Liang Lahad....

Liang Lahad....


SELEPAS 40 TAHUN,HARAPAN ROYALTI MINYAK KINI HANYA PADA PAKATAN RAKYAT,NAJIB SUDAH SAHKAN TIDAK AKAN NAIKKAN ROYALTI

Posted: 25 Sep 2012 10:09 AM PDT

Kerajaan Malaysia dibawah pentadbiran BN menyatakan bahawa kerajaan tidak berhasrat untuk mengkaji semula pembayaran royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar minyak di negara ini termasuklah Sabah dan Sarawak..


Pada masa kini,kerajaan negeri mendapat pembayaran royalti sebanyak 5% , kecuali negeri Kelantan..


Kelantan adalah negeri yang dinafikan hak oleh BN untuk mendapatkan royalti minyak walaupun carigali minyak dilakukan di dalam wilayah Kelantan.

Najib memberitahu tentang keputusan kerajaan ini dalam jawapan bertulis bagi menjawab pertanyaan dari PAS-Rantau Panjang MP Siti Zailah Mohd Yusoff berhubung perkara berkenaan..

Pakatan Rakyat menawarkan pemberian royalti minyak sebanyak 20% kepada setiap negeri pengeluar minyak termasuklah Sabah dan Sarawak sekiranya Kerajaan Malaysia beralih tangan kepada Pakatan Rakyat pada PRU13 nanti...

Fikir sendirilah...
Pakatan Rakyat tawarkan royalti 20%, BN pula tawarkan kadar royalti yang sama sejak 40 tahun lalu...

Bn ni dia lain macam sikit..
kira pelik apa yang dia buat...
 
Macam air di Selangor..
Kerajaan negeri sekarang beri 20 meter padu air percuma bersamaan dengan potongan RM11 setiap sebulan..

Lain pulak halnya dengan BN..
BN kata kalau mereka dapat memerintah kembali Selangor,mereka berjanji kenaikan tarif air yang akan dilaksanakan tidak membebankan pengguna..
orang bagi air percuma dia tawarkan kenaikan tarif pulak.. [KENAIKAN TARIF AIR SELANGOR]

TRASFORMASI BN - KERAJAAN PERAK BUAT SIDANG DUN 1 HARI SAHAJA SELEPAS 6 BULAN TIDAK BERSIDANG.

Posted: 25 Sep 2012 09:05 AM PDT


Apa punya kerajaan negeri le BN Perak ni...
ada ke buat sidang Dewan Undangan Negeri selama sehari jer..?
ingat ni kursus lesen pengendalian makanan ke apa..?

Kalau dah sehari,macam mana nak bahas..?
macam mana nak tanya soalan apalagi nak jawab soalan..?

Mungkin Zambry berbuat demikian dengan niat untuk tidak membenarkan Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat menanyakan soalan-soalan berkaitan pembangunan dan kebajikan rakyat yang sememangnya Adun BN tak dapat nak jawab...

BN ni kalau dia dah tak buat kerja tu..
sesuka hati dia jer untuk tidak beri peluang orang tanyakan soalan..
wartawan pulak siap "dikurung" dalam bilik lain...
haaiii.. macam-macam lah perangai puak-puak syaitan yang dikenali ni..

Selepas 6 bulan, Adun Perak bersidang sehari!

IPOH: Para Adun Pakatan Rakyat Perak kesal dengan tindakan kerajaan BN negeri yang hanya mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri sehari sahaja selepas enam bulan tidak bersidang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin menyifatkan ianya memeranjatkan dan permohonan beliau untuk dilanjutkan ditolak oleh Speaker.


Permohonan lanjut sidang ditolak.
 
"Saya cadang dilanjutkan sekurang-kuranya tiga hari untuk mendapat penjelasan masalah rakyat Perak tetapi ditolak oleh Speaker, (Datuk R) Ganesan," kata beliau melalui Twitternya.

Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming juga membantah sidang yang terlalu singkat itu.

"Dewan Negeri Perak dijadikan 'Rubber stamp' BN. 6 bulan bersidang 1 hari sahaja & kebanyakan soalan tidak terjawab bahkan ditolak terus. Apa ini?" tulis beliau menerusi Twitternya.

Beliau juga berkata, semasa Pakatan Rakyat, sidang DUN Perak disiarkan secara langsung melalui internet.


Namun, dalam sidang kali ini wartawan pun, kata beliau, "dikurung dalam bilik luar dewan macam aquarium. Apa ini?"

Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham juga kesal dengan sidang kali ini.

"Saya tanya berapa jumlah tanah yang kerajaan luluskan sejak 6/2/2009.

"(Namun) Soalan ditolak kerana jawapan boleh didapati dr Buku rujukan biasa!" katanya.

Sehubungan itu, beliau menawarkan hadiah RM10,000 kepada mana-mana pihak yang boleh mendapatkan satu buku rujukan yang menyenaraikan tanah-tanah yang telah diluluskan olehg kerajaan.

"Saya bayar RM10,000 kalau ada sesiapa yang boleh dpt satu buku rujukan biasa yang menyeneraikan tanah-tanah yang telah diluluskan oleh Kerajaan BN Perak," tulis beliau melalui Twitternya.


Harakahdaily

CIKGU BAGI SOALAN PERIKSA TENTANG BERSIH 3.0

Posted: 25 Sep 2012 08:36 AM PDT

Apa kita nak kata..?
dah sistem pendidikan negara ni BN yang pegang..

Jadi dia boleh gunakan semua perkakas yang dia ada untuk "menghasut" minda pelajar seawal peringkat sekolah rendah lagi...



Macam dah tak ada soalan lain nak diberi..


42% KAUM CINA YAKIN HUDUD ADIL!

Posted: 25 Sep 2012 06:30 AM PDT

Sebanyak 42% kaum Cina yakin hudud adil dan sebanyak 41 % responden masyarakat Cina pula menjawab "ya" apabila ditanya adakah perlaksanaan hudud mampu menghalang jenayah daripada berleluasa.

42% pun kira ok lah...
sekurang-kurangnya masyarakat bukan melayu semakin memahami undang-undang hudud..

Masyarakat bukan melayu di negara ini telah ditakut-takutkan oleh orang Melayu Islam dalam UMNO sendiri berkenaan hudud..
UMNO memberikan gambaran buruk dengan mengatakan ,jika hudud dilaksanakan 
ramailah orang yang kena potong tangan mereka..


Malah Presiden UMNO selama 22 tahun, Mahathir..
kerap memberikan gambaran yang salah dengan mengatakan hukum hudud itu zalim...

Jadi dengan segala persepsi buruk terhadap hudud yang telah diberikan oleh UMNO selama 55 tahun ini,maka 42% tu cukup untuk memberikan gambaran positif tentang pemahaman hudud dikalangan bukan Islam.

Hasil tinjauan itu dilakukan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL)

Dalam kajian itu juga,sebanyak 26 % responden India dan 62 % responden Melayu berkongsi pandangan sama.


"Terdapat keyakinan terhadap pelaksanaan hukum hudud dalam kalangan orang Melayu, namun masih terdapat keraguan terhadap cadangan pelaksanaannya dalam kalangan orang bukan Melayu," ringkasan kajian itu dipetik.

Dapatan mengejutkan itu dijalankan baru-baru ini melibatkan 25 peratus (385 orang) responden Melayu, sebanyak 68 peratus (1,041) Melayu dan 7 peratus (110) India.

Sebanyak 41 peratus responden masyarakat Cina pula menjawab "ya" apabila ditanya adakah perlaksanaan hudud mampu menghalang jenayah daripada berleluasa.

Bagaimanapun, sebanyak 51 peratus masyarakat itu merasakan hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini kerana masyarakatnya yang berbilang bangsa dan agama.


Ingatan aku kepada yang bukan Islam..
kalau nak tanya berkenaan hudud..
tanya orang PAS..
kalau orang tu orang UMNO,tak payah tanya... 

EDISI OPOCOT! - POPULARITI NAJIB MERUDUM,SOKONGAN KEPADA PAKATAN RAKYAT MENINGKAT

Posted: 25 Sep 2012 04:45 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya menunjukkan sokongan ke atas Pakatan Rakyat meningkat sekarang berbanding dengan kajian yang dibuat pada awal tahun ini.

Sokongan juga meningkat ke atas kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan juga Kedah namun sedikit penurunan di Kelantan.

Kajian itu juga menunjukkan penurunan terhadap keyakinan rakyat bahawa BN akan terus menguasai Putrajaya dalam pilihan raya umum nanti.




Kajian itu dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya  Universiti Malaya (UMCEDEL) yang bertajuk Pola Pengundian Menjelang Pilihanraya Umum ke-13.

Kajian terbaru yang dibuat adalah pada 1 -16 September 2012  di seluruh Semenanjung Malaysia.

Kajian sebelum ini dibuat dalam tempoh 31 Mac 2012 - 15 April 2012.


Bilangan responden ialah 1536. Kajian dilakukan secara bersemuka dengan melibatkan etnik Melayu, etnik Cina dan etnik India.

Pemilihan responden dipilih secara rawak dengan soalan kaji selidik berstruktur.
Apabila ditanya, parti mana akan menang dalam PRU-13,
  • kajian Mac - April menunjukkan keyakian kepada BN akan menang adalah 49% 
  • sedangkan kajian terbaru menunjukkan ianya menurun kepada 44% sahaja.

Keyakinan kepada Pakatan pula meningkat dari hanya 21% kepada 30%.
Keyakinan kepada kerajaan Pakatan di Selangor juga meningkat dengan ketara dari 38% kepada 50% manakala untuk BN dari 28% jatuh kepada 16%.

Begitu juga di Kedah. Keyakinan kepada Pakatan naik dari 37% kepada 48% dan kepada BN turun dari 40% kepada 32%.

Namun untuk negeri Kelantan, keyakinan kepada Pakatan jatuh sedikit dari 44% kepada 41% manakala BN naik dari 27% kepada 32%. Namun, kecondongan pengundi tetap kepada Pakatan Rakyat.


Debat

(Populariti Najib jatuh merudum)

Kajian itu juga mendapati, harapan rakyat amat tinggi agar berlaku perdebatan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

72% berharap ianya diadakan manakala hanya 17% tidak bersetuju dan 11% tidak pasti.

Menurut kajian itu, populariti Najib juga menurun dari 61% pada bulan Mac lalu kepada 58% pada September 2012 ini.



Harakah Daily

PENGERUSI PRO MAHASISWA DIPUKUL - PENGARUH BURUK UMNO

Posted: 25 Sep 2012 02:15 AM PDT

Nampaknya..
cara politik samseng UMNO terhadap Pakatan Rakyat telah pun mula menular di Universiti..
dan dah tentulah pihak yang meniru cara samseng UMNO tu adalah penyokong UMNO di peringkat Universiti..

Kalau diluar sini..
serangan ke atas ceramah,bas,kereta dan pejabat pemimpin Pakatan Rakyat dilakukan oleh pihak lawan kerana ramai pihak menjangkakan Pakatan Rakyat dijangka akan memenangi PRU13 nanti..

Di dalam Universiti pula..
Pro Mahasiswa,
Universiti Malaya (UM) dijangka  akan memenangi Pilihan Raya Kampus (PRK) kali ni..Pro Mahasiswa dijangka menewaskan Pro Aspirasi,
Pro Aspirasi adalah kumpulan yang ditaja UMNO..

Pengerusi Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (UM), Edikoup Lakip Sediyanto (gambar) diserang sekitar pukul 4.00 pagi tadi oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali berhampiran rumah sewa beliau di Petaling Jaya.

Menurut Edikoup, motosikal yang dipandunya pagi tadi di Seksyen 17 itu dihadang sebuah kereta, sebelum beliau diheret dari motosikal ke bahu jalan dan diserang.

 "Setelah itu, turun seorang yang berbadan besar menghayun topi keledar ke badan saya sehingga saya terjatuh dari motosikal.

"Setelah itu, mereka memukul saya, menghentak kepala saya dengan topi keledar sehinggalah saya dipukul, ditumbuk, diterajang di perut dan sebagainya.


"Setelah puas memukul saya mereka melarikan diri. Saya kesakitan di muka dan badan," laporan polisnya dipetik.


Beliau mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Pengarah Biro Mahasiswa Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Mohd Saifullah Mohd Zulikifli berkata, Pro-Aspirasi (Pro-A) yang ditaja Umno jelas berasa takut dan terdesak sehingga terpaksa bertindak di luar batas.

"Pro-A adalah bukti kumpulan Umno yang ada dalam kampus. Mereka amalkan politik ganas bila rasa tergugat, itu semua hasil didikan Umno," katanya ketika dihubungi.

"Pro-A yang cenderung kepada Umno bukan saja ditaja dari segi wang ringgit, malah sistem pentadbiran universiti turut disabotaj. Jadi bayangkan, jika PRK pun mereka nak tipu apatah lagi pilihan raya umum?" kata Saifullah lagi.

Menurut Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin pula..
"budaya politik ganas seperti ini yang dianggap mempunyai persamaan dengan insiden membaling kasut ke dalam masjid dan cat yang didakwanya didalangi samseng Umno.."

Beliau yang lebih dikenali Chegu Bard berkata nyata kesal dengan insiden ini memandangkan mahasiswa merupakan aset masa depan negara.

"Jika kita perhatikan, situasi politik semasa dalam negara akan memberikan refleks kepada mahasiswa umumnya," kata Badrul.

Memang benarlah UMNO ni pengaruh yang tak baik kepada remaja kita..

ZAHID DAH SIASAT SENDIRI - DAN ZAHID KATA SKANDAL PEMBELIAN RIV TIDAK PERLUKAN SIASATAN PIHAK LUAR

Posted: 25 Sep 2012 12:46 AM PDT

Memang best le kalau kita jadi pemimpin kat Malaysia ni...
kalau buat salah pun..
kalau ada penyelewengan yang kita buat pun..
SPRM tak boleh buat apa-apa dengan kita..

Bukan tu jer..
malah kita boleh pulak ambil alih tugas SPRM tu dengan kita menyiasat diri kita sendiri...

Dan lepas tu kalau kita dah puashati dengan siasatan kita ke atas diri kita sendiri tu,dan jika kita dapati diri kita tak melakukan kesalahan besar...

kita boleh umumkan pada umum yang kes ni tak perlu dibawa kemana-mana dan tak perlukan campurtangan dari pihak luar..


Beliau berkata siasatan itu bukan sahaja mengambil kira aspek harga tetapi semua dokumen pembelian seperti spesifikasi dan pakej pembelian yang melibatkan latihan.

Ahmad Zahid sebelum ini dilaporkan berkata kementeriannya tidak akan bertolak ansur, sama ada dengan syarikat pembekal atau mana-mana pegawai yang masih bertugas atau telah meninggalkan kementerian, sekiranya mereka didapati terlibat dalam sebarang penyelewengan dalam tawaran pembekalan RIV itu.
  
Sultan Johor pada majlis ulang tahun Rejimen Gerak Khas ke-47 di Kem Iskandar, Mersing, Johor 8 Sept lepas dilaporkan bertitah harga RIV yang dianugerahkan oleh baginda ialah RM150,000 berbanding RM690,000 yang dijual oleh pihak pembekal.


Sinarharian


Jadi...
saya, dengan ini mengumumkan kamu,iaitu diri saya sendiri, bebas dari sebarang perlakuan rasuah...
kah..kah..kah...
UMNO..UMNO...
kamu ingat rakyat ni bodoh bahalol ker...

Sesuka hati dia jer...

Kalau betul tak salah dan telus,janganlah buat sesuatu yang boleh timbulkan fitnah...
dan bagaimana nak elak dari timbulnya fitnah..?
mintalah SPRM siasat...
bukan menyiasat kementerian sendiri...

SPRM pun alahai...
dalam kes-kes macam ni,boleh duk diam jer...

Kalau kena tang Pakatan Rakyat,SPRM siap boleh kata "kita boleh siasat walaupun hanya sekadar dari laporan dalam internet.."

PAHANG UGUT SEKAT BEKALAN AIR - RM80JUTA SETAHUN,SELANGOR PUN TAK PERLU AIR WARNA "TEH SUSU" HARGA 10SEN SATU METER PADU

Posted: 25 Sep 2012 12:13 AM PDT

Sungai Semantan
SHAH ALAM 25 SEPT: Kerajaan Selangor mengalu-alukan dan menyokong penuh cadangan Kerajaan Pahang untuk membatalkan perjanjian penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata Selangor sendiri tidak memerlukan air mentah dari Pahang.

"Kerajaan Selangor berpendapat 'idea' pemindahan air mentah dari Sungai Semantan di Karak, Pahang ke Taman Perkasa, Hulu Langat di Selangor melalui terowong sepanjang 44.6 km di bawah banjaran Titiwangsa tersebut hanyalah untuk "memberikan kerja-kerja kontrak".

"Ia untuk keuntungan kepada syarikat-syarikat kroni Umno-BN dan bukannya demi kepentingan rakyat Selangor," kata Dr Xavier dalam kenyataan medianya.


Tambah beliau, Kerajaan Pusat tidak pula membuka tender bagi kerja-kerja tersebut yang bernilai 3.936 Bilion ini.

Sebaliknya heboh menjaja kononnya mereka 'telus' membuka tender bagi kerja-kerja pembinaan Loji Langat 2 baru-baru ini.

"Kita juga mempertikaikan bagaimana kononnya 'pakar-pakar perancang' dari Kementerian Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air tidak terfikir langsung bahawa mereka sebenarnya memindahkan air mentah (air Sungai Sementan yang berwarna teh susu) sejauh 44.6 km.
"Di mana ia sekadar untuk diproses dan dirawat oleh sebuah loji di Hulu Langat, Selangor," katanya.

Ujar Dr Xavier, rakyat Selangor harus tahu bahawa mereka terpaksa membayar RM80 juta setahun bagi mendapatkan air sungai Semantan berwarna teh susu tersebut yang berharga 10 sen bagi setiap meter padu.

ANWAR SALAH, NAJIB TAK SALAH!!

Posted: 24 Sep 2012 11:45 PM PDT

Kecoh betul bila Anwar naik jet peribadi untuk ke Labuan pada pertengahan September lepas..
seolah-olah Anwar tak layak dan berdosa pulak bila dia naik jet peribadi tu...

Padahalnya..
Anwar kata dia tiada apa-apa untuk dirahsiakan,sebab tu dia benarkan Tian Chua letakkan gambar dalam pesawat tu di akaun twitternya..

Anwar tu bukanlah seorang pemimpin kerajaan yang ada kuasa untuk sesiapa mengambil kesempatan pun...

Dia bukan PM... bukan juga TPM..
malahan sesiapa yang tolong Anwar sebenarnya berhadapan dengan risiko yang
tinggi dari pihak kerajaan BN...

Tahun 1998 dulu kita pernah saksikan "pembersihan" tokoh-tokoh Korporat negara yang rapat dengan Anwar Ibrahim,termasuklah Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri..

Jadi,tolong Anwar memang berdepan dengan risiko..
dan itu pun korang nak jadikan isu ada kepentingan dan sebagainya..?

Macam mana pulak dengan Najib dan Rosmah yang bercuti ke Perth,Australia pada 31 Ogos hingga 3 September 2011 pulak..?

Aku tak kisahkan sangat ler dia pergi bercuti ke luar negara pada saat malaysia menyambut hari Kemerdekaan..

Tapi yang aku kisahkan adalah wang yang digunakan untuk membawa dia dan Rosmah ke Perth,Australia tu..

Bagaimanakah pesawat yang dibayar sewanya oleh kerajaan Malaysia yang datangnya dari wang rakyat boleh digunakan Najib untuk percutian peribadi..?

Kos penggunaan pesawat tu adalah sebanyak RM9.1 juta setahun...
bukan duit Najib yang bayar tau...
Pesawat yang membawa Najib ke Australia.
Anwar nak gua bas ker..
nak guna jet peribadi ker...
dia tak guna wang rakyat pun...

Najib yang guna wang rakyat untuk bersuka suki ke luar negara korang tak bising pun..?

Kalau Anwar semuanya salah... kalau Najib semuanya halal..

MCA DALANG FILEM PENDEK CATUAN AIR SELANGOR - SUMBER DALAMAN MCA

Posted: 24 Sep 2012 06:25 PM PDT

Filem pendek yang konon-kononnya mnggambarkan krisis air yang keterlaulan berlkau di Selangor kemungkinan akan digunakan semasa BN berkempen pilihanraya nanti...

Jadi,propaganda seperti ini kita kena sampaikan kepada rakyat agar apabila filem ini dijadikan kempen semasa pilihanraya nanti,matlamat mereka akan gagal kerana rakyat sudah pun mengetahui ini adalah lakonan semata-mata.. 

Dihasilkan untuk memberi persepsi buruk kepada rakyat Malaysia..

jadi sekiranya penerangan dapat diberikan lebih awal dan disebarluaskan sebelum filem ini disiarkan,maka segala usaha mereka hanya sia-sia..

Hee Loy Sian : Filem Selangor Dilanda Krisis Air MCA Didakwa Dalang.

PETALING JAYA, 25 SEPT: MCA didakwa sebagai dalang disebalik penggambaran filem pendek yang merupakan sebahagian dari kempen memburukan imej Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam mengurus sumber air di negeri ini.

Demikian menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian kepada media ketika melawat kawasan penggambaran di Happy Mansion di sini semalam.

Menurut Loy Sian, beliau mengetahuinya dari sumber dalaman MCA sendiri dan juga berdasarkan penyertaaan tinggi dari kalangan pelajar sebuah Institusi Pengajian Swasta di Petaling Jaya yang dikatakan dikuasai parti itu.

Bagaimanapun menurutnya, beliau akan mendedahkan butiran lanjut apabila filem yang melibatkan kira-kira 300 pelakon itu ditayangkan kelak.

Menurut Loy Sian, beliau juga menerima beberapa panggilan dari penduduk yang tidak berpuas hati dengan tindakan mengadakan pengambaran di lokasi perumahan mereka.

"Persatuan penduduk di sini dibohong oleh produser, mereka kata nak ambil gambar untuk kempen penjimatan air, tetapi bukan.

"Ini hanya nak kritik  Kerajaan Pakatan Rakyat, jadi penduduk terkejut.
"Kalau video klip itu disiarkan ramai terkejut, penduduk tak tahu, seolah-olah dia menggunakan penduduk, tetapi matlamat sebenarnya mereka tak tahu,"  ujar Loy Sian.

Ketika ditanya tentang bekalan air dikawasan tersebut, Loy Sian menyatakan bekalan air di Happy Mansion ketika ini berjalan dengan keadaan baik.
Kenyataan beliau turut disokong oleh beberapa penduduk yang berada di situ.



Adegan Memekik Marah

Ketika penggambaran filem berdurasi 40 saat itu sedang dijalankan, wartawan TV Selangor sempat mengikuti penggambaran beberapa adengan.

Antaranya, adegan orang ramai yang sedang berbaris panjang ditengah panas terik matahari untuk mendapatkan bekalan air dari sebuah lori tangki yang disediakan.

Beberapa orang di antara mereka juga kelihatan merungut dan memekik marah kerana terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan air bagi keperluan harian.

Selain itu, TV Selangor turut sempat menyaksikan satu adegan lain di tingkat satu, seorang wanita yang sedang mendukung anak sedang memarahi seorang lelaki sambil menengking "Apa minta maaf!" apabila lelaki itu cuba menjelaskan sesuatu.

Manakala dalam satu adengan lain yang juga dibuat di tingkat satu, seorang lelaki kelihatan berlari dengan sebab yang tidak diketahui.

Beberapa krew porduksi yang terlibat juga kelihatan keberatan untuk memberikan maklumat apabila ditanya.

"Saya cuma kerja sahaja bang, saya tak tahu shooting ini untuk filem apa," kata salah seorang krew yang berada di lokasi penggambaran.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Jenny memberitahu, setiap pelakon diberikan kupon bernilai RM50 setiap seorang yang boleh ditukarkan di kaunter yang disediakan.

Beliau mengetahuinya dari seorang wanita warga Indonesia yang berkerja sebagai orang gaji di salah sebuah rumah di situ dan terlibat sebagai pelakon produksi berkenaan.

Selangorku.

No comments:

Post a Comment