Liang Lahad.... |
- LIHAT INI!! MUNGKIN INI AKAN BUAT KAU FAHAM!!
- RAMAI BERKHALWAT DI NEGERI NAJIB!!!
- PANAS!! DR. MAZA CABAR ULAMA' UMNO FATHUL BARI BERDEBAT!!
- INDIA HINA ISLAM DITAHAN POLIS MANAKALA RUMAH DISERANG SEKUMPULAN PEMUDA
- PENDEDAHAN PANAS - DANA PRU13 DARI YAHUDI DIDEDAHKAN
- KINI SOROS BUKAN LAGI YAHUDI
- INILAH MUKA KETUA PEMUDA UMNO GOPENG YANG DIHERET KE MAHKAMAH
LIHAT INI!! MUNGKIN INI AKAN BUAT KAU FAHAM!! Posted: 26 Sep 2012 10:50 AM PDT Bila tiba saat dimana korang rasa songkok yang mereka pakai tu terlampau tinggi sehingga memberikan tekanan kepada otak mereka untuk berfikir.. Bila tiba saat dimana korang rasa nak buat acuan kasut size 8 ke muka mereka.. maka suruhlah mereka lihat gambar ni... Mudah-mudahan mereka akan faham.. mudah-mudahan otak mereka akan kembali lancar berfikir.. mudah-mudahan korang tak perlulah nak "tekap" tapak kasut korang ke muka mereka... "Jika orang tidak ikut syarat-syaratnya, adakah orang yang tidak mengikut syarat itu akan dibenarkan peruntukan itu? "(Jadi) kita percaya perkara ini perlu dibincangkan di mahkamah," ~ Khalid Ibrahim. |
RAMAI BERKHALWAT DI NEGERI NAJIB!!! Posted: 26 Sep 2012 09:11 AM PDT Tak sangka jugak aku.. negeri PM kita gejala sosialnya boleh tahan jugak.. kes khalwat paling tinggi tu... Mungkin Hassan akidah boleh bantu... KUANTAN - Sebanyak 1,797 kesalahan jenayah syariah dicatat di Pahang dalam tempoh hampir sembilan bulan pertama tahun ini. Kesalahan khalwat dicatat paling tinggi dengan jumlah sebanyak 948 kes, diikuti berjudi (677 kes), tidak menghormati bulan Ramadan (62), kesalahan meminum minuman memabukkan (39), perbuatan tidak sopan di tempat awam (11) dan kesalahan-kesalahan lain (60). Menurut Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) Datuk Seri Wan Wahid Wan Hassan, MUIP akan terus mempertingkatkan penguatkuasaan bagi membanteras gejala sosial daripada terus menular. "MUIP akan mempertingkatkan kerjasama bersama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam membanteras kesalahan jenayah syariah membabitkan penganut agama Islam di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Pemahaman Undang-undang Kesalahan dan Tatacara Jenayah Syariah Pahang di sini, hari ini. Beliau berkata pihaknya kini sedang melantik pegawai-pegawai masjid di sebagai penguatkuasa dalam usaha memantapkan lagi penguatkuasaan kesalahan jenayah syariah. Sementara itu Ketua Penolong Pengarah Kanan Penyelaras Undang-undang Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yahya Mohd Zin berkata bengkel selama tiga hari bermula hari ini itu bertujuan mempertingkatkan lagi pengetahuan undang-undang jenayah syariah di kalangan umat Islam dan penguatkuasa agama. "Menerusi bengkel ini, kita nak bagi penjelasan kepada semua pihak termasuklah pegawai masjid, imam, siak makna tentang hal berkaitan penguatkuasaan. "Dari segi undang-undangnya dari tahap mana dan apa yang perlu dibuat apabila sudah ada tangkapan dan apa yang perlu buat selepas itu mengikut enakmen kesalahan syariah dan enakmen tatacara jenayah syariah di Pahang," katanya. Beliau berkata menerusi bengkel berkenaan, penguatkuasaan kesalahan jenayah di negeri ini diharap akan lebih efisien. - Bernama |
PANAS!! DR. MAZA CABAR ULAMA' UMNO FATHUL BARI BERDEBAT!! Posted: 26 Sep 2012 06:35 AM PDT Baru 3 hari lepas aku buat tajuk [DR. ASRI SINDIR SIAPA NI] hari ini Dr. Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr. MAZA mengajak Ulama' UMNO berdebat. Ulama'..? errr.. panggil Ustaz je lah.. rasanya belum capai tahap "pakar" dalam bidang dia lagi untuk kita gelar dia sebagai ulama', untuk berdialog.. atau pun senang kita kata, Dr. MAZA ajak ustaz UMNO berdebat.. Dr. MAZA mencabar Ustaz UMNO ni sebab dirasakan berdialog secara berdepan-depan lebih baik dan lebih banyak memberi manafaat kepada orang ramai.... Selama ini mereka berdua memang selalu berdialog di dalam twitter.. tapi yang selalu nampak kebudak-budakan adalah Ustaz UMNO tu,si Fathul Bari tu.. Sikit-sikit nak 'CC' kan kepada Dr. MAZA.. sikit-sikit sebut nama Dr. MAZA... mungkin Fathul Bari ni ada masalah dalaman sikit dengan Dr. MAZA.. Satu contoh aku bagi kat sini.. Jadi,Bagi memudahkan cara dan lebih berkhemah,tidak hanya Fathul Bari menunjukkan sikap kebudak-budakan di dalam twitter.. Maka Dr. MAZA pun ajaklah Ustaz Fathul Bari berdialog... dengan tajuk dialog yang dicadangakan adalah : - Dr. Asri vs Ustaz Fathulbari: Islam dan Cara Menegur Pemerintah. Dan nampaknya Ustaz UMNO ni seakan sudah bersetuju menerima cabaran Dr. MAZA ni.. Tapi sekali lagi Ustaz UMNO ni menunjukkan sikap kebudak-budakan.. dia konon-kononnya mencabar Dr. MAZA menjemput semua pemimpin utama negara termasuklah Sultan Johor.. Mungkin Ustaz UMNO ni bermaksud dengan tajuk dialog "menasihati pemimpin" ini,kehadiran Sultan Johor akan menyebabkan Dr. MAZA kegusaran dan bimbang,lantas kelantangan suara akan jadi "perlahan". Itulah yang aku katakan sikap budak-budak.. nak gaduh,tapi nak panggil bapak.. "aku panggil bapak aku kang.." kah..kah..kah... |
INDIA HINA ISLAM DITAHAN POLIS MANAKALA RUMAH DISERANG SEKUMPULAN PEMUDA Posted: 26 Sep 2012 01:20 AM PDT Remaja India yang menghina Islam,Nabi Muhammad dan Allah SWT telah pun ditahan di rumahnya di Klang Jaya pukul 11 pagi tadi.. Dia telah ditahan dibawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan. Baru malam tadi dia buat satu laporan polis mengatakan konon-kononnya lap topnya pernah hilang dulu dan konon-kononnya bukan dia yang buat kenyataan di FB tu... dia juga mengatakan akaun facebooknya telah di hack.. Namun hasil tinjauan beberapa facebooker,lelaki India ini memang sudah lama mengeluarkan kenyaan menghina Islam... Dan hasil dari penghinaan beliau terhadap Nabi Muhammad dan Allah SWT, maka sekitar jam 1:30 pagi tadi rumah keluarganya di Taman Klang Jaya diserang sekumpulan lelaki.. Barang-barang dalam rumah tu habis dirosakkan termasuklah sebuah kereta yang ada diperkarangan rumah tersebut... Itulah lain kali beringat sikit... Errr... macam mana pulak dengan mamak ni yer..? dia kan pernah menghina Nabi Muhammad dan hukum hudud..? Tak tergores ke perasaan kita..? Mungkin lepas ni lelaki India tu akan minta berjumpa dengan Nazri Aziz,Hishamuddin Hussien dan Najib.. dan dia diampunkan... Lepas tu boleh lah dia buat filem "Nasi lemak 3.0" |
PENDEDAHAN PANAS - DANA PRU13 DARI YAHUDI DIDEDAHKAN Posted: 25 Sep 2012 11:16 PM PDT UMNO selalu mengatakan bahawa Pakatan Rakyat menerima dana dari negara luar.. menuduh Pakatan menerima dana dari yahudi... Bahkan sampai jet peribadi yang dipinjamkan oleh kawan Anwar di dalam negara ini pun UMNO kata itu jet dari Yahudi.. Jadi.. kalau korang nak tengok apa yang digembar gemburkan oleh UMNO sebagai dana dari yahudi untuk persediaan PRU 13 nanti.. kita akan saksikan pada jumaat ini.. Susah payah PR berusaha mendapatkan dana.. UMNO dengan senang hati je membuat persepsi PR ditaja oleh yahudi.. Wan Azizah, Nik Aziz lelong barang peribadi kutip dana PRU 13KUALA LUMPUR 26 September: Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan eksklusif milik pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan) pada lelongan mengumpul dana pilihan raya sempena majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat (MMPPR), di Stadium Melawati Shah Alam, Jumaat ini.Pengerusi Jawatankuasa MMPPR, Datuk Dr Mohd Hatta Ramli berkata, antara pemimpin yang sudi melelongkan barangan peribadi termasuk Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. "Majlis ini bertujuan mengumpul dana sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). "Beberapa pemimpin Pakatan akan melelong barang-barang eksklusif mereka untuk disumbangkan bagi penyelidikan, material kempen, video projek dan beberapa bengkel untuk PRU-13," katanya. Hatta yang juga Pengarah Pilihanraya PAS Pusat berkata, sebanyak 255 meja disediakan dan satu meja dikhaskan untuk 10 orang tetamu. Kata beliau, ini adalah kali pertama Pakatan Rakyat menganjurkan majlis Makan Malam Perdana untuk mengutip dana sebagai persediaan menghadapi pilihan raya. Beberapa pemimpin akan mengupas mengenai Belanjawan 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri di Parlimen pada majlis yang bermula jam 8.00 malam itu nanti. |
Posted: 25 Sep 2012 10:50 PM PDT Beberapa hari lepas.. semasa dikaitkan dengan Suaram.. Soros adalah yahudi,dia jahat dan dialah penyangak yang mahu memerintah negara.. itulah yang dikatakan oleh Tun M seperti yang dilaporkan Utusan.. Tetapi kini.. Soros bukan yahudi lagi.. beliau telah pun masuk Islam dan mungkin di dalam IC beliau akan dinyatakan berbangsa melayu.. mungkin juga kad keahlian UMNOnya juga sedang dicetak.. Ini berlaku sebagai persediaan UMNO untuk menjawab pendedahan Malaysiakini hari ini bahawa "Dr M minta bantuan Soros dalam projek keamanan" Surat pada tahun 2006 itu, di mana Malaysiakini mempunyai satu salinannya, menunjukkan bahawa Mahathir yang mula-mula menghulurkan tangan kepada Soros. Nampaknya, Mahathir telah tertarik dengan pandangan Soros mengenai perang di Iraq, yang mana Soros telah membiayai kempen menentang usaha Presiden Amerika Syarikat ketika itu, George W Bush untuk dipilih semula pada 2004. lapor Malaysiakini Semalam pula Majlis AIDS Malaysia (MAC) mengakui Soros pernah membiayai aktiviti-aktiviti Majlis AIDS Malaysia (MAC) yang pernah diketuai oleh anak perempuan Mahathir,iaitu Marina Mahathir. Majlis AIDS Malaysia (MAC), dalam kenyataan rasmi kepada The Malaysian Insider, menjelaskan pembiayaan dana asing daripada Open Society Foundation (dahulunya Open Society Institute) adalah bertujuan bagi menyokong aktiviti pencegahan HIV dikalangan populasi berisiko tinggi khasnya pengguna dadah. Mungkin TV3 selepas ini akan menggambarkan Soros adalah lelaki yang budiman kerana telah membantu mahathir.. Senang nak faham.. hatta babi pun kalau dikaitkan dengan pemimpin UMNO.. mungkin sahaja akan ada fatwa yang akan dikeluarkan untuk menghalalkan babi tu... Itulah UMNO yang kita kenal.. dia buat tak apa,orang buat tak boleh... |
INILAH MUKA KETUA PEMUDA UMNO GOPENG YANG DIHERET KE MAHKAMAH Posted: 25 Sep 2012 06:10 PM PDT Ketua Pemuda Umno Bahagian Gopeng, Mohd Arlizam Abdul Rahman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam atas tuduhan memiliki dan menggunakan dokumen palsu iaitu sekeping surat kuasa bagi sebidang tanah di Kapar, Klang, lima tahun lepas. Mohd Arlizam, 37, yang juga seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Asmadi Hussin. Dia didakwa memiliki dan menggunakan satu dokumen palsu iaitu 'Power of Attorney' bertarikh 21 Mei 2007 di antara penama Liew Woon Foh dan nama tertuduh sendiri bagi sebidang tanah milik Liew yang terletak di alamat GM 781, Lot 4337, Batu 3 3/4, Jalan Kapar. Mohd Arlizam didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Daerah dan Tanah Klang pada 21 Mei 2007. Pertuduhan mengikut Seksyen 474 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya Iswa Tonie yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan agar Mohd Arlizam dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dan pasportnya diserah kepada mahkamah sehingga kes selesai. Peguam Kevin Arasu yang mewakili tertuduh bagaimanapun memohon mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM5,000 atas alasan anak guamnya merupakan pesalah pertama dan menghidap sakit jantung sejak dua tahun lepas. Arasu berkata Mohd Arlizam juga mempunyai enam tanggungan termasuk seorang anak berumur dua tahun dan menanggung kos perubatan kedua ibu bapanya. Hakim Asmadi kemudian membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 24 Oktober ini untuk sebutan semula kes. - Bernama |
You are subscribed to email updates from liang lahad To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment