegur sikap pemimpin PKR itu yang begitu lantang bersuara bab agama hingga tidak sedar apa yang diperkatakan telah menimbulkan situasi tidak tenteram kepada umat Islam. "Sebagai ketua agama Islam dan pemerintah negeri Pahang saya berasa sedih, dukacita (dengan kenyataan itu). Kita tidak boleh terlampau lantang sangat sebut pasal agama ini. "Saya nasihatkan agar rakyat tidak mendengar cakap-cakap sebegitu dan perlu memikirkan perkara itu dengan sehalus-halusnya," titah baginda. Baginda juga bertitah sebagai seorang Islam, kenyataan berkaitan agama Islam tidak boleh dibuat sesuka hati tanpa merujuk kepada pihak yang lebih arif. "Tidak semestinya orang yang mahir tentang Islam boleh bercakap mengenai Islam, saya juga mahir dan boleh juga bercakap mengenai Islam tapi kita ada majlis agama Islam, ulama kita semua bijak bistari, sebab itu saya tak berani bercakap," titah baginda. "Saya sayang agama saya. Kita kena sanjung agama kita setinggi-tingginya dan jaga dengan sepenuh hati. Dalam Perlembagaan turut menyebut bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara ini," titahnya. Susulan kenyataan baginda itu, kini episod "serangan peribadi tuanku" telah dilakukan oleh pihak tertentu yang bertujuan untuk mengaibkan maruah Sultan Pahang. Selepas heboh diperkatakan tentang pendedahan Blogger Uncle Seekers terhadap Sultan Johor, kini kecoh dibuatnya apabila tersebar video panas berkenaan Sultan Pahang di laman Youtube. Tidak diketahui siapa yang memuat turun video tersebut, namun ia mungkin ada kaitan dengan kenyataan Sultan Pahang terhadap Nurul Izzah agaknya. Video yang bertajuk "Kat Films Royal Soiree: 1881 Celebrations Of His Royal Highness Sultan Pahang & Prince Hafad.mov". Edaran video tersebut kini telah disaksikan ramai pihak termasuk warga Pahang di luar negara. Malah, video berkenaan juga telah disebarkan di laman sosial facebook serta tweeter secara meluasnya. Malah dalam blog panas amenoworld dengan jelas mendedahkan gambar-gambar berkaitan untuk tatapan pembacanya. Apa yang terjadi ini benar-benar sesuatu yang sungguh mendukacitakan kerana ia melibatkan Sultan Pahang yang dikenali sebagai "Raja Berjiwa Rakyat" dan disanjung oleh penduduk negeri ini. [Video yang berdurasi selama 3 minit ini diterbitkan oleh KatFilms.Co.Uk jelas sekali boleh menjatuhkan imej dan maruah Sultan Pahang sebenarnya. Tambahan dalam video berkenaan ada memaparkan adengan-adengan yang tidak sewajarnya dipertontonkan kepada rakyat. Persoalannya sekarang, siapakah pihak yang telah memuat turun video berkenaan ke laman Youtube. Dari maklumat pada Youtube video berkenaan diterbitkan oleh individu yang bernama ikanbandor mulai semalam (27 November). Sebagai rakyat Pahang kita merasa amat kecewa dengan penerbitan video yang boleh menjejaskan imej dan maruah institusi raja di negeri Pahang ini sebenarnya. Justeru, pihak berkuasa digesa segera memantau perkara ini kerana ia jelas sekali satu penghinaan yang telah dirancang oleh pihak tertentu]. |
Mahkamah Tinggi Kuantan 'Tangguh Pengurusan' Kes Lynas Malaysia 'Saman SMSL' Pada 17 Disember Ini !! Posted: 28 Nov 2012 01:05 AM PST KUANTAN, 28 Nov - Mahkamah Tinggi Kuantan semalam menangguhkan pengurusan kes saman fitnah Lynas (Malaysia) Sdn Bhd (Lynas) terhadap kumpulan anti-Lynas, Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) pada 17 Disember depan. Hakim Dato' Mariana Yahya yang membuat keputusan itu berkata, penangguhan itudilakukan supaya kes itu dijalankan selepas mendapat keputusan rayuan Lynas di Mahkamah Rayuan, Putrajaya Khamis ini. Sebelum ini, kes berkenaan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, namun dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuantan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Datuk John Louis O'Hara. Kes itu dipindahkan selepas permohonan SMSL dan dua individu yang terbabit dalam kes saman berkenaan, Tan Bun Teet dan Lim Sow Teow dibenarkan oleh hakim berkenaan. Bagaimanapun, Lynas menfailkan tuntutan rayuan agar prosiding kes berkenaan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Lynas diwakili Tetuan Jeff Leong, manakala SMSL dan dua individu itu diwakili firma guaman Bastian Vendargon. [Ramai pemerhati yang berpandangan keputusan Lynas menyaman SMSL ini pasti akan dimenangi oleh Lynas. Ini kerana Lynas sudah pun dibenarkan operasinya oleh kerajaan Malaysia sendiri. Makanya, tidak mungkin keputusan perbicaraan kes ini akan berpihak kepada SMSL. Walau apapun yang dilakukan oleh rakyat bagi menghalang operasi kilang Lynas termasuk berjalan kaki dari Kuantan ke Kuala Lumpur baru-baru ini, namun tidak mungkin kewujudan Lynas di kawasan perindustrian Gebeng dapat dihalang melainkan mengubah kerajaan yang ada hari ini. Hanya rakyat yang perlu buat perubahan jika mereka mahu masa depan mereka lebih terjamin pada masa yang akan datang. Maka, buatlah pilihan anda!]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment