Liang Lahad....

Liang Lahad....


ANWAR KECAM ISRAEL!! BERLAINAN DENGAN NAJIB YANG CUBA MELETAKKAN DIRI TIDAK MENYEBELAHI PEJUANG PALESTINE!!!

Posted: 18 Nov 2012 09:39 AM PST

SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Israel dengan segera menghentikan tindakan ketenteraan ke atas Gaza, yang setakat hari ini telah meragut nyawa lebih 40 orang rakyat Palestin.

Katanya, tindakan tentera rejim Yahudi memusnahkan kawasan penempatan Palestin yang tertinggal, satu pelanggaran undang-undang antarabangsa dan ibarat satu tindakan membunuh.

"Kami mengecam tindakan kejam ini dan mahu masyarakat antarabangsa melakukan apa sahaja untuk menghentikan keganasan.

"Tindakan mengebom yang berterusan dan memanggil 75,000 askar simpanan satu langkah mengancam keamanan dan kestabilan di rantau ini," kata Anwar dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini merujuk kepada tindakan ketenteraan Israel ke Gaza sejak Rabu lalu.


Anwar mengulangi pendirian Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Mesir, Mohammed Morsi bahawa kesan serius akan tercetus jika Israel meneruskan tindakan ketenteraan dengan serangan dari darat.


Sehubungan itu, Anwar menggesa Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama bertindak segera dalam konflik terbaru ini.


"Kesemua negara yang mencintakan keamanan harus mengambil pendirian moral yang jelas dalam isu ini dan mengenakan tekanan ke atas Israel agar menghentikan tindakan kejam, tidak berperikemanusiaan dan menindas," kata beliau lagi...


Najib tidak mengecam tindakan Israel.

Seperti Anwar...
Najib juga mengeluarkan kenyataan..

Sekiranya Anwar lantang menggesa Israel menghentikan serangan dan mengecam Israel yang dianggapnya sebagai pembunuh...
tapi Najib berlainan nada,Najib tidak pula mengecam Israel..

Najib hanya mahu kedua-dua pihak (Palestine dan Israel) menghentikan segala aktiviti keganasan..
mungkin bagi Najib,Hamas dan pejuang-pejuang Palestine yang mempertahankan tanahair mereka dari terus diserang dan dijajah oleh Israel itu sebagai satu aktiviti keganasan..


Mungkin Najib mahu dilihat oleh Israel dan Amerika sebagai seorang PM yang tidak menyebelahi pejuang Palestin,mungkin sebab itu Najib mengeluarkan kenyataan menggesa kedua-dua pihak sekali menghentikan aktiviti keganasan...

NaMpak sangat Najib berhati-hati keluarkan kenyataan untuk tidak melukakan hati pemimpin yahudi tu kan..? 



 

KITA PERLU MULA HAYATI DETIK-DETIK INI,RAPTAI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO TERAKHIR SEBAGAI PEMERINTAH!!

Posted: 18 Nov 2012 08:29 AM PST


KUALA LUMPUR - Umno hari ini mengadakan raptai penuh acara-acara yang akan berlangsung sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 dari 27 Nov hingga 1 Dis.

Raptai yang berlangsung selama hampir tiga jam itu mencakupi perasmian perhimpunan sayap-sayap Umno serta perhimpunan agung itu sendiri. 


Turut belangsung di sebelah pagi ialah raptai upacara menaikkan bendera Umno di

perkarangan ibu pejabat parti di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. 

Raptai pada 18 November 2012
Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh berkata 2,759 perwakilan dari seluruh negara dijangka menghadiri perhimpunan itu. 

Beliau berkata semasa perhimpunan, perwakilan boleh menggunakan aras bawah hingga aras lima Dewan Merdeka PWTC manakala aras enam dikhaskan untuk pemerhati dan pegawai pelbagai kementerian. 


"Selain pas khas, setiap perwakilan yang ingin masuk ke dalam dewan mesti menunjukkan kad pengenalan masing-masing kepada pengawal bertugas, berbeza dengan tahun lepas yang menggunakan hanya kad akses  khas," katanya kepada Bernama pada akhir raptai itu. 


Selain itu, Abdul Rauf berkata 1,700 wartawan dari dalam dan luar negara dijangka membuat liputan pada perhimpunan itu. 


Beliau berkata satu tayangan video mengenai perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang melibatkan usaha Malaysia akan ditayangkan pada perhimpunan berkenaan.  - Bernama


Harap-harap perhimpunan agung UMNO yang terakhir sebagai pemerintah negara ini,meriah dan tidak ada yang tertidur lagi,sebab ini adalah detik-detik bersejarah bagi UMNO dan bagi negara kita...

Kepupusan dinasour jutaan tahun dulu kita tak berpeluang untuk saksikannya..
tetapi mungkin kita berpeluang dalam hayat kita kini untuk menyaksikan detik-detik kepupusan UMNO di bumi Malaysia ni..

INI DIA JALAN RAYA YANG HANYA AKAN DITURAP SETIAP KALI SEBELUM PILIHANRAYA!!!

Posted: 17 Nov 2012 11:37 PM PST


ALOR GAJAH (MELAKA)- Penduduk Kampung Bukit Bonbon, Jalan Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim), Kuala Sungai Baru, di sini, bengang kerana terpaksa melalui jalan utama yang rosak setiap hari.

Tinjauan di sepanjang laluan empat kilometer yang menempatkan lebih 20 buah rumah penduduk mendapati laluan yang rosak teruk itu hanya diturap dengan serpihan batu marmar.


Penduduk, Abd Razak, 50, berkata, kali terakhir laluan itu diturap pada 2007 (sebelum pilihanraya 2008) sebelum ia rosak semula sejak setahun lalu.   

"Apabila masalah ini dikemukakan kepada pihak yang berkaitan, tindakan diambil tetapi seperti melepaskan batuk di tangga apabila bahan terbuang digunakan untuk menurap kerosakan jalan.

"Kami difahamkan pihak berkenaan menurapnya dengan batu buangan dari serpihan membina rumah, malah ada serpihan batu marmar tajam hingga tayar kenderaan pecah," katanya.


Menurutnya, keadaan lebih membebankan pengguna apabila terpaksa melalui laluan itu pada hari hujan kerana air memenuhi laluan berlopak.


"Ada juga penduduk bermotosikal turut membawa anak kecil tergelincir disebabkan struktur jalan yang rosak teruk," katanya.


Abdul Razak berkata, masalah itu sudah diajukan sebanyak lima kali kepada pihak berkenaan namun tindakan yang diambil hanya mengecewakan penduduk.


"Yang terbaru aduan ini diusulkan  lima bulan lalu dan saya difahamkan peruntukan sudah diperoleh namun, tiada sebarang tindakan diambil untuk membaik pulih permukaan jalan," katanya.


Penduduk, Mohd Asri Osman, 28, berkata, laluan itu menghubungkan Jalan Benteng dengan Rumah Awam Ayer Molek dan ia merupakan laluan utama bagi penduduk untuk ke pekan.


"Saya sudah biasa menggunakan laluan ini untuk ke pekan sejak berpuluh tahun lalu, namun sudah banyak kali tayar motosikal saya pecah dan rim motosikal bengkok disebabkan jalan ini.


"Bila hujan lebat permukaan jalan dinaiki air hingga pernah beberapa kenderaan sebelum ini terbabas dalam parit kerana mengelak lopak air," katanya.


Menurutnya, terdapat pembetung mendap di laluan ini sehingga permukaan jalan tidak rata dan sempit. Keadaan itu menyebabkan penunggang motosikal terjatuh ke dalam parit besar berhampiran.


"Laluan yang mendap itu betul-betul bersebelahan dengan parit besar, jika pengguna gagal mengawal kenderaan terutama motosikal pasti akan terjatuh ke dalam parit itu," katanya.


Sementara itu, Exco Kerjaya dan Kemudahan Awam Negeri Melaka, Datuk Kapten (B) Abd Karim Sulaiman berkata, penggunaan serpihan bahan terbuang untuk menurap jalan adalah satu kesalahan.


"Menggunakan bahan terbuang untuk menurap lopak jalan adalah tidak mengikut garis panduan dan spesifikasi yang ditetapkan pihak berkaitan dalam proses membaik jalan raya," katanya


Menurutnya, penggunaan bahan terbuang membabitkan serpihan tajam mengundang bahaya kepada pengguna selain merosakkan kenderaan seperti yang berlaku kepada penduduk di sini.


Lianglahad - perkara biasa.. setiap kali nak pilihanraya barulah nak turap jalanraya..rakyat diperbodohkan berpuluh-puluh tahun oleh BN.. 

BEKAS SB YANG PERNAH KHIANAT PAS 5 PENGGAL MINTA MAAF DENGAN PAS!!!

Posted: 17 Nov 2012 09:37 PM PST

KOTA BHARU: Seorang bekas polis yang bertugas dengan Cawangan Khas (SB) selama 25 tahun, Abdullah Omar memohon maaf atas segala dosa yang beliau lakukan terhadap PAS sepanjang bertugas sebagai polis.

"Dosa apa yang saya tak buat terhadap PAS sepanjang lima pilihan raya yang lepas...saya tidak mahu sebut di sini, biar saya dan Allah sahaja yang tahu.

"Tetapi maafkanlah saya, saya sudah bertaubat," katanya yang tampil sebagai perwakilan Taiping yang menyokong usul Pilihan Raya yang dibawa PAS Pusat.

Abdullah juga merupakan bekas OCPD Taiping pernah bertugas sebagai SB selama 25 tahun berterima kasih kepada PAS kerana sanggup menerima beliau yang pernah berdosa dengan PAS dan rakyat.

"Saya berbesar hati hari ini diangkat untuk berucap di Muktamar walau pun baru dua tahun bersama PAS, paling terharu PAS boleh terima orang yang berdosa seperti saya," katanya.

Cabar Majlis Fatwa

Pada masa sama beliau yang juga bekas OCPD itu turut mencabar Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa tentang gaji yang diperoleh oleh mana-mana calon yang menang pilihan raya melalui penipuan pilihan raya.

"Saya nak cabar Majlis Fatwa dan Mufti, kalau menipu dalam pilihan raya kemudian menang. Jadi Perdana Menteri, jadi menteri-menteri, bagaimana dengan gaji mereka.

"Saya tanya tuan-tuan gaji yang mereka dapat halal atau haram?" soal Abdullah terus dijawab para perwakil 'haram'.

"Kalau haram, kenapa Majlis Fatwa tidak keluarkan Fatwa?"

"Ya gaji yang mereka dapat tidak halal, jawablah di akhirat esok," soalnya balik ketika berucap menyokong usul pilihan raya oleh PAS Pusat.

Tambahnya, daripada banyak-banyak pilihan raya negara diadakan Malaysialah yang paling teruk.

Ditambah pula katanya, pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing seperti Thailand, Bangladesh, Myanmar dan paling malang mereka ini didaftarkan sebagai pengundi.

Beliau juga membayangkan jika pilihan raya negara ini dijalankan dengan bersih sudah lama Umno BN terkubur.

"Kalau bersih! sudah tentu kita sapu bersih Umno BN. Kita sudah lama jadi pemerintah," tegasnya diringi takbir para perwakilan.

TERKINI!! ANWAR KATA DIA TAK KISAH JIKA HADI JADI PM!!

Posted: 17 Nov 2012 09:19 PM PST


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tiada masalah sekiranya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi perdana menteri seperti yang disyorkan oleh seorang perwakilan Dewan Ulama di Muktamar PAS ke-58.

"Tiada masalah... tiada masalah. Tak ada apa. Kita boleh bincang dengan baik," kata Anwar ringkas ketika ditanya pemberita selepas merasmikan Konvensyen Halatuju Pendidikan Negara di Universiti Selangor (Unisel) Shah Alam hari ini.



ceramah selamatkan malaysia pas shah alam 090111 anwar ibrahim dan hadi awangSemalam, perwakilan Dewan Ulama PAS Pusat, Hairun Nizam Mat Hussain menegaskan Abdul Hadi merupakan calon terbaik untuk menjadi perdana menteri.

Bagaimanapun, pada sidang medianya, Abdul Hadi berkata seorang pemimpin diajar dalam Islam bahawa tidak boleh minta untuk menjadi pemimpin.

"Kita anggap (jawatan itu) satu amanah berat dan besar. (Ia) satu tanggungjawab. Apa yang penting kita ambil alih Putrajaya dulu.

"Siapa jadi PM, diterima oleh rakyat. Yang menyatukan rakyat. Tegakkan keadilan untuk rakyat, kita terima... Saya sanggup jadi nelayan balik," kata Hadi.

Bagaimanapun, menurut Sinar Harian, pada Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke-IV Jumaat lalu, Penasihat DAP Lim Kit Siang mengumumkan dan melantik Anwar menjadi perdana menteri kerana, katanya, beliau merupakan calon yang paling layak.

Lim berkata, pendirian itu dibuat untuk menyelamatkan negara daripada amalan rasuah yang semakin berleluasa. (m/kini)

No comments:

Post a Comment