Liang Lahad....

Liang Lahad....


AIR KOPI DAN TELUR LEBIH MUDAH DICUCI BANDING CAT - ITU PASAL LE.

Posted: 17 Sep 2012 08:56 AM PDT

Kadang-kadang politik Malaysia ni semakin lama semakin kelakar...

Mana taknya...
setiap apa yang Pakatan Rakyat alami, BN pun cuba samakan keadaan jugak...
konon-kononnya dia pun senasib dengan Pakatan Rakyat..

Bila beberapa Pejabat DAP dibaling dengan cat merah...
cat yang macam ni... yang payah nak dicuci...



Maka kini...
GERAKAN cuba menyamai kedudukan pulak...

Ketua GERAKAN Pulau Pinang, Dr Teng Hock Nan mendakwa Pejabat GERAKAN
kena simbah jugak...
bukan kena dengan cat...
tetapi kena simbah dengan air kopi dan telur...

Malaysiakini
Kenapa air kopi dan telur..?
kenapa bukan kena baling dengan cat merah...?

Tapi bila difikir-fikirkan..
kan ke air kopi ni senang je nak dibasuh..
begitu juga dengan telur...
simbah air... hilang ler kesannya..
itu pasal ler....

Hmmm... macam-macam...

Nak tiru...
tapi tak nak bersusah payah... 
Pejabat DAP kena simbah dengan cat merah,sebab si pelakunya memang berniat mahu menyusahkan pekerja pejabat DAP...
Sebab mereka tu musuh DAP,apa dia peduli.... 

Dalam kes pejabat DAP disimbah cat...
laporan polis juga telah dibuat dan siap ada rakaman CCTV lagi dan diserahkan pada pihak polis untuk siasatan...

Tapi dalam kes pejabat GERAKAN ni...
Kalau mengikut laporan dalam Sinar Harian...
tiada langsung laporan polis yang dibuat..

Lepas tu, air kopi...
Air kopi..?
kah..kah..kah..


KOMISYEN 40% - SAMM LAPOR SPRM SALAHLAKU PEMIMPIN ATASAN BN

Posted: 16 Sep 2012 11:52 PM PDT



Memang lah kalau dinamakan pemimpin UMNO.. pemimpin BN...
salahguna kuasa,salah laku dan seleweng apa-apa dana sekali pun memang sudah menjadi asam garam..
usahkan rakyat biasa dengan Sultan pun mereka nak cuba tipu jugak...

Gejala seperti ini sudah lama membarah didalam UMNO..
dan barah ni memang susah kalau nak diubati sekerat-sekerat..
nak tak nak,demi masa depan Malaysia,kita kena buang UMNO secara keseluruhannya...


NGO lapor SPRM, dakwa ahli politik terlibat
sogokan

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebuah NGO pro-PKR membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan ''sogokan'' melibatkan sebuah jabatan kerajaan dan pemimpin kanan sebuah parti politik.

Ketua Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegubard mendakwa, sogokan itu melibatkan bayaran komisen 40 peratus yang disalurkan kepada satu syarikat yang kurang dikenali di Klang pada tahun ini.

Beliau mendakwa, bayaran itu disalurkan daripada sejumlah bantuan kebajikan oleh kerajaan berjumlah RM500,00 kepada sebuah NGO.

Ketika ditemui di Pulau Pinang sebelum kumpulan itu menyerahkan maklumat itu kepada SPRM, Badrul Hisham berkata, bukti tersebut melibatkan surat rasmi dan minit mesyuarat yang berlangsung pada Mac tahun ini.

Beliau mendakwa, dokumen berkenaan menjelaskan secara terperinci pihak terbabit.

Sementara itu,Chegu Bard di dalam blog beliau menjelaskan bahawa kesemua dokumen tersebut telah dihantar dan ditinggalkan di peti surat beliau....

Kalau sebut pasal BN ni... 
semuanya melibatkan komisyen...
Altantuya yang terlibat dengan urusniaga melibatkan kerajaan BN ni pun mati dibunuh disebabkan komisyen...

BOLEH DIDAKWA - PATUTLAH MAHATHIR TAKUT PR MENANG PRU13.

Posted: 16 Sep 2012 10:58 PM PDT

Patut le selama ini Mahathir merupakan individu yang paling takut sekiranya PR berjaya memenangi Pilihanraya Umum ke 13....
dia juga sangat takut jika Anwar jadi Perdana Menteri..

Dulu Mahathir kata, dia sangat takut jika PR berkuasa,
katanya,PR akan menyalahgunakan kuasa dan kemudian menyabitkan dia dengan pertuduhan palsu dan memenjarakannya walaupun dia tak bersalah.....


Sinar
Rupa-rupanya...
memang "wajib" pun dia takut...

Tapi bukan takut dengan pertuduhan palsu seperti yang didakwa Mahathir,tetapi sebenarnya dia boleh didakwa atas salah lakunya semasa menjadi Perdana Menteri bagi merealisasikan pemecatan Anwar Ibrahim...

Ini didedahkan oleh bekas ketua CID Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim....
beliau mengatakan Mahathir bersubahat dengan Peguam Negara Abdul Gani Patail dan juga bekas Ketua Polis Negara,Musa Hassan dalam menyembunyikan fakta material dalam kes konspirasi fitnah liwat pertama sehingga menyebabkan Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri...

Bekas polis kanan: Mahathir boleh disiasat kerana subahat



Bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad, yang memainkan peranan penting dalam dalam pemecatan timbalannya pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mungkin boleh disiasat kerana bersubahat dengan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan atas dakwaan mereka dan menyembunyikan fakta material.

Melainkan, Mahathir boleh menunjukkan bukti bahawa beliau mengambil langkah perlu untuk menghalang Gani dan Musa daripada berbuat demikian, kata bekas ketua CID Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim, yang bertanggungjawab ke atas siasatan kes mata lebam Anwar.

Mat Zain berkata, beliau menyatakan demikian berdasarkan pengakuan Musa dalam satu wawancara dengan Malaysiakini bahawa bekas ketua polis itu mengambil sampel darah Anwar daripada siasatan mata lebam Mat Zain untuk ujian DNA bagi satu kes lain – melibatkan dakwaan liwat.

Musa merupakan penyiasat untuk kes dakwaan liwat tersebut.

Mahathir dalam memoirnya A Doctor in the House (bab 53, halaman 684) menulis bahawa beliau yakin bahawa Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Musa dan ketua polis negara pada masa itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor.

Perkara itu, dan juga soalsiasat ke atas mangsa yang didakwa, menyebabkan Anwar dipecat dan kemudiannya ditahan.

Anwar kemudiannya didakwa atas tuduhan liwat, yang digelar Liwat I, melibatkan pemandu Azizan Abu Bakar.

Mat Zain juga mempersoallkan keperluan Musa untuk "mencuri" sampel darah Anwar daripada Hospital Kuala Lumpur untuk menjalankan ujian DNA, sedangkan Musa – yang merupakan penyiasat untuk kes dakwaan liwat dan penyalahgunaan kuasa – didakwa telah menyiapkan siasatannya untuk dua kes tersebut.

Katanya lagi, pengakuan Musa kepad Malaysiakini juga mengesahkan pengakuan Dr Zahari Noor dari HKL semasa perbicaraan Anwar pada Disember 1998, bahawa Musa dan ASP Mohd Rodwan Mohd Yusof pada 15 Oktober 1998 secara paksa mengambil sampel darah Anwar yang disimpan di HKL – yang bertujuan untuk ujian HIV tetapi secara salah digunakan Musa untuk ujian DNA.

"Ini menimbulkan persoalan sama ada Musa benar-benar telah menyiapkan siasatan dalam dakwaan liwat dan mempunyai bukti kukuh untuk membuktikan Anwar bersalah, atau ada tangan ghaib yang menghasut atau memaksa beliau mereka bukti DNA pada tilam, yang menyebabkan Musa mengambilnya (DNA Anwar) dari HKL. Jika tidak, apa tujuannya?," kata Mat Zain.


CUTI UMUM!! KITA CUTI HARI INI DISEBABKAN ANWAR IBRAHIM

Posted: 16 Sep 2012 02:15 PM PDT

Semua kena ingat...
kita cuti hari ini disebabkan insan yang bernama Anwar Ibrahim...

Semalam adalah 16 September...
semalam adalah hari ulangahun sambutan Hari Malaysia..
oleh kerana semalam hari ahad,maka automatik hari ini adalah hari cuti umum atau "public holiday"...

Dan semua ini berlaku kerana Anwar Ibrahimlah insan yang mencadangkan supaya pada tarikh 16 September setiap tahun diisytiharkan sebagai cuti umum...

Aku terpaksa mengambil petikan-petikan dari Utusan Malaysia...
ini kerana ahli UMNO tidak mahu menerima fakta selain dari Utusan Malaysia yang selama ini dijadikan syarat asas untuk mereka melalui ritual pembodohan
otak ketika membacanya...

Baca petikan ini...



Utusan
Anwar yang mencadangkan...
kerana bagi Anwar,beliau tidak mahu rakyat Malaysia menjadi buta sejarah dan menjadi mengsa penipuan sejarah oleh UMNO dan BN...

Maka sejak dari itu...
bermulalah bermacam-macam kritikan terhadap beliau,termasuk dari Pak Lah (PM ketika itu),Najib (TPM ketika itu) dan juga golongan akademik...

Mari kita lihat kenyataan yang agak tegas dari PM UMNO berkenaan cuti pada 16 September...

Utusan

Ok...
Yang dibawah ni lagi best..
sebab kenyataan ini dikeluarkan oleh Najib... (PM kita sekarang,sehinggalah  PRU 13 diadakan nanti)

Mungkin ketika ini Najib tak tahu yang dia akan meniru idea Anwar ini...
itu sebab dia bercakap macam guna hidung...
sesuka kembang sesuka kuncup...

Utusan
Tak cukup dengan ahli politik...
ahli akademik yang konon-kononnya akademik le sangat dan tak campur politik le konon-kononnya pun turut bagi komen...
konon-kononnya cuti 16 September ni tak sesuai ler,itu ler, ini ler...
puuiiihhh!!!

Utusan
Oleh kerana Anwar yang mencadangkan supaya hari bersejarah bagi Malaysia ini dijadikan sebagai cuti umum...
maka semua "membantai" Anwar...
semua kritik Anwar...
seolah-olah cadangan Anwar tu satu dosa besar....

Tetapi bila idea yang sama.. (16 September cuti umum)
idea yang pernah dicampak oleh BN termasuklah Najib digunapakai...
dikutip semula...
dan mengisytiharkan 16 September sebagai cuti umum...
semua yang kritik tadi secara tidak segan silu menyatakan sokongan pulak...

Lihat bagaimana Najib akhirnya jilat ludah dia semula...

Utusan
Aku tak tahu lah...
banyak yang BN dan UMNO kritik cadangan-cadangan dari Pakatan Rakyat...
tetapi banyak jugak yang mereka menirunya tanpa rasa bersalah...

Aku ingat kalaulah Anwar keluarkan kenyataan yang solat maghrib tu 3 raka'at...
(keluar kenyataan bagi sesaja je mengacah UMNO...)
mesti UMNO akan cuba cari jalan untuk tidak bersetuju punya....

Entahlah.... memang dah tiba masanya kita campak puak-puak bongok ni ke Selat Melaka..




No comments:

Post a Comment