"tukanglawan"

"tukanglawan"


mahathir Ada Sakti.

Posted: 09 Oct 2012 03:00 PM PDT

mahathir ada sakti, percayalah, kerna apa mahathir ada sakti?

Sebab kalau dia bercakap je semua orang umno akan angguk-angguk.. terus percaya bulat-bulat akan apa yang "melayu mudah lupa " ini katakan.

Itu kiranya ada saktilah kan.

Cuba tengok gambar bawah nei.





Semalam, bila mahathir kata je Ling Liong Sik baik dan jujur, lepas tu terus nak gunakan apa yang mahathir cakap sebagai alasan gugurkan kes skandal PKFZ yang melibatkan
Ling Liong Sik.

Hai mudah sangat macam tu, memang mahathir ada sakti, guna apa saja yang keluar dari mulut tua pelupa ni
.




Hai, mana boleh macam tu, tak semua apa yang mahathir cakap itu betul, kadang-kadang tak betul juga.

Tapi itulah masalahnya, mahathir ini ada sakti, pasti orang umno akan percaya lagi ayat yang keluar dari mulut mahathir, samalah macam kes bila dia cakap Anwar itu buruk Akhlaknya, semua orang umno tidak kira tua muda , duda janda semua percaya. 

Memang mahathir ada sakti... kah..kah..kah , cakap dari mulutnya ada yang terus percaya.



 Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Antara Anwar Dan Najib, Sila Lihat Ini.

Posted: 09 Oct 2012 05:00 AM PDT

Bawah nei gambar Majlis doa selamat semalam di rumah Dato Seri Anwar Ibrahim malam semalam , turut bersama dalam majlis tu ialah Ustaz Dato Ismail Kamus.

Dalam majlis nei mereka turut sama mendoakan kecemerlangan semua anak - anak malaysia yg menduduki PMR. 

Yang nei najib taknak tiru ke, selalu nak tiru je apa yang Dato Seri Anwar Ibrahim buat, hari tu buat google hangout, tiru DSAI, tapi kene kutuk la pulak kan ( baca sini ).. kah..kah..kah
 
Kalau tiru yang ni bagus la juga, tapi nampaknya DSAI lebih perihatin pada rakyat, pada budak sekolah sekali pun. najib apa lagi, tiru la.. takkan nak menari je


 Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Skandal KLIA2, Anak Jamaludin Jarjis terlibat?

Posted: 09 Oct 2012 03:00 AM PDT

Umum sedia maklum tentang kos projek lapangan terbang kos rendah KLIA2 yang telah menyaksikan pertambahan kos dari RM1.7 bilion, hingga ke RM3.9 bilion Mac lalu, sehinggalah diumumkan kos RM5 bilion pada Julai tahun ini oleh tidak lain dan tidak bukan Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes. Pagi ini Timbalan Menteri Pengangkutan mengesahkan jumlah RM4 bilion – setakat ini.

Peningkatan hampir 200 peratus ini merupakan pembaziran Maha Besar oleh kerajaan BN, yang enggan diperjelaskan oleh Menteri Pengangkutan sedia ada. Praktis memulakan sesuatu projek dengan kos yang rendah yang kemudiannya ditambah dengan alasan penemuan keperluan yang luar jangkaan hanya memperkukuhkan persepsi bahawa proses perancangan dan pelaksanaan projek kerajaan tidak telus.

Terbaru, saya dimaklumkan bahawa sistem Air Traffic Modernization Program (ATMOP) untuk meningkatkan tahap perkhidmatan kawalan trafik udara KLIA2 dan ruang udara sekitar diselubungi kontroversi

Saya difahamkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada 3 Oktober 2012 menganugerahkan Surat Tawaran (Letter of Award, LoA) kepada ENAV S.p.A. sebagai Perunding bagi ATMOP – iaitu untuk bertindak selaku perunding untuk meningkatkan tahap perkhidmatan bagi komunikasi, pengemudian, pengawasan dan kawalan trafik udara di KLIA2 dan ruang udara sekitarnya.

Kontroversi berkisar mengenai isu-isu berikut:

1. Hubungan rapat ENAV-SELEX
Siri pendedahan sebelum ini berkait masalah-masalah sistem kawalan trafik udara di Subang yang dibangunkan syarikat Selex Sistemi Integrati (SELEX) dengan kerjasama Advanced Air Traffic Systems (M) Sdn Bhd (AAT), iaitu syarikat yang turut berkait dengan anak DS Jamaluddin Jarjis.

Yang paling merisaukan adalah hubungan SELEX dan ENAV. Dalam satu kenyataan media bertarikh 11 Mei 2009, dengan terangnya disebut bahawa kedua-dua syarikat ini akan bekerjasama untuk menembus pasaran antarabangsa bagi perkhidmatan kawalan trafik udara.

Persoalannya di sini: Bukankah lantikan ENAV sebagai perunding bagi ATMOP menimbulkan kemungkinan berlakunya percanggahan kepentingan (conflict of interest) oleh sebab rakan perniagaannya SELEX adalah sebuah syarikat pembekal sistem kawalan trafik udara?

Klausa 29.1 surat perjanjian antara ENAV dan DCA menyatakan bahawa Perunding mesti mematuhi semua undang-undang dan peraturan negara Malaysia, termasuk yang berkaitan isu perolehan. Disebabkan hubungan perniagaan ENAV dan SELEX, bukankah ENAV akan bertindak berat sebelah dalam menyarankan syarikat pembekal bagi sistem kawalan trafik udara nanti?

Klausa 33.1 surat perjanjian yang sama turut menyatakan Perunding tidak akan terlibat dalam aktiviti perniagaan atau profesional di Malaysia secara langsung mahupun tidak yang akan bercanggah dengan prestasi atau kewajipan yang akan ditanggung Perunding mengikut perjanjian tersebut.

Disebabkan hubungan ENAV dan SELEX, adakah ENAV secara tidak langsung terlibat dalam aktiviti perniagaan dan telah melanggar klausa tersebut?

2. Harga projek ATMOP yang diumum ENAV
Klausa 1.4 dari senarai semakan projek ini menyatakan bahawa harga bumbung (ceiling price) projek ini adalah RM27 juta. Namun mengikut satu kenyataan media yang dibuat ENAV pada 3 Oktober lalu (iaitu pada hari sama LoA dianugerahkan), kontrak tersebut diberi nilai 10 juta Euro, yang bersamaan dengan hampir RM40 juta. Rakyat Malaysia wajib diberi penjelasan: jumlah mana yang benar?

3. Isu masalah sistem yang dibangun SELEX masih belum terjawab
Turut merisaukan, isu kegagalan sistem yang dibangunkan SELEX pada 12hb September lalu. Hingga ke hari ini rakyat Malaysia masih belum mendapat gambaran sebenar apakah yang telah menyebabkan sistem kawalan trafik udara di Subang gagal antara jam 2 hingga 4 pagi. Gesaan saya dan pimpinan KEADILAN yang lain, bahawa satu audit bebas yang dilaksanakan International Civil Aviation Organization (ICAO) masih belum terjawab.

Kementerian Pengangkutan wajib menjawab pertanyaan-pertanyaan di atas dan memberi jaminan bahawa ketiga-tiga klausa di atas tidak dilanggar oleh Kementerian dan DCA. Rakyat tidak mampu membiarkan SELEX yang masih belum selesai permasalahannya di ATCC Subang mendapat kontrak untuk KLIA2 menerusi hubungan syarikat tersebut dengan ENAV.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai

Naib Presiden KEADILAN
8 Oktober 2012


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Panas !!! DBKL Usir Peniaga Melayu.

Posted: 09 Oct 2012 01:00 AM PDT

Ingat tak kisah kononnya peniaga melayu pulau pinang dianak tirikan dulu, berita rekaan tu saban hari dimainkan di TV, kononnya lepas DAP memerintah pulau pinang, melayu negeri tu terus jadi merempat.

Lastx2 pecah tembelang, keributan tu semuanya angkara melayu umno pulau pinang yang bikin macamx2 untuk sabotaj kerajaan negeri.

Sampai hari ni isu tu dimainkan, bagi takut orang melayu la tu, tapi apesal berita bawah nei yang juga berkaitan dengan orang malayu tak pulak keluar dekat TV3, apasal, ni jelasx2 tindas orang melayu nei?

So harap TV3 suku keluarkan berita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tergamak menganiaya 80 peniaga Melayu dengan menghalang mereka berniaga pasar malam Kampung Kerinchi, kesian la makcik di felda ditipu hidup-hidup sampai ingat umno la "pemberi rezeki".
Ulas Ketua Angkatan Muda KEADILAN Lembah Pantai, Abdullah Izhar Mohd Yusof , tindakan DBKL tu mengakibatkan mereka kecewa, seterusnya tradisi pasar malam setiap Isnin dan Jumaat tinggal sejarah.

"Pasar malam ini sudah berpuluh-puluh tahun diadakan, ada peniaga yang mencari rezeki sudahpun masuk generasi ketiga.

"Ini punca rezeki mereka. Sebelum ini peniaga minta dengan DBKL supaya beri tapak sementara untuk terus berniaga tapi tidak ambil peduli," katanya lagi.

Abdullah Izhar kesal kerana DBKL angkuh walaupun Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar cuba berbincang untuk membela nasib peniaga pasar malam itu.

Malah rayuan untuk terus berniaga tidak dihiraukan Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

"Pemaju mengadu kepada DBKL tapi masalahnya pembinaan hanya bermula tahun depan, tiada asas DBKL untuk halang peniaga berniaga.

"DBKL langsung tak benarkan peniaga meniaga. Pasar malam ini tidak akan menganggu lalu lintas kerana hanya ada satu deret sahaja," katanya.

Berikutan itu, Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan merancang mengadakan perjumpaan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur mengenai pengusiran peniaga terbabit.

Apa sekarang DBKL sudah jadi alat umno untuk balas dendam ke ?, kalau macam tu, umno ni kene tumbang segera, dan nanti kita tkuar dato bandar yang baru... semua setuju tak?, kalau setuju.. humbankan BN terutama umno dalam lubang najis lembu NFC.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

umno Memang Hipokrit, Sebab Tu Berjaya Perintah Lebih 50 Tahun.

Posted: 08 Oct 2012 11:00 PM PDT

Setiausaha agung PSM S Arutchelvan berkata, tindakan kerajaan membenarkan kapal perang berkuasa nuklear Amerika Syarikat berlabuh di Pelabuhan Klang menunjukkan hipokrasi kerajaan yang giat memburu Suaram dengan dakwaan menerima dana luar negara.

"Tindakan BN cukup hipokrit kerana di dalam negara, kerajaan BN meningkatkan usaha untuk memburu Suaram dengan pelbagai tohmahan berkenaan dengan penerimaan dana luar negara.

"Tetapi di sudut yang lain, kerajaan dengan tangan terbuka menerima lawatan mesin perang AS ke negara kita,
" kata Arutchelvan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya PSM mengutuk sekeras-kerasnya persinggahan lima hari kapal induk pesawat udara berkuasa nuklear USS George Washington bermula semalam – yang dilaporkan untuk "mempromosi kerjasama dan hubungan dua hala antara AS dan Malaysia".

"Tindakan ini hanya akan memperkukuh ketenteraan di rantau ini dan menggugat kedaulatan negara kita.

"Dengan membenarkan tentera AS memasuki kawasan laut dan tanah Malaysia, dan juga mewujudkan kerjasama ketenteraan yang rapat, hanya akan membantu memperkuat usaha imperialis yang diketuai AS untuk menguasai rantau Asia secara politik-ekonomi...,
" katanya.

Laporan Bernama semalam menyebut, satu majlis bersama lebih 500 orang kenamaan Malaysia akan diraikan di atas kapal USS George Washington itu hari ini.

Laporan itu juga menyebut, kapal perang tersebut dijadual menganjurkan 11 lawatan untuk ahli perniagaan Malaysia dan pegawai tentera.

Kapal tersebut memuatkan pasukan pesawat udara Carrier Air Wing 5 yang disifatkan sebagai "pasukan siap siaga untuk bertindak yang melindungi dan mempertahankan kepentingan maritim AS dan sekutunya di rantau Asia Pasifik".


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Jaga hati Soros, Mahadey Pernah Gelar Pejuang Palestin pengganas?

Posted: 08 Oct 2012 08:53 PM PDT

Kalau perasan artikel yang "tukanglawan" siar sebelum ni ( baca kat sini ),  mahadey pernah menggelar pejuang palestin yang berjuang menentang pencerobohan Israel sebagai pengganas.

Kenyataan tu dibuat selepas mahadey buat pertemuan sembang-sembang dengan seorang yahudi bernama soros.

Kemungkinan besar masa kenyataan akhbar tu si soros ni berada dekat sebelah mahadey.

So mahadey yang cuba berbaik-baik dengan soros tu terpaksa la jaga hati si yahudi tu, tujuan jaga hati entah lah, mungkin mahu kekalkan hubungan baik, apa-apa hal boleh mintak tolong kemudian.

Sila baca petikan bawah nei. yang "tukanglawan" petik dari utusan online, artikel sama seperti yang "tukanglawan" petik untuk posting sebelum nei.




Bukan ke kalau orang islam mati kerana mempertahankan tahan air yang diceroboh , matinya itu syahid kalau "tukanglawan" tak silap. macam mana pulak mahadey boleh kata rakyat palestin yang menentang pencerobohan israel tu mengganas?

rakyat palestin ke yang menceroboh Israel, kalau begitu pandangan mahadey... maknanya mahadey ni iktiraf la agaknya negara israel tu kan...

Ni kes nak jaga hati soros ke apa nei?..  sampai depan soros cakap rakyat palestin mengganas. **




 Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Utusan Siar Mahathir dan Soros Kawan.Itu Pun Mahadey Lupa.

Posted: 08 Oct 2012 08:39 PM PDT

Mahadey lupa dia pernah jumpa soros, dia pun lupa dia dan soros bersetuju dalam banyak hal. mari kita bagi mahadey ingat sikit, dan yang paling penting kita kene ingat mahadey dan Soros pernah berhubung. ( Klik jika mahu bukti jelas )

Rapatnya mereka sampai digelar  "lawan jadi kawan" oleh Utusan. 




Beberapa petikan menarik dari artikel yang disiarkan lidah rasmi umno tu, termasuk kenyataan bahawa mahadey dan soros sebelum berjumpa pernah berutus surat antara satu sama lain.




Selain tu, mahadey dan soros pula lepas bersembang tu kelihatan serasi, sehingga mereka bersetuju dalam beberapa perkara yang mereka bincang, salah satunya bawah nei 

 "Terdapat beberapa perkara kami bersependapat seperti masalah di Palestin, mengenai tindakan sepihak Amerika dan kesilapan-kesilapan (yang telah dilakukan oleh Presiden Amerika George) Bush," " kata bekas Perdana Menteri itu.


Mahadey nak gambarkan apa sebenarnya dengan kenyataan dia tu,  sebab dah jumpa bersama dan sembang kutuk-kutuk bush, maka mahadey cakap mereka ni sependapat, kira diorang ni satu kepala la... camtu ke?, so si soros ni takdak problem.. soros ni baik belaka.

Dan lagi mahadey ni kadang-kadang bercakap ikut keadaan, pernah  lepas dok sembang dengan soros tiba-tiba kata terus terang dia bukan anti yahudi ( klik sini untuk baca hubungan baik mahadey dengans ahabat berbangsa yahudi ).. baca bawah nei.

Pada sidang akhbar itu, Dr. Mahathir mengulangi bahawa beliau bukan anti-Yahudi tetapi menentang apa yang berlaku di Palestin di mana Israel menggunakan cara-cara pengganas untuk mengatasi keganasan yang dilakukan oleh rakyat Palestin.

 

Jadi kenapa sekarang tiba-tiba mahadey kata pakatan ada kaitan dengan soros?, bukan dulu diorang ni digambarkan "geng" ke?   dok sembang dengan soros bukan main rapat lagi ?, tapi sebab umno dah nak kalah, tiba-tiba terus pakatan geng soros pulak.. soros la bagi duit nak jatuhkan bn. kah..kah..kah

mahadey.... mahadey.. terlalu cepat lupa, lain kali ingat balik apa yang dibuat dulu sebelum cuba takutkan rakyat ... haishh kesian.. sudah pelupa teruk rupanya.






Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

SPR Sudah Melampau, Janji Tinggal Janji.

Posted: 08 Oct 2012 05:30 PM PDT


Ketua Pegawai Eksekutif Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi, Wan Saiful Wan Jan (kanan) memberitahu bahawa tiada sebarang berita dari SPR sejak suruhanjaya itu mengadakan pertemuan dengan NGO berkenaan kira-kira dua bulan lalu.

"Mereka kata mereka akan memberi respon 'secepat mungkin', tetapi nampaknya maksud 'secepat mungkin' itu, lain orang, lain maksudnya," katanya ketika dihubungi.

NGO lain yang terlibat adalah Institut Kepimpinan dan Strategi Asia, Transparency International-Malaysia (TI-M) dan Merdeka Centre. Mereka juga tidak mendapat sebarang berita dari SPR.

Wan Saiful berkata mesyuarat terakhir sebelum ini adalah untuk mendapatkan SPR bersetuju dengan piawaian antarabangsa mengenai peraturan yang mengawal tingkah laku pemerhati pilihan raya.
 
"Kami belum lagi selesai berunding. Sehinggalah rundingan itu selesai dan kedua belah pihak (pemerhati pilihan raya dan SPR) bersetuju dengan terma rujukan, maka kita harus menganggap bahawa entiti ini (pemerhati pilihan raya ) belum lagi wujud,"

"Tidak ada gunanya menunggu sehingga pembubaran Parlimen untuk memuktamadkan rundingan. Ia mempunyai dimuktamadkan sekarang.
"
katanya.




Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment