Liang Lahad....

Liang Lahad....


KRISIS AIR - BN KATA SELANGOR TIADA AIR,TAPI KENAPA PETAK SAWAH DI PERAK YANG KERING KONTANG TIADA BEKALAN AIR?

Posted: 11 Oct 2012 12:29 AM PDT

Kalau kita baca Utusan,Berita Harian dan menonton pulak Buletin Utama dan RTM..
rasa-rasanya macam kat Selangor ni dah habis rosak semua tanaman kerana tak ada air..
habis mati semua ternakan kerana tiada bekalan air...
begitulah hebatnya media UMNO memberikan gambaran yang dahsyat tentang air Selangor..

Tapi apa yang peliknya..
dengan gembar-gembur dan segala propaganda yang dimainkan..
tanah sawah padi di Perak pulak yang jadi kering kontang kerana ketiadaan air..

Hampir 60 hektar petak sawah padi di Kampung Parit Lebai Kadir, Kerian Perak mengalami tanah kering kontang sejak dua minggu lalu.



Masalah tak ada air di Kerian Perak ni bukan baru,tetapi sudah empat musim dah..
sehinggakan pengusaha padi di Kerian Perak ini bercadang untuk menukarkan tanaman padi kepada kelapa sawit sekiranya JPS masih tidak mahu menyelesaikan masalah mereka..

Ketua Projek Ladang Berkelompok Padi Parit Lebai Kadir, Abdul Razak Lebai Hamid, 61, berkata, semua lokasi itu terjejas teruk disebabkan air yang sepatutnya disalurkan melalui tali air atau palong yang disediakan Jabatan Pengairan dan Saliran( JPS) kini tidak mempunyai bekalan air yang mencukupi..


Menurutnya, masalah itu mendapat perhatian Jabatan Pertanian dengan membekalkan dua pam air untuk kegunaan pesawah, namun bilangan itu tidak mencukupi bagi menampung keperluan petani terlibat.

"Kesannya anak padi yang berumur satu bulan hampir mati kerana tidak mendapat bekalan air mencukupi.


"Perkara ini sudah dimaklumkan kepada JPS sejak empat musim tanam padi lalu, namun sehingga kini tiada tindakan penyelesaian diambil.


"Saya berharap JPS dan Jabatan Pertanian segera membuat lawatan untuk melihat sendiri keadaan sawah di kawasan ini," katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di sini semalam.


Abdul Razak berkata, kegagalan pihak bertanggungjawab menyelesaikan masalah pengairan sawah padi menyebabkan lebih 40 petani di kampung itu berhadapan risiko kerugian hasil padi.


Menurutnya, agensi kerajaan terlibat sewajarnya memberikan sokongan padu terhadap usaha pesawah padi mencapai pengeluaran hasil sebanyak sepuluh tan semusim sebagai mana disarankan Kerajaan Pusat.


"Bagaimana petani hendak mencapai sasaran ditetapkan Kementerian Pertanian sekiranya kami tidak mendapat sokongan penuh daripada agensi kerajaan terlibat secara langsung?


"Kini, kami terpaksa mengalirkan air ke petak sawah dengan menggunakan pam air dan air hujan. Bagaimana pula dengan nasib petani yang tidak mempunyai pam air? Sekiranya hujan tidak turun dalam tempoh dua minggu, anak padi mereka akan rosak sepenuhnya," katanya.


Katanya, pihak berwajib sewajarnya telah dapat mengenal pasti punca dan cara penyelesaiannya.


"
Sepatutnya mereka (pihak berwajib) sentiasa memantau keadaan bukannya menunggu laporan," katanya.

Selain itu, Abdul Razak menegaskan petani mungkin akan berhadapan dengan masalah makhluk perosak jika tiada usaha untuk membersihkan semak samun di kiri kanan longkang dan jalan paya.


Menurutnya, kesemua
pengusaha sawah padi di kampung itu nekad akan menukarkan tanaman padi kepada tanaman kelapa sawit sekiranya JPS masih tidak menyelesaikan masalah pengairan sejak empat musim lalu.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat ketika dihubungi menegaskan masalah dihadapi lebih 40 petani perlu diberi perhatian segera memandangkan kawasan penanaman padi di Kampung Parit Lebai Kadir, di sini mencatatkan pengeluaran hasil padi tertinggi di daerah Kerian sejak beberapa musim lalu.


"Saya akan membawa perkara ini ke pengetahuan JPS daerah Kerian dalam masa terdekat dan meminta ia diselesaikan secepat mungkin memandangkan petani tidak mempunyai banyak masa untuk 'menyelamatkan' anak padi mereka daripada mati akibat kekurangan air," katanya.


Masalah air yang serius!!
Tapi tak masuk TV3 dan Utusan pun kan..?

PAS SOKONG NASHARUDIN KERJASAMA DENGAN UMNO SEORANG DIRI

Posted: 10 Oct 2012 11:28 PM PDT

Naib Presiden PAS,Datuk Mahfuz Omar mengatakan bahawa PAS tiada masalah sekiranya Nasharudin Mat Isa mahu teruskan kerjasama dengan UMNO...

Tapi kerjasama tersebut adalah antara Nasharudin dengan UMNO sahaja tanpa melibatkan PAS..
kah..kah..kah..


Sinar Harian

Betul jugak..
kalau dah sibuk sangat nak kuatkan melayu dan Islam mengikut acuan UMNO,ikut le UMNO tu..

Daftar jadi ahli UMNO terus...
ini tidak, tak nak jugak masuk UMNO,tapi hari-hari serang PAS kat TV3...
bising kat media kata PAS tak mahu kerjasama dengan UMNO..

Kalau dah rasa UMNO sahaja boleh menegakkan daulah Islam dan menguatkan bangsa melayu di negara ni..
masuklah UMNO...
tengok boleh berubah tak nasib melayu dan Islam kat Malaysia ni..

UMNO dah memerintah Malaysia selama 55 tahun..
dan UMNO sendiri pun sudah berusia 66 tahun...
sepatutnya Nasharudin dah boleh tengok kesan daripada kerendahan moral dan nilai agama di dalam diri setiap remaja melayu sekarang ni..

Kalau nak tengok tahap pemikiran orang melayu yang mengaku dirinya Islam..
tengok sini.. [REMAJA MELAYU TOLAK HUDUD]
 
"anjing, kalau tengah tersepit,tengah lapar nak minta makan,memang muka baik sayu jer...
tapi bila dia dah kuat nanti,kita di"kokak"nya balik.."

Aku sokong UMNO kerjasama dengan PAS selepas Pakatan Rakyat mentadbir Malaysia..
kah..kah..kah..

KANTOI LAGI!! PENDUDUK YANG BERDEMO TUNTUT AIR PERCUMA RUPANYA SUDAH PUN NIKMATI AIR PERCUMA

Posted: 10 Oct 2012 10:49 PM PDT


Dah berapa kali UMNO cuba buat onar kat Selangor ni..
dari menghasut rakyat supaya meminta kerajaan negeri melupuskan hutang rumah mereka,membuat pengambaran catuan air di tempat yang tiada masalah bekalan air sehinggalah menghasut penduduk mengadakan demo "konon-kononnya" menuntut 20m3 air percuma..

Rupa-rupanya kesemua penghuni flat Taman Medan Cahaya PJ2, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya yang mengadakan demo tu semuanya sudah menikmati
air percuma sejak akhir tahun lepas lagi...

Dah dapat air percuma..
tapi masih mengadakan demonstrasi mengatakan mereka belum dapat...
kan dah kantoi...

Demonstrasi Air Taman Medan Dusta Semata-mata

SHAH ALAM, 11 OKT : Kesemua penghuni flat Taman Medan Cahaya PJ2, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya telah menikmati skim air percuma Kerajaan Selangor sejak akhir tahun lepas.

Oleh itu dakwaan sebuah NGO di dalam sebuah akhbar pada 8 Okt bahawa 3,000 penduduk di flet tersebut tidak menerima skim air percuma adalah dusta dan berbaur politik, kata Adun Taman Medan Haniza Talha.

Menurutnya, rebat air juga telah diperoleh apabila Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sudah mengemukakan permohonan bagi mendapatkannya daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

"Orang-orang yang buat tuntutan itu semuanya penduduk yang telah menerima air percuma."

Penduduk yang duduk di flat yang mengatakan mewakili 3,000 orang sebenarnya hanya ada lebih 1,000 orang dan semua mereka dari blok dari A hingga H sudah menerima potongan rebat air daripada SPNB.

"Tuntutan mereka itu hanya berbaur politik kerana ia jelas mereka sudah mendapat perkhidmatan itu tetapi mendakwa kononnya tidak dapat," katanya ketika dihubungi TVSelangor di sini hari ini.

Haniza yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor mengulas laporan media mengenai demonstrasi sebahagian penduduk di flat itu Ahad lalu yang mendakwa tidak mendapat air percuma 20 metre padu.

Beliau berkata, penduduk yang terlibat dalam demonstrasi itu telah digunakan demi kepentingan politik Umno-BN.

"Saya mempunyai dokumen daripada Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) yang mengatakan mereka sudah mendapat rebat itu dari Julai lepas atau mungkin lebih awal dari itu," katanya.

Kantoi lagi....
kena belajar lagi UMNO ni...

HASIL 55 TAHUN DIBAWAH UMNO - PEREMPUAN MELAYU ISLAM SECARA TERANG-TERANGAN TOLAK HUDUD

Posted: 10 Oct 2012 12:33 PM PDT

Selama 55 tahun Malaysia diperintah oleh UMNO...
selama itulah pengetahuan agama Islam di kalangan rakyat Malaysia semakin "mengecil.."

Selama 55 tahun dibawah UMNO...
ramai ustaz-ustaz kerajaan yang  sangat takut untuk bercakap soal hudud ketika mengajar di masjid dan surau-surau..

Bercakap soal hudud sahaja tauliah boleh ditarik balik..

bercakap soal hudud sahaja silap-silap haribulan surau tempat ustaz tu mengajar boleh "ditutup"..

Seperti yang pernah berlaku ke atas sebuah surau di Seksyen 8,Shah Alam di zaman Khir Toyo..
(sebaik sahaja Pakatan Rakyat mentadbir Selangor surau berkenaan terus dibuka semula kepada orang ramai untuk bersolat jemaah dan melakukan aktiviti-aktiviti agama yang lain..)

Bila terlalu lama kita "dijauhkan" dari ilmu agama yang sebenar..
bila ilmu "jenayat" yang sebenar cuba disembunyikan dari orang ramai,kerana kerajaan BN tidak mengamalkannya di dalam pemerintahan mereka..

Maka terjadilah minda melayu Islam yang seperti ini...

ada jugak yang bodoh pergi "like" status bangang tu...

Antara komen yang bangang...
"Tau pun.. kita dalam dunia realiti... jd kita ada undang2..."

Haii...Semakin jahanamlah umat Islam di Malaysia ni...

No comments:

Post a Comment