Liang Lahad....

Liang Lahad....


MENTERI TAK UMUM - RAKYAT TAK TAHU RON 97 NAIK 30 SEN.

Posted: 13 Sep 2012 02:06 AM PDT


Masih ramai lagi yang tak tahu Ron 97 sudah naik harga rupanya...
kali ni sesuailah kita katakan BN ibarat kentut sambil bersiul...
bunyi ada,bau ada tapi seolah-olah dia tak bersalah jer...

Macam tulah kisahnya bila petrol Ron 97 dinaikkan sebanyak 30sen seliter,tiada pengumuman tiada alasan...
tiba-tiba petrol Ron 97 dinaikkan secara senyap-senyap...

Baca kisah seperti yang dilaporkan oleh wartawan Selangorku ini..

Rakyat Terkejut Petrol Ron 97 Naik Tanpa Diumum Menteri

SHAH ALAM 13 SEPT : Ada yang terkejut dan ada yang tidak pernah langsung mendengar sebarang berita pengumuman oleh pihak kerajaan dan Menteri berhubung kenaikan harga
petrol Ron 97 kepada RM0.30 berkuatkuasa 5 September lalu menjadikan ia berharga RM3.00 seliter.

Reaksi ini diterima wartawan Selangor Kini di sekitar Shah Alam berkenaan isu yang diutarakan.


Add caption
Menurut Roslan Husin,52..
beliau langsung tidak tahu menahu berhubung kenaikan itu kerana tiada sebarang pengumuman rasmi oleh Menteri tidak seperti harga Ron 97 diturunkan sebanyak RM0.20 pada 5 Julai.

Malahan beliau bagaikan tidak percaya harganya sudah naik walaupun sudah beberapa hari perkara itu berlaku.

"Kerajaan tidak patut berbuat demikian sepatutnya hal kenaikan ini diumumkan agar rakyat mengetahui. 

Kerajaan sepatutnya bila hendak turunkan atau naikkan harga perlu diumumkan kepada rakyat," ujar Roslan.

Hal demikian juga dipersetujui oleh Iskandar Che Soh,31, yang menyatakan kenaikan sebanyak RM 0.30 itu akan membebankan rakyat walaupun beliau tidak menggunakannya kerana harga bagi Petrol Ron 97 diluar kemampuannya untuk menggunakannya.

"Rakyat akan menjadi beban kepada kenaikan ini kerana harga barang juga akan ditakuti naik juga," katanya.

Menurut Shahrul Sarni,32, kerajaan sepatutnya memberikan penjelasan yang munasabah sebarang kenaikan harga petrol kerana kenaikan tanpa pengumuman seolah-olah satu 'serangan hendap' terhadap kewangan rakyat.

"Saya tidak setuju dengan kenaikan ini kerana yang pastinya rakyat akan terus dibebani dengan kenaikan-kenaikan lain yang akan lebih menyusahkan rakyat seluruhnya," kata beliau lagi.

Sejak 16 Julai 2010, Petrol Ron 97 sudah mengalami kenaikan sebanyak sembilan kali pada harga RM2.10 dan hanya dua kali penurunan harga.

Kali terakhir petrol Ron 97 turun adalah pada 5 Julai lepas sebanyak RM0.20.


MENGAPA SELANGOR PERLU MENGGUNAKAN MANDAT 5 TAHUN YANG DIBERIKAN?

Posted: 12 Sep 2012 09:39 PM PDT

Pilihanraya DUN di Selangor tidak akan diadakan serentak dengan Pilihanraya Umum Malaysia...

Ini bagi aku adalah satu berita baik kerana Pakatan Rakyat sememangnya perlu menggunakan secara maksima penggal pemerintahan mereka di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat...

Walaupun kelantan membuat keputusan yang berbeza iaitu mahu mengadakan pilihanraya DUN nya serentak dengan pilihanraya Parlimen Malaysia..
tetapi itu tidak jadi masalah... kerana di Kelantan pengaruh PAS sangat kuat..
dan Kelantan telah diperintah oleh PAS sejak sekian lama tanpa mampu ditawan kembali oleh BN...


Namun di Selangor..
corak permainan BN agak agresif..

Selain wang ditabur dengan begitu banyak dalam operasi mereka yang dinamakan sebagai "Operasi Tawan Selangor"..
Usaha kerajaan negeri juga beberapa kali disabotaj...
terutamanya dalam soal air dan juga sampah...

Namun, isu sampah sudah pun selesai...
manakala masalah Syabas yang dilihat sukar memberikan kerjasama kepada rakyat Selangor dalam isu air,sedang dipantau secara dekat dan teliti oleh kerajaan negeri...

Isu jalan rosak yang tidak diturap...
kerajaan negeri terpaksa menggunakan geran Selangorku untuk menurap jalan-jalan yang rosak setelah permohonan kepada kerajaan pusat cuba dilengah-lengahkan..
permohonan kepada kerajaan pusat melalui Kementerian kerjaraya ini dilakukan adalah kerana jalan yang rosak di Selangor ini kebanyakannya berlaku di jalan Persekutuan...
bukannya di jalan negeri...
kita kena faham perbezaannya tu...

Melalui geran Selangorku ini,kebanyakan masalah jalan yang rosak sudah berjaya diatasi...
itu sebabnya UMNO bantah perlaksanaan geran Selangorku ini...


Soal pengundi-pengundi baru...
Banyak perkara yang sangat meragukan di dalam daftar pemilih yang baru..
Aku sendiri secara peribadi pernah mengikut gerak kerja Pas menggempur alamat pengundi baru..

Namun nama-nama individu yang ada dalam senarai pengundi baru seperti yang ada di dalam senarai SPR tiada dialamat berkenaan...

Malah tambah mengejutkan lagi terdapat juga alamat rumah pengundi baru ni yang langsung tidak mujud..yang ada hanyalah semak dan longkang...

Lihat sini antara gerak kerja menggempur pengundi hantu di dalam DUN Sri Muda...

[PENGUNDI HANTU BERJAYA DITANGKAP]

Dan lihat juga disini..
Hasil gerak gempur yang dilakukan dibawa ke SPR

[BUKTI PENGUNDI TIDAK BERMASTAUTIN MEMANG TIDAK TINGGAL DI DUN SRI MUDA]

Itu belum lagi kita berbicara soal UNISEL...
aku mendapat maklumat ada pesyarah UNISEL disogok dengan wang oleh "bakal MB UMNO" bagi mensabotaj UNISEL..
ada yang berjaya dibeli...
tetapi masih ada juga yang tetap setia tidak mahu mengkhianati pusat pendidikan anak-anak Selangor ini..

Itulah sebabnya mengapa kita perlu mentadbir di peringkat pusat
dan itulah juga sebabnya mengapa kita mesti menggunakan mandat pemerintahan 5 tahun ini semaksima yang mungkin....


No comments:

Post a Comment