"tukanglawan"

"tukanglawan"


SPR Cuba Beri Alasan Untuk Halang Pilihanraya Berasingan.

Posted: 14 Sep 2012 08:02 PM PDT

Sikap Suruhjaya Pilihan Raya yang cuba mencari alasan untuk tidak menyokong pilihan raya berasingan antara Pusat dengan Selangor mendapat bantahan dari PAS.

"Apabila dia rasa ia baik untuk Umno dan BN dia sokong dan senyap tetapi bila rasa susah untuk Umno dan BN, dia beri alasan," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Beliau mengulas kenyataan SPR yang memberikan alasan perbelanjaan akan meningkat sehingga RM50 juta jika pilihan raya umum diadakan berasingan.

Namun begitu, SPR tiada halangan untuk mengadakan pilihan raya berasingan itu.
Semalam, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat mengambil ketetapan bersetuju agar Selangor mengadakan mesyuarat berasingan dengan Pusat.

"Semasa BN memutuskan ada pilihan raya berasingan di Kelantan pada tahun 1978, SPR tidak kata apa dan bersetuju.

"Ini kerana, ia kehendak Umno dan BN ketika itu.

"Tetapi apabila ia bukan kehendak Umno dan BN, SPR beri macam-macam alasan," kata Mustafa.

BN telah menubuhkan Majlis Gerakan Negara (Mageran) di Kelantan pada tahun 1978 dan mengadakan pilihan raya untuk DUN Kelantan saja pada bulan Mac 1978.

Selepas kerajaan Kelantan pimpinan PAS jatuh melalui pilihan raya itu, pilihan raya umum pula diadakan pada Julai 1978.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiada halangan jika Pakatan Rakyat (PR) mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) negeri berasingan jika Barisan Nasional (BN) membubarkan Parlimen tahun ini atas alasan badan pengendali pilihan raya itu masih belum membersihkan daftar pemilih.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam berkata, SPR tidak boleh menghalang kerana ia dibenarkan dan tertakluk dalam undang-undang.

"Undang-undang dalam pilihan raya sendiri benarkan buat PRU secara berasingan, tetapi jika mahu teruskan mereka hanya boleh buat dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (Dun) saja," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Menurutnya lagi, SPR tidak akan menghalang kerajaan negeri Selangor kerana ia melibatkan Dun saja, tetapi tarikh rasmi PRU13 tetap berada di tangan SPR untuk menentukan.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Anwar Kutuk Filem Hina Islam.

Posted: 14 Sep 2012 06:28 PM PDT

KEADILAN mengecam sekeras-kerasnya penerbitan filem 'Innocence of Muslims' yang menghina Islam dan Rasulullah SAW.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, filem itu adalah produk dari perancangan untuk menyinggung sensitiviti umat Islam dan mencetuskan kekacauan.

"Justeru, ia harus ditarik balik dan dikutuk dengan tegas oleh pemimpin-pemimpin dunia," katanya pada kenyataan media, hari ini.

Selanjutnya, beliau berkata, sempadan antara pencabulan dan penghinaan terhadap agama dengan kebebasan bersuara mahupun seni artistik (artistic license) perlu digariskan.

"Amerika Syarikat perlu bertindak ke atas individu yang bertanggungjawab menghasilkan filem yang jijik dan keji itu, dan menunjukkan bahawa kebebasan bersuara tidak boleh disalah guna untuk jenayah kebencian (hate crime)," kata Anwar lagi.

Filem arahan Sam Bacile itu mula muncul di laman Youtube Selasa lalu dan menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

Tunjuk perasaan tercetus di Mesir, Yaman dan Libya , malah, Duta Amerika ke Libya turut terbunuh dalam serangan di Benghazi pada hari sama ia tersebar.

Mengecam tegas pembunuhan sia-sia itu, Anwar menyeru umat Islam yang menghargai kebebasan supaya tidak bertindak terburu-buru dan ganas.

Ketua Pembangkang itu berkata, tindakan itu  jelas menunjukkan dalang di belakang filem ini ingin menyemai persengketaan antara agama.

"Filem ini bukan sekadar menyinggung perasaan umat Islam, malah penganut agama seluruh dunia tidak boleh dibenarkan untuk dijadikan alasan oleh pelampau untuk menimbulkan lebih banyak keganasan.

"Maka keganasan dipilih untuk jatuh ke perangkap mereka," katanya.

"Kami menyeru semua pemimpin masyarakat serata dunia memperbaharui usaha untuk menguatkan hubungan antara agama, berdialog dan tidak membenarkan salah faham dan syak wasangka menguasai kita," katanya.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment