"tukanglawan" |
- Gantung Banner Halang BN Rampas Hak Penduduk
- Gambar Ini Dikesan Menipu...
- Azmin Ali Pernah Ternak Kambing bukan Lembu
- Pak Samad Ke Dang Wangi Jam 3 Petang.
- Isu Talam, Selangor Laksana Keputusan Komersial Terbaik
- Saham FGVH Macam Cerita Kancil, Kera Dan Cili
- Rayuan Sumbangan Buat Siti Hajjar
Gantung Banner Halang BN Rampas Hak Penduduk Posted: 06 Sep 2012 03:02 PM PDT Jika sesiapa pergi ke Kampung Baru, Kuala Lumpur, sudah tentu akan terlihat kain-kain rentang yang digantung di rumah-rumah penduduknya. Bukan satu atau dua buah rumah berbuat demikian, tetapi banyak rumah yang mempunyai kain-kain rentang ini. Bahkan, yang lebih menariknya bukan rumah-rumah kecil atau setinggan tetapi di rumah-rumah yang kelihatan moden dan besar di perkampungan Melayu tengah bandar ini. Mereka terus berbuat demikian meskipun Rang Undang-Undang Perbadanan pembangunan Kampung Baru 2011 sudah diluluskan di Dewan Negara pada Disember tahun lalu. Yang pasti mereka tetap konsisten membantah akta tersebut. Kain rentang ini digantung di hadapan rumah masing-masing yang dilakukan sejak cadangan pindaan akta tersebut mula diutarakan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Sejak dari itu, penduduk yang membantah akta yang disifatkan membelakangkan pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru mula menggantung kain rentang bagi menzahirkan bantahan mereka. Jika melalui Jalan Raja Uda, Kampung Baru, dapat dilihat kain rentang bantahan masih lagi tergantung di di rumah-rumah mereka. Malah, kain rentang yang sudah koyak dan luntur warna tulisannya ditukar dengan kain rentang yang baru. Untuk menurunkannya, tidak sama sekali. Seorang pewaris tanah Kampung Baru, Yusuf Sukarman, 48, berkata, kain rentang di kediamannya tidak akan sesekali diturunkan selagi akta tersebut tidak ditarik balik. Beliau yang merupakan antara orang paling awal menggantung kain rentang di hadapan rumah nekad meneruskan tindakan tersebut sehingga kerajaan melupakan hasrat untuk merampas tanah mereka untuk pembangunan. Katanya, dengan berbuat demikian, orang yang lalu lalang dapat membaca apa yang dibantah mereka. "Sampai bila-bila kain rentang itu akan kekal di rumah kami. Kalau Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum akan datang dan hapuskan akta yang ada sekarang, semua dah selesai, barulah kita turunkan kain rentang itu. Selagi tak selesai, selagi itulah kami tak akan turunkan," kata beliau ketika ditemui Harakahdaily baru-baru ini. Ditanya sama ada tindakan tersebut ditegur pihak yang pro akta Kampung Baru atau tidak, Yusuf berkata, memang ada pihak yang tidak berpuas hati dengan kain rentang yang mengutuk akta tersebut. "Memang ada penduduk yang pro kerajaan tegur saya dan kata, 'cantik kain rentang' tapi saya balas balik, 'memanglah cantik dan saya boleh buat lagi cantik dan besar daripada ini'. "Bila saya cakap macam itu, mereka diamlah dan tak berani tegur lagi sebab mereka tahu saya memang penduduk jati Kampung Baru. "Tapi kalau mereka tengok orang yang naikkan kain rentang itu jenis yang tak bercampur dengan masyarakat tapi tiba-tiba bantah akta Kampung Baru, mereka lagi beranilah suruh turunkan," katanya yang merupakan ahli jawatankuasa Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB), badan yang giat menghalang usaha kerajaan mengambil tanah penduduk. Yusuf juga berkata, rata-rata penduduk kampung Baru tidak bersetuju dengan akta tersebut termasuk orang Umno sendiri. "Saya banyak juga berjumpa dengan penyokong Umno dan mereka pun tak setuju cara kerajaan nak ambil tanah Kampung baru cuma mereka tak berani nak tunjuk bantahan, masih takut-takut," katanya. Sambil menafikan beliau menolak pembangunan, Yusuf berkata, tidak ada orang yang tidak mahukan pembangunan namun pembangunan yang akan dilakukan tidak harus mengenepikan nasib kaum Melayu. "Kami bukan tak mahukan pembangunan tapi biarlah pembangunan yang mengekalkan ciri asal Kampung Melayu, tidak menyusahkan penduduk dan dilakukan secara telus," katanya. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Posted: 06 Sep 2012 10:41 AM PDT Kah..kah..kah.. Gambar ini telah dikesan menipu orang ramai. Orang kata gambar mencerikan seribu kisah, tapi gambar dibawah nei ceritakan hanya 1 kisah..... Kisahnya gambar yang menipu... kah..kah..kah... taktik macam ni dah tak laku, dari menipu dengan edit gambar baik panggil orang datang dan bagi RM30... kah..kah..kah Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Azmin Ali Pernah Ternak Kambing bukan Lembu Posted: 06 Sep 2012 12:00 AM PDT Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali meluangkan masa bersama wartawan Roketkini Amaluddin Zhafir, Izmil Amri dan Mazir Ibrahim serta jurugambar Wira Andika untuk berkongsi pengalaman dan cabaran politik semasa. Dalam suara dan bahasanya sendiri, beliau memperkenalkan dirinya. Saya boleh katakan saya ini reluctant politician. Saya bukan seorang ahli politik daripada asal. Saya berkhidmat dengan orang politik. Saya memberikan sumbangan dan khidmat saya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) selama 13 tahun, mulai seawal 1987 ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan, kemudian kita beralih ke Kementerian Kewangan, sehinggalah ke Jabatan Perdana Menteri dan sehingga beliau dipecat pada 2 September 1998. Namun sebelum itu kalau diperlukan saya kongsi sedikit latar belakang saya, saya ini bukanlah daripada keluarga aristokrat. Saya berasal dari sebuah keluarga yang sederhana. Ayah saya Allahyarham ayah saya seorang bekas tentera yang berkhidmat dengan British Army di Singapura, sebaik sahaja Singpura berpisah dengan Malaysia, beliau balik ke Kementerian Pertahanan dan semenjak itu kita mula meneroka tanah kerajaan di kampung Klang Gate Baru Hulu Kelang semenjak tahun 1968. Dan ketika itu saya berumur 4 tahun, mula dibesarkan dalam keluarga ini di kampung Klang Gate. Sebagai seorang anggota tentera, pegawai rendah, ayah saya seorang sarjan mejar sahaja, nombor tenteranya 3443, saya ingat lagi. Seorang yang cukup berdisiplin, tegas. Mungkin latihan yang diterima dalam ketenteraan, dan dia menerapkan watak ketegasan dan disiplin ini di kalangan ahli keluarga khususnya anak-anaknya, dan saya dibesarkan dalam keluarga sebegini, tegas berdisipllin patuh kepada arahan dan ianya telah membentuk saya daripada kecil. Dan Allahyarham ayah saya ini walau pun dia berkhidmat dengan tentera selama 21 tahun, beliau mengambil keputusan untuk bersara awal dan menceburkan diri dengan advertising company di jalan Riong Bangsar. Kambing, ayam dan ikan keluarga saya Pada masa yang sama juga dia mahu kami melalui satu proses pembesaran yang tidak dengan jalan yang mudah. Sebenarnya, tak ramai yang mengetahui saya pernah menjadi penternak kambing…bukan lembu, ya. Ketika saya berusia 17 tahun dan sedang menghadapi SPM saya masih ingat lagi di kampung Klang Gate, ketika itu Taman Melawati sedang dibangunkan, iaitu pada tahun 1981, saya di tingkatan 5. Dalam kesibukan saya menyiapkan diri untuk SPM, ayah saya mendesak supaya saya menternak kambing. Saya ingat lagi 20 ekor kambing, tidak mudah cara menternak kambing ini kerana kalau hujan dia tak boleh keluar, kita terpaksa pergi cari daun nangka untuk memberi makan kepada kambing. Kalau cuacanya baik saya terpaksa bawa kambing-kambing ini pergi ke dalam kebun getah daripada pukul 4 petang hinggalah waktu maghrib, bawa kambing balik ke kandang. Saya telah melalui proses ini, saya juga telah dididik untuk menjadi seorang pekebun, kita ada tanah kerajaan yang kita teroka di empangan kampung Klang Gate, di mana sekitar dua ekar tanah dibangunkan dengan menanam pisang, nangka, durian, serai, cili sayur-sayuran dan ulam dan lain. Setiap hari Sabtu dan Ahad, merupakan dua hari yang wajib saya bersama ayah dan abang saya untuk berada di kebun tersebut dan hasil daripada penanaman ini kita kumpulkan dan kita bawa ke pasar tani untuk dijual. Saya melalui proses tersebut, dan tidak cukup dengan itu, ayah juga cuba menternak ayam daging. Lebih lima ribu ekor diternak dan sekali lagi saya diarahkan terlibat secara langsung dalam membantu beliau dalam menternak ayam daging ini, tidak mudah untuk uruskan najis-najis ayam yang dijadikan baja, untuk memberikan makanan dan menjaganya dengan memasang lampu pada stiap malam juga saya melalui proses itu. Tak cukup itu saya juga telah terlibat secara langsung dalam menternak ikan air tawar, dalam halaman rumah juga tanah liat tanah yang keras. Namun saya tahu bahawa ayah saya bukan mendera tetapi melatih kita melalui satu proses pembesaran dengan jalan yang sukar supaya kita faham apa itu erti kemiskinan, apa itu erti kepayahan. Walau pun kita tidak perlu sebenarnya melalui proses ini, dia mahu anak-anaknya supaya memahami masalah rakyat pada ketika itu dan tanah-tanah yang keras di keliling rumah dikorek menjadi kolam-kolam ikan, dan kita menternak ikan keli dan ikan air tawar yang lain dan kita telah pun berjayalah dari segi itu. Melanjutkan pengajian tinggi ke Amerika Syarikat Sehinggalah saya selesai SPM dan Alhamdulillah keputusan itu membolehkan saya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat dengan tajaan MARA untuk membuat kursus Ijazah Sarjana Muda dalam bidang matematik. Pada waktu saya dalam program MARA di mana saya perlu balik dan mengajar di Maktab Rendah Sains MARA. Namun saya juga mengambil kesempatan di sana, dan oleh kerana peluang yang telah diberikan dan suasana pendidikan yang cukup kondusif, saya juga mengambil satu lagi matapelajaran, iaitu ekonomi, dan saya telah berjaya menyempurnakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang matematik dan juga ekonomi. Kemudian saya telah membuat rayuan untuk meneruskan pengajian dalam bidang matematik dan juga ekonomi. Dan saya pulang ke Malaysia pada tahun 1987 untuk berkhidmat dengan MARA, tetapi pada ketika itulah DSAI menawarkan saya berkhidmat dengan beliau sebagai pegawai khas pada ketika itu sebagai Menteri Pendidikan dengan mendapat sokongan dan dokongan yang kuat daripada (Perdana Menteri pada masa itu) Tun Dr Mahathir Mohamad. Malah, sewaktu perbicaraan DSAI, saya pernah memberikan keterangan dalam mahkamah, bahawa saya diperkenalkan kepada DSAI oleh Dr. Mahathir sebenarnya. Saya tidak kenal DSAI, saya lebih mengenali Dr. Mahathir kerana aktiviti saya di Amerika Syarikat dalam kesatuan pelajar yang aktif untuk membantu mempertahankan dasar-dasar kerajaan pada waktu itu. Bagaimana Dr Mahathir perkenalkan saya kepada Anwar Sekitar pertengahan tahun 1980-an ada satu kebangkitan pelajar Malaysia di Amerika Syarikat yang menentang kerajaan (Malaysia) secara besar-besaran. Ketika itu isu mengkafirkan orang UMNO oleh PAS, dan oleh kerana ketika itu gerakan Islam di kalangan pelajar Malaysia di Amerika itu cukup kuat, maka mereka juga sama-sama menentang UMNO dan Barisan Nasional. Saya masih ingat insiden di mana Menteri Besar Terengganu Tan Sri Wan Mohktar yang juga Naib Presiden UMNO masa itu membuat lawatan ke AS dengan membawa dana yang besar untuk menyampaikan kepada pelajar-pelajar tetapi ditolak malahan dihalau oleh pelajar-pelajar. Itu menunjukkan sentimen para pelajar ketika itu. Maka ketika itulah saya diperkenalkan kepada Dr. Mahathir oleh Duta Besar Malaysia, Liew Sik Hon, orang kuat MCA yang menjadi Duta di Washinton DC. Dia membawa saya bertemu dengan Dr. Mahathir sekitar tahun 1983 di Chicago. Itulah kali pertama saya bertemu dengan Dr. Mahathir dan beliau meminta saya membantu bagaimana kita dapat mendekati pelajar-pelajar dan menerangkan dasar-dasar kerajaan supaya dapat meredakan ketegangan pada ketika itu. Alhamdulillah, saya telah memberikan pandangan dan sumbangan ke arah tersebut dan hubungan saya dengan Dr. Mahathir semakin akrab dan setelah tamat pengajian, Dr Mahathir yang pada ketika itu akrab dengan saudara Anwar telah meminta saya membantu DSAI. Maka itu saya mula bersama dengan DSAI mulai tahun 1987 sehingga 1998. Memang benar saya salah seorang yang paling lama berkhidmat dengan DSAI. Berbeza dengan satu, dua watak yang baru mengenali DSAI tetapi telah mengkhianati beliau dan perjuangan, malah telah membuat kenyataan-kenyataan yang mempertikaikan perwatakan dan personaliti DSAI. Anwar yang saya kenali Bagi saya mereka ini adalah mereka yang tidak mengenali beliau sepenuhnya dan dipergunakan oleh musuh-musuh DSAI untuk menyerang dan melakukan fitnah. Sebagai orang yang lama dan paling lama sebenarnya berkhidmat dengan DSAI, bagi saya beliau seorang yang cukup tegas dan memikul amanah ini dengan baik dan bertanggungjawab seorang Muslim yang kuat aqidahnya, seorang Melayu yang kuat keMelayuannya tetapi pada masa yang sama mempunyai sikap yang adil dan saksama kepada kaum-kaum yang lain. Ini semua kerana beliau melihat kepelbagaian ini juga dituntut oleh Islam tidak sekadar melihat Islam dan Melayu itu sebagai agenda tetapi menolak kaum-kaum yang lain. Sebab itu prinsip kepelbagaian ini atau pun apa yang sering disebut-sebutnya dalam Bahasa Cina yang bermaksud "kita semua dalam satu keluarga". Kata-kata ini diucapkan bukan dalam zaman Reformasi, beliau telah menyebut ini ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan lagi. Ini bermakna ia merupakan satu conviction beliau sebagai Islam, sebagai Melayu tetapi pada yang sama kita mesti menerima kenyataan yang Islam menuntut kepelbagaian, Islam menuntut kerjasama dengan kaum-kaum dan agama-agama yang lain. Jadi beliau memegang prinsip yang berkenaan. Bagi saya, saya bersyukur kerana pengalaman berkhidmat dengan DSAI ini banyak mendidik saya dan membentuk perwatakan saya. Yang pertama, saya dapat belajar bagaimana kita nak menguruskan manusia ini. Tidak mudah dengan pelbagai latar belakang dan pelbagai watak tetapi kita mesti ada kebijaksanaan untuk urus perkara-perkara ini. Yang kedua, sudah tentulah bagaimana kita nak mengurus dan mentadbir krisis dengan berhemah dan bertanggungjawab. Sudah tentulah isu-isu lain, soal foreign policy, isu-isu antarabangsa, isu-isu politik, ekonomi dan sebahagian besarnya kita tak ada peluang untuk belajar di dalam kuliah di universiti atau kolej. Tetapi melalui pengalaman seperti ini, saya mula berkhidmat dengan beliau seawal usia 24 tahun dan di usia begitu muda saya diberikan pendedahan untuk bersama-sama dengan beliau dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh negarawan besar di dunia bukan saja di Timur Tengah atau pun di Eropah dan juga di negara Barat. Kalau di peringkat Malaysia ini saya masih ingat ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, dia ada satu Forum Ilmuan Malaysia (FIM), dan kita bertemu dengan mereka setiap bulan di mana ia melibatkan tokoh-tokoh akademik daripada universiti, daripada civil society, tokoh-tokoh politik untuk membincangkan bukan isu kepartian tetapi isu masyarakat, isu negara dan mendapat input dan maklum balas daripada pakar-pakar berkenaan sebagai resource persons. Itu bagi saya amat penting. Orang-orang politik ini jangan terlalu banyak bermain politik sehingga memutuskan hubungan mereka dengan tradisi keilmuan. Sebab itu sehingga hari ini DSAI menekankan pimpinan keadilan mesti banyak membaca, mesti banyak berdamping dengan tokoh-tokoh ilmuan sama ada soal Islamnya, soal ekonominya dan juga bidang-bidang yang lain supaya kita dapat membuat keputusan berasaskan ilmu, kita tidak membuat keputusan berasaskan emosi atau sentimen. Apa-apa isu itu dapat ditangani kalau kita memiliki ilmu yang tinggi. Dan, ilmu ini perlu dipelajari walau pun kita sudah berada di suatu kedudukan yang tinggi, tetapi ia tidak bermakna jika kita tidak berdampingan atau pun hubungan yang baik dengan tokoh-tokoh akademik. Di peringkat regional juga sudah tentulah DSAI merupakan tokoh yang dilihat dapat menjana perubahan. Sebab itu saya kesal dengan serangan-serangan jahat termasuk Raja Petra Kamaruddin dan pecacai-pecacai UMNO yang lain dengan mengatakan DSAI ini unfit to be a Prime Minister ("tidak layak menjadi Perdana Menteri"). Bagi saya, siapa mereka ini untuk menentukan masa depan parti dan DSAI, sedangkan pandangan dunia tidak begitu. Pandangan dunia melihat DSAI ini bukan sahaja milik keadilan, bukan sahaja milik Malaysia tetapi milik antarabangsa. Sebab itu beliau mendapat undangan hampir setiap minggu untuk berkongsi pengalaman dan ilmu beliau bagaimana dunia ini dapat bekerjasama dalam konteks globalisasi pada hari ini. Sebagai contoh, pada 9 Januari ini, pada hari keputusan mahkamahnya, sepatutnya beliau berada di India atas undangan cucu Mahatma Gandhi dalam satu seminar penting dalam soal demokrasi. Begitu juga Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan telah menyusun satu program besar untuk beliau pada 12 Januari ini bersama dengan tokoh-tokoh akademik dan kemasyarakatan di Turki untuk membincangkan soal bagaimana masa depan Islam dan Barat untuk kita maju kehadapan. Kesetiaan saya kepada idealisme dan perjuangan Anwar Bagi saya, kalau dunia melihat ketokohan kewibawaan DSAI, siapa satu, dua kerat manusia upahan UMNO ini untuk mempertikaikan kewibawaan dan juga ketokohan DSAI. Dan saya sebagai orang yang lama dengan beliau, 13 tahun dalam kerajaan semenjak beliau dipecat dalam tahun 1998 sehingga hari ini saya masih setia dengan beliau. Saya sudah hampir 30 tahun bersama DSAI. Isu yang harus kita bincangkan, iaitu soal kesetiaan, ini juga bagi saya isu penting dalam perjuangan. Dan bagi saya, saya bukan setia kepada DSAI kerana batang tubuhnya, tetapi kerana prinsipnya dan idealisme yang dibawa oleh beliau yang saya tertarik dan saya melihat ia dapat mendidik anak bangsa untuk berpegang kepada prinsipnya. Itulah rentetan yang dapat saya kongsi dari zaman persekolahan saya, zaman universiti dan khidmat saya kepada DSAI. Sekarang saya terlibat langsung dalam KeADILan (PKR) dan Pakatan Rakyat. Bagi saya rumusannya ialah saya bersyukur kerana saya dapat mendekati DSAI dalam konteks rasmi ketika dalam kerajaan dan hari ini dalam konteks perjuangan dalam Pakatan Rakyat. Pengalaman yang saya perolehi cukup luas, bukan saja dalam konteks kedaerahan atau pun dalam konteks tempatan tetapi juga pengalaman-pengalaman saya berinteraksi dengan masyarakat antarabangsa melalui DSAI itu cukup luas. Sudah tentulah ia dapat membantu KeADILan khususnya dan juga Pakatan Rakyat dalam meneroka masa depan yang lebih baik untuk Malaysia. Inilah peranan saya dan saya akan terus memberi khidmat kepada parti dan perjuangan Pakatan Rakyat walau apa pun berlaku kepada DSAI pada 9 Januari nanti. – Roketkini.com Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Pak Samad Ke Dang Wangi Jam 3 Petang. Posted: 05 Sep 2012 10:10 PM PDT Pak Samad akan ke Balai Polis Dang Wangi jam 3 Petang ini, setelah diminta oleh pihak polis untuk membantu siasatan berkenaan dakwaan melakukan kesalahan membaca sajak pada malam sambutan kemerdekaan 30 ogos lepas. Ketua Polis IPD Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata, polis akan menyiasat sama ada sasterawan itu melanggar undang-undang dengan membaca sajak dalam perhimpunan itu mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012. Barulah "tukanglawan" tahu membaca sajak itu satu kesalahan, mungkin gaknya kalau menyanyi , menari atau mengadakan persembahan K-pop barulah ia tidak menyalahi undang-undang. Benarlah kata Pak Samad, puisi sebagai senjata, sehingga membaca puisi pun akan disiasat. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Isu Talam, Selangor Laksana Keputusan Komersial Terbaik Posted: 05 Sep 2012 08:04 PM PDT Pada Julai 2012, Kerajaan Selangor telah melantik KPMG Transaction & Restructuring Sdn Bhd (KPMG) untuk menjalankan semakan bebas terhadap kaedah kutipan hutang tertunggak berjumlah RM392 juta daripada Talam Corporation. Kerajaan negeri sukacita mengumumkan bahawa laporan ini telah siap sepenuhnya dan akan dibentangkan dalam Dewan Negeri Selangor yang dijadualkan bersidang pada November ini dan kemudian akan diedarkan kepada orang awam. Kami berpuas hati dengan semakan yang dibuat oleh akauntan bebas dari KPMG yang telah membuat kesimpulan bahawa: "Kerajaan Negeri Selangor mengadakan dua perjanjian penyelesaian dengan Talam bertujuan mengutip semula hutang RM392 juta yang dihutang kepada kerajaan negeri dan anak-anak syarikatnya. "Penyelesaian hutang ini dilaksanakan menerusi penyelesaian aset melibatkan 9 plot tanah, dua hartanah, 60 peratus saham dalam anak syarikat Talam serta tunai. Perjanjian penyelesaian dengan Talam ini adalah semata-mata bertujuan mengutip hutang. "Daripada semakan ini, KPMG berpandangan bahawa kerajaan negeri telah membuat keputusan komersil yang baik mengikut keadaan ketika itu untuk menyusun hutang-hutang ini. "Proses penyelesaian hutang ini masih berterusan dan berdasarkan maklumat yang ada, anggaran nilai kasar mencukupi untuk Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) – sebagai pihak yang bertanggungjawab mengutip hutang bagi pihak kerajaan negeri dan anak-anak syarikat – mendapatkan semua hutang daripada Talam tanpa memberi sebarang pengecualian." Kesimpulan tersebut menunjukkan bahawa usaha Kerajaan Negeri mengutip hutang RM392 juta daripada Talam telah dilaksanakan dengan tertib, mengikut undang-undang, beretika serta menjaga kepentingan negeri, anak-anak syarikat dan rakyat Selangor. Kerajaan Negeri juga telah menyediakan soalan-soalan lazim bagi membantu pihak media dan orang awam lebih memahami isu ini. Usaha ini juga dibuat dibawah selian KPMG untuk mengesahkan kebenaran fakta. Kami juga mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan pelantikan Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dr Dzukefli Ahmad, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, YB Tony Pua, Ahli Parlimen Selayang, YB William Leong dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin sebagai jurucakap rasmi bagi kerajaan Selangor berhubung perkara ini. Mereka ini berkelayakan untuk berbincang dan berdebat berhubung isu Talam dengan mana-mana individu atau organisasi yang bersesuaian. Saya amat yakin mereka mampu mengendalikan perbincangan secara sihat dan berfaedah mengenai isu ini. Kerajaan Negeri juga mengucapkan terima kasih kepada bekas Ketua Audit Negara, Dato' Mohd Salleh Mahmud kerana membantu kerajaan negeri memantau keseluruhan proses semakan ini. Kerajaan Negeri komited untuk mengurus ekonomi dan kewangan negeri secara profesional dan berhemah serta sentiasa memberi keutamaan kepada rakyat. TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM DATO MENTERI BESAR SELANGOR Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Saham FGVH Macam Cerita Kancil, Kera Dan Cili Posted: 05 Sep 2012 07:35 PM PDT Ingat lagi tak dulu bila mula-mula saham felda ni nak disenaraikan, orang dah bilang jangan, terlalu besar risikonya buat peneroka. Tapi bila kata-kata manis dilemparkan, mata pulak jadi rambang, maklumlah manusia nei selalunya kalah dengan duit, sebab tu kadang-kadang duit ni ditabur-tabur untuk beli undi. yang malangnya ialah yang tak berfikir dengan duit yang tah berapa nilai terus terjual masa depan generasi akan datang. Teringat "tukanglawan" satu video menarik zaman kecik-kecik dulu.. kisah sang kancil dan Monyet @ kera. Dalam kisah tu, sang monyet yang degil dan tak mahu terima nasihat berkehendakkan pada satu jenis buah, ketika tu nama buah tu ialah "cili", tapi dalam zaman moden ni dipanggil "buah durian runtuh". Sang monyet tak sedar bahayanya "buah durian runtuh" ni. kalau makan silap-silap lepas makan tergadia semua tanah dan harta. Tengok gayanya memang nak jadi macam tu la, memang silap-silap tergadai semua harta benda, nasib kau la monyet, nasihat tak mahu dengar.. lebih percaya cakap menteri yang nasib dia sendiri pun dia tak mampu jamin. fikir-fikirkan lah . Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Rayuan Sumbangan Buat Siti Hajjar Posted: 05 Sep 2012 04:07 PM PDT "tukanglawan" merayu sumbangan dari rakan-rakan untuk sama-sama membantu sahabat kita yang memerlukan sedikit bantuan dari kita semua, isteri beliau telah disahkan menghidap barah kelenjar limforma (Hodgkin Lymphoma) dan berada di tahap empat. Sedang menjalani rawatan kimoterapi untuk tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan akan datang bukan ssesuatu yang mudah untuk ditempuhi, sudah pasti bukan sedikit belanja diperlukan untuk menjalani rawatan ini. Berikan lah sedikit sumbangan yang termampu, semoga sedikit sumbangan dari kita dapat meringankan beban mereka yang ketika ini sangat-sangat memerlukannya. Sebuah Hadis berbunyi, Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawaRasulullah s.a.w. telah bersabda: sesungguhnya Allah Taala tidak melihat rupa paras dan harta-harta kamu, akan tetapi Allah Taala melihat hati dan amalan-amalan kamu. [Hadis Riwayat Muslim] Dibawah luahan Hati Suami Siti Hajjar |
You are subscribed to email updates from "tukanglawan" To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment