Liang Lahad....

Liang Lahad....


30 TAHUN HIDUP BERGELANDANGAN TIDUR DI KAKI LIMA

Posted: 12 Nov 2012 08:54 AM PST


Menjadikan kaki lima sebagai rumah sejak lebih 30 tahun lalu kerana hidup sebatang kara dan pernah ditahan tiga kali oleh penguat kuasa tidak menimbulkan ketakutan di hati seorang warga emas yang ditahan dalam operasi gelandangan di sekitar bandar raya ini, kelmarin.

Lelaki dikenali sebagai Khalid Yeop, 49, berkata, dia bekerja sebagai pengutip besi buruk dan menjualnya di kaki lima.


Katanya, dia hanya mempunyai beberapa helai pakaian yang dijadikan teman hidup dan mencari kotak untuk mengalas tidur. 



"Saya tidak pernah malu walaupun hidup begini, malah gembira kerana terdapat ramai rakan senasib yang menemani sebaik malam menjelma," katanya ketika ditemui selepas operasi, di sini.

Khalid berkata, mereka gembira kerana ada insan prihatin menghulurkan makanan percuma apabila petang menjelma dan tidak perlu meminta sedekah.


Dalam Operasi Gelandangan Bersepadu yang dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kebajikan Masyarakat, Alam Flora dan agensi lain itu, 59 orang termasuk 53 warga Malaysia, dua (Indonesia), tiga (Myanmar) dan seorang warga India ditahan.


Operasi bermula jam 10 malam hingga 1 pagi itu turut mengambil tindakan saringan terhadap lapan lelaki di bawah AADK dan lima di bawah JKM.

Melalui ops itu, mereka yang ditahan rata-rata tidak mampu menyewa rumah kerana berniaga kecil-kecilan di kaki lima. 



Mereka sanggup tidur di kaki lima kerana memperoleh makanan percuma disediakan badan bukan kerajaan (NGO) setiap petang.

Ada juga yang cuba melarikan diri kerana takut ditangkap pihak berkuasa, namun ditahan.


Sementara itu, Ketua Penguatkuasa Operasi DBKL, Mohd Hisham Izhar berkata, faktor utama gelandangan sanggup tidur di kaki lima kerana makanan percuma diberikan NGO "Walaupun golongan gelandangan menunjukkan penurunan, ia masih membimbangkan kerana mereka kebanyakkan suka membuang sampah di merata-rata yang mencemarkan imej ibu kota," katanya.


Lianglahad :- janganlah dikatakan permberian makanan percuma oleh NGO tu pulak sebagai punca mereka sanggup tidur di kaki lima..
kalau mereka ada kemampuan,mereka pun mahu tidur di dalam rumah yang selesa..
tak semua orang ada kemampuan rezeki yang lebih di dunia ini..
ada yang susah untuk cari sesuap nasik..
ada pula yang mampu beli beg tangan berharga beratus-ratus ribu..

UMNO PATUT SALAHKAN DIRI SENDIRI,SEJARAH MEMBUKTIKAN MURTAD BERLAKU DAN DILULUSKAN DI ZAMAN UMNO - TUAN IBRAHIM.

Posted: 12 Nov 2012 07:59 AM PST

SHAH ALAM, 12 NOV : Kerajaan Umno-BN seharusnya menyalahkan diri sendiri berhubung isu umat Islam murtad kerana sejarah membuktikan ia berlaku di zaman pentadbirannya apabila permohonan sebahagian umat Islam diluluskan bagi tujuan berkenaan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan
Ibrahim Tuan Man berkata, kes murtad di sisi Islam adalah satu kesalahan besar yang tidak sewajarnya dibenarkan.

Menurutnya, kenyataan dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada tahun lepas terdapat sejumlah 168 permohonan murtad diluluskan, perlu direnung secara serius oleh kerajaan Umno-BN sebelum menyalahkan pihak lain dengan isu yaang belum pasti kesahihannya.

