"tukanglawan"

"tukanglawan"


Najib .... U Help Me, I help U Lagi...

Posted: 07 Aug 2012 10:13 AM PDT

Jom tengok video bawah nei dulu



"3 million?.. 5 Million?, wah sudah naik ka?..." najib tak habis-habis tabur duit, yang kena bodohnya pengundi, yang ditabur bukan duit najib.

Semua orang ingat kan ayat najib tu, U help me, I help U, inilah janji yang ditabur oleh najib... cuma ini janji atau satu cubaan rasuah?, sendiri nilai la.

Korang tau tak najib dah buat benda sama dengan polis pulak sekarang nei.

Semalam dalam majlis berbuka puasa dengan warga polis najib sebut ayat nei

"Kita berbaiah sesama kita. Kalau kerajaan bantu PDRM, PDRM akan bantu kerajaan dan negara.

"Kita sama-sama bantu untuk bawa negara ke arah yang selamat, harmoni dan masa depan yang cemerlang,"

Baiklah, apa yang korang paham, apakah ini satu lagi "janji dicapati" oleh najib.. atau kes sama seperti sibu?

Lepas ni akan timbul pulak budaya "encik tolong saya, saya tolong encik, ni antara kita je la" faham kan maksudnya.. kah..kah..kah.. rosak oooo

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Pesanan Bekas Pengarah Polis Kepada Anggota Polis

Posted: 07 Aug 2012 05:36 AM PDT

Semua anggota polis kena tengok video ni. sekarang kita sudah tahu apa masalah segelintir anggota polis, rupanya ada antara diorang ni takut dianggap "derhaka dan tidak bersyukur"

Ni bukan "tukanglawan" cakap, bekas boss anggota polis sendiri yang cakap, jadi anggota polis kene sedar sekarang, kena bezakan kerajaan dan parti politik.

Yang dok jaga sangat umno tu kenapa, bukan derhaka pun kalau sokong dan undi Pakatan rakyat kan.

Kalau pakatan rakyat memerintah pun pakatan akan tadbir kerajaan, masa tu baru nak rasa malu ke selama nei dok pukul orang sana, pukul orang sini?, fikir-fikirkan la ye.

Jadi polis tak semestinya kene ikut melulu je.. kita masingx2 ada akal.. boleh fikir kan...




Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Senarai Waktu Berbuka dan Imsak Seluruh Negara

Posted: 07 Aug 2012 03:23 AM PDT

Untuk paduan semua disertakan Jadual waktu imsak dan berbuka puasa negeri-negeri seluruh Malaysia untuk tahun 2012/1433H. Semoga jadual ini akan memudahkan anda semua.

Niat Berpuasa Bulan Ramadhan





Niat Berbuka Puasa



Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri seluruh Malaysia mengikut Zon untuk tahun 2012/1433H :


KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA
 


Bagi negeri dan zon lain, sila klik pada link dibawah, pastikan anda memasang PDF Reader pada komputer anda untuk melihat jadual.




NEGERI PERLIS
SELURUH PERLIS


NEGERI KEDAH 
ZON 1- DAERAH KOTA SETAR, KUBANG PASU DAN POKOK SENA 
ZON 2- DAERAH PENDANG, KUALA MUDA DAN YAN
ZON 3- DAERAH PADANG TERAP, SIK DAN BALING
ZON 4- DAERAH KULIM DAN BANDAR BAHARU
ZON 5- DAERAH LANGKAWI
ZON 6- PUNCAK GUNUNG JERAI


NEGERI PULAU PINANG
SELURUH PULAU PINANG
 

NEGERI  PERAK 
ZON 1- TAPAH, SLIM RIVER DAN TANJUNG MALIM
ZON 2- IPOH, BATU GAJAH, KAMPAR, SG. SIPUT DAN KUALA KANGSAR 
ZON 3- PENGKALAN HULU, GRIK DAN LENGGONG
ZON 4- TEMENGOR DAN BELUM 
ZON 5- TELUK INTAN, BAGAN DATOH, KG. GAJAH, SRI ISKANDAR, BERUAS, PARIT, LUMUT, SITIAWAN DAN PULAU PANGKOR 
ZON 6- SELAMA, TAIPING, BAGAN SERAI DAN PARIT BUNTAR
ZON 7- BUKIT LARUT


NEGERI SELANGOR 
ZON 1-DAERAH GOMBAK, PETALING/SHAH ALAM, HULU SELANGOR, HULU LANGAT DAN SEPANG 
ZON 2-DAERAH KLANG, KUALA LANGAT,KUALA SELANGOR DAN SABAK BERNAM


NEGERI SEMBILAN 
ZON 1-JEMPOL DAN TAMPIN
ZON 2- SEREMBAN,REMBAU, PORT DICKSON, KUALA PILAH DAN JELEBU


NEGERI MELAKA
SELURUH MELAKA


NEGERI JOHOR 
ZON 1- PULAU AUR DAN PULAU PEMANGGIL
ZON 2- DAERAH JOHOR BAHRU,KOTA TINGGI,MERSING DAN PULAU BERDEKATAN
ZON 3-DAERAH PONTIAN DAN KLUANG
ZON 4-BATU PAHAT,MUAR,SEGAMAT DAN GEMAS JOHOR


NEGERI  PAHANG 
ZON 1-PULAU TIOMAN 
ZON 2-KUANTAN, PEKAN, ROMPIN DAN MUADZAM SHAH 
ZON 3-TEMERLOH, CHENOR, MARAN, JERANTUT DAN BERA 
ZON 4-RAUB, BENTONG DAN LIPIS 
ZON 5-GENTING SEMPAH, JANDA BAIK DAN BUKIT TINGGI 
ZON 6-CAMERON HIGHLAND, BUKIT FRASER, GENTING HIGHLAND


NEGERI TERENGGANU 
ZON 1- KUALA TERENGGANU DAN MARANG 
ZON 2- BESUT DAN SETIU 
ZON 3- HULU TERENGGANU 
ZON 4- KEMAMAN DAN DUNGUN


NEGERI KELANTAN 
ZON 1-JAJAHAN KOTA BHARU, BACHOK, PASIR PUTEH,TUMPAT, PASIR MAS, TANAH MERAH, MACHANG, KUALA KRAI DAN DAERAH CIKU (JAJAHAN GUA MUSANG)
ZON 2-JAJAHAN JELI DAN GUA MUSANG TERMASUK DAERAH GALAS DAN BERTAM






NEGERI SARAWAK
ZON 1-LIMBANG, SUNDAR, TRUSAN DAN LAWAS 
ZON 2-NIAH, BEKENU, MIRI, SIBUTI, DAN MARUDI 
ZON 3-TATAU, SUAI, BELAGA, PANDAN, SEBAUH DAN BINTULU
ZON 4-IGAN, OYA, BALINGIAN, MUKAH, DALAT, SIBU,KANOWIT, KAPIT DAN SONG
ZON 5-, MATU, DARO, SARIKEI, JULAU, BINTANGOR DAN REJANG
ZON 6-KABONG, LINGGA, SRI AMAN, ENGKELILI, LUBOK ANTU, BETONG, SPAOH, PUSA, SARATOK, ROBAN DAN DEBAK
ZON 7-SAMARAHAN, SIMUNJAN, SERIAN, SEBUYAU DAN MELUDAM
ZON 8-KUCHING, LUNDU, BAU DAN SEMATAN
ZON KHAS

NEGERI SABAH
ZON 1-BAHAGIAN SANDAKAN (TIMUR),TOMANGGONG, SUKAU, BANDAR SANDAKAN,SAMAWANG, KOTA KINABATANGAN DAN BUKIT GARAM.
ZON 2-BAHAGIAN SANDAKAN (BARAT) TERUSAN, BELURAN, KUAMUT, JAMBONGAN, PAITAN, TELUPID, TONGOD DAN PINANGAH
ZON 3-BAHAGIAN TAWAU (TIMUR) TAMBISAN, SAHABAT, TUNGKU, SEMPORNA, SILABUKAN,LAHAD DATU DAN KUNA
ZON 4-BAHAGIAN TAWAU (BARAT) BALUNG, BANDAR TAWAU, PULAU SEBATIK, MEROTAI DAN KALABAKAN
ZON 5-(BAHAGIAN KUDAT) PULAU BANGI, PITAS, KOTA MARUDU, MATUNGGONG DAN KUDAT
ZON 6-GUNUNG KINABALU ( KETINGGIAN 4,101 M) 
ZON 7-(BAHAGIAN PANTAI BARAT) RANAU, KOTA BELUD, TUARAN, PENAMPANG, KOTA KINABALU, PUTATAN DAN PAPAR 
ZON 8- BAHAGIAN PEDALAMAN (ATAS) PENSIANGAN, NABAWAN, SOOK, SEPULUT, TAMBUNAN, DAN KENINGAU 
ZON 9-BAHAGIAN PEDALAMAN (BAWAH) TENOM, LONG PA SIA, MEMBAKUT, BEAUFORT, KUALA PENYU, WESTON, MENUMBOK DAN SIPITANG
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Semua Staff Wanita Stesen TV Ni Berpurdah ( Gambar )

Posted: 07 Aug 2012 02:18 AM PDT

ALLAH tidak pernah sesekali menyusahkan umatnya, seperti juga puasa, didalamnya terkandung pelbagai hikmah, setelah berabad lamanya kajian membuktikan puasa itu menyihatkan tubuh badan.

Wanita pula disuruh menutup aurat, ALLAH lebih tahu kenapa wanita wajib menutup auratnya, dan suruhannya itu tak pernah pun menyusahkan.

Ada yang kata, kalau tutup litup nanti susah nak kerja. salah tu, sebuah stesen berita TV satelit terbaru Mesir - Maria TV dah buktikan bahawa dengan memakai Niqab sikitpun tak menghalang kerjaya wanita dalam bidang penyiaran.

Semua kakitangan Maria TV yang memulakan siaran pertama mereka Jumaat lalu, menyampaikan berita dengan mengenakan purdah berwarna hitam dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Malah, pekerja lelaki juga dilarang terbabit dalam siaran berita itu walaupun hanya membuat panggilan telefon.

Jom tengok gambar ni.









Mereka sedaya upaya cuba menuruti perintah ALLAH, cuma sedih sekali bila terkenangkan ustazah umno yang terkenal tu sanggup mempersenda hukum ALLAH, sapa nak jawab tu?...

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Lepas Raya Bekas Hakim Negara Akan Bantu Rafizi

Posted: 07 Aug 2012 02:17 AM PDT

Tun Salleh Abas akan bertemu dengan rafizi lepas raya ni untuk bincangkan kes BAFIA (sebut mafia) yang sedang dikenakan pada Rafizi kerana mendedahkan salahguna kuasa melibatkan wang dana untuk projek lembu.

Rafizi yang dihubungi oleh bekas ketua hakim tu berkata,"Dia (Tun Salleh) ada hubungi (saya) untuk beri sokongan. Bukan sebagai peguam, tetapi lebih kepada penasihat. Lepas hari raya, kami akan jumpa untuk bincang tentang sudut pembelaan,"

Tun Salleh berpandangan bahawa, ada perkara dan dokumen sulit yang perlu didedah kepada umum.

"Tun (Salleh) kata, tak boleh ketepikan kepentingan awam. Jenis kerahsiaan dan undang-undang perlu diambilkira dalam setiap  kes. Ada ruang dalam kes ini untuk dihujah," kata Rafizi mengulas apa yang diperbincangkan dalam perbualan mereka lagi.

Rasa-rasalah, kenapa Bekas Ketua Hakim Negara nak bantu Rafizi?,  kalau kita ada akal, kita boleh fikir sendiri, cuma lembu je tak boleh fikir.. betul tak?

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Lagi Bekas Pengarah Masuk PAS

Posted: 06 Aug 2012 09:40 PM PDT

Hancur berkecai harapan umno sekarang, sorang demi seorang bekas pegawai tinggi kerajaan sokong pakatan. mula dengan bekas orang no 3 dalam jabatan polis, Datuk Fauzi, kemudian diikuti oleh bekas timbalan Menteri pelajaran Datuk Salleh Jafaruddin
bekas Pengarah Pelajaran Perak, Datuk Adnan Ibrahim dan bekas Pegawai Tinggi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Pertama Imran Abdul Hamid dan ramai lagi.

Semalam, bekas Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Perak, Azhar Yunus mengisytiharkan sertai Pas,

Pengisytiharan itu dibuat masa ceramah Badar Kubra Peringkat Negeri Perak dekat Kampung Bahagia yang juga dihadiri

Apa sebab bekas pengara LPP ni masuk PAS?

Azhar yang dah 30 tahun berkhidmat dalam kerajaan berkata, pengalaman bekerja di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) Perak selama 11 bulan memberikannya satu suasana lain.

"Sebagai pegawai kerajaan, pergerakan kita dahulu sentiasa diawasi, tidak bebas untuk memilih dan bergiat aktif dalam mana-mana parti.

"Saya merasakan kelainan, seakan satu semangat dan gembira apabila bekerja di bawah pemerintahan PR,
" katanya.

Hah tengok, mana satu lebih baik,umno ke pakatan rakyat, dah tentu la pakatan, kalau tak takde la sekarang semua dok nak tanam umno tu kan.


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Syabas Kata Dah Tak De Masalah Air Pulak Dah.

Posted: 06 Aug 2012 09:39 PM PDT

Main-main la Syabas ni, mana satu yang betul , bersungguh betul sebelum ni puak umno terjerit terlolong macam orang haus, kononnya Selangor tak cukup air.

Ni pegawai Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) pulak setuju Selangor tak ada krisis air dengan rizab kritikal dua peratus seperti yang puak umno dan media umno dok sibuk jerit-jerit tu.

Malaysiakini Semalam melaporkan Menteri Besar Selangor kata pegawai tersebut ( pegawai SYABAS ) mempersetujui perkara tu dalam satu taklimat kepada satu jawatankuasa menyemak yang baru dibentuk kerajaan negeri.

Laporan awal jawatankuasa itu menyatakan bahawa 35 loji rawatan air di Selangor berkapasiti untuk mengeluarkan 4,960 juta liter air sehari (MLD), lebih 14 peratus atau 598 MLD daripada bekalan SYABAS setiap hari.

Hah, sekarang puak tu nak melalak lagi tak, jangan la nak bohong, selangor ni bukan takde sungai, berlambak sungai, Selangor ni pun bukan tengah hadapi musim kemarau, Semalam baru hujan lebat. (klik sini untuk semak laporan hujan lebat di selangor dalam 3 bulan terkebelakang)

Yang kemarau sekarang Umno.. kering dah idea nak pusing lagi..



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment