"tukanglawan"

"tukanglawan"


Bukti Janji Dicapati, NetBook Rosak Diagih Pada Pelajar.

Posted: 17 Sep 2012 12:51 AM PDT

Berdozen Netbook 1Malaysia yang diedarkan kepada pelajar di daerah Termerloh terpaksa dihantar ke kedai komputer untuk dibaiki atas pelbagai kerosakan.

Ada antara ibu bapa yang ditemui kecewa kerana hanya sempat menggunakan produk itu dalam tempoh seminggu, malah lebih teruk ada yang mendakwa langsung tidak boleh menggunakannya sejak diterima tiga bulan lalu.

Mohd Pauzi Abdul Ghani, 32, dari Bandar Bera, berkata, dia sedikit terkilan apabila dimaklumkan anaknya, netbook berkenaan langsung tidak boleh digunakan.

Menurutnya, netbook yang diterima anaknya dalam satu majlis pengagihan Jun lalu itu cuba dihidupkan, namun langsung tidak boleh berfungsi.

"Saya sedikit terkilan kerana sudah membeli modem untuk mengakses internet tetapi netbook pula rosak, saya hantar baiki pada 19 Jun lalu dan hari ini baru siap dibaiki," katanya sewaktu mengambil semula netbooknya di salah sebuah kedai komputer, di sini.

Mohd Pauzi berkata, sebagai bapa penerima, dia tidak menafikan sumbangan kerajaan dalam membantu pelajaran anaknya, tetapi sedikit terkilan apabila produk yang dibekalkan tidak berkualiti.

"Saya takut benda-benda macam ini dimanipulasikan pihak tertentu, mungkin pembekal sendiri tidak mengetahui produk mereka tidak berkualiti, tambahan pula ia diedarkan dalam kuantiti yang banyak dari kilang," katanya.

Mohd Pauzi berkata, dia dimaklumkan memang ramai ibu bapa yang mengeluh mengenai produk itu kerana ada yang baru pakai seminggu sudah rosak.

Sementara itu seorang lagi bapa, Wahid Ahmad Salleh berkata, anaknya juga langsung tidak sempat menggunakan netbook tersebut.

"Anak saya punya pun sama, dapat dalam keadaan sudah rosak, terpaksa hantar ke kedai untuk dibaiki," katanya.

Sinar Harian yang melakukan tinjauan selama setengah jam semalam turut mendapati dalam tempoh itu tiga pelanggan datang ke kedai semuanya berkaitan netbook yang rosak.

Sinar Harian dimaklumkan kebanyakan ibu bapa menghantar netbook yang rosak pada Jun lalu iaitu selepas menerima pengagihan secara berkelompok di salah sebuah sekolah, di sini.

Memang terbukti janji dicapati, bayangkan berapa banyak duit rakyat dah habis untuk beli netbook tak ada kualiti nei, bayangkan macam mana la tahap pendidikan negara ni, bagi netbook  pun takde piawaiaan, kah..kah..kah


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Teks Penuh Deklarasi Sarawak 16 September 2012

Posted: 17 Sep 2012 12:22 AM PDT


JANGAN SAMPAI KITA LUPA, DAN JANGAN SAMPAI MASYARAKAT MALAYSIA YANG TERBILANG INI BETAH TERLUPA BAHAWASANYA KAMI, YANG BERTANDATANGAN DI BAWAH, SEKALI LAGI DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM SEPENUH JIWA DAN RAGA BERIKRAR DAN BERJANJI BERSAKSIKAN SELURUH WARGANEGARA MALAYSIA, PADA HARI INI YAKNI PADA TARIKH BERSEJARAH 16 HB SEPTEMBER 2012, DI BANDARAYA KUCHING, BAGI PIHAK PARTI-PARTI YANG BERKENAAN DAN PAKATAN RAKYAT SELURUHNYA BILA MANA KAMI MENGIKTIRAFKAN KERAJAAN BARU BUAT MALAYSIA, PAKATAN RAKYAT AKAN MELUNASI SETIAP IKRAR DAN JANJI KAMI PADA SETIAP LAPISAN MASYARAKAT DAN RAKYAT MALAYSIA.

BAHAWASANYA KAMI AKAN MEMELIHARA DAN MENJUNJUNG SETIA DASAR DASAR YANG DITERAPKAN DI DALAM BUKU JINGGA SUPAYA MALAYSIA BAKAL BANGKIT SEMULA SEBAGAI SEBUAH NEGARA YANG MAKMUR, AGAR TERWUJUD RAKYATNYA YANG CEMERLANG, BERSATU PADU DAN BERKEMBANG MAJU, DENGAN MASA DEPAN YANG SELAMAT DAN AMAN DAMAI, AGAR NAMANYA HARUM DI SERATA PELUSUK DUNIA.

BAHAWA SESUNGGUHNYA KAMI BERPEGANG TEGUH DENGAN SEMANGAT PERJANJIAN MALAYSIA 1963 YANG TELAH DICETUSKAN DAN DIKENDALIKAN OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN KAMI YANG TERDAHULU, DAN SEBAGAI BUKTI DAN TANDA UTUHNYA KESETIAAN KAMI TERHADAP RAKYAT SARAWAK DAN SABAH, BERTERASKAN PRINSIP-PRINSIP DEMOKRASI DAN KEADILAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA SELURUHNYA, DENGAN PENGKHUSUSAN ISTIMEWA TERHADAP PERKARA-PERKARA BERIKUT:

PERKARA 1: KERJASAMA BERSEKUTU
Kami akan memulihara intipati Perjanjian Malaysia dan memperkasakan kedudukan Sarawak dan Sabah setanding dengan Semenanjung Malaysia dengan mengembalikan autonomi Sarawak dan Sabah mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan.

PERKARA 2: PERWAKILAN YANG ADIL
Kami akan mempertingkatkan integrasi nasional di antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia melalui penggemblengan tenaga dan perkongsian kuasa secara adil yang menjunjung semangat Perjanjian Malaysia.

PERKARA 3: KEWARGANEGARAAN
Kami akan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyelesaikan masalah nasional berkaitan pendatang tanpa izin dan isu-isu kerakyatan, khususnya di Sarawak dan Sabah.

PERKARA 4: PENGIKTIRAFAN HAK KE ATAS TANAH ADAT
Kami akan menghormati dan mengiktiraf hak anak watan ke atas tanah adat sepertimana yang tertakluk dan termaktub dalam Undang-undang Negeri Sarawak dan Sabah dengan menubuhkan Suruhanjaya Tanah untuk menyiasat, menyelesaikan pertikaian, memperbaharui, menyelidik dan memulihkan Hak Adat Peribumi ke atas pemilikan Tanah Adat.

PERKARA 5: KECEKAPAN DAN KEMANDIRIAN SARAWAK DAN SABAH
Kami akan mengiktiraf perlantikan rakyat Sarawak dan Sabah untuk memimpin dan memegang jawatan di Jabatan Kerajaan di negeri masing-masing, dikuatkuasakan oleh Setiausaha-setiausaha kerajaan kedua-dua negeri dan memberikan keutamaan kepada rakyat Sarawak dan Sabah di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan tugas di negeri masing-masing.

PERKARA 6: KEADILAN DALAM ISU MINYAK
Kami akan menaikkan bayaran royalti ke atas petroleum dan sumber sumber hidrokarbon kepada Sarawak dan Sabah dari 5% ke 20%.

PERKARA 7: PEMBANGUNAN SEKATA
Kami akan membawa tahap kemajuan infrastruktur di Sarawak dan Sabah setanding dengan perkembangan di Semenanjung Malaysia.

DENGAN INI, KAMI YANG BERTANDATANGAN SEPERTI YANG TERTERA DI BAWAH, MENGIKTIRAF PERISYTIHARAN INI SEBAGAI SATU PERJANJIAN YANG TIDAK BOLEH DISANGKAL DAN DIPERSOALKAN LAGI, TERMAKTUB DI ANTARA PAKATAN RAKYAT DAN SEGENAP LAPISAN MASYARAKAT MALAYSIA, PADA HARI INI, TANGGAL 16 SEPTEMBER 2012, BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA, AGAR TERSOHORLAH GEGAK GEMPITANYA DARI PUNCAK TERTINGGI DI BUMI MALAYSIA YANG TERCINTA, DAN AKAN TERSEBAR SELUAS SAMUDERA YANG TERBENTANG SUPAYA KEBEBASAN DAPAT KITA CAPAI DAN KITA SEMUA BOLEH HIDUP BERSATU PADU DALAM SUASANA AMAN DAN DAMAI.

Sebagai saksi padanya, penandatangan yang diberi kuasa dalam hal ini, telah menandatangani Perisytiharan ini, dan semua rakyat Malaysia adalah saksi kepadanya.

Dimeterai di Kuching, pada 16 haribulan September tahun 2012, dalam enam salinan di mana setiap satu darinya akan disimpan oleh setiap penandatangan.

Untuk Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Y.B. DATO 'SERI ANWAR IBRAHIM, Ketua Umum

Untuk Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Y.B. LIM KIT SIANG, Ketua Parlimen

Untuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Y.B. DATO' SERI HAJI ABDUL HADI AWANG, Presiden

Untuk Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Y.B. BARU BIAN, Pengerusi PKR Sarawak

Untuk Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Y.B. WONG HO LENG, Pengerusi DAP Sarawak

Untuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
TUAN HAJI ADAM BIN AHID, Pesuruhjaya Negeri PAS Sarawak


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Mahathir Boleh Disiasat Kerana Bersubahat

Posted: 16 Sep 2012 09:49 PM PDT

Mahathir mungkin boleh disiasat kerana bersubahat dengan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan atas dakwaan mereka dan menyembunyikan fakta material.

Melainkan, Mahathir boleh menunjukkan bukti bahawa beliau mengambil langkah perlu untuk menghalang Gani dan Musa daripada berbuat demikian, kata bekas ketua CID Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim, yang bertanggungjawab ke atas siasatan kes mata lebam Anwar.

Mat Zain juga mempersoallkan keperluan Musa untuk "mencuri" sampel darah Anwar daripada Hospital Kuala Lumpur untuk menjalankan ujian DNA, sedangkan Musa – yang merupakan penyiasat untuk kes dakwaan liwat dan penyalahgunaan kuasa – didakwa telah menyiapkan siasatannya untuk dua kes tersebut.

Mahathir dalam memoirnya A Doctor in the House (bab 53, halaman 684) menulis bahawa beliau yakin bahawa Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Musa dan ketua polis negara pada masa itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor.

Katanya lagi, pengakuan Musa kepada Malaysiakini juga mengesahkan pengakuan Dr Zahari Noor dari HKL semasa perbicaraan Anwar pada Disember 1998, bahawa Musa dan ASP Mohd Rodwan Mohd Yusof pada 15 Oktober 1998 secara paksa mengambil sampel darah Anwar yang disimpan di HKL – yang bertujuan untuk ujian HIV tetapi secara salah digunakan Musa untuk ujian DNA.

"Ini menimbulkan persoalan sama ada Musa benar-benar telah menyiapkan siasatan dalam dakwaan liwat dan mempunyai bukti kukuh untuk membuktikan Anwar bersalah, atau ada tangan ghaib yang menghasut atau memaksa beliau mereka bukti DNA pada tilam, yang menyebabkan Musa mengambilnya (DNA Anwar) dari HKL. Jika tidak, apa tujuannya?," kata Mat Zain.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Pelakon Filem Hadir Program "Meet Anwar' Di Sarawak

Posted: 16 Sep 2012 08:23 PM PDT

Anwar Ibrahim Club (AIC) sekali lagi melakar sejarah kerana buat julungkalinya telah mengadakan program "Meet Anwar" di luar semenanjung malaysia.

Destinasi pilihan kali ini adalah di Kuching Sarawak bersempena sambutan Hari Malaysia ke 49 tahun.

Program yang juga dikenali dengan nama "Dialog anak muda bersama Dato Seri Anwar Ibrahim " itu diadakan untuk memberi ruang bagi anak-anak muda berdailog secara terus dengan Ketua pembangkang Parlimen Malaysia itu.

Dalam program itu berbagai soalan dikemukakan oleh anak-anak muda kritis, mereka bertanyakan banyak soalan berkenaan hala tuju pentadbiran semenanjung dengan Sabah dan Sarawak yang dilihat sedikit dipingggirkan oleh kerajaan sedia ada.

Anak-anak muda ini juga bertanyakkan banyak persoalan tentang dasar-dasar yang akan dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan rakyat jika diberi peluang memegang tampuk pemerintahan nanti,

Bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir kira-kira jam 4.00 petang, program yang di adakan Hotel Grand Continantel Kuching itu turut dihadiri beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, antaranya YB Zuraida kamaruddin, ketua Wanita Pusat PKR, YB Sivarasah, YB Ali Biju yang juga Adun Krian, Tan Sri Abdul Kadir bin Sheikh Fadzir dan beberapa pimpinan Pakatan rakyat lain.

Selain itu program petang itu juga menerima kehadiran mengejut seorang pelakon yang kini bergerak cergas bersama Pakatan rakyat, saudara Hairie Othman yang pernah melakonkan watak Leftenan Adnan turut bersama dengan anak-anak muda pada program petang itu.

Program yang pada awalnya mensasarkan seramai 100 disifatkan sangat berjaya kerana berjaya menarik sejumlah lebih 200 orang tetamu. 













Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment