"tukanglawan"

"tukanglawan"


Suaram Atau Perasuah Yang Sebenarnya Penderhaka?

Posted: 17 Oct 2012 05:00 AM PDT

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menempelak tanggapan bahawa pihak yang mendedahkan rasuah dalam urusan pembelian kapal selam Scorpene sebagai pengkhianat negara.

 Katanya, usaha pendedahan rasuah oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram) perlu disokong, bukan dihina dan dilabel sebagai pengkhianat.

"Apa yang dilakukan Suaram adalah langkah terpuji dan perlu disokong. Mereka tidak patut dilabel sebagai pengkhianat. Mengapa pihak yang mendedahkan rasuah dianggap pengkhianat?

"Orang-orang yang mengamalkan rasuah itulah sebenarnya pengkhianat negara," katanya ketika mencelah perbahasan di Dewan Rakyat, semalam.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Bayan Baru (Bebas), Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim membangkitkan usul supaya satu undang-undang kononnya untuk mengenakan tindakan kepada NGO yang menerima dana asing.

Menjawab usul tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, adalah tidak menjadi kesalahan jika menerima dana asing untuk tujuan kebaikan.

Nazri berkata, walaupun undang-undang mengenai perkara tersebut digubal, seseorang itu perlu dibuktikan di mahkamah adakah dana yang diterima digunakan untuk tujuan tidak baik atau sebaliknya.

Suaram adalah organisasi yang bertanggungjawab memfailkan kes terhadap DCNS, syarikat pembuat kapal selam Perancis yang membina dan menjual kapal selam kepada negara dunia ketiga termasuk Malaysia.

Suaram ditohmah sebagai pengkhianat kerana mendapat bantuan dana asing sebanyak RM570,000 sejak 2007 dari Yayasan Open Society Institute kepunyaan George Soros yang dilabel sebagai penyagak matawang oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1997.

Dana yang diperoleh ditegaskan oleh Pengarah Suaram, Kua Kia Soong tidak ada kena mengena dengan operasi perniagaan spekulasi mata wang itu, sebaliknya diguna untuk pencerahan hak asasi manusia di negara ini.

Penerimaan bantuan asing bukan perkara baru bagi NGO Malaysia. Bantuan dari negara Arab dan Eropah tidak dipersoalkan. Hanya Suaram yang menjadi mangsa kerana berani mendedahkan skandal kapal selam Scorpene yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Rasuah kes Scorpene melibatkan komisen lebih RM500 juta dibayar kepada syarikat milik rakan baik Najib – Abdul Razak Baginda.

Skandal ini berhubung kait dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang diletup mengguna C4 dari Kementerian Pertahanan pada 2006.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Keadilan Cadang Kenakan “jaminan peribadi” Terhadap shahrizat jalil Dan Keluarga Untuk Dapatkan Kembali RM250 Juta.

Posted: 17 Oct 2012 03:00 AM PDT

Laporan Ketua Audit Negara 2011 menyatakan beberapa langkah yang dipertimbangkan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap NFC berikutan kegagalannya memenuhi syarat perjanjian yang ditandatangani dan prestasi projek yang tidak dicapai.

Salah satu langkah yang dipertimbangkan adalah mengambil tindakan undang-undang sivil (bermakna menyaman NFC), seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.

KEADILAN menolak langkah mengambil tindakan undang-undang sivil ke atas NFC atas dasar ia tidak menjamin bahawa dana awam RM250 juta dapat dikutip sepenuhnya, berasaskan perkara-perkara berikut:

1. Perjanjian yang dimeterai adalah di antara Kerajaan Malaysia dan NFCorp, maka sebarang tindakan undang-undang sivil seperti saman akan hanya melibatkan NFCorp;

2. Perlakuan penyelewengan dan pembelian aset mewah yang tidak ada kena mengena dengan projek fidlot kebangsaan banyak berlaku di dalam syarikat-syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil, bukannya NFCorp;

3. Syarikat-syarikat ini secara undang-undang tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab atau obligasi kepada kerajaan atau pun perjanjian dana awam RM250 juta kerana ia hanya melibatkan NFCorp, maka ia tidak boleh disaman;

4. NFCorp tidak mempunyai aset yang besar dan mengalami kerugian sejak ia beroperasi. Jika Kerajaan Persekutuan berjaya sekali pun di dalam tindakan saman sivilnya, NFCorp boleh sahaja diisytiharkan muflis tetapi tidak masih mampu membayar kembali RM250 juta yang dipinjam.

Oleh sebab itulah, KEADILAN sejak dari awal lagi mengesyorkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengenakan "jaminan peribadi" ("personal guarantee") terhadap Dato' Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya agar semua harta mereka (termasuk hartanah mewah yang dibeli melalui syarikat-syarikat milik keluarga mereka tetapi menggunakan dana dari NFCorp) boleh disita bagi mendapatkan kembali RM250 juta dana awam yang diselewengkan.

Pada masa yang sama, pihak berkuasa termasuklah Peguam Negara dan Bank Negara Malaysia sepatutnya telah pun mengambil tindakan di bawah Akta Anti Pengubahan Wang (Anti Money Laundering Act, AMLA) seperti yang pernah disyorkan sebelum ini, agar sebarang aset mereka boleh dibekukan dan disita.

Saya mengalu-alukan pendedahan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 mengenai NFC kerana ia melambangkan sikap Dato' Seri Najib Tun Razak yang hanya mahu melengah-lengahkan tindakan diambil ke atas NFC (dengan harapan Barisan Nasional menang PRU13 dan isu ini boleh dipadamkan). Pendirian Kerajaan Persekutuan yang hanya mahu mengambil tindakan undang-undang sivil, bukannya tindakan tegas dengan mengenakan "jaminan peribadi" atau pembekuan aset/sita aset di bawah AMLA mengesahkan bahawa Barisan Nasional tidak berniat mendapatkan kembali RM250 juta dana awam yang telah disalurkan kepada NFC.

KEADILAN akan tetap bersuara demi memastikan segala usaha diambil untuk mendapatkan kembali wang RM250 juta tersebut.

Rafizi Ramli
Pengarah Strategi KEADILAN
16 Oktober 2012


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Najib Anak Orang Kaya, Kita Jangan Lupa Jana Ekonomi Negara.

Posted: 17 Oct 2012 01:00 AM PDT

"Harga barang naik, harga minyak naik. Salah siapa? Orang Cina? Siapa perdana menteri, siapa menteri kewangan?"

 Kita jangan lupa perdana menteri sekarang ini rupanya seorang anak bangsawan, masih kecil bapa sudah menteri, anak menteri mahu apa pun senang, anak menteri tak rasa susah macam rakyat, tak ikat perut macam rakyat. 

Sudah pasti anak menteri makan mewah dan sedap, Rakyat terbanyak kadang-kadang makan ikan kembung yang dah "kembung" dan kadang-kadang makan saja  makan hanya ikan bilis yang dah hapak.

Rakyat terbanyak bila isteri mahu beli beg tangan atau cincin suami sudah pening sebab akan kacau  belanja dapur, lainlah najib, wang tabung rosmah masih banyak, mau beli beg mahal atau kasut mahal tiada masalah.

Dulu najib sebut-sebut "wasatiah" yang diciplak dari apa yang dikatakan Anwar lama dulu. jadi bila najib buat majlis sambutan hari jadi "berpuluh-puluh ribu kosnya jangan la marah, bila bil air dekat kediaman najib melampau-lampau tingginya jangan la marah, itu "wasatiah" definasi najib, sudah cukup sederhana la tu bagi orang kaya.

Kita sebagai rakyat harus sentiasa berlapang dada, tak apalah bila semua harga barang naik tak mahu turun-turun macam saham felda, Tak apalah kerajaan "meniagakan AES" untuk kita disaman, duit itu kan boleh jana ekonomi negara...

Bak kata ramai pencacai umno, kalau bukan sebab najib, bukan sebab mahadey tak maju negara nei.. sebab itu lah kita kene taat setia.. bukan pada negara, pada pemimpin negara yang betulnya..

Cuma terfikir kadang-kala, alangkah bagusnya kalau dapat perdana menteri yang paham masalah kita, bukan kita yang harus kerja kuat jaga tenggolok mereka, tapi pemimpin itu yang terpaksa berkerja sampai kita suka.

Oh ya, kalau ade saman AES jangan lupa bayar ye, itu kan untuk jana ekonomi negara, walaupun lepas bayar sah kita rasa derita.. kah..kah..kah





Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini




Selak Balik Kes Sapu khir toyo, Rupanya PBT Tak Salah.

Posted: 16 Oct 2012 11:00 PM PDT

Ingat lagi tak kes khir toyo bagi anugerah penyapu pada PBT yang kononnya pencapiaannya tak memuaskan?, kes penyapu tu orang kata ada badi, sebab penyapu tu la khir toyo terus tersapu lepas tu, lebih malang bila dah hilang kuasa satu-satu benda terselak, termasuk lah kes rumah mewah hasil cabut gigi tu.

Sebenarnya dekat mana silapnya PBT tu dulu?

PBT ke atau pentadbiran negeri masa tu bermasalah?, kalau nak kata kat PBT rasanya tak kot, sebab lepas Pakatan Rakyat mengambilalih PBT yang diberi penyapu oleh si khir toyo itu, PBT tersebut mencatatkan prestasi yang baik

betullah agaknya kata Bendahari Agung KEADILAN, William Leong
 
"Ini membuktikan, bukan PBT itu yang bermasalah tetapi, urus tadbir Umno BN yang penuh dengan rasuah menjadikan seluruh organisasi itu bermasalah," .

hurrm.. memang masalah bn nei, masalah pandai kategorikan sesuatu PBT tu tak memuaskan,  tapi tak pandai selesai masalah, lain kali bagi penyelesaiaan bukan bagi penyapu, kat opis diorang pund ah ada penyapu dah. kah..kah..kah

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Dah Terbukti Pakatan Lebih Bagus Dari bn

Posted: 16 Oct 2012 09:00 PM PDT

Pujian Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang terhadap prestasi membanggakan di semua negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (Pakatan) membuktikan gabungan itu selangkah lagi menuju ke Putrajaya.

Bendahari Agung KEADILAN, William Leong yakin rakyat makin bijak menilai dan membeza pentadbiran mana lebih berintegriti, menolak rasuah serta mengutamakan kepentingan rakyat.

"Ini adalah kali ketiga berturut-turut negeri Pakatan mendapat pujian Ketua Audit Negara. Lebih membanggakan prestasi kali ini jauh lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.
"Pakatan Rakyat selangkah lagi untuk menuju Putrajaya" katanya.

Hah, mana mau lari lagi pencacai umno sekalian, mana laporan Audit negeri umno pulak, nak jugak tengok. kah..kah..kah

Sudah 3 tahun Audit menunjukkan bn tidak lebih baik dari Pakatan ni bukti jelas Pakatan mampu memerintah, bayangkanlah kalau pentadbiran pusat tak beri kerjasama penuh pun kita boleh buat camni, macam mana pulak kalau Pakatan yang memerintah pusat nanti?.

Senang je jawapannya, ekonomi makin bagus, harga barang boleh diturunkan, pendapat makin meningkat dan kita taraf hidup makin baik.

tapi kalau umno yang terus memerintah, sendiri rasa la, makan ikan "kembung" lagi la , itu pun kalau poket berisi sikit, kalau tgh bulan makan biskut kering je.

Kenapa?, cuba check hutang negara berapa dah, kalau bn jugak memerintah dan si najib tu perdana menteri lagi, bangkrap negara nei, belanjawan asyik defisit je, pastu tabur duit entah mana punca.. pinjam bank dunia kot, tak pun pinjam soros agaknya.
 

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

8 Jabatan Dan Agendi Kerajaan Selangor Dapat Bonus

Posted: 16 Oct 2012 07:00 PM PDT

Kerajaan Selangor mengucapkan tahniah kepada lapan jabatan dan agensi negeri yang  mencapai tahap prestasi pengurusan kewangan sangat baik seperti yang dikeluarkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Kejayaan ini sangat membanggakan seluruh warga pentadbiran kerajaan Selangor kerana pada 2010 hanya empat jabatan negeri yang mendapat penarafan empat bintang.

 Lapan jabatan negeri yang mendapat penarafan empat bintang pada 2011 ialah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Pejabat Tanah dan Daerah Sabak Bernam, Pejabat Menteri Besar/Setiausaha Kerajaan Negeri, Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) dan Perbendaharaan Negeri Selangor.

Kerajaan Negeri akan menghadiahkan RM20 ribu kepada setiap jabatan  negeri yang terlibat sebagai penghargaan di atas komitmen dan  segala usaha yang dilakukan sehingga mencapai kejayaan ini.

Kejayaan ini juga membuktikan kakitangan kerajaan negeri semakin menerima baik dan memahami hasrat kerajaan negeri yang mahukan pentadbiran negeri diurus secara telus dan bertanggungjawab terutama melibatkan pengurusan kewangan.

Kerajaan Selangor juga mengucapkan tahniah kepada Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSB) – anak syarikat milik penuh kerajaan negeri yang menguruskan Universiti Selangor (Unisel) kerana berjaya melaksanakan banyak pembaikan terhadap kelemahan yang dikesan pada 2010. Masalah pentadbiran yang ditinggalkan kerajaan terdahulu telah pun diperbetulkan.

Antara kejayaan itu termasuklah pertambahan pengambilan pelajar yang terus meningkat kepada 11, 880 pelajar pada Oktober 2012 berbanding 9,902 pada Oktober 2011. Malah, kita yakin dan percaya proses timbang tara antara kerajaan negeri yang diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri dengan Jana Niaga Sdn Bhd akan mencapai keputusan positif.

Kerajaan negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan kerana sebelum ini audit dalaman tidak berfungsi dan Unisel terpaksa menggunakan khidmat audit luar.  Audit kewangan Unisel bagi tahun 2008, 2009 dan 2010 telah siap ditandatangani dan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) akan diadakan pada hujung tahun ini.

Perlu dingatkan bahawa sebelum 2008, laporan audit kewangan Unisel tidak pernah dibuat. Justeru, kerajaan negeri mengambil inisiatif ini untuk memastikan wang rakyat yang digunakan untuk mengurus Unisel ditadbir secara telus dan bebas penyelewengan.

 Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Syarikat Pasang Kamera AES Sasar 10 Juta Saman Setahun ?

Posted: 16 Oct 2012 05:00 PM PDT

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mengajak rakyat turun beramai-ramai menyertai himpunan membantah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) esok.

Himpunan itu akan diadakan di hadapan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ipoh, Perak bermula 10 pagi.

 "AMK menyokong himpunan rakyat membantah pelaksanaan AES dan menyeru rakyat untuk bangun menentang kezaliman kerajaan BN," kata Timbalan Setiausahanya, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli.

"Kita juga mendesak agar saman rakyat 1Malaysia AES ini dimansuhkan," katanya lagi dalam kenyataan.

Saifullah berkata, sejak mula dilaksanakan pada 23 September lalu, seramai 63,558 rakyat disaman dalam masa lapan hari pelaksanaan AES di 14 kawasan menggunakan 831 kamera.

"Dianggarkan RM5 bilion dari 'saku rakyat' masuk ke poket kerajaan dan syarikat yang mengendalikan sistem itu," jelasnya.

Kata Saifullah, kerajaan BN terus menekan rakyat dengan saman melalui pelaksanaan AES, tatkala sistem pengangkutan awam yang lemah turut memaksa rakyat berkenderaan.

AES merupakan lanjutan saman ekor. Bagaimanapun, seperti saman ekor yang dibantah kerana ketidakcekapan dan kelemahan sistem, AES juga menghadapi isu sama.

Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan kutipan saman jalan raya akan dikongsi antara kerajaan dengan dua syarikat pengendali AES, Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd, dan kedua-dua syarikat itu mensasarkan 10 juta saman dikeluarkan setahun.



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment