Liang Lahad....

Liang Lahad....


SITUASI SEPERTI INI TAK BOLEH DIDAPATI DI MANA-MANA NEGERI KECUALI..[GAMBAR]

Posted: 05 Oct 2012 11:13 AM PDT

Situasi seperti yang ada di dalam gambar ni tidak boleh didapati di mana-mana negeri kecuali negeri Kelantan..

Yer...
hanya di Kelantan sahajalah kita boleh dapati keadaan seperti yang ditunjukkan di dalam gambar ni..


gambar yang menarik... menceritakan kesederhanaan seorang Sultan

Sultan yang berjiwa rakyat..
sampaikan "seolah-olah" pengiring-pengiring Sultan pulak yang lebih..
"seolah-olah" jer....

Sebab Sultan pakai selipar biasa..
pengiring-pengiring beliau pulak pakai kasut...

Tapi tak boleh le kita nak salahkan pengiring-pengiring tu pulak..
sebab memang kebiasaan orang akan pakai kasut untuk ke sesuatu majlis..
lebih-lebih lagi jika kena iringi seorang Sultan..

Kalau pegawai yang  iringi Sultan tu pakai selipar macam dah tak kenalah pulak...
lagi pun surelah dorang tak tahu punya yang Sultan akan pakai selipar jer..

Apa-apa pun, Sultan Kelantan memang hebat..


Orang-orang Kelantan dah ada Sultan dan MB yang bagus,berjiwa rakyat,zuhud,wara' dan alim...
jagalah Kelantan, jangan sampai jatuh ke tangan BN..


MAT SALLEH NI BUAT MENTERI KITA DALAM BAHAYA!!!!

Posted: 05 Oct 2012 10:30 AM PDT

Memang tak baik betul lah mat salleh sorang ni..
Nama dia Richard Alderman,dia sekarang ada kat KL ni.. 

Dia ni dah menyindir Najib dan para menteri kita ni...
dah lah Persidangan Pertubuhan Agensi Penguatkuasa Anti Rasuah Antarabangsa tu dirasmikan Najib sendiri..

Pemuda UMNO patut buat demo ni..
mungkin Perkasa juga elok pergi buat demo kat depan pejabat Agensi Penguatkuasa Anti Rasuah Antarabangsa di UK sana...


Ada ke dia kata  maklumat tentang gaya hidup ahli-ahli politik dan pegawai-pegawai kerajaan dan juga kekayaan mereka boleh didedahkan melalui media sosial..?

Harta kekayaan ahli politik kerajaan boleh didedahkan..?
ni yang buat Najib marah ni..

Ni kenyataan dia di dalam Persidangan Pertubuhan Agensi Penguatkuasa Anti Rasuah Antarabangsa (IAACA) ke-6di Kuala Lumpur..

Bernama
 Dalam Sinarharian pun ada disiarkan jugak..

Sinar
Ni tak lama lagi ni mau UMNO hantar 2 orang mamat yang baling cat merah di depan Pejabat DAP hari tu untuk baling cat merah di pejabat mat salleh ni pulak ni...


Menteri-Menteri kat Malaysia ni memang pantang kalau bab disuruh isytiharkan harta ni...
memang pantang betul..

Yang boleh kat Malaysia ni cuma yang macam ni jer..


Penyamun hanya dibolehkan isytiharkan harta pada ketua penyamun jer..
barulah tiada sesiapa yang akan didapati bersalah...


Kalau ikut pendapat Ketua Menteri Melaka yang tengah panas dengan isu majlis kahwin anak lelakinya ni pulak, pengisytiharan harta ni perlukan persetujuan semua termasuk PM (sebab dia pun tahu PM takkan setuju punya..) 

Ali Rustam kata lagi,pengisytiharan harta ni boleh membahayakan tahap keselamatan wakil rakyat atau menteri tersebut.. 

Mungkin Ali Rustam tahu Majlis perkahwinan anak lelaki dia pun tak akan semeriah seperti tempoh hari jika dia kena isytiharkan harta..

Lagi sorang menteri BN yang kata bahaya isytiharkan harta ni adalah si Nazri Aziz..

Semua jadi takut..
semua kata bahaya bila diminta isytiharkan aset mereka..

Memang menjadi pantang mereka kalau diminta isytiharkan harta ni..
tu yang secara tiba-tiba seorang pemimpin BN semasa beliau menjalankan tugasnya sebagai Ketua Menteri,dengan tidak semena-mena dia boleh jadi lelaki terkaya di Malaysia..
mungkin dia sendiri pun tak sedar harta yang "dikumpulkan" sudah sebanyak tu.

Ahli politik BN nak isytiharkan harta..?
nak senaraikan beg,jam tangan,kasut,gelang dan rambut palsu kak mah pun mau tak cukup 3 hari 3 malam...

Yang tak takut..
hanyalah pemimpin Pakatan Rakyat jer..


3 PEMIMPIN BN INI DIKAITKAN DENGAN KUMPULAN GANSTER

Posted: 05 Oct 2012 06:08 AM PDT

3 pemimpin BN ini dikaitkan dengan gejala Gangsterisme..
mereka ialah :-
  • Datuk Seri Dr S Subramaniam
  • Khairy Jamaluddin
  • T Mohan
T Mohan ini adalah individu yang memukul Murali,Ketua Cabang PKR Puchong,
beritanya [BACA DI SINI]

Kegiatan samseng di dalam BN ni memang sudah diketahui umum..
dan tak menjadi pelik pun...
dari baling cat merah pada bas yang dinaiki Anwar,pukul mahasiswa yang membuat bantahan aman di Dataran Merdeka,baling selipar ke dalam masjid  sehinggalah merosakkan kereta Anwar Ibrahim..


Mungkin itulah sebabnya Najib pun berani mengeluarkan kenyataan ancaman bahawa BN akan pertahankan Putrajaya walau apa cara sekali pun,biar berputih tulang,BN akan tetap pertahnkan Putrajaya...

Menteri, Dua Ketua Pemuda BN Dikait Dengan Gangsterisme

KUALA LUMPUR, 5 OKT : Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pemuda MIC, T Mohan antara yang didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan gangster berkaitan kaum India.

Sepucuk surat yang bertarikh 20 April 2012 ditulis oleh 'Ahli Umno Selayang Baru' dihantar ke peti surat pejabat Gabungan Hak dan Kebajikan Rakyat (Power) menyatakan, ketiga-tiga pemimpin terbabit menghadiri satu majlis Deepavali di The Mines, Sri Kembangan.

Surat tersebut diajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan, majlis Deepavali itu dihadiri oleh 7,000 orang pemuda-pemuda India yang merupakan ahli geng kongsi gelap 36.

Turut dimaklumkan dalam surat berkenaan, tetamu kehormat yang hadir diberikan cenderahati dengan logo agama Hindu geng 36.

Pengerusi Power, S Gobi Krishnan berkata, beliau menerima surat berkenaan pada 3 Oktober lalu yang diletakkan pada peti surat pejabatnya di Sentul.

Khuatir dengan perkara berkenaan, beliau yang ditemani oleh Setiausaha NGO Warga Aman (Warga Aman), S Barathidasan membuat satu laporan polis di Balai Polis Travers bagi menggesa pihak polis menyiasat kesahihan surat berkenaan.

"Saya terkejut memandangkan surat ini memberitahu perkara ini dengan teliti.

"Saya minta polis menyiasat kebenaran adakah ketiga-tiga individu berkenaan terlibat dalam kumpulan gangster kerana ini adalah tuduhan berat," katanya ketika ditemui di luar balai polis.

Terangnya lagi, perkara ini mampu menjejaskan negara dan ketenteraman awam.

Selangorku.

MEMANG SATU BAKA SYAITAN YANG DIKENALI - NAJIB TAKUT DEBAT DENGAN ANWAR,AHMAD MASLAN PULAK TAKUT DEBAT DENGAN MAZLAN ALIMAN

Posted: 05 Oct 2012 12:58 AM PDT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Dato' Ahmad Maslan hari ini mengikut jejak langkah "Boss"nya si Najib tu apabila menolak debat dengan Mazlan Aliman dalam isu saham FGVH..
sebelum ini Najib juga takut untuk berdebat dengan Anwar..

Mazlan Aliman mencabar Ahmad Maslan berdebat apabila Ahmad Maslan cuba menafikan status saham FGVH yang meragukan dan juga menafikan semua pendedahan Mazlan Aliman tentang Felda...





Hari tu,bila Mazlan Aliman kata syarikat perjudian negara pernah memiliki saham FGVH sebanyak 400 juta unit...
Ahmad Mazlan marah,dia kata berita itu tidak benar dan mengugut akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya Mazlan Aliman masih menghebahkan perkara tu...
 
Aik..
kalau dah anggap Mazlan Aliman tu salah dan hanya membuat fitnah..
debat je lah..
kemukakan fakta...
soal jawab secara berdepan-depan,baru tahu siapa yang salah siapa yang benar...


Asal ajak debat je takut..

asal debat je takut...
memang tak boleh pakai le pemimpin UMNO-BN ni...

Orang-orang tua kata "berani kerana benar,takut kerana salah..."

EDISI PELIK - NAJIB HAIRAN BAGAIMANA GEJALA RASUAH BOLEH MENULAR KE DALAM MASYARAKAT NEGARA INI

Posted: 04 Oct 2012 10:06 PM PDT

Pelik tapi benar..
Najib hairan bagaimana gejala rasuah boleh menular dalam masyarakat..
seolah-olah Najib tak tahu apa puncanya rasuah ni semakin berleluasa di negara ini..


Najib juga mungkin buat-buat lupa bahawa beliau sendiri semasa menjadi
Menteri Pertahanan terpalit dengan Skandal komisen Kapal Selam Scorpene yang melibatkan komisyen sebanyak RM500 juta dan juga kes itu dikatakan membabitkan pembunuhan seorang wanita Monggolia, Altantuya Shaaribu, yang sebelum itu datang ke Malaysia bagi menuntut "bahagian" beliau..


Mungkin juga Najib sudah lupa bagaimana kes Khir Toyo yang membeli rumah yang diluar kemampuan beliau sebagai Menteri Besar Selangor,sudah lah begitu,rumah yang beliau beli dengan harga RM3.5 juta itu sebenarnya adalah berharga RM6 juta.. tetapi disebabkan beliau beli dengan seorang ahli perniagaan yang ada kaitan dengan tender-tender kerajaan negeri pada waktu itu,maka Khir Toyo diberi harga yang jauh lebih murah dari harga sebenar..


Najib juga mungkin buat-buat lupa sekali lagi tentang Skandal PKFZ yang membabitkan Menteri kanan BN ketika itu iaitu bekas Menteri Pengangkutan , Dr Ling Liong Sik yang juga bekas Presiden MCA.
skandal PKFZ melibatkan penyelewengan yang menyebabkan kosnya melambung sehingga RM4.6 bilion.

Banyak lagi ler...
Skandal Fidlot Negara yang melibatkan Ketua Wanita UMNO,Sharizat..
Skandal kekayaan melampau Ketua Menteri Sarawak sehingga beliau kini dianggap sebagai lelaki terkaya di Malaysia dan mungkin juga di Asia..

Kalau nak disenaraikan..
memang panjang... 

Walaupun begitu banyak kisah rasuah dan penyelewenganyang dilakukan pemimpin BN dan UMNO..
Najib masih berani tanya kita bagaimana gejala rasuah ni boleh menular ke dalam masyarakat..?
kah..kah..kah..

Oh ya lupa nak bagitahu..
isi kandungan dalam berita utama Utusan hari ni sudah pun diubah,dengan tidak memaparkan  pertanyaan Najib tu...
kah..kah..kah..

No comments:

Post a Comment