"Kita pun rasa pelik macam mana majlis agama boleh meluluskan untuk orang murtad kerana kalau dilihat dalam peraturan Islam, murtad ini satu kesalahan besar dan tidak sepatutnya jabatan agama atau menteri yang bertanggungjawab membuat kelulusan.

"Sepatutnya mereka yang nak murtad itu dibimbing dan dipertahankan akidah melalui majlis bimbingan atau dihantar ke program pemantapan akidah. Kita rasa dukacita dengan kenyataan tersebut apabila permohonan mereka diluluskan, maka apa sebenarnya kita perlu mendapat penjelasan lanjut daripada beliau (Jamil Khir)," katanya kepada TVSelangor ketika dihubungi di sini hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, bagi pimpinan PAS isu berkaitan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Ibrahim secara tiba-tiba diperbesarkan oleh pemimpin Umno-BN dengan laporan di media arus perdana kawalannya.
Beliau berkata, isu tersebut tidak seharusnya dipolitikkan dan maklumbalas daripada Nurul Izzah sendiri perlu bagi penjelasan sebenarnya terhadap apa dinyatakan.

"Apa sebenarnya yang diucap? Bila kita mengulas laporan Utusan Malaysia sebab Utusan Malaysia memang memfitnah dan memutarpelitkan kenyataan sebenar.

"Saya fikir isu ini bukan untuk mencegah dan menyelamatkan soal akidah kerana sebelum ini Datuk Seri Chua Soi Lek yang menghina Islam, langsung tidak dikritik oelh pemimpin Umno-BN pun dan juga kenyataan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) yang menolak hukum hudud," katanya.

Dalam forum bertajuk "Islamic State: Which version? Whose responsibility?"yang berlangsung baru-baru ini, Nurul Izzah selaku penalis didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa kebebasan beragama seharusnya terpakai kepada semua termasuk orang Melayu.

Nurul Izzah bagaimanapun menafikan perkara itu dan hadir membuat penjelasan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Sabtu lepas.

CAWANGAN UMNO DI JOHOR DIBUBARKAN PETANDA AWAL TSUNAMI POLITIK KALI KEDUA!!

Posted: 11 Nov 2012 11:49 PM PST

Ini satu petanda baik bagi Pakatan Rakyat apabila satu Cawangan UMNO Kampung Mohd Noor di dalam DUN Parit Yaani dibubarkan apabila penduduk kampung tersebut mengisytiharkan mereka keluar UMNO..

Kemarahan penduduk kampung tersebut dikatakan berpunca dari sikap pemimpin UMNO yang tidak mahu turun padang bagi memahami masalah penduduk..

Selain dari itu masalah pusat pembuangan sampah bagi daerah Batu Pahat dan Yong Peng yang dibuka berhampiran kampung tersebut,ini sudah pastilah menjadikan kampung itu sebagai tempat yang diselubungi bau yang amat
kurang menyenangkan 24 jam dan ini menimbulkan kemarahan penduduk yang selama ini menyokong UMNO..


Penduduk mempertikaikan kenapa pusat pembuangan sampah tersebut tidak dibincangkan dengan penduduk Kampung terlebih dahulu dan keputusan mengadakan pusat pembuangan sampah di kampung tersebut dibuat tanpa persetujuan penduduk..


Itulah cara UMNO..
dimana kawasan yang mereka rasakan ada sokongan yang kuat,kebajikan rakyat diabaikan kerana UMNO beranggapan,walaupun  diabaikan orang melayu tetap menyokong UMNO selama-lamanya..

Kini melayu semakin bijak..
UMNO perbodohkan melayu,ini yang UMNO akan dapat..

 
Bila orang melayu di Felda dan di Kampung-kampung semakin bijak..
itulah saatnya UMNO dan BN akan tumbang!!!

No comments:

Post a Comment