Liang Lahad.... |
- SELANGOR GAGAL MENJADI SEPERTI APA YANG DISASARKAN MB LAMANYA, KHIR TOYO!!
- JANJI TAK DITEPATI - PROJEK TAHUN 90AN MASIH TERBENGKALAI!!
- APABILA PASTI DAN KEMAS BERTEMBUNG!!!
SELANGOR GAGAL MENJADI SEPERTI APA YANG DISASARKAN MB LAMANYA, KHIR TOYO!! Posted: 10 Nov 2012 08:08 AM PST Selangor sememangnya sudah gagal mengikut perancangan Menteri Besar yang lama,Khir Toyo.. Mengikut perancangan dan ramalan MB lamanya, Khir Toyo.. Selangor hanya akan bertahan selama 6 bulan sahaja sebelum menjadi "Muflis".. Jangkaan muflis itu adalah berikutan Kerajaan Negeri Selangor memberikan air percuma 20m3 kepada semua rakyat di Selangor yang menggunakan meter individu.. Selangor kini sudah membelanjakan lebih setengah bilion untuk pelbagai kebajikan rakyat Selangor sejak tahun 2008,sesuatu yang tiada di zaman UMNO.. Sasaran Muflis oleh MB lamanya itu semakin jauh tersasar apabila Selangor kini menjadi negeri yang mencatat pelaburan tertinggi di Malaysia dengan nilai pelaburan RM6.9 billion.. SHAH ALAM, 10 NOV: Perkembangan ekonomi Selangor dijangka terus berkembang pesat setelah negeri itu berjaya menarik jumlah pelaburan tertinggi dalam sektor pembuatan dengan nilai RM6.9 bilion berbanding negeri-negeri lain. Angka yang diperolehi dari statistik terbaru, sehingga Ogos 2012 itu diperolehi dari MIDA (Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia) semalam. Statistik pelaburan itu juga menunjukkan Selangor berjaya mencatat jumlah pelaburan dalam negeri tertinggi yang bernilai RM5.23 bilion dan pelaburan asing bernilai RM1.66 bilion dengan jumlah projek perindustrian tertinggi, 170 projek. Jumlah tersebut berjaya dicapai disebabkan kemampuan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) negeri ini berjaya mewujudkan suasana yang kondusif untuk perniagaan sekaligus menarik minat pelabur-pelabur baru untuk melabur. Demikian menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam upacara perasmian 'Selangor Healthy Lifestyle Expo 2012′ yang diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC) hari ini. Memang Selangor semakin tersasar dari jangkaan Khir Toyo.. kah..kah..kah.. | ||
JANJI TAK DITEPATI - PROJEK TAHUN 90AN MASIH TERBENGKALAI!! Posted: 10 Nov 2012 01:29 AM PST Projek bernilai RM48 juta itu pernah diperuntukkan menerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) tetapi hanya 10 kilometer sahaja siap dengan kos RM20 juta yang kini dinikmati lebih 3,000 penduduk di beberapa kampung di sini. Sementara baki RM28 juta pula dipulangkan kepada Kerajaan Persekutuan apabila LKWJ dibubarkan sekitar tahun 1990-an namun sehingga kini, tiada tindakan penyambungan kerja projek dilaksanakan. Projek wajar diteruskan Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Bera, Musaniff Abd Rahman berkata, bagi projek jalan terbengkalai, penduduk masih menggunakan jalan lama yang dinaik taraf sedikit demi sedikit namun dikhuatiri jalan terhakis kerana bersebelahan dengan Sungai Pahang. Menurutnya, seharusnya projek itu diteruskan walaupun LKWJ dibubarkan kerana projek itu adalah untuk rakyat, bukan LKWJ. "Peruntukan itu daripada Kerajaan Persekutuan dan tidak kira siapa pun yang diamanahkan untuk melaksanakan projek itu, seharusnya ia diteruskan. "Tindakan membatalkan projek ekoran LKWJ dibubar adalah tidak wajar kerana kerajaan sepatutnya meneruskan projek terbabit pada ketika itu dengan membayar kepada pihak kontraktor terbabit," katanya. Beliau berkata demikian semasa persinggahan di kawasan projek terbengkalai ini dalam Program Cakna Rakyat, di sini, baru-baru ini. Hadir sama, Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan Pas Negeri, Roslan Zainal dan YDP Pas Kawasan Bera, Sulaiman Mohamad. Musaniff berkata, bagi melaksanakan projek itu, kerja pengambilan tanah dan pembayaran pampasan kepada golongan terlibat sudah pun selesai, bagaimanapun isu ini masih berlarutan malah semakin rumit. Diguna sebagai jalan pertanian. Sementara itu, wakil penduduk, Suhaimi Abdul Manan berkata, penduduk sememangnya memerlukan jalan ini kerana ia boleh digunakan sebagai laluan untuk mengeluarkan hasil pertanian. Katanya, buat masa ini, mereka terpaksa menggunakan laluan sedia ada yang sempit dan mudah terdedah kepada banjir setiap kali musim tengkujuh. "Kita mahu projek ini diteruskan walaupun bukan di bawah LKWJ kerana laluan ini sepatutnya menjadi jalan negeri dan bukan jalan PLB. "Pampasan sudah dibayar kepada penduduk tetapi jalan tidak siap sekali gus menyebabkan pembaziran wang kerajaan dan tidak wajar berlaku kerana banyak lagi projek lain perlu dibangun dengan peruntukan itu," katanya. Menurut Suhaimi, walaupun perkara ini sudah beberapa kali dibincang dalam mesyuarat namun sehingga kini tiada tindakan dilakukan melainkan menaik taraf jalan sedia ada dengan melebarkan laluan itu. Mahu kerajaan bertindak Tuan Ibrahim berkata, perkara ini mesti diberi perhatian serius Kerajaan Negeri dan Persekutuan untuk kebaikan lebih 3,000 penduduk di sini. Katanya, penduduk bersyukur dengan kerja naik taraf di sepanjang 10 kilometer itu tetapi kecewa dan terkilan apabila baki 15 kilometer dipandang sepi. "Kita desak Kerajaan Negeri ambil tindakan segera untuk meneruskan pembinaan jalan bagi membuktikan bahawa kerajaan benar-benar membela nasib rakyat seperti digembar-gembur selama ini. "Keadaan ini tidak sesuai dengan slogan mereka iaitu 'Janji Ditepati' kerana apa yang dijanjikan sekitar 1990-an tidak ditunai menyebabkan rakyat menderita," katanya. Menurut Tuan Ibrahim, walaupun penduduk ada jalan pengangkutan lain tetapi itu bukan jaminan kepada mereka bahawa jalan itu selamat. Katanya, sekiranya projek terbengkalai itu disiapkan, ia memudahkan penduduk untuk ke beberapa destinasi sehingga ke Kampung Lubuk Paku, Maran dalam masa yang singkat berbanding sekarang. | ||
APABILA PASTI DAN KEMAS BERTEMBUNG!!! Posted: 09 Nov 2012 08:56 PM PST Apabila tadika Kemas dan Tadika Pasti bertembung sudah tentulah kita akan dapat lihat perbezaan yang ketara.. Pada 5 ~ 7 November baru-baru ini beberapa PASTI sekitar Gombak telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Zoo Negara.. PASTI yang terlibat adalah PASTI EHSAN 1 & 2 dan PASTI BBSA.. Dan nak dijadikan cerita,ketika berada di dalam Zoo Negara,secara kebetulan Tadika PASTI bertembung dengan Tadika Kemas juga mengadakan lawatan dan kedua-dua tadika ini bersama-sama berada di kawasan pertunjukan singa laut dan burung.. Maka terlihatlah dengan jelas betapa berbezanya corak asuhan di kedua-dua tadika tersebut.. Terlihat contoh asuhan yang diberi... Sumber |
You are subscribed to email updates from liang lahad To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment