Liang Lahad....

Liang Lahad....


PANDUAN UNTUK MENGUNDI - TARIF LETRIK AKAN DINAIKKAN PADA JUNE 2013

Posted: 09 Oct 2012 09:05 AM PDT

Memang sudah diduga sekiranya BN masih lagi diberi peluang untuk menubuhkan kerajaan selepas PRU13 nanti..
rakyat akan dibebani dengan pelbagai kenaikan harga..
dari kenaikan harga petrol sehinggalah kenaikan tarif letrik..

Dan kita juga memang sudah duga kenaikan tarif letrik negara kita sememangnya sedang "ditahan-tahan" dari dinaikkan demi menjaga hati rakyat untuk mengundi BN pada PRU13 nanti..

Percayalah...
selepas selesainya PRU 13 nanti,tak kiralah pada bulan apa pun ianya akan diadakan
mahu tak mahu...
sekitar bulan June tarif letrik akan dinaikkan...

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui sendiri mengakui tarif letrik yang ada kini hanya dijamin kekal sehingga June 2013..


Sebelum PRU..
BN kata Kerajaan perihatin dengan masalah rakyat..
Selepas PRU..
BN kata kerajaan tiada pilihan lain kecuali terpaksa menaikkan tarif letrik dan meminta rakyat berkongsi menonton tv,berkongsi peti sejuk dengan jiran sebelah supaya sifat berjimat cermat dapat diamalkan..


Dah berpuluh tahun kena tipu..
takkan nak tambah lagi 5 tahun kot..?

APABILA NASHARUDIN NASIHAT PAS UTAMAKAN ISLAM DARI KUASA.

Posted: 09 Oct 2012 06:19 AM PDT

Cakap-cakap Nasharuddin Mat Isa ni sebenarnya tak patut kita layan pun..
ini merupakan cakap-cakap seorang yang cuba mengelirukan masyarakat terhadap PAS dan perjuangan PAS..


Yang aku lihat,PAS tidak pernah pun tersasar dari perjuangan mereka..
PAS tidak pernah meletakkan Islam ditempat kedua..

Malah PAS sebenarnya kini bertambah kuat walaupun tanpa menggadaikan matlamat asal mereka..

Apa yang Nasharudin Mat Isa perlu renungkan adalah bagaimana hukum Islam hendak ditegakkan sekiranya tidak melalui kuasa politik..?



Sudah berapa puluh tahun PAS berjuang sendiri dengan tidak mempunyai kuasa politik di peringkat pusat...?
apakah Nasharudin mahu melihat PAS berjuang sendirian selama 50 tahun lagi..?
dan kekal jadi sebuah parti pembangkang seperti berpuluh tahun yang lalu..?

Mungkin juga Nasharudin perlu imbas kembali bagaimana perjanjian Hudaibiya..

Bila mana Rasulullah banyak mengalah di dalam perjanjian tersebut..
sehinggakan rombongan Nabi Muhammad yang mahu menunaikan haji pada tahun tersebut terpaksa pulang semula ke Madinah..

Rupa-rupanya ada hikmah besar disebalik perjanjian tersebut yang hanya dapat dilihat oleh sejarah pada tahun berikutnya..
 
Satu kisah yang perlu kita ambil panduan bagaimana sifat mengalah Nabi Muhammad SAW ketika perjanjian Hudaibiya dilakukan..

Ketika di saat Nabi Muhammad menyuruh Ali bin Abi Talib menulis,Nabi berkata kepada Ali...

"Tulis : Bismillahir-rahmanir-rahim" (Dengan nama Allah,yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang)
"Berhenti!! " kata Suhail. 
"Nama Rahman dan Rahim ini tidak saya kenal, tetapi tulislah  Bismikallahuma (Atas nama mu Ya Allah)"

Rasulullah berkata pula : "Tulislah , Atas namaMu Ya Allah".
lalu sambungnya lagi, "Tulislah, inilah yang sudah dipersetujui oleh Muhammad Rasulullah dan Suhail bin. 'Amr".

"Berhenti!!" kata Suhail lagi.. "Kalau saya sudah mengakui engkau Rasulullah,tentu saya tidak memerangimu.
tetapi tulislah namamu dan nama bapamu".

Lalu Rasulullah berkata pula : "Tulis,inilah yang sudah dipersetujui oleh Muhammad Bin Abdullah".

Segala syarat di dalam perjanjian Hudaibiya ini membuatkan beberapa sahabat berasa resah termasuklah Umar Al-Khatab..
sehinggakan Umar Al-Khatab berjumpa dengan Abu Bakar dan menanyakan kepada Abu Bakar :-

Umar : Abu Bakar,bukankah dia Rasulullah..?
Abu Bakar : Ya, memang.
Umar : Bukankah kita ini Muslimin..?
Abu Bakar : Ya, memang.
Umar : kenapa kita mahu direndahkan dalam soal agama kita..?
Abu Bakar : Umar,duduklah di tempat mu,aku bersaksi bahawa dia Rasulullah..

Pada saat Nabi Muhammad dilihat seakan mengalah..
pada saat agama dilihat seakan direndah-rendahkan..
namun Allah memberikan kemenangan pada umat Islam pada tahun berikut dan seterusnya...

MENGALAH TIDAK BERMAKNA KALAH!!
 
Banyak sekali kebaikan-kebaikan perjanjian Hudaibiya yang boleh dinyatakan disini..
tapi apa yang penting adalah kemenangan umat Islam di dalam satu perjanjian yang pada ketika ianya ditulis perjanjian itu dilihat merendah-rendahkan Islam...

Rasanya..
Nasharudin Mat Isa lebih arif dalam soal ini..

Tetapi mengapa pula beliau kini mempertikaikan perjuangan PAS untuk berkuasa..?
kalau tidak mempunyai kuasa politik,apakah Syariah Islam yang mahu ditegakkan oleh PAS akan menjadi kenyataan..?

Nasharudin Mat Isa mahu PAS berjuang secara solo tanpa PKR dan DAP yang mana dengan demikian,PAS tidak akan dapat menubuhkan kerajaan,begitu jugalah dengan PKR dan DAP..

Semuanya akan kekal menjadi Pembangkang buat selama-lamanya sekiranya ada antara parti komponen PR yang mahu bergerak solo... 
ini sudah dibuktikan selama berpuluh-puluh tahun pilihanraya di malaysia ini diadakan...

Dan itukah yang dimahukan oleh Nasharudin Mat Isa..?

Sejak tewas dalam pemilihan Timbalan Presiden Pas tahun lepas,lain macam pulak nada Nasha ni kan...?



AKSI ANWAR YANG BAKAL DITIRU OLEH NAJIB!!!

Posted: 09 Oct 2012 12:50 AM PDT


Semasa mengadakan siri ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Bagan Datoh, Perak hari ahad lepas yang dikatakan berjaya menarik hadirin seramai 6,000 orang...

Anwar mencuit hati para hadirin apabila duduk berehat bersama para hadirin
sebaik sahaja tiba di tempat ceramah sementara menunggu giliran beliau untuk berucap...


Dan dikuatiri Najib juga akan meniru cara Anwar ini tak lama lagi...


Jadi jangan hairan kalau tak lama lagi korang jumpa gambar Najib duduk bersila bersama orang ramai...


ROSMAH MANSUR KATA JAGA ADAB SOPAN DAN BUDAYA MALAYSIA.

Posted: 08 Oct 2012 11:36 PM PDT

Rosmah Mansur bercakap pasal tradisi yer...
Rosmah Mansur bercakap pasal budaya masyarakat malaysia dan adab sopan budaya kita yer...
err.... tapi macam ada yang tak kena je,macam tak serasi...

Rosmah berkata rakyat Malaysia di luar negara juga perlu membuktikan kepada dunia bahawa rakyat negara itu kaya dengan budi bahasa dan penuh adab sopan serta tata susila yang tinggi.


Pesanan dia ok... bagus lah kalau kita ikut pesanan yang baik-baik...
tapi bila kenangkan rosmah yang bercakap maka aku terkenangkan insiden-insiden ini...






Apa pun kita ambik pesanan dia tu dengan baik..
dan kalau dapat...Jamil Khir atau Ulama' UMNO mungkin boleh ajar Rosmah ni apa itu adab sopan dan tradisi masyarakat melayu dan apa pula hukum-hukum Islam yang ada di dalam Al Quran...

Jika orang yang menasihati orang lain tu, dia sendiri mengikut dan patuh kepada apa yang diucapkannya barulah kena dan sedap sikit kita mendengar nasihat darinya...


No comments:

Post a Comment