"tukanglawan"

"tukanglawan"


Minyak Sawit Pun Kroni umno Nak Sapu.

Posted: 14 Sep 2012 02:54 PM PDT

KEADILAN mendedahkan hampir semua kuota eksport bebas cukai (CPO) untuk mengeksport minyak sawit mentah diberikan kepada kroni Umno BN.

Pendedahan itu dimaklumkan Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan, Wong Chen pada sidang medianya di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

Katanya, perkara itu membolehkan kroni-kroni Umno BN terlepas dikenakan cukai hingga menyebabkan negara kerugian RM4 bilion pada tahun ini.

"Sebilangan pemegang CPO bukan di kalangan pengusaha minyak sawit. Mereka adalah saudagar Umno BN yang ghairah untuk mendapatkan keuntungan besar," katanya.

Menurut Chen, tindakan kerajaan menaikkan kuota CPO daripada 3.6 juta kepada 5.6 juta tan metrik menyebabkan lebih banyak minyak mentah dibawa ke luar negara sekaligus menjejaskan pasaran dalam negara.

Tambahnya, industri penapisan minyak sawit di negara ini mengalami krisis kerana hanya mampu menampung 60 peratus kapasiti dalam negara.

Beliau turut mempersoal tindakan kerajaan merahsiakan penerima kuota CPO kononnya ia dianggap rahsia rasmi kerajaan.

"Dua hari lalu, pada Forum Minyak Sawit Antarabangsa di ibu negara, kami mendapat maklumat nama-nama penerima kuota tidak boleh disiarkan kononnya rahsia rasmi.

"Tindakan mengejut ini sedikit sebanyak memberi penjelasan mengapa kerajaan Umno BN memilih untuk menaikkan kuota CPO.

"Pendedahan ini menyokong kepercayaan bahawa sebilangan besar pemegang kuota bukan pengusaha minyak sawit tetapi kroni Umno BN," katanya.

Justeru, beliau mencabar Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi mendedahkan keseluruhan penerima kuota CPO tersebut.

Menurut Chen, kerajaan seharusnya telus dalam menguruskan kuota CPO tersebut bagi mengelakkan berlaku lebih banyak ketirisan.

Katanya, dengan ketelusan, sekurang-kurangnya RM2 bilion hasil cukai dapat diselamatkan untuk perbendaharaan negara.

"RM2 bilion bukan jumlah yang kecil. Ia cukup untuk menampung separuh kos dasar pendidikan tinggi percuma bagi menggantikan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional)," katanya.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Setiausaha Politik Azmin Ali Dihalang Masuk Sabah, Kenapa?

Posted: 14 Sep 2012 05:35 AM PDT



Setiausaha Poltik Timbalan Presiden PKR, Hilman Idham, yang juga pembantu khas kepada Azmin Ali ditahan memasuki Sabah hari ini.

Beliau ditahan kira-kira jam 3.15 petang tadi oleh Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Ketika dihubungi, Hilman mengesahkan penahanan itu dan beliau dihantar balik ke Kuala Lumpur.

Azmin bagaimanapun berjaya memasuki negeri itu tanpa sebarang notis yang sama diterima oleh Hilman.

"Lebih kurang jam 3.15 petang tadi saya sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, sebaik sampai, saya terus ditahan penguasa Imigresen.

"Pegawai tersebut mengatakan tindakan itu atas arahan Pejabat Ketua Menteri Sabah, dan menunjukkan notis penolakan masuk," katanya.

Notis penolakan masuk Hilman ditandatangani oleh Fenny Fiona J Jeplin yang menjawat jawatan Timbalan Penolong Pengarah Imigersen 

Menyifatkan penahanan itu sebagai menghalang hak asasi rakyat, beliau bagaimanapun kesal dengan kejadian kedua dilaluinya selepas insiden sama berlaku pada 15 Jun lalu ketika mahu memasuki Sarawak.

"Tak disangka-sangka, menjelang Hari Malaysia, kebebasan hak asasi rakyat masih dinafikan. Kita akan lawan," kata Hilman lagi dalam twitternya.

Turut bersama beliau ke Sabah 10 lagi individu lain.


Kedatangan mereka bagi menyempurnakan sambutan Hari Malaysia bersama Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Azmin di Sabah dan Sarawak pada Sabtu dan Ahad ini.

Rabu lalu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Pengerusi Bersama Bersih, Ambiga Sreenevasan membuat semakan kehakiman untuk mencabar larangan beliau memasuki Sarawak.

Beliau dihalang memasuki negeri itu sejak 15 April tahun lalu.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

61 Gambar Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Negeri Kelantan

Posted: 14 Sep 2012 05:31 AM PDT

Tengok sendirilah betapa meriahnya sambutan Himpunan Hijau peringkat negeri kelantan, tanpa perlu keluarkan notis mewajibkan kakitangan kerajaan datang, tanpa perlu usung pegawai kerajaan datang dan tak perlu wajibkan budak-budak sekolah hadir himpunan ini penuh.. umno tak rasa senak perut ke tengok gambar nei ?.

Kalau senak perut pun, panglima-paglima umno takkan berani nak simbah cat merah, kerana kalau diorang nak tunjuk besar kepala, merah diorang akan jadi hijau sekelip mata.









































































Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

(Video ) Lepas Perkasa, Ahli umno, Kini Patriot Pulak Ganggu Kembara Merdeka

Posted: 14 Sep 2012 12:33 AM PDT

Selepas bas Merdeka Rakyat disimbah cat ketika solat Jumaat, rombongan Merdeka Rakyat diganggu pula sekumpulan 20 ahli Patriot.

Mereka yang dipercayai ahli Patriot melakukan kekacauan di perkarangan Bilik Gerakan DUN Tangkak yang baru dilancarkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Kira-kira jam 2.20 petang itu, kumpulan berkenaan dilihat terjerit-jerit sambil membawa kain rentang yang tertera perkataan tokoh rakyat,Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun penyokong Pakatan yang hadir pada majlis pelancaran bilik gerakan yang baru itu, spontan meneriak 'Hidup Anwar' dan 'Hidup Rakyat' dengan lantang.

Kehadiran polis kemudian menyurai kumpulan berkenaan, kira-kira 20 minit kemudian.

Turut hadir dalam majlis perasmian, Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution, Naib Presiden, Datuk Chua Jui Meng, Fuziah Salleh, dan Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin.

Kah..kah..kah, Dah keluar semua dah Syaitan yang dikenali... ke ada lagi yang belum keluar.. mungkin lepas ni Lembu pulak diarah untuk ganggu Program Merdeka rakyat.



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Tak Puas Di Melaka, Bas Kembara Dibaling Cat Di Johor Pula

Posted: 13 Sep 2012 11:40 PM PDT

Ini sudah jadi lawak sekali, main baling-baling bas dengan cat ni dah jadi macam benda kelakar pulak. punya la takut puak syaitan ni dekat bas ni, sampai bas yang tak bersalah jadi mangsa... memang diorang nei setakat berani dengan bas tu je la

Bayangkan apa puak Syaitan ni buat?, disimbah cat merah pada bas di luar Masjid Jamek Tangkak ketika umat Islam sedang menunaikan solat Jumaat sebentar tadi, ye la kan, syaitan mana solat. kah..kah..kah...


Yang best lagi, dipercayai sebuah motosikal bernombor pendaftaran negeri melak telah dilihat membaling cat merah nei.

No Plat motor tu ialah
MAL 7425, apakah ni geng-geng budak pondan baju ghostbuster bertopi pink  yang baling cat di Melaka haritu ke?..kah..kah..kah.. puak ni cuba balas dendam agaknya... lawak lawak.. macam budak-budak.. nak syaitan memang macam tu.. kalini upah mesti up cikit... RM50.. sebab kene bawak motor dari melaka nak simbah cat pada bas di johor.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Umno Cemas, 10 Tokoh Masuk PAS Termasuk 5 Lagenda Bola Sepak

Posted: 13 Sep 2012 09:51 PM PDT

Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Kelantan malam tadi mencatat sejarah apabila 10 bekas pegawai kanan kerajaan dan lagenda bola sepak menyerah borang menyertai PAS.

Antaranya bekas Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan, Fauzi Harun; bekas pensyarah UMT, Prof Dr Salleh Harun; bekas Timbalan Pengurus Besar Pos Malaysia, Abdul Halim Hassan.

Selain itu Timbalan Pengurus Pos, Wan Zain Wan Ahmad, bekas pegawai polis, Nordin Daud, manakala lagenda bola sepak Malaysia iaitu Salleh Ibrahim, Mahadi Yusof, Nik Fauzi Nik Hassan, Ramli Abdullah dan Wan Zawawi Wan Yusof.

Alamak, macam mana ni, tak ada siapa ke nak masuk umno, nampak sangat sekarang rakyat sedang tolak umno... aduh. najib tak rasa -rasa ke nak bubar parlimen sekarang.. kah..kah..kah.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Syaitan Merah mengamuk di Penang

Posted: 13 Sep 2012 08:17 PM PDT

Cuba tengok gambar kat bawah nei..


Benar , walaupun ni bukan babak dalam filem terbaru bertajuk "monster in Penang" tapi iji adalah kesan-kesan tinggalan Syaitan Merah yang mengamuk.

Serangan Syaitan Merah yang mengamuk itu walau bagaimana pun hanya meninggalkan kesan calitan dan hamburan cat berwarna merah di Ibu pejabat DAP Pulau Pinang - Wisma DAP - di Jalan Rangoon.

Kesan-kesan Amukan itu disedari pada kira-kira jam 4 pagi oleh seorang sukarelawan keselamatan.

"Kami diserang lagi! Wisma DAP Pg disimbah dengan 5 pek cat merah awal pagi ini," tulis Ng, yang juga ketua Pemuda DAP negeri, dalam Twitternya

Difahamkan juga Syaitan merah itu juga telah menyerang pusat perkhidmatan Air Putih dalam kawasan pilihan raya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga turut disimbah dengan cat merah.

Tidak puas dengan imengamuk di Ibu Pejabat DAP dan Pusat perkhidmatan ketua Menteri,pusat perkhidmatan Ng di Lorong Seratus Tahun, juga telah "diamuki" calitan cat merah dan oren kelihatan pada bahagian luar pusat perkhidmatan itu, Sebuah kereta yang diletakkan di luar pusat perkhidmatan tersebut pada hari berkenaan juga menjadi mangsa amuka.

Menurut saksi, sekumpulan enam orang yang menaiki tiga buah motosikal telah mendatangi pusat perkhidmatan Ng, pada sekitar jam 1.20 pagi dan membaling beg plastik kecil mengandungi cat.

La.. ingatkan Syaitan merah tadi.. rupanya orang.. naik moto pulak tu.. sah la pencacai.. upah masih RM30 jugak.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Pakatan Akan Umum "Deklarasi Kuching" Pada Hari Malaysia

Posted: 13 Sep 2012 07:04 PM PDT

Pakatan Rakyat (Pakatan) akan mengumumkan satu deklarasi yang dinamakan 'Deklarasi Kuching' pada Sambutan Hari Malaysia di Sarawak, Ahad ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia merupakan satu rangka bersama antara parti-parti Pakatan bagi menyatakan komitmen dalam usaha memperkasakan Sarawak dan Sabah setanding dengan Semenanjung.

"Satu deklarasi yang dinamakan 'Deklarasi Kuching' akan kita umumkan di Kuching yang akan ditujukan khusus kepada usaha kita untuk memperkasakan Sarawak dan Sabah," katanya.

Menurut Ketua Umum KEADILAN itu, Deklarasi Kuching yang mangandungi beberapa agenda utama ini akan turut ditandatangani oleh pemimpin utama Pakatan.

"Ia juga satu janji Pakatan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya Sabah dan Sarawak dalam memastikan masyarakat terus hidup dalam perpaduan dan keamanan," katanya.

Jelas Anwar, sambutan Hari Malaysia pada tahun ini diberi tumpuan di Sabah dan Sarawak, yang mana sambutan ambang Hari Malaysia akan diadakan di Kota Kinabalu pada 15 September sebelum ke Kuching Sarawak pada 16 September.

Kata beliau lagi, segala persiapan sambutan tersebut disusun oleh Pakatan Sabah dan Sarawak.

"Kita juga turut memberi bantuan untuk sambutan tersebut tetapi segala persiapan dilakukan sepenuhnya oleh jentera Pakatan Rakyat di negeri-negeri tersebut," katanya dipetik Harakah Daily


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment