"tukanglawan"

"tukanglawan"


KSU Tak Reti Undang-Undang Dalam Isu Tukar Datuk Bandar PJ ?

Posted: 06 Oct 2012 05:16 AM PDT

Kerajaan Negeri Selangor menyelar tindakan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr. Ali Hamsa berhubung dengan isu pertukaran Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sakiman yang dilaporkan oleh media baru-baru ini.

Kami berpendapat cara beliau mengendalikan isu pertukaran tersebut jelas membelakangi pentadbiran negeri yang diketuai oleh Menteri Besar dan ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor.

 Media tempatan melaporkan bahawa kononnya persetujuan untuk pertukaran tersebut dicapai selepas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) tanpa pengetahuan pihak Kerajaan Negeri.

Kita ingin perjelaskan bahawa SUK, Datuk Khusrin Munawi hanyalah salah seorang 'ex- officio' (penjawat awam yang dilantik atas kapasiti jawatan beliau) dan bukannya diberikan 'kuasa' bagi membuat keputusan bagi pihak 'Pihak Berkuasa Negeri'.

Pihak Berkuasa Negeri ialah Menteri Besar dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) atau lebih dikenali sebagai ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Kita ingin tegaskan bahawa arahan JPA bertarikh 27 September 2012 untuk pertukaran jawatan Datuk Bandar Petaling Jaya tersebut adalah jelas bertentangan dengan Seksyen 10, Akta Kerajaan Tempatan 1976 kerana Kerajaan Negeri diberikan 'kuasa mutlak' melantik Datuk Bandar pihak berkuasa tempatan (PBT) dan bukannya oleh pihak JPA.

Jadi tidak berbangkit isu KSN telah mengenalpasti pengganti kepada Datuk Bandar Petaling Jaya kerana perlantikan ke jawatan tersebut adalah dibawah bidang kuasa dan budi bicara Kerajaan Negeri.

Sebagai seorang penjawat awam, Datuk Dr. Ali Hamsa yang baru dilantik sebagai KSN pada 24 Jun 2012 yang lalu seharusnya mempunyai rasa hormat (courtesy) untuk mengadakan lawatan kunjung hormat untuk bertemu Menteri Besar dan ahli-ahli Exconya kerana beliau harus sedar sebagai seorang penjawat awam seseorang itu harus akur kepada kerajaan sedia ada "Government of The Day" dan bukannya sekadar mengambil arahan dari Kerajaan Presekutuan sahaja sebaliknya mengambil sikap memusuhi Kerajaan Negeri dengan mengambil tindakan-tindakan yang boleh mencetuskan kontroversi.

Kita juga akan berbincang dengan Datuk Khusrin dalam mesyuarat Exco terdekat bagi mendapatkan laporan lanjut tentang isu berbangkit berkaitan pertukaran Datuk Bandar Petaling Jaya tersebut kerana Kerajaan Negeri hanya mengetahuinya dari laporan media baru-baru ini.

Dr Xavier Jayakumar
Exco Kerajaan Negeri Selangor
4 Oktober 2012


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Orang Perak Siap Sedia Untuk Esok

Posted: 06 Oct 2012 02:13 AM PDT

Program Jelajah Bas Merdeka Rakyat bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meneruskan kembaranya ke negeri Perak pula pada Ahad, 7 Oktober ini.

Program dijadual bermula jam 3 petang di Kampung Kepayang, Simpang Pulai, Gopeng, seterusnya ke Tapak Pasar Malam Titi Gantung, Bota untuk program bersama rakyat.

Anwar kemudiannya akan menghadiri Majlis Minum Petang bersama pimpinan dan jentera Pakatan Rakyat di Markas PAS Titi Gantung, sebelum menunaikan solat dan tazkirah
Maghrib di kawasan yang sama.

Pada sebelah malam, dua ceramah akan diadakan iaitu di Sitiawan dan Bagan Datuk.

Selain Anwar, ceramah bakal dibarisi panel Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Moh Nur Manuty; Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye; Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Mustafa
Kamil Ayub; pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari dan ramai lagi pemimpin Pakatan negeri.

Siri Jelajah Merdeka Rakyat ke seluruh negara telah dimulakan pada 31 Ogos lalu selama dua bulan.

Pada siri pertama program itu, bas jelajah Merdeka Rakyat bersama konvoi bergerak dari ibu pejabat KEADILAN menyelusuri tiga negeri bermula di Pahang, Kelantan, Perak, Pulau Pinang dan berakhir di Perlis.

Siri kedua pada 7 September pula bergerak ke selatan tanahair iaitu Negeri Sembilan dan Melaka.

Pada 14 September, jelajah siri tiga diteruskan ke Johor, negeri yang paling memberi cabaran di sepanjang perjalanan.

Di Johor, bas telah disimbah dengan cat merah buat kali ketiga, samseng Umno datang ke tapak program dan berdemonstrasi, batu dibaling ke arah bas serta paku ditabur atas jalan demi mengganggu kelicinan perjalanan Ketua Pembangkang itu.

Siri terbaru ialah pada 30 September lalu, Anwar turun ke beberapa lokasi di sekitar Selangor.

TGNA Buat Apa Pagi Tadi?

Posted: 05 Oct 2012 11:13 PM PDT

Apa Tuan Guru Nik Aziz buat bila ada masa terluang terutama cuti .

 Mungkin ramai yang nak tahu, cuba perhatikan gambar di bawah. 



Ya betul, gambar ini dirakamkan pagi tadi, TGNA ketika punya masa terluang lebih suka berada dirumah, menebas rumput sekitar rumahnya.

Sebab itulah TGNA lebih rapat dengan rakyat, kerana dia faham apa yang dirasai rakyat, tidak seperti pemimpin umno yang ada sesetengahnya hujung minggu menghabiskan masa memandu kereta mewah yang sudah pasti bukan jenama PROTON.

 Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Lebih Baik Najib Berenti Dari Digelar "Bapa Bangkrupcy"

Posted: 05 Oct 2012 11:13 PM PDT

Hutang Negara berkurang pada zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, namun melonjak selepas Datuk Seri Najib Razak mengambil alih kementerian itu.

Sepanjang Anwar menjadi menteri kewangan dari tahun 1991 hingga 1998, beliau berjaya mengurangkan hutang negara dan menukar kepada lebihan belanjawan (surplus) dalam masa dua tahun sahaja.

Belanjawan itu berterusan sehingga beliau dipecat secara tidak adil pada 1998 oleh pentadbiran Mahathir.

Sebelum pelantikannya sebagai menteri kewangan, Malaysia mengalami belanjawan defisit selama hampir 20 tahun, namun selepas pemecatannya, Malaysia sekali lagi berdepan Belanjawan defisit 14 tahun berturut-turut.

Kajian itu dikeluarkan badan pemikir Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) dalam satu analisa perbandingan antara pentadbiran Anwar dan juga Najib sebagai Menteri Kewangan.

Kajian itu menunjukkan semasa pentadbiran Anwar, hutang domestik berjaya dikekang di bawah RM80 bilion sehingga tahun 1997 dan RM88.197 bilion pada tahun 1998.

"Rekod Anwar sebagai Menteri Kewangan amat impresif. Hutang keseluruhan Kerajaan Persekutuan sebenarnya berkurang antara tahun 1992 sehingga tahun 1996  selepas meningkat secara berterusan selama hampir 20 tahun.

"Secara perbandingan, hutang keseluruhan Kerajaan Persekutuan meningkat secara tekal pada kadar lebih 10 peratus setiap tahun sejak Najib menjadi Menteri Kewangan pada tahun 2008," kata KPRU dalam analisa itu yang dibuat bersama Ahli Parlimen Selayang, William Leong.

 Menurut KPRU lagi, hutang negara yang meningkat secara berterusan itu diburukkan lagi oleh Barisan Nasional yang cenderung meluluskan belanjawan tambahan untuk menyorokkan angka hutang dan defisit negara yang terus meningkat saban tahun.

Ini menyebabkan hutang negara semakin meningkat setiap tahun sejak Najib menjadi Menteri Kewangan, kata KPRU.

Hutang keseluruhan Kerajaan Persekutuan adalah RM306.437 bilion pada tahun 2008 apabila Najib mengambil alih sebagai Menteri Kewangan, Ia meningkat kepada RM362.387 bilion pada tahun 2009 dan RM407.101 bilion pada tahun 2010. Ia diunjurkan mencecah RM455.745 bilion pada tahun 2011.

Ayoo, najib lebih baiklah berenti dari jadi menteri kewangan kalau akan buat negara bangkrap, jangan sampai nanti digelar "Bapa bangkrupcy"


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Panas!!! Menuduh NGO, umno Yang Terima Bantuan Yahudi, USA dan British Rupanya

Posted: 05 Oct 2012 07:53 PM PDT

Kali ini nampaknya bn tersadung hidung sendiri, bila sebelum ini cuba menggambarkan NGO-NGO menerima dana asing untuk melemahkan kerajaan.

Satunya, kita dapat tengok betapa kerajaan ni macam tak bersungguh nak bantu NGO, untuk terus bergerak NGO perlukan dana yanga gak besar, jadi salah siapa kalau orang nak bagi dana?, cuma orang bodoh tak ambik sedangkan bn bagi baju umno pun berebut pencacai umno nak.

Agaknya sebab itulah ibrahim ali si katak ni hari tu terjerit-jerit mintak dana dalam parlimen ( Baca dekat sini ), sebab NGO katak siapa pun takmo bagi dana, hatta bn pun tak percaya.

Cubaan menggambarkan NGO yang menerima dana ini cuba nak "jual negara" kene tempelak oleh sebuah badan pemikir.

Kata badan pemikir tu, BN tidak harus "paranoid" tentang NGO menerima dana asing kerana parti pemerintah juga demikian dan menerima sokongan Amerika Syarikat.

"Ahli Parlimen BN tidak perlu menjadi begitu paranoid tentang kemasukan dana asing untuk menyokong NGO di Malaysia," kata Ketua Institut bagi Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan .

"Lagipun, pihak BN juga menerima sokongan Amerika, yang terbaru hanya hujung minggu lalu di sebuah mewah hotel di Kuala Lumpur.

"Ini bukanlah sesuatu yang baru kerana, pada hakikatnya, pemimpin BN telah  menerima sokongan asing sejak bertahun-tahun lamanya,
" dakwanya.

Kah..kah..kah, betullah bn ni, selalunya apa yang dia tuduh-tuduh dikalangan dia juga buat, ehh bukan kah umno tu sendiri anak kesayangan british dulu, british tu bukan negara asing ke?,

Lagi teruk umno ni bila mengaku sangat melayu konon, nama parti pun sebutan penuh dalam bahasa inggeris, jangan lupa kalau bukan kerana bantuan orang asing yang bukan melayu, umno takkan wujud hari nei ( baca bukti nei ). 

kah..kah..kah.. sebab bantuan luar la semua orang melayu umno kene kelentong dengan pemimpin umno, kene kelentong konon - konon pemimpin umno ni la berjuang masuk hutan usir penjajah british sampai ada antara mereka kene bunuh, kene tangkap.. kah..kah..kah, dan melayu rasis ini jadi bodoh dan terus percaya.

Dan lagi, agaknya bn tu upah Apco kompeni milik orang yahudi tu bukanlah terima bantuan dari luar sebaliknya yahudi yang terima bantuan kewangan dari malaysia kot, apa yang mereka perlu buat cuma beri nasihat yang bodoh-bodoh je, sebab pemimpin umno pun bukanlah bijak.kah..kah..kah.. tujuan utama umno bayar Apco takkan lemahkan negara, tapi dengan otak yahudi itu la umno jadi lebih kuat.. kuat pembohong.

Terlalu banyak terima bantuan luar, sampai umno sendiri lupa diorang anak kesayangan penjajah (baca sini kalau nak tau sayangnya penjajah pada umno nei) , itu pun kalau ada profesor sanggup mengaku malaya atau Malaysia ini pernah dijajah british dulu.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment