"tukanglawan"

"tukanglawan"


Najib Menteri Wanita Diperlekeh di Facebook

Posted: 02 Oct 2012 06:53 AM PDT

Tadi "tukanglawan" siar cerita najib diperli dan diperlekeh ramai menjelang program ciplak "google hangout" ( sila baca sini

Kali ini nampaknya najib kene lebih teruk lagi difacebook, cuba lihat dahulu gambar dibawah.
 
Mungkin merasakan kononnya mampu memikul tanggungjawab sebagai menteri wanita dan pembangunan masyarakat najib cuba meraih sokongan dan populariti lagi.

Tapi bagaimana mungkin seorang lelaki mampu memahami apa yang wanita mahu dan rasai, akhirnya menteri wanita ini diperlekeh dengan komen-komen yang menarik dan menghibur hati, malah ada juga yang menanyakan soalan kenapa najib ponteng parlimen ketika perbahasan belanjawan. sila baca komen-komen menarik yang telah dipilih dibawah.










Kesimpulannya, populariti najib memang jatuh, rata-rata rakyat tak berapa berkenan dengan najib nei, sudah ramai rakyat yang berani menyuarakan rasa tidak puas hati . orang umno sendiri pun tak sebahagiannya tidak berkenan dengan najib dan juga rosmah yang dikatakan menjadi masalah besar buat umno sendiri.

Bagi mereka muhyiddin yassin lebih bersih dari najib, dan lebih layak menjadi presiden umno berbanding najib yang dilahirkan sebagai anak bangsawan ini.

Dan yang pastinya, ramai yang tidak selesa najib menjadi menteri wanita dan pembangunan masyarakat, kerana najib seorang lelaki.. bukan seorang wanita. tapi kalau najib pasang anganx2 jadi wanita. itu "tukanglawan" tak tau la pulak. kah..kah..kah



 Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Betul Ke Kedai 1 Malaysia Murah?

Posted: 02 Oct 2012 05:15 AM PDT

Betul ke kedai 1 malaysia yang dicanang-canang sebagai kedai rakyat lebih murah? tengok gambar bawah nei

takde la murah sangat mcam yang dok dicanang-canang tu, Giant Hypermarket jual gula sekilo lagi murah dari yang kedai 1 malaysia jual.

Kah..kah..kah, kene kelentong agaknya, tu pasal gula dekat kedai 1 malaysia tu habis, sebabramai yang tertipu sebab ingat murah.





Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 

 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Belum Sempat Google Talk, Najib Dah Kena Perlekeh.

Posted: 02 Oct 2012 12:55 AM PDT

Korang jangan kesian pada najib, sebab najib belum tentu kesian pada korang. kah..kah..kah.

najib, sapa tak kenal sebagai penciplak idea pakatan rakyat, ingat tak bila ISA dimansuhkan, maka ramai la yang puji-puji najib kata najib nei bagus, padahal bertahun-tahun rakyat turun ke jalanraya mintak ISA dihapuskan...

Tu belum lagi banyak idea ekonomi yang najib ciplak dari Buku jingga dan sekali lagi kata idea hebat dia.

Ni kali ni pulak tiru lagi idea Anwar Ibrahim bersiaran dalam Goggle Talk, nanti najib kata dia la yang mulax2 dapat idea tu,... ala najib, macam la korang tak kenal kan.

najib yang suka kejar glamor tu (sebab tu selalu kene kelentong dengan cai dan pak menteri kaki bodek) nak kejar popular lagi, kali ni dia
mewajibkan sebarang pertanyaan yang diajukan kepadanya haruslah menggunakan hashtag #tanyanajib seperti yang pernah digunakannya di laman sosial Twitter tahun lalu.

korang tau tak?, belum sempat sesi tersebut berlangsung, hashtag tu dah bahan ketawa dan lelucon pengguna Twitter di seluruh dunia yang meletakkan hashtag itu untuk menyindir Najib.

 
Antara mesej tertera yang cukup 'menghiris hati' Najib  dan membuatkan kita ketawa apabila membacanya adalah:


@farriseffendy 
#TanyaNajib pakai minyak rambut apa? #TanyaRosmah


@iAMazmar 
kenapa kamu dan menteri² kabinet kamu ponteng semalam ?#TanyaNajib


@tHeErvyNa FYI , 
sebelum ni msa bulan puasa DS Anwar da buat Google Hangout .. skrang PM pun nk buat #TanyaNajib, follower lah tuhh .. hehe

Satu lagi mesej yang membuatkan kita ketawa adalah berkenaan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang ditempelak pengguna yang bertanyakan bilakah hospital bahagia akan dinaik taraf untuk kegunaan Keng Liang!

@mikichoo 
@tankengliang #TanyaNajib bila upgrade hospital bahagia for you to go back @NajibRazak

 
Dan soalan di bawah ini pastinya tidak akan dijawab Najib Altantuya!

@ABMsaiful 
Berapa perbelanjaan untuk Tuan dan Isteri dalam masa sebulan?#TanyaNajib.


Kah..kah..kah, lucu la najib nei, jangan la buat benda yang boleh memalukan diri sendiri. sebab orang tau , kamu itu pengecut bila diajak debat dan bahas, cuma berani di lapangan sendiri... dan.. cuma berani menciplak idea orang lain untuk cuba angkat imej diri kamu. kah..kah..kah.. malu.. malu..

 Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Kontraktor Bumiputra Mampu bersaing, Kontraktor Umno Yang Tak Mampu Rupanya.

Posted: 01 Oct 2012 11:45 PM PDT

Tuduhan bahawa kontraktor Kelas F Pulau Pinang yang kebanyakannya kontraktor Melayu Bumiputera tidak dianugerahkan tender oleh kerajaan negeri ditempelak Ketua Menteri Lim Guan Eng apabila dakwaan tersebut dilontarkan oleh Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan. 

 Menurut Guan Eng, "Sejak 2008, kita sudah buat tender terbuka bagi semua jenis kelas. Kita lakukan semua ini kerana kita percaya kepada kekuatan terhadap kontraktor Melayu."

"Ia terbukti apabila 70 peratus kontraktor Melayu ini memenangi tender tersebut" ujarnya.

Ketika ditemui di Parlimen hari ini, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata sebenarnya ini menunjukkan bahawa bukan kontraktor Melayu yang tidak mampu tetapi kontraktor UMNO-BN yang tidak mampu.

"Bukan itu sahaja, kita juga boleh membuktikan banyak lagi kontraktor-kontraktor Melayu yang berjaya mendapatkan tender yang bernilai jutaan ringgit di Pulau Pinang" katanya lagi.

Jelas beliau, kerajaan UMNO-BN cuba memainkan isu perkauman dalam isu ini.

"Tindakkan UMNO-BN ini menghina orang Melayu dan cuba memberikan reaksi seolah-oleh orang Melayu akan hilang tempat bergantung sekiranya tidak menyokong mereka."

Tambahnya lagi, tindakan ini hanyalah untuk mengekalkan kuasa dan rasuah mereka supaya kekal berkuasa. Secara tidak langsung, ia memberikan ruang bagi MCA menyatakan seolah orang Melayu tidak mampu bersaing jika kuasa kerajaan UMNO-BN tidak wujud lagi di Pulau Pinang.

Menyentuh berkenaan peruntukan Kerajaan Persekutuan terhadap kerajaan Pulau Pinang,  Guang Eng menjelaskan sehingga hari ini kerajaan negeri tidak pernah menerima sebarang peruntukan seperti yang dijanjikan kerajaan UMNO-BN.

"Bukan sekadar peruntukan, malah sampai sekarangi Pulau Pinang masih tidak menerima
projek MRT, pengangkutan awam seperti bas, rumah mampu milik mahupun 'free Port' serta pembinaan jalan raya" jelas Guan Eng.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Ibrahim Ali Melolong Dalam Parlimen Mintak Dana .

Posted: 01 Oct 2012 10:02 PM PDT

Hari ini di parlimen Ibrahim ali telah terpekik terlolong mintak simpati,


 Menggunakan Parlimen sebagai pentas politik, Ibrahim ali ketua pengganas perkasa yang menyerang masjid tempoh hari telah membodek - bodek kerajaan, semuanya bagus lah tentang apa yang dilakukan kerajaan, tiada yang tak bagus.

Jika terpaksa mungkin ibrahim ali juga kan kata projek NFC yang diseleweng dananya sebanyak RM250 juta itu juga bagus kerana membantu keluarga menteri.

Dewan Parlimen yang digunakan sebagai pentas politik itu juga digunakan ibrahim ali untuk menghentam Pakatan rakyat, semuanya salah dan serba tak kena, pakatan rakyat digambarkan sebagai agen asing.. kah..kah..kah. kelakar sekali ibrahim ali dalam parlimen tadi, terpekit terlolong bukan macam katak, tapi lebih seperti monyet.

Rupanya bukan apa, Ibrahim ali sebenarnya mahu kerajaan lebih bermurah hati, beri dana kepada NGO - NGO, ibrahim ali juga mengesyorkan pemberian dana diberi mengikut jumlah keahlian, semakin ramai maka makin banyak la dana yang akan diperolehi.

Bijak jugak ibrahim ali nei, mintak dana untuk NGO terutama perkasa, dan lebih penting gunakan Parlimen untuk hentam Pakatan, dengan harapan PRU13 nanti dapat tiket bertanding dari Umno....

Ala.. bukan orang tak tau perangai si katak nei.


 Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

PANAS!!!! : BN Lancar ‘Skim Jual Negara’?

Posted: 01 Oct 2012 09:08 PM PDT

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) sedang melancarkan skim menjual negara dengan memberi kad pengenalan (MyKad) kepada warga asing secara berleluasa dan tidak terkawal.

"Isu pemberian Mykad kepada warga asing merupakan satu isu yang sangat serius ketika ada warga sendiri yang masih tidak diberi kad pengenalan kerana birokrasi melampau.

"Percayalah lambat laun warga negara sendiri terpaksa merempat di bumi bertuah ini
," kata Edy Noor Redzuan dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, keadaan menjadi lebih parah apabila warga asing diberikan pula hak untuk mengundi oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Apakah demokrasi negara ini dibiarkan terjual kepada warga asing demi menyelamatkan BN daripada kehilangan kuasa?," soal beliau.

Beliau berkata demikian ketika mendedahkan kes terbaru yang menunjukkan warga asing diberi kelayakan mengundi – satu pengkhianatan besar terhadap kedaulatan negara.

Edy Noor merujuk kepada laporan Akhbar Daily Express bertarikh 29 September 2012 di mana seorang warga asing bernama Hassannuddin Bin Manna memberitahu mahkamah bahawa dia telah membeli Mykad palsu dengan harga RM1000.

Katanya, mahkamah juga telah memutuskan Hassannuddin didenda dan dipenjara kerana memiliki dokumen palsu, sekaligus mengesahkan Kad Pengenalan yang diperolehi Hassannuddin adalah palsu.

"Namun setelah disemak nombor kad pengenalan milik Hassannuddin (741029125463), SAMM mendapati nombor Kad Pengenalan palsu tersebut wujud dalam pangkalan data SPR dan juga merupakan pengundi yang sah.

"Persoalannya, bagaimana seorang warga asing yang telah didapati bersalah oleh mahkamah kerana memiliki kad pengenalan palsu didapati layak untuk mengundi? "Kad Pengenalan yang dikenalpasti tidak sah, tetapi sah untuk mengundi mengikut bancian senarai pengundi SPR? Bagaimana ini berlaku?,
" soalnya.

Beliau menambah, "lihatlah bagaimana kedudukan warga asing di serata pelusuk negara walaupun tanpa memiliki dokumen yang sah.

"Mereka mampu berniaga di pasar pagi, pasar petang siang dan malam, membuka gerai, bengkel malah ada yang mempunyai syarikat pembinaan sendiri,
" terangnya.

Ujar beliau lagi, "bayangkan jika warga asing diberikan kad pengenalan secara sewenang-wenangnya demi mempertahan regim pemerintah sedangkan ia sebenarnya satu skim menjual negara.

"BN sudah semakin lemah dan tidak mampu untuk menang dalam pilihan raya yang juga beberapa kali ditangguh.


"Apakah ini satu lagi kerjasama utuh di antara SPR, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan juga melibatkan bantuan dari Jabatan Imigresen?,
" soal beliau. 



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Pakatan Wajib Menang Untuk Lawan Kezaliman

Posted: 01 Oct 2012 08:07 PM PDT

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata komitmen parti itu bukan sahaja mahu menukar kerajaan sedia ada tetapi adalah merubah sistem nilai yang lebih baik kepada negara. 

 "Sudah sampai waktunya Umno-BN berundur dan kita mengambil kuasa, kita akan lawan kezaliman," katanya di Rapat Pimpinan Nasional PKR 2012 yang diadakan di Shah Alam Convention Centre . 

Anwar berkata komitmen dan iltizam diperlukan semua di peringkat kepimpinan bagi menggembeling kekuatan melaksanakan agenda perubahan yang digariskan oleh Pakatan Rakyat. 

"Untuk Selamatkan negara ini kita wajib menang, untuk menang kita kena kerja kuat dalam lawan tetap lawan," tegas Anwar. 

Tambahnya, jentera parti perlu menyiapkan seluruh kekuatan untuk menghadapi pilihan raya bila-bila masa sahaja. Dalam amanatnya itu, Anwar juga meminta perwakilan mengangkat martabat minda seperti mengangkat budaya ilmu dengan membahaskan buku-buku baru serta seminar membentangkan kertas kerja yang melibatkan kepentingan rakyat. 

 Kira-kira 1500 perwakilan daripada seluruh negara hadir dalam rapat itu hari ini yang dihadiri oleh pimpinan tertinggi parti.
 Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Feri Labuan - Menumbok Terbakar

Posted: 01 Oct 2012 07:17 PM PDT

Dipetik dari laman Facebook pagi tadi, menyatakan sebuah feri yang digunakan untuk ulang-alik dari Labuan ke Menumbok telah terbakar pagi tadi.

Walaubagaimanapun, Feri Wawasan Perdana itu terbakar ketika berada dalam keadaan kosong, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.


Sebab kejadian masih belum diketahui setakat ini.






 Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment