Nota Kecil

Nota Kecil


Mujahid ketuai misi kemanusiaan P.Pinang ke Gaza

Posted: 21 Oct 2012 11:55 PM PDT


"di Kaherah setelah touch down pukul 5.30 pg. kini menanti greenlight dari Kedutaan utk ke Rafah, sempadan Ghazza. sekarang jam 8.30, perjalanan makan masa 6 jam dan checkpoint border tututp pukul 6 ptg doakan kami dpt sampai dengan aman. Rombongan Zakat Penang dan Cakna Palestine do sertai oleh ustaz Izham tajaan Zulazim dari Klinik Bersalin Muslimat dan Sdr Naser Ismail dari Jelutong turut bersama." - dipetik dari dinding Facebook Dr Mujahid Yusof Rawa.

Audit: Hutang tertunggak P.Pinang paling sedikit, Kedah paling banyak?

Posted: 21 Oct 2012 10:47 PM PDT

Sumber: Laporan Ketua Audit Negara 2011, halaman 36.
PULAU Pinang mencipta sejarah tersendiri apabila diumumkan sebagai Kerajaan Negeri paling sedikit mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman kepada Kerajaan Pusat bagi tahun lepas, iaitu sebanyak RM2.59 juta sahaja.

Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng semasa mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2011 itu baru-baru ini berkata, pencapaian tersebut disebabkan Kerajaan Negeri komited membayar balik hutang mengikut tempoh yang dijadualkan oleh Kerajaan Pusat.

Pun begitu, katanya, Kerajaan Pusat seharusnya mencari jalan yang strategik untuk membantu Kerajaan-kerajaan Negeri yang lain dalam membayar balik pinjaman tertunggak masing-masing.

"Pulau Pinang, saya kira terlalu lurus lah...bayar, bayar, bayar (dan) bayar, akhirnya hutang kita (Kerajaan Negeri) paling kecil, iaitu RM2.59 juta," ujar beliau dalam satu sidang akhbar bersama-sama Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P.Ramasamy.

Datuk Abdul Malik Abul Kassim, Phee Boon Poh dan Law Choo Kiang, Wong Hon Wai serta Danny Law Heng Kiang antara Exco Kerajaan Negeri yang hadir pada sidang media di Komtar, George Town.

Hadir bersama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Rafizan Darus, Datuk Mokhtar Jait (Pegawai Kewangan Negeri) dan Datuk Mohd. Salleh Man (Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir).

Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendedahkan, tunggakan bayaran balik pinjaman kerajaan negeri yang berakhir pada akhir tahun 2011 menyaksikan Kerajaan Negeri Kedah paling banyak berhutang, iaitu sejumlah RM836.30 juta, diikuti oleh Terengganu (RM452.57 juta), Pahang (RM445.83 juta), Johor (RM432.29 juta), Negeri Sembilan (RM218.19 juta), Kelantan (RM197.12 juta), Melaka (RM138.25 juta), Perlis (RM113.79 juta), Selangor (RM60.70 juta), Sabah (RM55.77 juta), Sarawak (RM51.15 juta), Perak (RM43.94 juta) dan Pulau Pinang (RM2.59 juta).

Tuntas dari itu, Guan Eng menasihatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan supaya mencari jalan untuk membantu semua Kerajaan Negeri melangsaikan hutang-hutang tertunggak masing-masing.

"Saya mungkin minta tindakan yang sewajarnya lah (dilakukan oleh Kerajaan Pusat)," ujar beliau.

Rekod urus tadbir kewangan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diumumkan dalam laporan rasmi kerajaan tersebut sukaligus menyerlahkan kemampuan pemimpin-pemimpin negeri dalam memakmurkan rakyat di negeri berkenaan -END
Umno Goyang!!!

Audit: Mengapa RM1,626 juta hutang tertunggak Perwaja hapus kira, tanya Guan Eng

Posted: 21 Oct 2012 07:16 PM PDT


HUTANG syarikat Perwaja Terengganu Sdn. Bhd. berjumlah RM1,625.68 juta yang dihapus kira bermula tahun lepas sebagaimana disebut dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 terus dipersoal.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan wajar memberi penjelasan sebenar kepada rakyat memandangkan syarikat gergasi itu dikenal pasti memperoleh keuntungan perniagaan serta masih disenarai dalam Bursa Malaysia.

"Saya rasa itu yang kita nak tanya, mengapa Perwaja sekarang ada untung dan disenarai dalam Bursa Malaysia, mengapa hapus kira," soal beliau dalam satu sidang media bersama-sama Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy.

Datuk Abdul Malik Abul Kassim, Phee Boon Poh dan Law Choo Kiang, Wong Hon Wai serta Danny Law Heng Kiang antara Exco Kerajaan Negeri yang hadir pada sidang media di Komtar, George Town.

Hadir bersama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Rafizan Darus, Datuk Mokhtar Jait (Pegawai Kewangan Negeri) dan Datuk Mohd. Salleh Man (Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir).

Langkah pentadbiran Najib dipertikai gara-gara Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang diedarkan baru-baru ini ada menyebut, "Peruntukan akan disediakan bagi menghapus kira hutang Perwaja Terengganu Sdn. Bhd. bermula tahun 2011 dan dijangka selesai pada tahun 2027."

Menurut laporan tahunan itu, sebanyak 26 syarikat daripada 61 syarikat yang menerima pinjaman daripada Kerajaan Pusat diumumkan mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman.

Selain Perwaja, tunggakan bayar balik pinjaman kedua tertinggi adalah Uda Holdings Bhd., iaitu sebanyak RM287 juta, diikuti dengan Cyberview Sdn. BHd. (RM280 juta), Syarikat Perumahan Negara Berhad (RM223.40 juta), Malaysia Venture Capital Bhd. (RM220.91 juta), Indah Water KOnsortium Sdn. Bhd. (RM165.58 juta) dan Malaysia Debt. Ventures Bhd. (RM150 juta).

"Ini semua pinjaman oleh syarikat-syarikat tetapi gagal bayar balik (tunggakan)," tegas Guan Eng.

Perkembangan terbaru itu, katanya, sekaligus memberi gambaran buruk mengenai urus tadbir kewangan negara di sisi mata pelabur. -END
Umno Goyang!!!

Bajet MPPP 2013 beri apa pada rakyat P.Pinang?

Posted: 21 Oct 2012 07:13 PM PDT


Di bawah ini adalah fakta yang rakyat harus tahu mengenai Belanjawan Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang baru diluluskan supaya tidak ditipu oleh pembangkang Umno Barisan Nasional.

Ahli Majlis Yusof Mohd Noor mendedahkan Bajet MPPP bagi tahun 2013 antara lain adalah:
  • RM9.25 juta pengambilan tanah dan pembinaan Pasar Baru Teluk Kumbar(selama ini belum ada pasar sesuai utk rakyat)
  • RM300 juta utk naiktaraf tapak penjaja sementara (depan Caltex Jelutong)
  • RM4.0 juta pembinaan pasar awam di Batu Feringghi
  • RM360,450 menaiktaraf lif di Taman Free School
  • RM200k menaiktaraf platform menuggu Terminal Bas Sg Nibong
  • RM340.900.00 mengecat semula Flat PPR Jln Sungai
Umno Goyang!!!

Audit: Dua projek pusat mula lewat punca P.Pinang tak belanja RM286.2 juta, kata Guan Eng

Posted: 21 Oct 2012 06:01 PM PDT


PERUNTUKAN yang tidak dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebenarnya hanya RM23.9 juta disebabkan projek berwajib Kerajaan Pusat lewat dimulakan di negeri berkenaan.

Demikian penjelasan Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng baru-baru ini semasa mengulas mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang menegur Kerajaan Negeri kononnya tidak membelanjakan kira-kira RM386.2 juta.

"Sebenarnya hanya RM23.9 juta yang tidak dbelanjakan dan bukannya RM386 juta.

"RM23.9 juta tidak dibelanjakan kerana projek bermula lewat dan jabatan telahpun diarahkan untuk memastikan kelewatan dapat dielakkan," ujar beliau dalam satu sidang media bersama-sama Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy.

Datuk Abdul Malik Abul Kassim, Phee Boon Poh, Law Choo Kiang antara Exco Kerajaan Negeri yang hadir pada sidang media di Komtar, George Town.

Hadir bersama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus dan Datuk Mokhtar Jait (Pegawai Kewangan Negeri) serta Datuk Mohd. Saleh Man (Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir).

Laporan tahunan itu antara lain menyebut, sebanak RM557.25 jut peruntukan membabitkan 9 jabatan sepatutnya dibelanjakan bagi menjalankan 2,489 projek dalam tahun lepas.

Namun, menurut laporan itu lagi, sejumlah RM171.05 juta dibelanjakan, manakala, baki RM386.2 juta tidak dibelanjakan.

Guan Eng berkata, baki RM362.3 juta yang tidak dibelanjakan itu disebabkan RM100 juta yang diperuntukkan untuk pengambilan tanah hub pendidikan Asian Women Leadership University atau AWLU di Kampung Genting, Balik Pulau tidak dibelanjakan apabila AWLU bersetuju memilih tapak kerajaan negeri di Pondok Upeh.

"Oleh itu, pengambilan tanah di Kampung Genting dibatalkan dan kos RM100 juta dijimatkan," ujar Guan Eng.

Tambah beliau, RM262.3 juta diperuntukkan untuk membayar hutang pinjaman projek bekalan air yang tidak perlu lagi dibelanjakan selepas perjanjian penghijrahan aset air kepada kerajaan persekutuan menerusi Perbadanan Asset Air Bhd (PAAB).

"Ini adalah kerana kerajaan persekutuan diperlukan membina Empangan Air Mengkuang dan mengambilalih hutang pinjaman ini sebagai pra-syarat kerajaan negeri bersetuju menyerahkan aset air kepada PAAB.

Tuntas dari itu, katanya, Laporan Ketua Audit Negara telahpun menyatakan bahawa daripada 2,489 projek yang telah diluluskan pada 2011, 2455 projek, iaitu  98.6%  telah siap sepenuhnya.

"Hanya dua perbelanjaan besar sebanyak RM 362.3 juta tidak dijalankan kerana lewat berjalan projek," tegas beliau. -END

No comments:

Post a Comment