Liang Lahad....

Liang Lahad....


10 CARA BN SELESAIKAN MASALAH NEGARA.

Posted: 08 Oct 2012 10:16 AM PDT

10 cara BN selesaikan masalah negara mengikut bijak pandai di dalam BN...

1) Untuk membanteras gejala sosial, kerajaan BN sediakan sekolah hamil..

2) Untuk menguatkan pengaruh dan perbaiki imej,kerajaan BN mengupah syarikat yahudi APCO Worlwide untuk pulihkan imej Najib dan Kerajaan BN..

3) Untuk mengurangkan pesakit HIV, kerajaan BN edarkan kondom dan jarum
secara percuma kepada penagih dadah.

4) Untuk mengurangkan kesesakan lalulintas, Kerajaan BN naikkan harga petrol lepas tu suruh rakyat berkongsi kereta

5) Untuk ajar rakyat berjimat dalam penggunaan tenaga,kerajaan BN menaikkan tarif letrik

6) Untuk kurangkan kemalangan,kerajaan BN perbanyak dan naikkan saman..
 
7) Untuk mengurangkan ketagihan penagih dadah, kerajaan BN memperkenalkan dadah sintetik Methadone

8) Untuk menambah pendapatan petroleum negara,kerajaan BN serah telaga minyak Blok L dan M kepada Brunei yang nilainya lebih dari RM300 BILION.. (yang ni memang pelik lagi bangang)

9) Untuk desak Selangor terima projek kroni Langat 2,kerajaan BN ugut batal perjanjian bekalan air dari Pahang ke Selangor.

10) Untuk mengurangkan pesakit diabetis,kerajaan BN naikkan harga gula..


Mudahkan keputusan-keputusan yang dibuat kerajaan BN ni..?
seolah-olah BN tidak memikirkan kesan dan keadaan negara selepas 10 atau 20 tahun akan datang...

Nak elakkan dari banyaknya kelahiran anak haram bukannya dengan menyediakan sekolah hamil...
yang perlu disediakan dan diperkuatkan adalah nilai Islam ke dalam diri  remaja...
memandangkan penyumbang utama kepada gejala sosial dan anak haram ni adalah bangsa melayu yang beragama Islam..

Nak ubati penagih dadah secara total bukannya dengan memberi mereka sejenis dadah yang lain,bukan itu caranya...

Apa yang BN tak faham adalah...
nak elakkan sesuatu masalah dari berulang.. kena cari dan selesaikan dulu puncanya...

Bukannya tutup masalah yang dihadapi dengan didatangkan masalah yang lain...





UTUSAN KALAH LAGI - KALI NI KENA MINTA MAAF PADA TERESA KOK

Posted: 08 Oct 2012 01:07 AM PDT

Memang kelakar...
Utusan Malaysia dan Pengerusi Institut Akhbar Malaysia,  Chamil Wariya kena minta maaf kepada Terese Kok...

Dulu bukan main lagi Penerbit Utusan nafikan cerpen yang disiarkan bukanlah fitnah..

 

Utusan ni dah berapa kali kalah dalam tuntutan saman di mahkamah,berapa kali dah kena minta maaf ke atas orang yang difitnahkannya..

Tapi Utusan ni macam tak pernah nak serik-serik...
yang mereka tahu hanyalah nak mencapai objektif mereka di dalam menipu orang kampung...


Chamil Wariya, Utusan mohon maaf pada Teresa Kok

Pengerusi Institut Akhbar Malaysia,  Chamil Wariya dan Utusan Malaysia memohon maaf kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok kerana fitnah yang disiarkan dalam artikel bertajuk 'Politik Baru YBJ' yang diterbitkan oleh edisi hujung minggu akhbar harian milik Umno itu pada 12 Oktober 2008.

um book launching 021205 chamil wariyaPeguam Zalil Mohd Mess - dalam kenyataan pemohonan maaf yang dibacakan di Mahkamah Tinggi hari ini - berkata artikel itu telah
diubah oleh edisi hujung minggu Utusan Malaysia - Mingguan Malaysia - tanpa persetujuan Chamil.


Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Datuk Abdul Hamid Sultan Backer

Peguam Sankara Nair yang mewakili Teresa memberitahu mahkamah bahawa ahli parlimen DAP itu tidak menuntut bayaran kos daripada Chamil.

Katanya, Utusan Malaysia perlu membayar RM50,000 kos sebagai sebahagian daripada penyelesaian tersebut dan penerbit bersetuju untuk menyiarkan permohonan maaf itu dalam Mingguan Malaysia. 


kah..kah..kah..
bongok betul...

KALAU MUHYIDDIN TERUS JADI TPM,NAMPAKNYA TERUK NEGARA KITA - KHALID IBRAHIM

Posted: 07 Oct 2012 07:23 PM PDT

KUALA SELANGOR 08 OKT : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini membidas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin yang sebelum ini mendakwa pentadbiran negeri di bawah Umno-BN adalah 'terbaik' berbanding Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, Abdul Khalid berkata di bawah pimpinan Pakatan, ekonomi dan pembangunan negeri menjadi semakin baik serta maju berbanding Umno-BN.

Ini dibuktikan dengan simpanan rizab negeri yang meningkat setiap tahun, masalah rumah terbengkalai yang diselamatkan, hutang syarikat Talam yang dikutip dan hasil negeri yang
dipulangkan kepada rakyat.

"Beliau (Muhyiddin) cakap PR memerintah Selangor tidak baik maknanya beliau tidak pandai baca angka.

"Kalau beliau terus menjadi Timbalan Perdana Menteri, nampaknya teruklah negara kita," sindir Abdul Khalid dalam ucapan perasmian mesyuarat agung tahunan PKR Cabang Kuala Selangor, di Ijok di sini semalam.

Katanya, di bawah Umno-BN hanya RM 100 juta diagihkan kepada rakyat dan ia berbeza dengan pentadbiran Pakatan yang mengagihkan RM 700 juta.

"Pada 2005 hingga 2007, harta Selangor dulu hanya empat peratus, tetapi PR kerja keras untuk dapatkan kembali dengan menyelesaikan banyak masalah yang ditinggalkan Umno-BN, contohnya hutang Talam dan projek perumahan terbengkalai.

"Kalau beliau kata Selangor tidak baik atau bagus bawah PR, maka bawah Umno-BN lagi tidak baik," katanya.

Jelasnya, Selangor merupakan negeri yang paling banyak sumbangannya kepada negara.

"Pada 2008, ekonomi Malaysia bertumbuh tujuh peratus manakala Selangor sebanyak sembilan peratus.

"Manakala pada 2009, ekonomi negara jatuh sehingga tiga peratus dan Selangor hanya jatuh kepada satu peratus. Kini, negara lima peratus, Selangor tujuh peratus. Kalau beliau masih kata tidak baik, saya tidak tahulah," katanya.

Selangorku

BILA AWANG ADEK TAK TAHU NAK CAKAP APA,TAPI MASIH NAK BERCAKAP,INILAH JADINYA.

Posted: 07 Oct 2012 06:11 PM PDT

Aku rasa Awang Adek ni dah tak tahu nak cakap apa dah..
dah takde idea dah... tapi nak bercakap jugak supaya nampak macam "best-best" jer...

Bila pemimpin BN yang lain terutamanya Najib memberikan alasan yang "bodoh" tentang kenaikan harga gula..
Awang Adek ni pun nak bercakap jugak...
nak menyibuk jugak....
dia tak mahu beri peluang pada pemimpin BN yang lain menunjukkan kebodohan mereka...
Awang Adek pun nak juga tunjuk tahap kebodohannya

Tapi yang malangnya bagi Awang Adek,dia terlupa yang dia "ter-recycle"
alasan lama..

Inilah pemimpin UMNO yang paling menyedihkan yang pernah aku jumpa..
Mungkin dia call je wartawan Utusan tu dan bagitahu "ko copy n paste je lah statement aku yang dulu tu.. pas tu ko edit harga gula yang baru bagi nampak macam aku bagi statement kejap tadi.. kasi real sikit.."
kot le macam tu kan.. aku agak  jer tu...

Kalau nak tengok tahap kebengapan dan tahap kandungan oksigen di dalam kepala Awang Adek ni..
korang baca petikan-petikan yang diambil dari media UMNO sendiri...

Tahun 2010,dalam bulan July... Awang Adek kata...
"Peningkatan harga gula sebanyak 25 sen sekilogram berikutan pelarasan subsidi yang diumumkan Khamis lalu dijangka dapat mengurangkan aktiviti penyeludupan.."


Tahun 2010 jugak,dalam bulan Dec.. Awang Adek berkata..
"Ia (menangani penyeludupan) adalah antara sebab kerajaan terpaksa menaikan harga bahan itu, selain mengurangkan jurang perbezaan harga di peringkat antara bangsa,"


Pada Tahun 2011, dalam bulan May.. Awang Adek berkata lagi..
"Kenaikan harga gula kepada RM2.30 sekilogram akan melumpuhkan aktiviti penyeludupan bahan subsidi itu ke negara jiran selain dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan.."


Kenyataan terbaru Awang Adek yang dikeluarkannya semalam..
sama macam yang lama-lama..
"perbezaan harga yang sangat ketara berbanding negara jiran sebelum ini menjurus kepada kegiatan penyeludupan gula yang sukar dibendung.."


Bila otak dah beku,memang tak dapat nak fikir dah..
bila dah tak dapat nak cari alasan yang bagus-bagus mereka "recycle" alasan lama untuk memperbodohkan rakyat buat sekalian kalinya..

Nak bodohkan rakyat ke apa ni..?
ke saje nak memperbodoh-bodohkan diri sendiri..?

ADUN UMNO SOKONG ORANG KAMPUNG BERDEMO TUNTUT PERHATIAN KERAJAAN BN!!

Posted: 07 Oct 2012 05:25 AM PDT


Apabila diri sendiri pun dah tak mampu nak selesaikan masalah rakyat disebabkan kegagalan dan pengabaian yang dilakukan oleh kerajaan BN...

Seorang Adun UMNO menyokong penuh tindakan penduduk Kampung Setia di Perak melakukan demonstrasi bagi menarik perhatian pihak kerajaan BN terutamanya Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya mendengar masalah penduduk setempat yang telah pun beberapa kali mengadukan masalah yang mereka hadapi kepada pihak berkuasa..

Jumaat lepas,
penduduk Kampung Setia mengadakan demontrasi aman selepas solat jumaat
selepas tidak lagi tahan dengan kekerapan kemalangan di laluan utama Ipoh-Kuala Kangsar di Kampung terbabit...


Selain daripada keadaan jalan raya di situ yang agak membukit sehingga menyukarkan pemandu untuk mengagak kedatangan kenderaan lain dari arah bertentangan.. 

Penduduk juga mendakwa tiadanya kelengkapan yang sepatutnya seperti :
  • papan tanda jalan, 
  • pembahagi jalan, 
  • lampu isyarat, 
  • pencahayaan yang tidak mencukupi selain 
  • garisan pembahagi jalan yang sangat mengelirukan pengguna jalan raya adalah faktor besar yang menyumbang kejadian kemalangan di kawasan tersebut..
Datuk Ahamad Pakeh Adam
Wakil Rakyat daerah tersebut iaitu Adun Lintang, Datuk Ahamad Pakeh Adam (UMNO) pun bersetuju dengan demonstrasi yang dilakukan selepas beliau sendiri  gagal menyelesaikan masalah tersebut..


Menurutnya, "Mereka (penduduk kampung) sudah membuat laporan berkenaan perkara ini, namun tiada tindakan daripada pihak berwajib. Malah saya sendiri pernah bertemu JKR Daerah Kuala Kangsar berhubung masalah ini dan maklum balas yang saya terima adalah ketiadaan peruntukan untuk penambahbaikan.

"Dengan itu saya rasa tindakan penduduk mengadakan demonstrasi sangat wajar kerana masalah ini membabitkan keselamatan dan kesejahteraan hidup mereka," kata Adun berkenaan..

 



hmmm...? Tiada peruntukan untuk penambahbaikan..?
habis peruntukan RM19 bilion ini kemana perginya..?


Baru Adun UMNO tu tahu yer...
apabila kerajaan BN gagal menjalankan amanah yang diberikan kepada  mereka,kadang-kadang rakyat perlu turun ke jalanraya untuk berdemonstrasi bagi mendapatkan perhatian kerajaan...



Beliau sebagai Adun pun tak boleh buat apa-apa untuk menyelesaikan masalah tersebut walaupun beliau sendiri merupakan Adun dari parti pemerintah iaitu UMNO..

Adun Lintang, Datuk Ahamad Pakeh Adam ni adalah salah seorang dari 3 Adun UMNO Perak yang menyatakan kesediaan untuk tidak bertanding lagi pada PRU13 ni..

Mungkin juga kerana beliau sendiri sudah muak dengan janji-janji yang semakin DICAPATIKAN oleh UMNO-BN..

Korang tengok di belakang orang ramai tu ada bendera apa..?
dimana ada kubu kuat BN..
dimana ada melayu yang kuat sokong BN 
disitulah masalah rakyat diabaikan BN...

Kalau nak tengok macam mana UMNO abaikan melayu yang kuat menyokong mereka,baca ni.. [kampung kat perak ni yang tak pernah merasa air bersih..
sejak perang jepun lagi minum air sungai jer..]
 

Tiada peruntukan..? kah..kah..kah..
 
 


INGATKAN UMNO SAHAJA YANG BERMASALAH DI NEGERI SEMBILAN,RUPA-RUPANYA...

Posted: 06 Oct 2012 09:53 PM PDT

Kita ingatkan hanya UMNO sahaja yang mempunyai masalah dalaman di Negeri Sembilan..
rupa-rupanya MIC pun dilanda masalah dalaman jugak...
kalau macam ni lah keadaannya macam mana le BN boleh kata mereka yakin dalam mempertahankan Negeri Sembilan pada PRU 13 nanti..??

Kalau tiada masalah dalaman pun belum tentu lagi BN akan berjaya
mempertahankan Negeri Sembilan, inikan pula dengan masalah dalaman yang sedang melanda UMNO dan MIC..

Sinar


Sebelum ini,bekas Adun UMNO, Datuk Mohamd Rais Zainuddin  mengugut bahawa UMNO Negeri Sembilan tidak akan mengundi Mohamad Hassan sekiranya Menteri Besar itu bertanding pada PRU 13 nanti, [UMNO NEGERI SEMBILAN UGUT TIDAK MENGUNDI]

Dalam PRU ke 12 yang lalu (2008) BN memenangi 21 kerusi dan Pakatan Rakyat memenangi 15 kerusi dari keseluruhan 36 kerusi Dun..

Ketua Pemuda MIC Bahagian Kuala Pilah tidak dibenar masuk pejabat MIC atas arahan Pengerusi MIC negeri, Datuk T Rajagopalu.

Menyorot kembali kejadian kira-kira 2.30 petang itu, Satish Kumar berkata, dia datang ke bangunan MIC negeri di sini kerana mahu menyerahkan beberapa dokuman penting berhubung masalah rakyat.

"Saya terkejut apabila Setiausaha Kerja Rajagopalu tidak membenarkan saya masuk dan meminta saya pulang. Dia memberitahu arahan itu datang dari Rajagopalu.


"Saya tidak faham kenapa beliau mengeluarkan arahan demikian sedangkan saya tidak mempunyai sebarang rekod buruk atau masalah dengan parti," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.


Beliau yang juga Ketua Pemuda MIC Bahagian Kuala Pilah berkata, masalah itu mungkin berpunca daripada tindakannya memperjuangkan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Kuala Pilah, baru-baru ini.


"Tindakan saya itu mungkin dianggap melebihinya selaku ketua dalam MIC. Saya hanya menjalankan peranan saya sebagai pemuda MIC dan isu itu kita perjuangkan sejak 2009 lagi," katanya.


Sementara itu Ketua Pemuda MIC Negeri, Palani Mahadevan berkata, beliau kesal kejadian tersebut dan akan membawanya kepada Pemuda MIC peringkat pusat untuk dibincangkan.


Dalam pada itu, Rajagopalu ketika dihubungi Sinar Harian, semalam menafikan ada mengeluarkan arahan tersebut.


"Saya tidak bagi arahan seperti itu dan saya rasa telah timbul salah faham kepadanya.


"Sebenarnya dia sendiri bermasalah kerana saya ada terima aduan daripada MIC Bahagian Kuala Pilah berhubung kelakuannya," katanya.


Berikutan itu, Rajagopalu berkata, beliau akan mengambil tindakan tatatertib terhadap Satish Kumar.


BN yakin menang..?
kah..kah..kah 

No comments:

Post a Comment