Liang Lahad....

Liang Lahad....


MAKIN TAKUTLAH NAJIB!! PEGUAM KENDALI SKANDAL SCORPENE MAHU JUMPA ANWAR DI PARIS

Posted: 02 Oct 2012 11:26 AM PDT

Malam tadi Anwar berlepas ke Perancis untuk bertemu dengan gerakan Islam dan ahli akademik di Paris...

Sebelum berangkat ke Perancis,Anwar sempat memberikan sedikit ucapan mengenai perjuangan tuntutan royalti minyak di Ceramah Mega Konvoi "R" di Shah Alam..

Menurut Anwar...
ketika berada di Perancis,peguam-peguam yang mengendalikan skandal Scorpene di mahkamah Perancis juga mengambil kesempatan untuk bertemu dengan beliau berhubung perkembangan terbaru skandal kapal selam
scorpene...

Dan Anwar berkata..

"Jadi saya nak jumpa peguam berkenaan komisyen ni (skandal scorpene) Insyaallah esok atau lusa ni..
kemudian,balik biar Najib jawab.."

Hahahaha..

alamatnya..
semakin takut lah Najib untuk berhadapan dengan Anwar nanti ni..

Dah lah hari isnin baru-baru ni,Najib tidak menghadirkan diri di Dewan Rakyat untuk mendengar dan mempertahankan bajet yang beliau bentangkan walaupun selepas dicabar oleh Anwar...[NAJIB TIDAK HADIR PERBAHASAN BAJET 2013 OLEH ANWAR]

Video ceramah Anwar di Ceramah Mega Konvoi "R" di Shaha Alam sebelum berangkat ke Perancis...


CERAMAH MEGA KONVOI "R" DI SHAH ALAM [GAMBAR]

Posted: 02 Oct 2012 09:44 AM PDT

Pada malam ini..
berlangsungnya ceramah mega konvoi royalti ke Putrajaya di Dataran Kemerdekaan Shah Alam..


Ceramah ini diadakan sebelum Konvoi R menuju ke Putrajaya pada esok pagi...

Ceramah malam ini turut dihadiri saf-saf kempimpinan Pakatan Rakyat,termasuklah Dato' Seri Anwar Ibrahim, Tuan Guru Haji Hadi,Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat yang lainnya..

Anwar Ibrahim juga memberikan ucapan awal...
kerana beliau terpaksa bergegas pula ke Perancis pada malam ini juga..

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam..






Pemimpin Pakatan Rakyat mengangkat tangan sambil membaca ikrar

ikrar tuntutan royalti turut dibaca bersama-sama hadirin





KANTOI!! UMNO BISING ANWAR YANG "TIADA KUASA" NAIK JET,RUPANYA KHAIRY DAN GHANI OTHMAN PUN PERNAH NAIK JET MILIK INDIVIDU BERKEPENTINGAN!!

Posted: 02 Oct 2012 04:46 AM PDT


KUALA LUMPUR, 2 OKT: Ahli Parlimen BN tidak perlu mempertikaikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menaiki jet persendirian ke Sabah bulan lalu kerana beliau tidak mempunyai apa-apa kuasa dalam kerajaan.

Sebaliknya, BN diingatkan agar tidak lupa dengan pemimpin mereka, seperti MP Rembau Khairy Jamaluddin, yang pernah menaiki pesawat persendirian milik individu yang mempunyai kepentingan perniagaan.


Demikian menurut MP Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika membahaskan Rang Undang-undang Pengurusan Strata 2012 di Dewan Rakyat hari ini.

"Anwar dia naik jet, dia tidak ada kuasa nak beri Permit Diluluskan (AP) kepada sesiapa sebab dia pembangkang. Tetapi BN jangan lupa (Ahli Parlimen) Rembau (Khairy Jamaluddin) dengan helikopter Patrick Lim.

"Ada juga 30 kakitangan menteri naik jet kononnya untuk menguruskan jenazah, okeylah, tetapi jenazahnya tak naik jet. Cuma naik penerbangan ehsan TUDM, yang naik jet adalah orang hidup," kata Saifuddin.

Semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Khairy yang merupakan menantu Abdullah, pernah didakwa mempunyai pengaruh dalam keputusan yang dibuat kerajaan pusat ketika itu.

Ahli perniagaan terkenal, Patrick Lim ketika di era Abdullah, memperolehi banyak projek di bawah Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) menerusi syarikat Equine Capital.

Ini termasuk pembangunan tanah Crescentia Park yang bernilai RM 800 juta dan pembangunan semula padang lumba kuda Pulau Pinang yang bernilai RM 25 bilion.

Saifuddin turut memberitahu Dewan Rakyat, selain Khairy, Menteri Besar Johor, Datuk Abd Ghani Othman juga pernah menggunakan jet yang disediakan oleh pemilik Danga Bay di Johor Bahru.

Selain Ghani, beliau berkata tindakan menggunakan pesawat persendirian dengan dibiayai individu tertentu turut melibatkan menteri lain dan 'pemimpin simpanan' Umno-BN.

Beliau juga menambah, tindakan pegawai kerajaan dan menteri kabinet menggunakan pesawat persendirian yang dibiayai oleh individu tertentu mampu mempengaruhi keputusan kerajaan yang membabitkan kepentingan individu tersebut.

Selangorku.


MENTERI AKUI TARIF LETRIK AKAN DINAIKKAN

Posted: 02 Oct 2012 02:22 AM PDT

Menteri BN sendiri mengakui bahawa tarif letrik akan dinaikkan pada masa depan dan ianya tidak boleh dielakkan lagi...

Ini diakui sendiri oleh Menterinya..
Datuk Seri Peter Chin Fah Kui selaku Menteri Tenaga, Teknologi dan Air..

Bila Menteri dah cakap macam tu,korang ingat dia main-main ker...
kena ingat, BN setakat ni memang tak pernah main-main kalau melibatkan bab naikkan harga barang ni..


Kalau dia dah umumkan tu maknanya tak lama dah ler..
dan kadang-kadang (situasi terkini) dia tak umumkan pun,barang tu tetap juga naik harga..

Bukan itu saje..
menteri BN ini juga turut menggunakan alasan yang seakan-akan sama dengan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen ketika belanjawan 2013 baru-baru ini..

Jika gula dinaikkan harga supaya rakyat kurang makan gula..
maka kenaikan tarif letrik yang tidak dapat dielakkan ini menurut Chin, akan menyebabkan dan menggalakkan rakyat menjimatkan penggunaan tenaga...

Malaysiakini
Tarif letrik dijangka dinaikkan pada bulan November tahun ini..

Sekarang ni pun satu Malaysia dah merungut bil mereka meningkat secara tiba-tiba..
inikan pulak nak naikkan tarif lagi..?

Kenapa rakyat je yang kerap jadi mangsa..
tokey-tokey besar IPP apa cerita..?

BEKAS MENANTU DAKWA TAIB MAHMUD LELAKI TERKAYA DI MALAYSIA.

Posted: 02 Oct 2012 01:44 AM PDT

Sebelum ini media pernah mededahkan isu ini..
iaitu Taib mahmud mempunyai kekayaan yang melebihi Robert Kuok,lelaki yang selama ini dianggap secara rasmi sebagai lelaki terkaya di Malaysia..

Namun pendedahan media baru-baru ini menunjukkan bahawa lelaki terkaya di Malaysia yang sebenarnya adalah Ketua Menteri Sarawak,Taib Mahmud..

Lihat sini [KEKAYAAN TAIB MAHMUD]

Sehingga kini tiada penafian dari Taib Mahmud berhubung dakwaan jumlah
kekayaan beliau yang didedahkan...

Namun ada seorang lelaki yang seolah-olah tidak suka kekayaan Taib Mahmud didedahkan,dan beliau pula yang keluarkan kenyataan penafian..

Walaupun orang yang didakwa itu adalah Taib Mahmud,tetapi lelaki ini yang beriya-iya benar mahu menafikan..
baca [SINI]

Hari ini pendedahan terbaru dibuat oleh bekas menantu Taib Mahmud sendiri..
beliau mengatakan bahawa Taib Mahmud merupakan lelaki terkaya di Malaysia,malah lebih mengejutkan lagi beliau juga menyifatkan Taib Mahmud kemungkinan lelaki terkaya di Asia Tenggara..
 

Shahnaz Abdul Majid, 49, (gambar) berkata demikian semasa memberi keterangan berhubung aset bekas suaminya, Datuk Mahmud Abu Bekir Taib  hari ini.

Dakwanya, Mahmud memiliki sebanyak 111 akaun di seluruh dunia, dengan jumlah deposit dianggarkan berjumlah RM700 juta.

Shahnaz mendakwa, Mahmud Abu Bekir memiliki akaun peribadi di Kanada, Amerika Syarikat, kepulauan Caribbean, Perancis, Monaco, Switzerland, Luxembourg, Malaysia dan Hong Kong.

Katanya, tuntutan mutaahnya sebanyak RM100 juta adalah kecil berbanding nilai aset bekas suaminya yang didakwa berjumlah RM1 bilion.

Dakwanya lagi, Mahmud memegang dua akaun peribadi di Edmond de Rothschild di Luxembourg dengan deposit berjumlah US$25 juta.

Beliau juga mendedahkan, bahawa bekas suaminya mempunyai dua akaun di bank sama di Switzerland dengan deposit berjumlah US$31 juta.
Shahnaz Abdul Majid, 49, berkata demikian semasa memberi keterangan berhubung aset bekas suaminya, Datuk Mahmud Abu Bekir Taib  hari ini.Dakwanya, Mahmud memiliki sebanyak 111 akaun di seluruh dunia, dengan jumlah deposit dianggarkan berjumlah RM700 juta.

Shahnaz mendakwa, Mahmud Abu Bekir memiliki akaun peribadi di Kanada, Amerika Syarikat, kepulauan Caribbean, Perancis, Monaco, Switzerland, Luxembourg, Malaysia dan Hong Kong.

Katanya, tuntutan mutaahnya sebanyak RM100 juta adalah kecil berbanding nilai aset bekas suaminya yang didakwa berjumlah RM1 bilion.

Dakwanya lagi, Mahmud memegang dua akaun peribadi di Edmond de Rothschild di Luxembourg dengan deposit berjumlah US$25 juta.

Beliau juga mendedahkan, bahawa bekas suaminya mempunyai dua akaun di bank sama di Switzerland dengan deposit berjumlah US$31 juta.
Hari ini..


Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment