Liang Lahad....

Liang Lahad....


VIDEO HELIKOPTER APACHE ISRAEL BERJAYA DITEMBAK JATUH!!

Posted: 20 Nov 2012 10:18 AM PST

Satu video yang menunjukkan sebuah helikopter apache milik tentera Israel telah berjaya ditembak jatuh tersebar di alam maya..

Kumpulan pejuang Palestin mendakwa mereka berjaya menembak jatuh apache Israel pada ahad lepas..
bagaimana pun pihak tentera Israel tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan balas mengenai dakwaan pejuang Palestin itu...

Biasanya kalau lambat beri respon tu..
memang betullah tu,mungkin Israel malu nak mengaku heli canggih mereka berjaya ditembak jatuh oleh pejuang Palestin...

Berikut adalah video yang dimaksudkan...


Secanggih mana pun..
tidak akan mampu melawan takdir Allah..

ORANG ASLI ANGGAP HIDUP MEREKA SEPERTI NENEK MOYANG DAHULU,MASIH TAK DAPAT BEKALAN LETRIK!!

Posted: 20 Nov 2012 08:57 AM PST


Rupa-rupanya di Pahang taraf hidup rakyat masih lagi teruk..
ingatkan jika PM datang dari negeri Pahang,nasib rakyat Pahang akan terbela...
rupa-rupanya jika kita dapat PM yang jenis tak pandai mengurus tadbir keadaan tetap tidak akan berubah..

Itulah yang berlaku di Pahang..
sehinggakan orang asli pun dah mula marahkan kerajaan kerana mengabaikan mereka..

Sehingga kini mereka tidak merasa bekalan letrik...

keadaan yang sama seperti nenek moyang mereka dulu..

MUADZAM SHAH - Kira-kira 30 penduduk Orang Asli Kampung Kundang di sini minta kerajaan menyalurkan bekalan elektrik dengan segera di kawasan penempatan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kundang, Mohd Rani Abdullah berkata, sudah lebih 30 tahun penduduk menetap di kampung itu, namun mereka tidak pernah menikmati bekalan asas tersebut.



Menurutnya, penduduk sudah hilang sabar kerana terpaksa berdepan kesulitan setiap hari, selain bergantung kepada penggunaan generator dan pelita setiap hari."Cara hidup kami tak ubah seperti zaman nenek moyang pada waktu dahulu dan mahu kerajaan segerakan proses penyaluran elektrik dari rumah ke rumah penduduk," katanya.


Mohd Rani berkata, kehidupan kira-kira 50 penduduk di situ amat sukar terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah.


Menurutnya, bagi penduduk yang menggunakan generator, mereka terpaksa berbelanja di 'luar kemampuan' kerana terpaksa membeli minyak petrol setiap hari bagi menghidupkan enjin jana kuasa tersebut.


"Sebulan kami terpaksa berbelanja RM300 untuk minyak petrol sahaja dan keadaan ini sudah tentu memberi tekanan kepada kami," katanya.


Katanya, dalam keadaan kos sara hidup di negara ini yang semakin tinggi, mereka pula terpaksa berbelanja lebih semata-mata mahu diterangi cahaya pada waktu malam.


"Kalau ada elektrik, wang kami boleh dijimatkan, malah anak-anak juga dapat mengulang kaji pelajaran dengan mudah," katanya kepada Sinar Harian.




Mohd Rani menunjukkan kotak elektrik di balai raya kampung itu, namun sehingga kini bekalan elektrik masih belum disalurkan ke penempatan itu.
Katanya, dia berasa hairan kerana kotak elektrik sudah dipasang di setiap rumah dan balai raya, namun sehingga kini bekalan elektrik masih belum dipasang ke penempatan tersebut.

"Kotak elektrik sudah ada lebih dua tahun lalu, namun kami hairan kerana bekalan elektrik masih belum diperoleh," katanya.

SELEPAS KETUA PEMUDA UMNO PERLIS,KETUA PEMUDA MIC BAHAGIAN BATU KAWAN PULAK YANG MELETAKKAN JAWATAN!!!

Posted: 20 Nov 2012 05:32 AM PST

Selepas Ketua Pemuda UMNO Perlis meletakkan jawatan dengan alasan penat jadi Ketua Pemuda UMNO Perlis selama 3 tahun tetapi 3 hari kemudiannya menarik semula perletakan jawatan tersebut selepas bertemu dengan Khairy Jamaluddin..

Kini Dr D. K. Devavijayan,Ketua Pemuda MIC Bahagian Batu Kawan pula meletakkan jawatan..

alasan beliau pula adalah kerana mahu beri tumpuan kepada perniagaannya..

Surat peletakan jawatannya telah pun diserahkan kepada kepada Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan Pengerusi MIC Bahagian Batu Kawan R. Muthiah hari ini siang tadi..


Menurut Dr D. K. Devavijayan "keputusan itu dibuat bukan atas desakan mahupun pengaruh mana-mana pihak."

"Saya masih anggota MIC dan menyokong kuat Barisan Nasional, cuma saya tidak boleh memberi komitmen terhadap jawatan itu (Ketua Pemuda MIC Batu Kawan) kerana dalam masa yang sama perlu menguruskan perniagaan.
  
"Saya sudah lama memikirkan perkara ini (meletak jawatan) kerana perniagaan saya tiada sesiapa uruskan dan saya juga bimbang jika pilihan raya nanti saya gagal memberi fokus terhadap kerja-kerja parti berikutan urusan perniagaan," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
  
Katanya beliau tidak akan menarik balik peletakan jawatan itu walau dipujuk oleh mana-mana pihak kerana percaya keputusan tersebut adalah yang terbaik baginya dan MIC.



Ramai pulak yang meletakkan jawatan bila dah dekat-dekat nak Pilihanraya ni kan..?

Kebiasaannya kalau pemimpin dari BN ni meletakkan jawatan..
kalau bukan kerana tak dicalonkan pada PRU ini mesti tak dapat apa yang mereka minta tu...



Letak jawatan disaat hampirnya PRU sudah tentu menggoncangkan parti..
lepas tu akan ada orang pujuk..
janji macam-macam.. bla..bla..bla..
lepas tu bila dah puas hati..
tarik balik perletakan jawatan...

Kah..kah..kah..
macam bebudak pemimpin BN ni..

KELANTAN JUGAK YANG TERBAIK - McD DI KELANTAN LENGANG WALAU OFFER BURGER FREE!!!

Posted: 20 Nov 2012 01:40 AM PST

Kelantan jugak yang terbaik dalam bab boikot McD ni..

Ditengah-tengah kekecohan orang melayu Islam beratur panjang diseluruh negara untuk dapatkan burger free di Mcdonald's..
rakyat Kelantan ternyata tidak kebulur dengan burger McD walaupun diberi secara percuma..


McD di Kelantan yang lengang semalam..
terbaiklah Kelantan..!!




Memang perlu diakui..
rakyat Kelantan ada jati diri..
ada pendirian..
hebat!!

NAJIB DAN NAZRI PENING KEPALA,RAFIZI MINTA HONG KONG BUKA SEMULA KES RASUAH RM40JUTA !!

Posted: 20 Nov 2012 01:22 AM PST


National Oversight & Whistleblowers (NOW) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu rombongan ke Hong Kong bertujuan mengumpul maklumat lanjut dan menyampaikan perkembangan terkini kepada pihak-pihak berkuasa dan berkepentingan di Hong Kong mengenai siasatan kes rasuah RM40 juta yang dikaitkan dengan Dato' Seri Musa Aman, Dato' Seri Nazri Aziz dan Michael Chia.

Ini bertepatan dengan kenyataan Dato' Seri Nazri Aziz di Dewan Rakyat baru-baru ini yang menggunakan nama dan reputasi Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) untuk menggugurkan dakwaan rasuah terhadap Dato' Seri Musa Aman dan Michael Chia.

Sedangkan sehingga kini, tidak ada satu pengesahan pun dari ICAC yang mengiyakan kenyataan Dato' Seri Nazri Aziz itu, ditengah-tengah tuduhan bahawa ICAC terpaksa menghentikan siasatan kerana tidak mendapat kerjasama dari pihak berkuasa Malaysia yang sengaja melengah-lengahkan kes tersebut.

Perkara ini diperkuatkan lagi dengan perkembangan terkini dari siasatan terhadap tuduhan rasuah melibatkan hartawan Ananda Krishnan di India, apabila pihak berkuasa India turut menyuarakan bantahan terhadap pihak berkuasa Malaysia yang dilaporkan sengaja tidak memberi kerjasama untuk melengah-lengahkan kes tersebut.

Jelas bahawa ada perkaitan yang membimbangkan di antara kedua-dua kes; apabila pihak berkuasa Malaysia dituduh tidak memberi kerjasama kepada pihak berkuasa lain yang menyiasat kes rasuah individu tertentu yang rapat dengan Umno/Barisan Nasional.

Oleh itu, adalah menjadi keutamaan untuk mengesahkan kebenaran kenyataan Dato' Seri Nazri Aziz dengan merujuk kembali perkara ini kepada ICAC dan pihak berkuasa Hong Kong. 

Sekiranya ICAC terpaksa menghentikan siasatan kerana pihak berkuasa Malaysia tidak memberikan kerjasama yang sewajarnya, ini adalah satu skandal besar yang perlu disiasat dengan lebih lanjut oleh SPRM dan pihak berkuasa di negara ini.

Pendedahan terbaru bahawa keluarga Dato' Seri Nazri Aziz ada mendapat habuan dalam bentuk sebuah kereta mewah dianggarkan berharga RM1 juta dari Michael Chia menguatkan lagi persepsi bahawa tindakan Dato' Seri Nazri Aziz membersihkan nama Dato' Seri Musa Aman dan Michael Chia adalah berunsurkan rasuah yang perlu disiasat segera.

Saya telah menghubungi ICAC dan sementara ia menjelaskan ia perlu menjaga kerahsiaan siasatan, ICAC juga memaklumkan bahawa wujud mekanisme semakan semula siasatan melalui sebuah badan yang dipanggil Operations Review Committee (Jawatankuasa Semakan ICAC).

Oleh yang demikian, satu rombongan yang turut disertai wakil-wakil rakyat akan berkunjung ke Hong Kong untuk memulakan proses permohonan kepada Jawatankuasa Semakan ICAC untuk:

1. Memaklumkan fakta-fakta kes yang menyebabkan ICAC terpaksa menutup kes ini untuk mengesahkan sama ada dakwaan bahawa pihak berkuasa Malaysia tidak memberikan kerjasama benar atau tidak;

2. Membuka semula siasatan terhadap dakwaan rasuah RM40 juta dan pengubahan wang haram (money laundering) terhadap Dato' Seri Musa Aman, Dato' Seri Nazri Aziz dan Michael Chia mengambil kira perkembangan terkini termasuklah kenyataan-kenyataan Dato' Seri Nazri Aziz di Parlimen dan keterlibatan keluarga beliau menerima habuan dari Michael Chia

Rombongan ini yang disertai oleh saya, YB William Leong (AP Selayang), YB Hee Loy Sian (AP Petaling Jaya Selatan) dan YB Chang Li Kang (ADUN Teja) akan berlepas ke Hong Kong esok (21 November 2012).

Dalam rangka lawatan ini, rombongan akan menemui ahli Majlis Perundangan Hong Kong (Legislative Council) seperti berikut:
 
Leung Kwok-Hung, pengerusi League of Social Democrats
James To Kun-Sun, wakil Parti Demokratik
Raymond Wong Yuk-Man dan pimpinan parti People's Power
Pimpinan Civic Party


Rombongan juga akan mengadakan pertemuan dengan NGO dan media untuk menerangkan kesan kes ini kepada reputasi ICAC. Satu sidang penerangan akan diadakan pada hari Khamis, 22 November 2012 yang akan turut disertai oleh wakil-wakil parti politik, NGO dan media.

Sesi penerangan dan pertemuan dengan ahli-ahli Majlis Perundangan Hong Kong adalah bertujuan untuk mendapatkan kerjasama mereka untuk berunding dengan Jawatankuasa Semakan ICAC untuk menyemak kembali kes tersebut.

Akhir sekali, rombongan akan bertemu dengan wakil ICAC untuk menyampaikan permohonan rasmi agar kes ini disemak kembali mengambil kira kesannya kepada reputasi antarabangsa ICAC, apabila namanya digunakan di Malaysia untuk membersihkan nama Dato' Seri Musa Aman dan Michael Chia dalam suasana yang menimbulkan penuh tanda tanya.

Misi ini adalah misi yang pertama dan akan diteruskan dari semasa ke semasa bergantung kepada perkembangan di Hong Kong.

Satu sidang media akan diadakan di ibu pejabat KEADILAN pada hari Jumaat, 23 November 2012 jam 4 petang sejurus rombongan tiba dari Hong Kong.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Eksekutif

PANDU PERLAHAN PUN BOLEH KENA SAMAN AES!!

Posted: 20 Nov 2012 12:01 AM PST


SHAH ALAM, 20 NOV: Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) didakwa tidak tepat dalam mengesan kenderaan yang melebih had laju kerana ia boleh menyebabkan kenderaan yang tidak melebihi had laju juga disaman.


Ini kerana kamera AES yang statik akan menyebabkannya merakam kenderaan yang tidak melebihi had laju yang kebetulan berada di hadapan kamera secara serentak dengan kenderaan lain yang laju.

Dakwaan tersebut dibuat Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, Ronnie Liu (gambar) semalam.


Ronnie berkata beliau mengetahuinya melalui kajian yang dilakukan baru-baru ini termasuk membuat rakaman video di salah satu tapak kamera AES yang ada di Selangor baru-baru ini.

"Ia bukan macam kamera yang dikendalikan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalanraya) atau polis trafik yang boleh terus tembak kepada kenderaan yang dipandu laju, tetapi AES ia statik.

"Kalau anda pandu perlahan, tak lebih had laju pun, tetapi kalau ada orang lain yang (melebihi had laju) potong pada saat itu, 'flash' kamera itu akan tangkap gambar semua kenderaan yang berada di situ pada masa itu.

"Kalau ada tiga kenderaan pada masa itu, ketiga-tiga kenderaan pun akan kena termasuk pemandu yang melebihi had laju itu sekali," kata Ronnie.

Lianglahad~ demi menarik duit dari poket rakyat,BN nak kisah apa..
laju ke tak.. janji ada kereta dalam gambar tu...

BN tahu rakyat Malaysia ni berapa kerat je yang sanggup lawan di mahkamah..
kebiasaannya mereka membayar tanpa memastikannya terlebih dahulu..
"aku tak perasan ler aku bawa laju ke tak waktu tu,tapi memang aku ada lalu dijalan tu pada tarikh tu,ahh.. bayar je lah.."

AZHAR SULAIMAN MENGAKU SUDAH MURTAD DAN INGIN KEMBALI KE PANGKUAN AGAMA ISLAM!!!

Posted: 19 Nov 2012 10:22 PM PST

Menggemparkan dunia media baru dan dunia hiburan apabila pelakon Azhar Sulaiman mengaku dirinya sudah murtad dan menyatakan ingin pulang semula ke pangkuan agama Islam..

Pengakuan itu dibuat di dalam wall facebook beliau di mana konon-kononnya beliau mahu memerli Tuan Guru Nik Aziz apabila TGNA mengatakan sesiapa yang menolak Islam,maka orang itu mungkin sudah murtad..

Nik Aziz mengatakan "Tak kira siapa pun kalau tok guru berserban berjanggut sekalipun kalau tolak islam dengan hati yang sengaja, dia kata Islam tak guna, dia murtad sekalipun tak ada mufti bagitau dia.."


Mari kita lihat kenyataan Azhar Sulaiman ini..
samada Azhar Sulaiman ini murtad sebab Nik Aziz mengatakan dia murtad atau pun dia murtad kerana pengakuan dia sendiri..?



Isu utama di sini adalah Azhar sulaiman sudah mengaku beliau sudah murtad apabila menyatakan "saya sebenarnya sudah murtad"


Isu kenyataan TGNA langsung tak ada kena mengena dengan Azhar Sulaiman yang mengaku kurtad ni...


Sebab TGNA kata sesiapa yang tolak Islam,boleh jadi dia murtad dah...
jadi adakah Azhar Sulaiman ini menolak Islam seperti yang dinyatakan oleh TGNA tu..?

Kalau dia tak menolak Islam kenapa dia nak mengaku dia murtad pulak..?
kenapa dia perlu merasakan dirinya termasuk dalam golongan murtad..?
atau dia sememangnya sudah termasuk dalam golongan yang menolak Islam?



Utusan memutar belitkan kenyataan TGNA..
TGNA tidak mengatakan UMNO murtad secara langsung...
murtad ni perlu ada beberapa perlakuan untuk menjadi murtad...
 
Jadi mari kita lihat "ayat utama" dalam isu murtad ini..
TGNA kata...
"Umno tolak Islam maka nampak dia telah memperlekeh Islam. Dia buang Islam macam buang ubat habis tempoh. Boleh jadi yang tolak Islam tu murtad dah, boleh jadi dia jahil, boleh jadi dia tak faham," katanya.

Kerana Utusan..
artis-artis UMNO seperti Azhar Sulaiman ini keliru..
sudahlah mereka jahil dalam mendalami maksud TGNA kerana hanya membaca satu sumber sahaja..
mereka mempermain-mainkan pula soal akidah mereka..
kalau kita kata UMNO tu jahil agama kang,mereka marah pulak..

Habis,kenyataan Azhar Sulaiman ni takkan aku nak kata kenyataan dari seorang yang bijak cerdik agama lak..?

Mari kita perhatikan betul-betul kenyataan TGNA mengenai murtad jika menolak Islam ini...


KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sesiapa sahaja orang Islam yang memperlekeh agama Islam dengan sengaja maka ia boleh jatuh kepada murtad (terkeluar dari Islam).

Katanya, tindakan memperlekeh Islam boleh berlaku dengan banyak cara termasuk menolak Islam sebagai dasar perjuangan kerana menganggap Islam itu sudah lapuk dan tidak sesuai lagi zaman ini.

"Tak kira siapa pun kalau tok guru berserban berjanggut sekalipun kalau tolak islam dengan hati yang sengaja, dia kata Islam tak guna, dia murtad sekalipun tak ada mufti bagitau dia.

"Umno tolak Islam maka nampak dia telah memperlekeh Islam. Dia buang Islam macam buang ubat habis tempoh. Boleh jadi yang tolak Islam tu murtad dah, boleh jadi dia jahil, boleh jadi dia tak faham," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Muktamar Tahunan PAS kali ke 58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) di sini hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, bagaimana PAS boleh percaya dengan ajakan Umno untuk bersama-sama mereka membela Islam sedangkan sejarah membuktikan Umno sendiri menolak ulamak dalam biro agama Umno waktu perjuangan kemerdekaan dahulu.

"PAS bukan dicipta oleh orang PAS tapi oleh biro agama Umno. Kami hanya jaga sahaja.

"Sekarang (Umno) nak ajak PAS (bersama-sama) bela Islam. Alim ulamak kamu pun kamu tolak, takkan kamu nak terima ulamak kami pula. Itu logiknya," tegasnya memberi analogi.

Kalau korang (UMNO) memang menolak Islam..
memang patutlah korang terasa pun..
kah..kah..kah...

Ada dua perkara yang jika kita main-main ianya tetap menjadi dan sah sepertimana ucapan kita..
Pertama : jatuhkan talak kepada isteri..
Kedua : soal akidah, seperti mengaku sudah murtad.

Kedua-duanya jatuh walaupun kita hanya berniat bergurau..
 

No comments:

Post a Comment