"tukanglawan"

"tukanglawan"


Pemegang Konsensi AES Boleh Untung Sampai RM700 juta Setahun.. Banyak tu.

Posted: 15 Oct 2012 04:00 AM PDT

Rasanya ni la bisnes paling untung dekat negara nei , bisnes saman orang, makin banyak saman makin untung la gamaknya, makin untung makin la cepat kaya.

Perkara ni didedahkan oleh
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng 

Kata beliau melalui pemasangan 831 kamera di seluruh negara, syarikat konsesi berkenaan – ATES Sdn Bhd dan Betap Tega Sdn Bhd – mampu mendapat balik modal mereka melalui pengagihan keuntungan daripada saman yang dibayar sehingga RM700 juta

"Sekiranya RM5 bilion dikutip setiap tahun kedua-dua pemegang konsesi akan beroleh keuntungan RM80 juta di bawah peringkat pertama, RM270 juta di bawah peringkat kedua dan RM350 juta di bawah peringkat ketiga – jumlah lumayan sebanyak RM700 juta untuk kerja setahun," kata Lim ketika Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan di Ibu Pejabat DAP
 
Bukan sikit tu, kalau 2 tahun dah boleh dapat RM1.4 Billion, memang lepas tu ada sorang lagi la orang kaya kat negara ni, bisnes dia saman menyaman.

kalau macam tu, siapa taknak bisnes macam nei, dan kalau boleh kaya cepat, siapa taknak saman banyak-banyak, tapi yang malangnya rakyat juga yang kene saman tu... kadangx2 atas kesalahan bawak 65km/h dekat laluan had limit 60km/h je pun....

Dapat RM500 ramai yang suka, dapat saman AES suka tak agak-agak?



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Gempar !!! Ahli PBS Tinggalkan bn Untuk Sertai Pakatan

Posted: 15 Oct 2012 02:00 AM PDT

Seramai 100 ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) mengisytihar keluar parti dan menyertai KEADILAN.

Borang penyertaan mereka diserah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena siri jelajah ke Keningau, Sabah.

Menariknya, ia berlaku dalam Parlimen Keniangau yang diwakili Presiden PBS, Datuk Seri Pairin Kitingan.

Kira-kira 2,500 rakyat hadir pada majlis di Restoran Pelancongan Pedalaman di Batu 2, Keningau yang disertai pimpinan Pakatan Rakyat.

Ketua KEADILAN Cabang Keningau, Stephen Sandor, berkata mereka diketuai bekas Ketua PBS Bahagian Keningau, Philip Sintan.
 
"Ini menunjukkan sokongan terhadap KEADILAN terus melonjak. Kita yakin mampu menawan Keningau pada pilihan raya umum kelak," katanya.

Sejak beberapa tahun lalu, beberapa pimpinan PBS keluar parti secara berperingkat di pelbagai daerah seluruh Sabah.

Antaranya, Naib Pengerusi PBS Bahagian Kiulu, John Hussein pada; bekas Ketua PBS bahagian Likas Satur Sembuling; bendaharinya, Suhailee Jamadil dan Ahli Jawatankuasanya, Lidin Buti, selain penulis buku, Dr Chong Eng Leong.

Lain-lain ialah Naib Ketua PBS Sulaman, Dominic Ombilod Onul dan Ketua Pemuda PBS Sulaman, Ahling Kabaron bersama penyokong masing-masing.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Duit Seludup Untuk Jadi Dana Bantu Umno?

Posted: 15 Oct 2012 12:00 AM PDT

Menteri Hal Ehwal Undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz mengakui RM40 juta wang seludup melalui Hong Kong yang dipercayai diberi seorang ahli perniagaan adalah untuk Umno Sabah tetapi menafikan ia milik Tan Sri Musa Aman.

"Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian ketua menteri," kata Nazri dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Ekoran itu, Ahli parlimen Batu, Tian Chua mendesak kerajaan menjelaskan tujuan ahli perniagaan, Michael Chia memberikan RM40 juta tersebut kepada Umno Sabah

Katanya lagi, penjelasan perlu kerana kemungkinan besar wujud penyelewengan dan aktiviti penggubahan wang haram oleh mereka yang terbabit.

"Kita ingin tahu adakah sumbangan ini tidak melanggar undang-undang dan tiada rasuah. Apa tujuan seorang ahli perniagaan beri sumbangan kepada Badan Perhubungan Umno Sabah?

"Mengapa wang ini dibawa ke Hong Kong?" soal Tian lagi pada sidang media di lobi Parlimen.

Micheal Chia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos 2008 dengan matawang Singapura berjumlah RM40 juta di dalam bagasinya sebelum menaiki pesawat menghala ke Kuala Lumpur.

Wang itu dikatakan mempunyai hubungkait dengan lesen pembalakan di Sabah yang membawa pulangan lumayan kepada ahli politik Barisan Nasional di negeri itu.



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Mesti Baca !!!! Kartun SuratKhabar Ni Macam Perli Najib je

Posted: 14 Oct 2012 09:00 PM PDT

Susah betul najib nak terima tawaran debat dari Anwar Ibrahim, ingatkan banner pertandingan debat piala perdana menteri  besar-besar haritu tanda najib dah dapat terima debat ini sesuatu yang sihat, ingatkan dah bersedia lah najib nei. ( baca kat sini )
Rupanya tidak jugak, najib masih takut demam kalau berdebat dengan Anwar agaknya.ala.. apa susah, buat je macam gambar atas nei, "tukanglawan" lupa paper apa, tapi terjumpa time belekx2 suratkhabar masa sarapan pagi.. sekali tengok dan renung macam nak perli najib je nei... kah..kah..kah.. 

najib kan PM.. sama macam Obama si presiden amerika la kan.. kene la kartun atas nei, memang diorang perlu oksigen lebih untuk berdebat, kalau tak nanti demam. kah..kah..kah


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Saham Felda, Isa Samad Buat Kelakar Lagi.

Posted: 14 Oct 2012 07:00 PM PDT

Penurunan harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) hanyalah bersifat sementara kata Isa Samad.  

Kah..kah..kah, kalau tengok graf dekat bawah nei takde la sementara pun. graf kat bawah nei menceritakan harga saham felda tu "naik sementara" je sebelum mejunam dengan konsisten dan bergaya sekali.


isa Samad kata lagi harga saham tu dijangka meningkat semula dalam tempoh terdekat berikutan komoditi kelapa sawit yang sentiasa mendapat permintaan tinggi oleh pengguna,

Camne isa samad leh tahu nak meningkat tak lama lagi, nak pump pakai duit mana pulak tu... kah..kah..kah.

Dan yang paling best isa samad kata "Ketika saham ini mula disenaraikan di Bursa Malaysia beberapa bulan yang lalu, harganya sudah meningkat dan memberi keuntungan besar kepada pemegang sahamnya"  nak tanya ni besar mana keuntungan tu?, kalau setakat peneroka dapat 800 unit takde la besar mana... tak tau la kalau bekas menteri dapat ratus ribu unit... itu baru la untung besar... ye tak..

Jom tanya peneroka felda.. berapa ratus ribu dah diorang dapat dari "untung besar" saham ni?, kah..kah..kah


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Syed Mohtar Al Bukhari Mahu KTMB, Apa Yang Dikejar?

Posted: 14 Oct 2012 05:00 PM PDT

Pegangan tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dianggar berjumlah RM50 bilion dibimbangi tergadai jika KTMB diambilalih oleh  MMC Corporation Berhad, kata Senator Syed Shahir Syed Mohamud.
 
Katanya, syarikat milik jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari itu tidak mungkin mengambil alih KTMB yang pada asasnya memberi perkhidmatan kepada rakyat, tanpa sebarang keuntungan
.
"Persoalannya mengapa Syed Mokhtar berminat (mengambialih KTMB)? Jika kita lihat aset kepunyaan KTMB antaranya (adalah) tanah.

"Kedudukan tanah KTMB adalah di semua kawasan strategik di negara ini seperti di Butterworth, Ipoh, Kuala Lumpur, Gemas dan Johor Bahru," katanya

"Jika itu kebarangkaliannya, maka itu kebimbangan kita.

"Cuba kita lihat apa yang terjadi kepada tanah KTMB di Singapura. Di Woodlands, Keppel Road, Bukit Timah hingga ke Tanjung Pagar. Nilainya berbilion ringgit," kata Syed Shahir.

Kalau tak silap "tukanglawan" sebelum ni kecoh pasal port di Pulau Pinang, khabarnya mahu diberi pada Syed Mokhtar, kilang gula Robert Kok pun dengar dah dibeli juga olehnya dan sekarang mahu ambilalih KTMB pulak, kaya makin kaya, jangan pulak rakyat yang derita.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment