Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Anjing Liar, Penduduk Indera Mahkota Dua Gesa Pihak Berkuasa "Bertindak" Sebelum Terlambat !!

Posted: 11 Sep 2012 09:02 AM PDT

KUANTAN, 11 Sept - Para penduduk di Taman Indera Mahkota 2 dekat ini merayu pihak berkuasa terutamanya Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) bantu menyelesaikan masalah anjing-anjing liar yang kini menganggu kehidupan mereka. Banyak aduan telah dibuat kepada pihak berkenaan, namun sehingga ini masalah tersebut masih belum dapat diselesaikan. Malah, anjing liar pula dilihat semakin banyak dan ia jelas sekali telah mengancam keselamatan penduduk sebenarnya. Menurut seorang saksi, beliau kecewa kerana masalah itu tidak diambil berat oleh pihak berkuasa sedangkan ia jelas sekali menganggu ketenteraman awam. "Kami amat dukacita sekali kerana didapati terlalu banyak anjing liar berkeliaran terutama pada malam hari hingga lewat pagi, kumpulan anjing-anjing tersebut didapati mula mengganas dan banyak kucing peliharaan dibunuhnya, kami khuatir anjing tersebut akan menyerang manusia pula terutamanya anak-anak hendak pergi ke sekolah, diharap pihak berkuasa tempatan ambil tindakan segera benteras anjing-anjing tersebut sebelum perkara yang tidak diingini berlaku akhirnya..", katanya.

[Pihak berkuasa harus memainkan peranan penting dalam menangani isu sebegini kerana ia boleh mengancam nyawa manusia sebenarnya. Anjing liar amat berbahaya dan boleh mengancam terutamanya kepada kanak-kanak yang lalu lalang di kawasan terbabit. Justeru adalah diharapkan agar jalan penyelesaian terbaik dapat dicari terhadap isu-isu rakyat sebegini. Sampai bila mereka harus dalam ketakutan. Malah pihak MPK juga wajar memantau orang ramai yang memelihatan anjing-anjing tanpa permit yang boleh mengganggu ketenteraman awam di satu-satu kawasan kejiranan itu sebenarnya. Semoga perkara ini dapat ditangani segera bagi memberikan keselesaan kepada para penduduk terbabit untuk meneruskan kehidupan].


Mahkamah Rayuan Tolak Permohonan Penduduk Dapat "Kebenaran Cabar Keputusan" TOL Lynas!

Posted: 10 Sep 2012 06:59 PM PDT

KUANTAN, 11 Sept - Sepuluh penduduk Gebeng dan Kuantan gagal dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan Putrajaya semalam bagi mendapatkan kebenaran untuk mencabar keputusan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) memberikan Lesen Operasi Sementara (TOL) kepada Lynas Malaysia Bhd di Gebeng, Pahang. Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali, mempengerusi panel tiga anggota, memutuskan penduduk berkenaan perlu terlebih dahulu merayu kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berhubung pemberian TOL kepada kilang Lynas sebelum membawanya ke mahkamah untuk memfailkan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman untuk mencabar pemberian TOL. Beliau berkata, tiada peraturan tetap berhubung bila penduduk berkenaan perlu berbuat sedemikian (merayu kepada menteri). Katanya, Mahkamah Rayuan tidak terpengaruh dengan keadaan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Rohana Yusof telah terkhilaf semasa memutuskan menolak permohonan kebenaran untuk memfailkan semakan kehakiman untuk mencabar pemberian TOL yang dikemukakan oleh penduduk berkenaan. "Selepas membaca Seksyen 32 Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984, Mahkamah Rayuan berhak untuk menentukan bahawa perayu-perayu (penduduk) perlu terlebih dahulu merayu (kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi)," kata Ramly semasa menolak rayuan penduduk atas satu-satunya alasan iaitu mereka perlu terlebih dahulu mengemukakan rayuan kepada menteri berkenaan. Beliau berkata, terdapat fakta tertentu yang perlu disahkan oleh pihak-pihak yang hanya boleh dilakukan oleh penduduk dengan mengemukakan rayuan kepada menteri. "Ini bagi memastikan isu-isu dijelaskan dan boleh diselesaikan secara muktamad dalam semakan kehakiman dan bukannya berupa pertikaian fakta dan dakwaan," kata Ramly yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Abdul Wahab Patail dan Anantham Kasinater.

Panel itu memerintahkan kedua-dua pihak menanggung kos perundangan masing-masing. Penduduk terbabit merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang pada 12 April tahun ini menolak permohonan mereka untuk kebenaran memulakan semakan kehakiman untuk mencabar keputusan AELB memberikan TOL kepada Lynas pada 30 Januari tahun ini. Hakim Rohana memutuskan permohonan penduduk berkenaan bagi mendapatkan kebenaran untuk semakan kehakiman masih terlalu awal kerana mereka masih belum menggunakan sepenuhnya hak mereka termasuk merayu kepada menteri sebelum mereka memfailkan permohonan bagi semakan kehakiman. Dalam permohonan kebenaran mereka, penduduk berkenaan menamakan AELB yang memantau pengeluaran, aplikasi dan penggunaan bahan tenaga atom dan radioaktif, Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekitar dan Lynas Malaysia Sdn Bhd sebagai responden. Mereka memohon perintah certiorari untuk membatalkan keputusan AELB mengeluarkan TOL kepada Lynas. Mereka juga memohon perintah injunksi melarang AELB daripada keluarkan sebarang lesen sementara atau tetap kepada Lynas kecuali atau sehingga syarikat itu mengemukakan laporan penilaian lengkap mengenai kesan kilang itu terhadap alam sekitar kepada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekitar dan sehingga laporan diluluskan.

[Kesemua 10 penduduk itu diwakili peguam Tommy Thomas dan K. Shanmuga. AELB dan Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekitar diwakil Peguam Kanan Persekutuan Noor Hisham Ismail manakala Lynas diwakili peguam Tan Sri Cecil Abraham dan Sunil Abraham. Thomas, dalam hujahannya di mahkamah sebelum itu berkata Hakim Rohana telah membuat keputusan peringkat lebih tinggi apabila tidak membenarkan permohonan kebenaran itu. Abraham, dalam hujahnya pula berkata, permohonan penduduk berkenaan boleh bersifat akademik atas hakikat mereka masih belum menggunakan hak mereka untuk merayu kepada menteri. Di luar mahkamah, Shanmuga memberitahu pemberita yang beliau akan mendapatkan arahan daripada anak guamnya sama ada akan membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan. Keputusan yang memang di duga!].


No comments:

Post a Comment