"tukanglawan"

"tukanglawan"


Matang Lah Cikit, Tolong Henti Hina Agama

Posted: 25 Sep 2012 06:26 AM PDT

Tak abis-abis lagi kisah pasal penghinaan agama, Apa yang kita dapat bila kita menghina Agama orang lain nei.

Seperti yang diucapkan oleh N, Surendran serta Tian Chua yang turut serta dalam demo bantah penghinaan Terhadap Nabi Muhammad S.A.W di depan kedutaan Amerika tempoh hari.

"kita tidak mahu penghinaan terhadap Agama ini berlanjutan , Jika Agama Islam dihina kelak ia akan berlanjutan terhadap Agama lain juga", apakah kita mahu akhirnya terjadi pergaduhan antara Agama."

Jika tidak mahu, hentikan sahaja perbuatan sia-sia itu,dan polis sila siasat kerana ini jelas boleh menimbulkan ketegangan.

Dan kita sebagai orang Islam, sudahkah kita sebenarnya beri kefahaman terhadapa kawan-kawan kita yang bukan islam ini tentang hakikat sebenar Islam yang menolak sama sekali permusuhan dan perkauman? jika belum, kita juga turut bersalah sebenarnya.


Ingat, ini bukan masalah kerana dia berbangsa India, ini masalah individu yang tak hormati agama lain, India atau cina atau juga melayu yang baik tidak sesekali akan menghina Agama Orang lain. 

Jangan sampai nak hina-hina kaum lain kerana ramai jugak india yang beragama islam. kerana itu taktik yang akan digunakan umno untuk porak perandakan keadaan.

Buat mamat ni, lebih baik minta maaf, kerana tiada tolenrasi bila kamu menghina Agama kami.





Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

PRK di UIA Diadakan Semula?, Kemenangan Pro -M di UM belum Rasmi?

Posted: 25 Sep 2012 05:56 AM PDT

Mengapakah pilihanraya di UIA perlu diadakan semula?, khabarnya ada masalah dalam proses pengundian e-voting. 

Atau apakah ini usaha mahu laksana Ops 2020?... fikir-fikirkan lah, kalau Pilihanraya kampus sudah begini, apa lagi nanti masa PRU.. 


Dan dengar lagi, kemenangan Pro M di UM yang disiarkan tadi masih belum rasmi, ada cerita-cerita calon bebas akan dibeli oleh Pro Aspirasi.

Apa sudah jadi nei dey...

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Pro Mahasiswa Menang DI Universiti Malaya.

Posted: 25 Sep 2012 04:54 AM PDT

Seperti yang dijangka, kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Malaya mempertahankan kubu kuat mereka selepas menang dalam pilihan raya kampus itu lewat petang ini.

Di Universiti Malaya (UM), pro-M berjaya mempertahankan kemenangan apabila menang 22 daripada 43 kerusi yang dipertandingkan.

Mereka menang enam kerusi umum dan 16 kerusi fakulti. Sementara lawan mereka, Penggerak Mahasiswa memenangi 17 kerusi manakala bebas menang dua kerusi. 

Sementara dua lagi kerusi - masing-masing satu di fakulti sains dan teknologi maklumat dan fakulti pendidikan berada berkedudukan seri.

"Oleh itu jawatankuasa pemilihan akan membuat keputusan mengenai perkara itu esok," kata seorang pegawai yang enggan namanya disebut.

Tahun ini, kampus perdana itu mempertaruhkan sembilan kerusi umum dan 34 kerusi fakulti.  

Dalam pilihan raya lalu, pro-M menang 23 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Orang Cina Lebih Yakin Hudud Adil Berbanding Melayu Umno Sendiri

Posted: 25 Sep 2012 03:12 AM PDT

Satu kajian mendapati sebanyak 42 peratus Cina yakin hudud adil untuk semua ketika masyarakat Cina dikatakan fobia dengan cadangan pelaksanaan hudud oleh PAS.

 Tinjauan Universiti Malaya (UM) mendapati hampir separuh golongan itu percaya undang-undang Islam itu mampu menjanjikan keadilan kepada semua. 

Dapatan mengejutkan itu diperoleh oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia (UMCEDEL) hasil tinjauannya baru-baru ini.

Hah, ini satu tamparan buat Melayu umno sendiri yang rata-rata memperlekehkan hukum ALLAH tersebut, Malah ada pemimpin agung mereka yang dengan sengaja mengatakan hudud tidak sesuai dilaksanakan dalam dunia moden hari ini.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Penghargaan Buat P.Ramlee Usaha Murni

Posted: 25 Sep 2012 03:14 AM PDT

YB Lim Guan Eng mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan agar Lapangan Terbang  Antarabangsa Pulau Pinang dinamakan sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa P.Ramlee

Cadangan ini merupakan satu usaha murni dalam menghargai jasa P. Ramlee, sebagai warisan tak ternilai negeri Pulau Pinang. Selain memuliakan lagenda ini, dengan penamaan ini, ianya akan menjadi satu tarikan dan memberi nafas baru kepada perkembangan kegiatan seni dan perlancongan negeri ini.

Namun, sebagai satu langkah proaktif, ada baiknya, kerajaan negeri Pulau Pinang memulakan penghargaan kepada P.Ramlee dengan menganjurkan apa yang kita panggil sebagai Festival P.Ramlee;

sebagai acara tahunan, dimana wujud Anugerah P.Ramlee, satu bentuk penganugerahan kepada karya penggiat filem dan lagu tempatan, selain siri seminar dan juga acara tayangan dan persembahan mengenai karya – karya agung P.Ramlee. 

Anugerah P.Ramlee akan menjadi medan kepada penggiat seni untuk menghasilkan karya yang bermutu bagi merebut tawaran trofi dan hadiah wang yang bakal ditawarkan buat pemenang Anugerah P.Ramlee. 

Anugerah ini juga mampu memberi semangat baru kepada ramai anak muda untuk menceburi bidang seni secara serius dan berkarya dengan berkualiti. Falsafah disebalik anugerah ini adalah layaknya untuk karya – karya yang mampu membawa agenda pencerahan ke dalam jiwa bangsa dan menganjak ketamadunan rakyat Pulau Pinang dan Malaysia seluruhnya. 

Selain acara kemuncak seperti Anugerah P.Ramlee, siri – siri seminar atau bengkel yang menghimpunkan pakar dalam bidang seni filem dan muzik juga mampu memberi manfaat yang sangat bernilai kepada generasi muda yang berminat dengan bidang ini. 

Secara tidak langsung, sesi ilmiah seperti ini bakal melahirkan lebih ramai penggiat seni yang bermutu selain menjadi medan untuk berkongsi pengetahuan dan bertukar – tukar maklumat dan pendapat. 

Penglibatan generasi muda di dalam festival ini bukan hanya nanti mampu melahirkan bakat – bakat baru, bahkan tidak mustahil jika satu hari nanti seseorang seperti P.Ramlee akan kembali mewarnai industri seni negara.

Menjadi impian saya untuk melihat, Esplanade di Georgetown dilengkapkan dengan layar putih yang besar dimana filem "Seniman Bujang Lapok" ditayangkan kepada lebih 5000 penonton yang duduk beralaskan rumput, atau di Tapak Ekspo Seberang Jaya, didirikan satu pentas konsert yang besar dan megah, sambil diiringi Filharmonik Penang, setiap ruang udara kawasan itu dipenuhi dengan alunan muzik karya P.Ramlee. 

Selain itu tayangan dan persembahan ini bergerak sepanjang festival berlangsung dari satu daerah ke satu daerah lain di dalam Pulau Pinang. Tempoh ini juga menjadi medan terbaik untuk generasi baru penggiat seni untuk memaparkan karya mereka kepada khalayak. 

Penganjuran festival sebegini bukan hanya untuk mengembalikan kegemilangan dan menghidupkan legasi P.Ramlee, tetapi juga untuk menjadikan P.Ramlee sebagai sumber inspirasi kepada generasi muda hari ini. Jika ini menjadi kenyataan, barangkali dapat kita tebus kembali kesilapan yang lalu walau barang sedikit.

 Moga kata – kata P.Ramlee di hujung hayatnya, "Jikalau aku mati nanti, nama aku akan tetap dikenang seribu tahun lamanya", menjadi nyata dengan usaha murni ini.

 Artikel diatas ditulis oleh  afifbahardin

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Siapa Presiden Termiskin Di Dunia?

Posted: 24 Sep 2012 08:46 PM PDT

Sebagai seorang pemimpin sudah tentu ia akan dilimpahi dengan harta kekayaan dan kemewahan. Namun tahukah anda terdapatnya seorang presiden yang digelar sebagai presiden termiskin di dunia.

Seorang presiden umumnya hidup penuh dengan kekayaan dan nikmat dengan pelbagai fasiliti dan kemudahan yang diberikan. Namun percaya atau tidak, hal ini berbeza terhadap dengan seorang presiden ini. 

Beliau telah mendapat sebuah gelaran dari rakyatnya sebagai 'presiden paling miskin di dunia'. Presiden itu bukan di Malaysia, tetapi Dialah Jose Mujica, presiden Uruguay dijuluki sebagai "el presidente mas pobre" yang bererti presiden termiskin. Ini disebabkan presiden yang berusia 77 tahun ini menyumbangkan hampir seluruh gajinya sebagai orang nombor satu untuk rakyat.

 Kepada surat khabar Sepanyol, El Mundo, Jose Mujica mengaku menerima gaji sebesar USD 12.500. Namun ia hanya mengambil USD 1.250 dari gajinya. Alhasil ia pun dianugerahi gelar lain sebagai presiden paling dermawan di dunia.

"Saya baik-baik saja dengan jumlah itu, keraa di Uruguay banyak yang hidup dengan penghasilan yang penghasian yang jauh lebih sedikit dari itu." tuturnya merendah.

Jose Mujica juga mengajak isterinya yang merupakan seorang senator untuk melakukan hal yang sama.

Jose Mujica tinggal di rumah pertanian di Montevideo. Selama dirinya menjadi presiden, pengeluaran terbesar yang pernah ia keluarkan adalah pembelian sebuah kereta Volkswagen Beetle, senilai USD 1.945.

Hal positif lain yang patut ditabik di masa kepemimpinan Mujica adalah tingkat korupsi yang paling sedikit di antara negara di benua Amerika Selatan. Lelaki yang merupakan mantan pejuang gerila ini sama sekali tidak memiliki akaun bank ataupun hutang. Meski begitu ia mengaku memiliki satu hal berharga yang tidak boleh dibeli oleh wang, iaitu anjingnya, Manuela.

Diketahui, Jose Mujica bukanlah presiden pertama yang menyumbangkan gajinya. Presiden AS John F. Kennedy, menyumbangkan gajinya, hal serupa juga dilakukan Presiden Herbert Hoover.

Selayaknya hal ini patut di contoh bagi para pemimpin di negara kita . Pemimpin yang benar-benar mengabdikan diri dan kekayaannya untuk rakyat. Bukan hanya untuk kekuasaan dan harta, macam pemimpin umno.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Sejadah Pun DiPolitikkan.

Posted: 24 Sep 2012 07:29 PM PDT

Sila tengok gambar dibawah, Sejadah pun dah jadi mangsa politik sekarang nei., ni ikhlas beri ke atau nak tagih undi?. 

Kalau nak beri, beri je la, tak payah la letak logo lambang parti, kan umno kata tak boleh politik dekat masjid.. kah..kah..kah... 

 Ni Pakai duit sendiri ke duit hasil kutipan cukai di setiap negeri nei?, kesian betul tengok umno meroyan mintak simpati.




  Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Pilihanraya Kampus, Pro _M Yakin menang Di UIA

Posted: 24 Sep 2012 06:41 PM PDT


Hari ini, kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) dan Pro-Aspirasi (pro-A) bertembung lagi bagi memilih anggota Majlis Perwakilan Mahasiswa dalam pilihan raya kampus yang sering menarik perhatian umum serta pihak media.

Proses pengundian di lebih 15 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) bermula jam 8 pagi dan keputusannya dijangka diketahui sewal jam 6 petang.

Bagaimanapun, tumpuan kini terarah kepada tujuh kampus perdana IPTA yang setiap tahun mendapat liputan 'panas' khususnya mengenai kumpulan pro-M yang mendakwa terpaksa berdepan kekangan pihak pentadbiran universiti.

Persoalannya, mampukah pro-M mengekalkan penguasaan mereka di tiga kampus utama IPTA - UM, UKM dan UIA dan pada masa yang sama, menambah kerusi di kampus-kampus lain.

Atau, apakah pro-Aspirasi mampu kembali berkuasa, sekaligus mengukuh 'cengkaman' dan prestasi mereka di kampus berkenaan?

Dalam pilihan raya lalu, pro-M menang 23 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan di UM, di UKM (22 daripada 37 kerusi) dan UIA (23 daripada 26 kerusi). Selebihnya dikuasai pro-A.

Kampus-kampus IPTA yang lain yang dikuasai pro-A ialah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi).

Pengerusi pro-M Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto mengakui mereka bakal menghadapi pertarungan sengit untuk mengekalkan penguasaannya, khususnya di UM, sekalipun yakin turut mampu mengekalkan penguasaan di UIA dan UKM.

"Pilihan raya kampus tahun ini agak sengit di UM... Kita berdepan dengan kekangan seperti tidak boleh berkempen secara bebas di kolej kediaman khusus kepada pelajar tahun satu, yang belum pernah mengundi," dakwanya.

"Di UIA, kita yakin boleh menang kerana secara tradisi memang kekuatan jentera dan sokongan kita ada di sana. Sokongan mereka (kepada pro-M) tidak berbelah bagi," kata Edikuop sambil mendakwa Ops 2020 turut digunakan untuk memenangkan calon Penggerak Mahasiswa.

Edikoup juga berkata pihaknya yakin mampu menambah dua atau tiga kerusi lagi, sekalipun mengakui sukar menang di USM, UTM, UPM dan Upsi antaranya disebabkan pertembungan tiga penjuru dengan calon bebas dan pro-A.

Kampus lain yang bakal  melangsungkan pilihan raya kampus serentak esok antaranya Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Tun Abdul Razak (Unirazak).

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Shooting Iklan Murahan Tak Peduli Privasi Penduduk

Posted: 24 Sep 2012 05:28 PM PDT

Penggambaran iklan yang dipercayai mahu memperbodohkan rakyat serta memfitnah Pakatan Rakyat Selangor semalam mengganggu Privasi penduduk.

Sebahagian penduduk sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya yang digunakan sebagai lokasi penggambaran iklan mendakwa penggambaran berskala besar itu mengganggu privasi, menyesakkan kawasan, berunsur politik dan tidak memberikan gambaran sebenar masalah berkaitan air.

Selain mengganggu Privasi kawasan tersebut, seorang penduduk Dr S Paramananthan pula berpendapat penggambaran ini sebagai satu konspirasi jahat untuk menjatuhkan kerajaan Selangor,

 "Saya amat yakin ini adalah konspirasi. Bila kami tanya penggambaran ini mengenai apa, mereka tidak beritahu.

"Tetapi mereka meminta penduduk dan mungkin pelakon tambahan, dengan bayaran RM50 mengangkat tong air.

"Ini seperti nak tunjuk yang kita tak ada air
,"

Seorang penduduk lagi berkata, mereka hanya dimaklumkan penggambaran iklan "khidmat sosial mengenai air" tetapi tidak dimaklumkan ia berskala besar.

"Ini membuat saya risau kerana mengganggu privasi penduduk. Ini jumlah yang besar. Sebagai penduduk juga kami tidak tahu ia berkaitan dengan politik."

NONE Seorang lagi penduduk berkata, mereka telah meminta penggambaran itu dibuat di tempat lain tetapi tidak berkesan, malah tenaga produksinya sampai seawal jam 5 pagi.

"Saya dah kata tempat ini tidak sesuai untuk penggambaran. Tetapi mereka kata mereka mahu lakukan kerana tempat ini sesuai," tambahnya

Seorang warga emas pula tidak berpuas hati apabila berlaku kesesakan di kawasan tersebut sehingga mengganggu kelancaran kehidupan sehariannya.

"Saya dah tua. Sakit kaki. Saya terpaksa letak kereta saya jauh dan berjalan.

"Mereka ini juga dah membuat bising seawal jam 5 pagi dan ganggu saya nak tidur,
" katanya.

Penggambaran itu hari ini dijalankan secara 'rahsia' di kawasan itu dalam keadaan penduduknya, termasuk beberapa pelakon tambahan memberitahu tidak jelas rancangan sebenarnya.

Rakaman itu antaranya memuatkan babak orang ramai beratur mendapatkan air daripada lori bekalan air. Mereka juga diminta untuk 'menjerit' dan mengangkat tong air.


Sila Klik sini untuk lihat koleksi gambar shooting atau klik sini untuk tonton Video Shooting Tak cukup Air

 Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment