Liang Lahad....

Liang Lahad....


5 RIBU HADIRIN - CERAMAH UMNO SEMAKIN DAPAT SAMBUTAN,PR SILA BERI PERHATIAN!!!

Posted: 16 Oct 2012 11:15 AM PDT

Dalam keadaan UMNO yang semakin karam kini..
nampaknya mereka semakin dapat sambutan...
PR mungkin tersilap dalam menilai UMNO...

Tak pernah dibuat mana-mana ceramah UMNO kehadiran yang sebegini ramai...
kita perlu beri perhatian semula dan jangan tersilap langkah...

Kita kena pastikan samada mereka benar-benar lemah atau pun mereka berlakon mereka lemah...


Lihat sini ramainya hadirin yang datang..


Ehh...
tu silap gambar tu...
tu gambar ceramah Anwar kat Subang Jaya tu..

kah..kah..kah..
aku saje jer nak bagi hati orang UMNO berbunga-bunga sikit...

Sebenarnya gambar yang aku nak share tu adalah gambar ceramah Pemuda UMNO di Dewan Simpang Durian, Negeri Sembilan malam tadi (malam semalam) yang tak dapat sambutan dari penduduk setempat..

Tajuk ceramah tersebut adalah "PENJELASAN BAJET 2013 vs BUY JET POPULIS PEMBANGKANG",penceramah utamanya adalah Lokman Adam..

Tengok bagaimana kerusi plastik tidak berganjak dari kedudukannya...





Kalau berdasarkan pada gambar ni..
memang UMNO tidak buat-buat lemah...
tapi memang mereka sedang benar-benar lemah dan lemau....
Pakatan Rakyat memang tidak silap dalam menilai kekuatan UMNO kini...


Gambar-gambar ni buat mengganggu Najib je yang kini sedang menelaah buku agama sekolah rendah berkaitan najis mughallazah....
selepas beliau dimalukan oleh pelajar sekolah rendah Kiaramas..

Di mana rakyat semakin bijak..
di situlah UMNO semakin hilang kuasa..

PISAH AGAMA DARI POLITIK - PENDIRIAN UMNO SAMA DENGAN PEMERINTAH SINGAPURA.

Posted: 16 Oct 2012 06:28 AM PDT

Pendirian UMNO selama ini yang melihat politik dan agama perlu dipisahkan adalah sama dengan pendirian pemerintah Singapura..

Pemerintah di Singapura bukanlah beragama Islam..
maka "selayak"nya lah mereka beranggapan sedemikian..

Tetapi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia adalah Melayu yang beragama Islam.. dan mereka sendiri yang mengaku kononnya negara ini adalah negara Islam..
maka pemisahan agama dari politik tidak boleh berlaku..

kerana sesungguhnya agama itu adalah kehidupan...
agamalah yang membentuk keperibadian seseorang,bagaimana pula ianya mahu dipisahkan dari urusan kerja sehari-hari..?

Berikut adalah petikan berita dari Utusan Online..
mungkin Utusan berpendapat penyiaran berita seperti ini dapat menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa pendirian UMNO selama ini yang memisahkan agama dari politik sememangnya tepat, dengan memberikan contoh ianya turut diamalkan kerajaan Singapura...


Politik tidak kotor..
yang mengotorkan dunia politik adalah si pemain politik, iaitu manusia..
manusia jadi begitu kerana mereka tiada pegangan agama yang kuat ataupun mereka sendiri memisahkan agama dari politik..

Pendirian UMNO sama dengan negara sekular..
patutlah ulama' gelar negara ni negara sekular..

HASSAN ALI TIDAK AKAN SERTAI UMNO,SELESA BERSAMA PAS SAMBIL BANTAI PAS

Posted: 16 Oct 2012 01:10 AM PDT

Setelah sekian lama Hassan Ali memburukkan PAS..
cakap perjuangan PAS sudah tersasar..
cakap pemimpin PAS diperkudakan DAP..
pemimpin PAS di kawal oleh Anwar..
ramai parasit di dalam PAS..

Perlakuan beliau senada dengan UMNO..
malah beliau juga kerap kali mengadakan ceramah di atas pentas UMNO..
pemimpin UMNO bantai DAP,PKR dan PAS...
Hassan Ali juga bantai DAP,PKR dan PAS...

Sehinggakan rakyat Malaysia anggap Hassan Ali adalah UMNO dan
UMNO adalah Hassan Ali...

Namun kini secara tiba-tiba beliau berterus terang mengatakan beliau tidak mahu masuk UMNO..


Samada Hassan Ali memang sedar dan tahu yang UMNO tu memang teruk,penuh dengan penyelewengan dan sikap sekular mereka...

Atau pun Hassan Ali cuba bermain politik...
ini kerana..serangan Hassan Ali terhadap PAS sebagai orang yang berada di luar UMNO agak menarik perhatian orang-orang yang atas pagar yang kurang minat politik berbanding jika beliau menjadi ahli UMNO...

Atau pun Hassan Ali memang tak mahu masuk UMNO sebab UMNO akan jadi pembangkang selepas PRU13 nanti...
kah..kah..kah...





NAJIB TAK DAPAT JAWAB BINATANG APA YANG DIKIRA NAJIS MUGHALLAZAH BILA DITANYA BUDAK SEKOLAH RENDAH

Posted: 16 Oct 2012 01:54 AM PDT

Tak sangka aku..
Najib rupa-rupanya tidak tahu apa binatang yang dikategorikan dengan najis mughallazah...

Di dalam satu lawatan ke program I-THINK PILOT, Najib yang diiringi Muhyiddin Yassin telah dengan tidak sengaja dimalukan oleh pelajar sekolah rendah Kiaramas yang terlibat dengan program berkenaan...



Ketika tiba di ruangan SK Kiaramas,pelajar berkenaan sedang menerangkan tentang pengkelasan najis menurut Islam..

Dan pelajar yang tidak berdosa yang juga tidak mengetahui tahap pengetahuan agama Perdana Menteri kita ni telah dengan selamba meminta Najib memberikan contoh binatang yang dikira sebagai najis yang berat iaitu najis mughallazah...

Pelajar berkenaan sebelum itu telah pun memudahkan Najib dengan memberikan satu contoh,iaitu Anjing sebagai najis mughallazah...

Pelajar berkenaan hanya meminta Najib memberikan satu lagi contoh yang besar dan yang utama dalam soal najis mughallazah ni...

Najib tidak mampu menjawabnya dan berpaling ke arah Muhyiddin dengan harapan Muhyiddin dapat memberikan jawapan...

Bila melihatkan kedua-dua pemimpin negara tidak tahu apa binatang yang dikategorikan sebagai najis mughallazah,rakan pelajar yang menanyakan soalan tadi mencadangkan kepada Najib jawapannya iaitu babi...


Najib dikantoikan oleh pelajar sekolah yang tidak bermaksud untuk memalukan Najib kerana kebiasaannya pengkelasan najis ni semua orang tahu.. terutamanya bila melibatkan najis mughallazah...


Sebenarnya,tengok keadaan Rosmah pun dah boleh tahu dah tahap ilmu agama Najib ni...

No comments:

Post a Comment