Liang Lahad....

Liang Lahad....


NAJIB KATA ALLAH MENCINTAI PERJUANGAN UMNO.

Posted: 15 Sep 2012 02:30 AM PDT

Bagaimana Najib boleh kata Allah mencintai perjuangan UMNO...

aku pun tak tahu...

Tapi ayat yang dia sebutkan seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian ini adalah berbunyi macam ni...
" apa yang penting kini ialah barisan kepimpinan Umno dan anggotanya perlu tanya pada diri apa yang dilakukan sehingga ALLAH mencintai perjuangan itu.."

Aku cuma syak yang Najib ni kini cuba menggunakan kaedah baru dalam mencipta persepsi bahawa dia kini konon-kononnya dekat dengan agama...
tu sebab sekarang ni dia banyak sebut nama Allah...
bagus ler kalau betul dia ingat Allah selalu..

Tapi dalam bab agama ni..
kalau tak pandai,tapi buat-buat pandai..
dengan mudah orang akan dapat kesan yang kita tu hanya berlakon jer..


Ibarat macam solat jenazah ler...
kalau kita tak pandai.. tapi kita buat-buat pandai..
bila nak masuk takbir kedua, kita pergi ruku' pulak..
tak ke naya..?

Lagi satu Najib kata..
"ALLAH akan sayang, kasih kita jika kita berjuang mengikut landasan ALLAH dalam barisan teratur...

Yang ni pelik jugak...
bila masa UMNO berjuang mengikut landasan Allah ni..?

Hukum Allah kerap kali dihina selama ini..
tiba-tiba pulak dia boleh kata dia ikut landasan Allah..?

Korang baca le petikan dari Sinar Harian ni...
mula-mula aku ingat Sinar yang silap lapor...

Tapi bila aku cek kat Berita Harian pun sama gak ayat nyer...
berita harian punya petikan pun ada untuk korang tengok..

Sinar Harian
 Yang dibawah ni pulak Berita Harian punya petikan..
Berita Harian
Tengok Anwar ok jer  jadi imam solat fardhu...
Najib pun nak tunjuk ler yang dia pun islamik gak..

Mungkin Najib silap cakap gamaknya lepas penat berjoget sakan hari tu...






ZED ZAIDI SEPERTI MENEPUK AIR DIDULANG - HAIRIE OTHMAN

Posted: 15 Sep 2012 12:56 AM PDT


Zed Zaidi diibaratkan oleh Hairie Othman seperti orang yang menepuk air di dulang...
terpercik ke muka dia sendiri...

Dalam satu laporan di portal Mstar online semalam..
Zed Zaidi secara mem"babi hutan yang buta" mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat segelintir artis dibayar puluhan ribu ringgit oleh parti politik tertentu dalam usaha menghasut rakyat membenci kerajaan.



Tuduhan yang tidak berasas dan tidak bertanggungjawab itu dijawab oleh Hairie Othmanyang menyarankan Zed Zaidi supaya tidak terikut-ikut dengan budaya fitnah UMNO dengan memfitnah sesama rakan artis sendiri...

Zed Zaidi mengeluarkan andaian tersebut hanyalah berdasarkan pandangan beliau secara peribadi bahawa semua artis di Malaysia ini tidak akan melakukan kerja secara percuma tetapi mereka melakukannya kerana sesuatu imbuhan..

Jadi bagaimana dengan Zed Zaidi sendiri yang dilihat syok sangat bekerjasama dengan UMNO dan BN....?

Apakah dia maksudkan diri dia sendiri jugak..?

Hairie Othman Saran Zed Zaidi Tidak Terikut Budaya Fitnah Umno

SHAH ALAM, 14 SEPT: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi diingatkan agar tidak terikut dengan budaya politik fitnah yang dibawa oleh Umno-BN sehingga sanggup memfitnah rakan seni.

Ingatan tersebut dibuat oleh pelakon terkenal, Hairie Othman ketika mengulas dakwaan yang dilemparkan oleh Zed seperti yang dilaporkan portal, 'mStar On Line hari ini. (semalam)

Dalam laporan tersebut, Zed mendakwa terdapat artis yang dibayar puluhan ribu ringgit oleh sebuah parti bagi memburukkan kerajaan.

Zed juga dilaporkan berkata golongan artis di negara ini tidak akan melakukan sesuatu kerja dengan sukarela sebaliknya melaksanakan sesuatu apabila terdapat imbuhan disebaliknya.

Menafikan kenyataan itu,  Hairie menyifatkan Zed seperti 'menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri' apabila kenyataan yang dikeluarkannya itu lebih merupakan gambaran sebenar dirinya dalam Seniman.

"Dia cakap macam itu sebab dia melihat diri dia sendiri agaknya dan dia fikir semua orang berfikiran sama macam dia.

"Kalau tidak, masakan dia mengakui, artis tidak akan membuat sesuatu dengan percuma,"  kata Hairie yang terkenal dengan watak  'Leftenan Adnan' kepada TVS hari ini.

Selain Hairie, kenyataan tersebut juga tidak disenangi beberapa rakan artis lain termasuk golongan artis yang menyertai Umno kerana memberi persepsi buruk terhadap keputusan mereka memilih Umno yang dikenali sebagai sebuah parti memiliki sumber kewangan besar.

Hairie juga berkata, Zed harus bersikap lebih terbuka dan lebih matang terhadap pendirian mana-mana artis untuk menyokong mana-mana parti politik yang disukai mereka.

"Kalau artis atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Seniman contohnya hendak menyebelahi Umno, tak apa pula, tetapi bila ada yang sokong pihak lain tak bolehkah?

"Seniman sendiri juga digunakan Umno, tetapi itu pendirian Seniman," ujarnya lagi.

Sementara itu, seorang lagi pelakon terkenal, Abby Abadi ketika dihubungi TVS berkata, tiada siapa yang boleh menidakkan rezeki yang diturunkan oleh Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

"Sedikit atau banyak atau saya tak dapat langsung, itu antara saya dengan Allah dan lebih penting lagi hanya Allah akan menilai keikhlasan saya.

"Dia tak perlu nak pertikaikan dengan pelbagai dakwaan kerana memberi persepsi buruk kepada golongan yang mahu menyampaikan agama Allah," kata Abby lagi.

Selangorku.

TIADA JAMINAN KESELAMATAN UNTUK PROGRAM PAKATAN - HISHAMUDDIN.

Posted: 14 Sep 2012 12:04 PM PDT


Bagaimanakah Datuk Seri Hishamuddin Hussein sebagai Menteri Dalam Negeri boleh mengeluarkan kenyataan beremosi apabila membicarakan soal keselamatan program Jelajah Merdeka Rakyat yang diterajui Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang di negara ini....

Perlu diingat..
setiap Ketua Pembangkang di setiap negara adalah merupakan individu yang berpotensi menjadi Perdana Menteri....

Itulah sebabnya di kebanyakan negara,mereka  meletakkan tahap keselamatan Ketua Pembangkang hampir menyamai tahap keselamatan seorang Perdana Menteri..

Kenyataan Hishamuddin itu juga menggambarkan kerajaan menafikan hak rakyat dalam mendapat perlindungan dari pihak berkuasa dalam menghadapi keganasan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang ingin mencetuskan huru hara...

Bagaimana pula kisahnya dengan Visi PDRM  
"MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PROFESIONAL DAN MENJAMIN DALAM 
MELINDUNGI NEGARA DAN MENJAMIN PERSEKITARAN YANG SELAMAT BAGI MASYARAKAT".



Apakah visi hanya dimaksudkan kepada "MENJAMIN PERSEKITARAN YANG SELAMAT BAGI UMNO "..????

Rakyat menjadi semakin pelik bagaimana pihak berkuasa boleh berada di dalam kelompok manusia yang melakukan serangan ke atas bas yang dinaiki Anwar Ibrahim tanpa melakukan apa-apa.. 

Malah pihak polis menahan pula pengawal peribadi Anwar yang cuba menghalang kemaraan samseng-samseng UMNO dari menyerang bas yang dinaiki Anwar Ibrahim... [KISAH PENGAWAL PERIBADI ANWAR BACA SINI]

Dan rakyat bertambah pelik apabila menteri yang bertanggungjawab dalam soal keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini boleh mengeluarkan kenyataan bodoh yang sebegitu...


Tiada jaminan keselamatan pada program pembangkang

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan tidak perlu menjamin keselamatan untuk program jelajah pembangkang yang terus dicemari perbuatan khianat.

NONE"Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri," katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya sama ada kerajaan boleh menjaminan insiden kekasaran terhadap pembangkang tidak berulang.

"Saya tengok PKR pun tahu dan boleh menilai sendiri apa yang berlaku di sana. Ini politik. Politik adalah berkaitan dengan risiko, risiko yang dicongak.

"Kalau risiko yang dicongak juga tidak jalan, maknanya tiada tempatlah dia. Orang Johor yang akan menentukan."

Bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat PKR disimbah cat merah - buat kali ketiga - sewaktu Ibrahim mengadakan siri jelajah ke Johor tengah hari ini.

Sebelum ini, bas tersebut diserang buat kali pertama di hadapan Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu awal bulan ini dan kemudiannya di Jasin pada minggu lalu

'Kena tanya orang Johor sendiri'
Beliau bagaimanapun enggan mengulas langsung berhubung kejadian di Tangkak itu.

"Itu kena tanya orang Johor sendiri," kata anggota Parlimen Sembrong itu.

Kalau mahu lihat jawapan orang Johor...
lihat [DISINI]

Sumber berita.

No comments:

Post a Comment