Liang Lahad....

Liang Lahad....


AMBIK KO!! MUFTI UMNO,HARUSSANI KATA NURUL IZZAH DOSA BESAR,SIAP MINTA PENYOKONGNYA SEKALI KENA TAUBAT!!

Posted: 14 Nov 2012 07:52 AM PST

Harussani ibarat orang yang sedang tidur lena,terus terjaga bila dapat tahu dia kena keluarkan hukum untuk pemimpin PR dan penyokong-penyokongnya sekali..

Isu Tun M hina Nabi,hina hudud dan hina Islam,Harussani tak kata apa-apa..
isu Pak Lah kata kita patut benarkan orang yang nak murtad tu menjadi murtad.. tak perlu halang mereka.. Harussani tak kata apa-apa..
Harussani tidur lena waktu tu.. siap berdengkur-dengkur lagi..


Bila Chua Soi Lek hina hukum hudud,
Harussani cuma kata "tak patut cakap macam tu"..penyokong melayu Islam dalam UMNO yang turut sama menyokong Chua Soi Lek yang menghina hudud tu,Harussani tak suruh bertaubat pun...

Tapi bila pemimpin PR,Nurul Izzah keluar kenyataan yang menyokong tentang tiada paksaan dalam agama seperti yang termaktub dalam Surah Al Baqarah (ayat 256)..
terus Harussani keluarkan kenyataan suruh bertaubat..
bukan Nurul Izzah je yang kena bertaubat,tetapi siap penyokong-penyokong sekali Harussani minta supaya bertaubat..

Harussani mesti suka kerana dia dapat menghukum pemimpin PR sebagai berdosa besar...

Yang peliknya..
Dr. Asri (Dr. MAZA) boleh faham apa yang ingin disampaikan oleh Nurul Izzah tu,cuma Dr.Asri kata Nurul Izzah perlu huraikan lebih sedikit lagi supaya semua orang menjadi faham..

Aku tak tahu secara pasti samada Harussani ni ulas dan keluarkan hukum ni selepas beliau mendengar sendiri penjelasan dari Nurul Izzah atau tidak..
cuma agakan aku adalah, dia keluarkan hukum ni selepas membaca utusan..

Dalam Utusan..
Utusan mainkan isu ni konon-kononnya Nurul Izzah galakkan orang Islam murtad..
Utusan mainkan isu kononnya Nurul Izzah kata orang yang sudah sedia Islam tetap bebas memilih agama..
itulah permainan Utusan yang sekaligus mengelirukan orang kampung dan menyebabkan mereka marah pada Nurul Izzah tak tentu pasal..

Sedangkan apa yang Nurul Izzah nyatakan adalah tiada halangan dalam agama seperti yang dinyatakan dalam Al Quran tu,merangkumi semua bangsa termasuk melayu..

Iyalah,bila masa pula Allah mengecualikan bangsa melayu dalam ayat-ayat hukumNya..?
sudah tentulah ayat-ayatNya merangkumi semua ummat manusia..termasuklah melayu..

Harussanii....Harussanii....

KERANA DEDAH BN YANG LULUSKAN KONDO DI BATU CAVE YDP SELAYANG DIPINDAHKAN

Posted: 14 Nov 2012 03:43 AM PST

Datuk Zainal Abidin Aala
Hanya disebabkan mendedahkan perkara sebenar isu kondo yang menjadi isu baru-baru ini,Yang Dipertua Selayang ditukarkan ke ibu pejabat Institut Tadbiran Awam Negara berkuat kuasa esok.

Tapi disebabkan esok cuti umum,beliau akan melaporkan diri pada hari Jumaat dan hari ini adalah merupakan hari terakhir beliau di Majlis Perbandaran Selayang..


Pemindahan secara tiba-tiba itu mengejutkan ramai pihak terutamanya selepas pendedahan yang dibuat Datuk Zainal Abidin Aala yang menggagalkan BN dari cubaan menjadi hero dalam isu kondo di Batu Cave..

Dari pendedahan tersebutlah maka rakyat Malaysia baru tahu kondo tersebut diluluskan oleh kerajaan BN dan kini BN pula cuba menjadi hero dengan  menyalahkan kerajaan Selangor dan dengan rasa tak bersalahnya pula mengatakan BN berjanji akan memindahkan projek kondo tersebut jika BN berjaya tawan Selangor..

 

Pusat Bertindak Pindahkan Zainal Sebab Keluar Kenyataan Rugikan Umno-BN?

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian Dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata Zainal Abidin merupakan "mangsa keadaan" apabila beliau terpaksa mendedahkan fakta di dalam projek kontroversi tersebut.

"Dia terpaksa beritahu projek ini diluluskan bukan baru-baru ini tetapi di zaman BN mentadbir lagi.

"Bila 'press' minta minit mesyuarat dia kena bagi sebab Selangor ada Akta Kebebasan Maklumat, jadi sesiapa tak boleh salahkan dia," kata Ronnie apabila ditemui selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Zainal sebelum ini memberitahu bahawa Kebenaran Merancang terhadap projek kontroversi Dolomite Park Avenue di Batu Caves telah dikeluarkan ketika BN menerajui Selangor, pada 30 November 2007.

Zainal juga mendedahkan projek itu telah diluluskan oleh Jabatan Mineral Dan Geo-Sains (JMG) pada ketika itu.

Namun Jabatan Alam Sekitar (JAS), dalam laporan awalnya, tidak menyokong pembinaan projek itu atas alasan yang tidak disebutkan.

Beliau turut mendedahkan suatu minit mesyuarat MPS yang jelas membuktikan Kebenaran Merancang kondominium 29 tingkat itu dikeluarkan dalam mesyuarat tersebut.

Projek yang dimajukan oleh syarikat pemaju, Dolomite Properties Sdn Bhd di Batu Caves dianggap sebagai sensitif memandangkan kawasan tersebut merupakan tumpuan masyarakat Hindu untuk beribadat.

Ronnie juga memberitahu hari ini pertukaran Zainal ke jabatan yang masih belum diketahui itu akan berkuat kuasa Jumaat ini.

"Hari ini adalah hari terakhir Zainal di MPS sebab esok cuti umum dan saya akan bercakap dengan dia nanti, apa pun saya anggap ini tindakan tidak adil," ujar beliau lagi.

VIDEO PEMIMPIN UMNO TERDESAK SERANG MELULU KE PENCERAMAH PAS TERSEBAR!!!

Posted: 14 Nov 2012 01:24 AM PST

UMNO semakin terdesak dengan kebangkitan rakyat di negeri kelahiran UMNO sendiri iaitu di Johor..
sambutan yang diberikan rakyat kepada setiap ceramah Pakatan Rakyat sememangnya mengganggu UMNO secara mental...

Di dalam satu program ceramah PAS di Dun Parit Yaani,baru-baru ini (12 November 2012) pemimpin UMNO Bahagian Parit Yaani telah bertindak melulu
menyerang penceramah PAS bagi menghentikan ceramah tersebut..

Ini mungkin kerana beliau semakin tidak tahan melihat kebangkitan rakyat Johor yang mahukan perubahan di Dun tersebut...

Dun Parit Yaani baru-baru juga ini menggemparkan Malaysia apabila sebuah kampung di dalam Dun tersebut telah membubarkan cawangan UMNO kerana kecewa dengan sikap UMNO di sana..

Lihat sini [CAWANGAN UMNO DI JOHOR DIBUBARKAN PETANDA AWAL TSUNAMI POLITIK KALI KEDUA!]



Lihatlah bagaimana terdesaknya pemimpin UMNO Bahagian di Johor ni apabila tidak tahan melihat gelombang rakyat yang kini menyokong Pakatan Rakyat!!

PEJUANG ISLAM NO 1 TIDAK TUTUP AURAT DAN DIKATAKAN PULA KULUPNYA TERSEPIT ZIP!!

Posted: 13 Nov 2012 11:42 PM PST

Kah..kah..kah..
kalau UMNO yang nak buat demo pasal nak perjuangkan Islam,tegakkan Islam bagai tu, mesti mendatangkan rasa kelakar di hati rakyat..

Rakyat yang sudah kenal sangat macam mana perangai UMNO dalam hal-hal agama ni, mesti tertanya-tanya,macam mana tahap Islam dalam diri si pejuang-pejuang tu..

Adakah mereka marah kerana mereka benar-benar faham apa yang dihuraikan oleh Nurul Izzah dalam ayat 256 surah Al Baqarah tu..?

Ayat Al Quran kata,tidak ada paksaan dalam agama bagi seluruh umat manusia, kerana kebenaran telah nyata dari kesesatan..

Nurul Izzah kata semua manusia,tiada paksaan dalam agama dan ianya merangkumi semua manusia termasuklah melayu..(kerana melayu tu adalah bangsa manusia juga adanya..)

Pemuda BN Ampang buat demo..
kononnya bagi bantah kenyataan Nurul Izzah baru-baru ini dalam isu "tiada paksaan dalam beragama".
 
Dan dari gambar dapatlah kita nilaikan secara kasar bagaimana tahap pengetahuan mereka dalam beragama..

Mari kita lihat gelagat pejuang Islam dalam UMNO dan BN ni...

Gambar di bawah ni dikatakan mahu tunjuk kemaluan..
ada juga yang kata dia tengah berjuang untuk melepaskan "kulupnya" yang tersepit..
kah..kah..kah..
nak tunjuk atau tersepit nih.!!!??
Kalau nak demo perjuangkan Islam pun pakailah yang elok-elok sikit..
jangan bagi rakyat Malaysia gelakkan gelagat korang yang macam orang yang tak tahu agama dan tak tahu apa yang sebenarnya yang korang perjuangkan..


Korang ni bukan perjuangkan Islam..
tapi korang sebenarnya sudah memalukan Islam..!!

PENEROKA PAHANG SEDAR DIRI MEREKA DITIPU GRED BUAH!!

Posted: 13 Nov 2012 09:18 PM PST

 
Segelintir peneroka tidak berpuas hati dengan perbezaan kadar perahan buah terutama di Peringkat 1 dan 2, termasuk kilang sawit.

BERA - Sekumpulan peneroka mendesak pengurusan beberapa kilang sawit di kawasan itu menetapkan kadar perahan gred (KPG) yang sama bagi hasil sawit sama di sembilan tanah rancangan di sini.

Mereka mendakwa KPG ditetapkan bagi Peringkat 1 dan 2 di tanah rancangan ini berbeza, selain KPG ditetapkan di beberapa kilang dekat sini turut menunjukkan perbezaan ketara.

Keadaan ini bukan sahaja mewujudkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan peneroka, malah menyebabkan hasil sawit yang dijual menunjukkan julat perbezaan harga besar berdasarkan KPG ditetapkan.

Peneroka Peringkat 2 rugi


Peneroka, Wan Yusof Wan Omar, 63, berkata, peneroka Peringkat 1 di sini mengalami kerugian berbanding Peringkat 2 setiap kali menghantar hasil ke kilang.


Menurutnya, KPG ditetapkan sebuah kilang sawit adalah lebih rendah bagi peneroka Peringkat 1 dan tidak akan melebihi KPG 20.0 jika dibandingkan dengan kilang lain.


"Apabila peneroka hantar hasil ke kilang, secara automatik, buah kami digred rendah.


"Itu belum lagi dikira buah rosak atau buah muda yang terpaksa ditolak tanpa ditimbang menjadikan harga hasil sawit tidak banyak," katanya.


Katanya, walaupun KPG antara dua peringkat itu tidak banyak tetapi tetap menunjukkan perbezaan ketara bagi setiap tan hasil sawit yang dihantar ke kilang.


Menurutnya, KPG rendah ini menyebabkan ada peneroka terpaksa hantar ke kilang sawit lain yang menawarkan KPG tinggi.


"Ada yang terpaksa buat begitu tetapi kena guna slip bayaran peneroka dari tanah rancangan lain," katanya.


Wajib hantar untuk bonus, baja

Abd Malek Abd Rahim, 56, berkata, peneroka wajib hantar hasil ke kilang yang ditetapkan membolehkan mereka mendapatkan slip bayaran.

Menurutnya, selain itu, mereka perlu hantar hasil sekurang-kurangnya dua kali sebulan ke kilang terbabit sebagai bukti membolehkan mereka mendapat bonus tahunan berjumlah RM1,200 permohonan baja.


Katanya, disebabkan itu, peneroka Peringkat 2 mengalami kerugian kira-kira 70 tan setahun dengan perbezaan purata jualan hasil sebanyak RM50.


"Kami rugi RM3,500 semata-mata untuk mendapatkan bonus RM1,200 dan ini baru yang wajib dihantar sepanjang satu tahun tidak termasuk lebihan hasil setiap bulan.


"Ada masanya, peneroka hantar hasil lebih dari dua kali ke kilang," katanya.


Beliau berkata, walaupun beberapa kali peneroka membangkitkan perkara ini namun alasan diberikan adalah tertakluk kepada pengurusan kilang terbabit.


Katanya, jika perkara ini benar, seharusnya KPG Peringkat 1 dan 2 di sini tidak dibezakan malah diberi kadar sama kerana peneroka di sini hantar hasil ke kilang sama.


Minta pihak berkaitan seragam harga


Bagi Yusof Mat, 63, aduan peneroka mengenai masalah ini beberapa tahun lalu sememangnya dipandang sepi.


Katanya, meskipun perbincangan diadakan, ia langsung tidak mencapai persetujuan atau penyelesaian malah peneroka sering dipinggirkan apabila pihak kilang lebih gembira menerima hasil sawit peraih luar.


"Kalau peraih luar hasil, KPG memang tinggi yang mana hal ini diakui sendiri pemandu terbabit manakala buah muda pula dibenarkan dibawa balik dan keadaan ini berbeza dengan kami.


"Kami tidak dibenarkan membawa balik buah muda malah turut dikenakan penalti," katanya.


Tidak mahu terus teraniaya, peneroka menuntut pihak pengurusan campur tangan dalam masalah ini dan mendesak pengurusan kilang menyeragamkan KPG.


Lianglahad :- peneroka sudah lama ditipu,kini mereka bangkit akibat sudah hilang sabar..apabila peneroka tahu hak mereka,BN dalam bahaya!!

TIADA BEKALAN AIR,PENDUDUK PAHANG BAYAR "BIL ANGIN" YANG TINGGI!!!

Posted: 13 Nov 2012 09:00 PM PST

Negeri Najib adalah antara negeri yang cuba mengajar kerajaan Selangor dalam hal pengurusan air..
malah Menteri Besar Pahang sendiri pernah bersingkap angkuh dengan mengeluarkan ugutan mahu membatalkan perjanjian pembekalan air dari Pahang ke Selangor..

Tindak tanduk kerajaan BN ini seolah-oleh mereka begitu pakar dalam pengurusan air..

seolah-olah negeri mereka begitu sempurna tanpa masalah..
tapi rupa-rupanya negeri mereka jauh lebih kritikal masalah pengurusan airnya..

Di Kampung Teris,Temerloh,Pahang, penduduk mengalami gangguan bekalan air selama 42 hari tanpa mendapat apa-apa usaha dari pihak berkuasa tempatan bagi menyelesaikan masalah mereka walaupun sudah berkali-kali membuat aduan..

Bukan itu sahaja,mereka juga terpaksa membayar bil yang tinggi walaupun bekalan air tiada,kerana bil bergerak akibat dari tekanan angin..

Zulkifli (kiri) dan Mohd Syuhadi (kanan) bersama seorang penduduk menunjukkan kawasan paip pecah yang tidak dibaiki sejak sebulan lebih di Kampung Teris, Temerloh.


TEMERLOH - Seramai 250 penduduk Kampung Teris, dekat sini, mengalami masalah terputus bekalan air selama 42 hari.

Penduduk, Zulkifli Mahmud, 48, berkata, masalah tersebut sudah dilaporkan kepada pihak berkenaan namun hingga kini masalah paip pecah itu masih belum dibaiki.

Menurutnya, penduduk terutama yang tinggal di kawasan tinggi tidak mendapat bekalan air dan itu menimbulkan masalah kepada penduduk untuk mencuci pinggan mangkuk, membasuh pakaian, mandi, solat dan sebagainya.

"Air sungai pula jauh terletak kira-kira lima kilometer dan kami tidak akan mengambil air sungai itu kerana ia tercemar dengan aktiviti pertanian.

"Untuk mendapatkan bekalan air bersih kami beramai-ramai terpaksa berkongsi mengambil air di tiga perigi milik penduduk kampung ini. Itulah air yang selamat untuk kami gunakan," katanya kepada Sinar Harian.

Seorang lagi penduduk, Mohd Syuhadi Shamsuddin, 28, berkata, air di kawasan paip pecah itu terbiar begitu sahaja mengalir masuk ke dalam paya berdekatan tanpa dibaiki dan ia sangat membazir serta merugikan kerana penduduk tidak dapat menggunakan air bersih itu.

Menurutnya, apa yang lebih menimbulkan kemarahan penduduk apabila bil air mereka turut melambung kerana terpaksa menanggung kos air yang tidak digunakan mereka.

"Kampung ini kerap mengalami masalah paip pecah. Sebelum ini terdapat dua paip pecah dan pihak berkenaan membaiki salah satunya. Namun, paip di kawasan ini tidak dibaiki menyebabkan penduduk tidak dapat bekalan air yang sempurna," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Mohd Hashim Mahusin berkata, pihaknya sudah melaporkan masalah itu kepada pihak berkenaan.


Bagaimanapun katanya, pihak berkenaan memberitahu mereka tidak dapat melepaskan air dalam tekanan yang kuat kerana akan berlaku banyak paip pecah.


"Kalau itu masalahnya sampai bila penduduk di sini akan terus mengalami masalah terputus bekalan air. Saya juga sudah pergi ke pejabat Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) Temerloh untuk melaporkan masalah itu.


"Kami di sini bukan membayar bil air tetapi bil angin. Ini kerana angin lebih banyak daripada air dan ia membebankan penduduk," katanya.


Jadi..
buat kerajaan BN,jangan dok sibuk nak uruskan masalah air negeri Selangor..
uruskan masalah air di negeri kamu dulu..
 



No comments:

Post a Comment