Liang Lahad....

Liang Lahad....


18 TAHUN JANJI DIMUNGKIRI - DARI 363,HANYA 73 MASIH HIDUP UNTUK TUNTUT JANJI

Posted: 06 Aug 2012 09:06 PM PDT

Isu tuntutan bayaran pampasan tanah generasi kedua bekas peneroka Felda Sungai Buaya sudah terlalu lama dibiarkan..
sejak tahun  1994 lagi..

Dah lama sangat...
sehinggakan dari jumlah 363 peneroka..
hanya tinggal 73 orang sahaja kini yang masih hidup...
itupun semua dah tua-tua belaka...

Pada 1994...
seramai 363 peneroka keluar daripada tanah rancangan Felda Sungai buaya setelah dijanjikan pampasan RM1 juta bagi memberi laluan kepada sebuah projek perumahan dan
pembinaan sebuah universiti...

Masa tu MB Selangor adalah Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib..

Tapi sehingga kini, pampasan RM1 juta tu hanya tinggal janji semata-mata...
mereka hanya dibayar RM185 ribu sahaja..

Lepas tu semasa pilihanraya kecil Hulu Selangor..
UMNO ambik kesempatan memancing undi bekas peneroka Felda Sungai Buaya dengan memberikan wang RM50,000 seorang...
siap dengan ugutan lagi...

Kata-kata ugutan Najib Razak dalam kempennya sewaktu pilihanraya kecil Hulu Selangor,

"Selebihnya, kita setuju bagi RM160,000 seekar (0.4 hektar) bila tanah ini (Sungai Buaya) dibangunkan.... syarat utama, pastikan pada pilihan raya umum akan datang negeri Selangor kembali kepada BN,."

Dan dalam Pilihanraya Kecil tersebut..
waktu tu P. Kamalanathan (MIC) menewaskan Datuk Zaid Ibrahim (PKR)..
BN memang dengan majoriti 1,725 undi...

Waris, Bekas Peneroka Sg Buaya Tekad Tuntut Pampasan Tanah.

SHAH ALAM 7 OGOS: Kumpulan Generasi Ke Dua Bekas Peneroka Felda Sungai Buaya hari ini berikrar untuk meneruskan perjuangan bagi menuntut baki bayaran  pampasan yang sepatutnya diterima oleh pemilik asal tanah.

Kumpulan itu yang mewakili 363 bekas peneroka mendakwa syarikat Murna Jaya Development Sdn Bhd yang mengambilalih tanah seluas 3100 ekar di bekas tanah rancangan felda itu  membayar RM185 ribu, tetapi masih berhutang RM815 ribu kepada setiap seorang bekas peneroka terlibat.

Setelah 18 tahun berlalu, syarikat terbabit didapati masih gagal menjelaskan baki bayaran kepada bekas peneroka di situ.

Menurut generasi kedua bekas peneroka felda tersebut, Yusri Saringat, perjuangan menuntut hak mereka wajar diteruskan oleh generasi baru dari bekas-bekas peneroka tersebut.

"Dah 18 tahun berlalu dah terlalu lama sampaikan ramai di antara peneroka asal tanah rancangan ini dah pun meninggal dunia."

"Dari 363 peneroka asal kini tinggal hanya 73 orang sahaja dan yang lain dah pun meninggal dunia.
"Sekarang terpulang kepada waris mereka untuk meneruskan perjuangan mereka, sebab ini memang hak mereka," ujar Yusri.

Menurut Yusri, pihak bekas peneroka di sini sedang giat menyusun gerakan untuk mendesak pihak terlibat menyelesaikan pampasan tertunggak itu.

"Masa pilihan raya kecil Hulu Selangor sebelum ini pun begitu, bila masyarakat termasuklah dari pembangkang beri tekanan barulah nak keluarkan bayaran.
"Itu pun sebab nakkan undi kami, kalau tidak memang tak jalan," kata Yusri.

Pada April 2010, dalam satu kempen Pilihan Raya Kecil, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bayaran pampasan sebanyak RM50,000 bagi setiap orang bekas peneroka.

"Setelah bayaran itu dibuat, BN tidak melakukan apa-apa untuk membangunkan tanah tersebut dan kedudukan peneroka-peneroka masih tidak terbela," katanya lagi.

Syarikat Murna Jaya turut mengambil kesempatan menjualkan tanah seluas 600 ekar yang diserahkan peneroka kepada mereka.

Bagaimanapun hasil jualan itu tidak pula dibayar kepada bekas peneroka atau waris peneroka terbabit.

POLIS BIMBANG JADI DERHAKA JIKA UNDI PAKATAN RAKYAT.

Posted: 06 Aug 2012 07:21 PM PDT

Rupa-rupanya pegawai-pegawai kerajaan ni beranggapan mereka akan jadi derhaka jika tidak undi BN.. 

Dalam erti kata lain mereka takut dianggap sebagai derhaka,tidak bersyukur oleh rakan-rakan mereka sekiranya mereka tidak undi BN..

Ini diakui oleh Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari apabila mengatakan anggota polis mengundi BN kerana bimbang dianggap "derhaka dan tidak bersyukur" sekiranya mengundi pembangkang.

Patut ler macam kena rasuk je
anggota-anggota polis yang memukul,menyepak terajang rakyat yang menyertai perhimpunan aman Bersih 3.0 April lalu..

Rupa-rupanya mereka anggap kerajaan BN itu lah yang menentukan rezeki mereka di dunia ni... 

Mungkin kerana itu mereka berasa mereka wajib melindungi BN dalam apa keadaan sekalipun...
   
Sedangkan Allah dah terangkan dalam Al Quran...
Dia lah tuhan yang maha pemberi rezeki kepada semua makhluk di alam semesta ini....

Takkan itu pun kita gagal nak faham..?
 
 1) Surah Al-Baqarah, ayat - 212.


2) Surah Hud, ayat - 6

3) Surah Ar Rum, ayat - 40

Bekas ketua CID: Polis bimbang dianggap derhaka

WAWANCARA Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari berkata, anggota polis mengundi BN kerana bimbang dianggap "derhaka dan tidak bersyukur" sekiranya mengundi pembangkang.

Fauzi yang menyertai PAS Mei lalu berkata perkara itu timbul kerana "keterikatan" anggota polis kepada kerajaan yang membayar gaji dan elaun kepada anggota pasukan terbabit.

"(Ramai anggota polis) berpandangan gaji, elaun dibayar oleh kerajaan. (Mengikut) fahaman kita, kerajaan adalah tak boleh selain daripada BN.

"Lantaran itu, (mengikut) fahaman kita, dalam keadaan mengundi, siapa yang tidak mengundi BN itu... 
akan dianggap sebagai derhaka, atau tidak berterima kasih atau bersyukur kepada orang (kerajaan) yang beri elaun, gaji beri kita makan," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini baru-baru ini.

Tegasnya, kerajaan dan parti adalah dua perkara yang perlu dibezakan dan anggota polis berhak membuat pilihan masing-masing bagi memilih parti tertentu untuk menerajui kerajaan dalam pilihan raya.

"Kita boleh pilih mana-mana (parti), yang lebih baik, telus, jujur, berpegang amanah, tidak menekan (dan) tidak rasuah.

"Jadi, jangan ada kekhuatiran, kita nak sokong parti lain, (menyebabkan) kita akan dilabel khianat, derhaka. Tidak timbul sama sekali. Sepatutnya semangat sebegini ada," katanya.

Ditanya sekiranya kerajaan memberi tekanan kepada anggota polis supaya menyokong BN dalam pilihan raya, bekas ketua polis Selangor itu berkata perkara itu tidak berlaku.

Namun, selagi anggota polis atau penjawat awam lain bekerja dalam kerajaan, mereka perlu mematuhi peraturan, garispanduan operasi atau perintah yang telah ditetapkan, katanya.

Jika anggota polis menyatakan sokongan politik secara terbuka kepada parti tertentu pula, mereka juga dianggap "mengingkari peraturan umum", katanya.

"Kerajaan mengikat kamu, kamu kena patuh, kena berkhidmat. Tetapi dalam berkhidmat, tidak ada unsur-unsur supaya memihak. Tidak (ada). (Polis berkhidmat) untuk semua rakyat, (dengan) adil. Jadi kita kena adil," katanya.

Sepanjang 32 tahun perkhidmatannya dalam pasukan polis, Fauzi juga pernah menjadi ketua polis Sarawak.

Malaysiakini.

TANYA HUKUM UNDI DAP? APA PULAK HUKUM UNDI MCA DAN BN?

Posted: 06 Aug 2012 07:35 PM PDT

Akhbar Utusan hari ini melaporkan satu kenyataan Presiden Perkasa mengenai hukum dalam Islam mengenai undi kepada DAP...
sepatutnya ditanya, apakah hukum undi BN termasuk UMNO yang jelas menolak hudud selama 55 tahun...?? 


 
Memang sikap UMNO dari dulu sehinggalah sekarang ni, isu
yang akan dimainkan setiap kali hampir pilihanraya,adalah isu Agama dan juga bangsa.

Sedangkan realitinya adalah, bangsa melayu semakin terpinggir dan agama Islam semakin kurang difahami oleh bangsa melayu itu sendiri terutamanya dikalangan yang berada dalam parti pemerintah iaitu UMNO.

UMNO juga sering menggambarkan kepada ahli-ahlinya bahawa DAP itu adalah CINA seolah-olah MCA itu melayu sejati dan beragama Islam..

Sebab itulah Perkasa dan UMNO terlupa apa yang pernah dilakukan MCA dalam menghina agama Islam ini...


Ada kemungkinan besar bahawa UMNO tidak ingat akan resolusi perhimpunan Agung Pemuda MCA ini..

Resolusi MCA
Mungkin juga Chua Soi Lek dianggap melayu oleh UMNO...
justeru bila Chu Soi Lek keluarkan kenyataan yang menghina hukum Allah ini,tiada satu bantahan pun dari kalangan pemimpin UMNO...

Forum MCA

Dan bila seorang Adun UMNO cuba menjadi hero dalam soal hudud di kalangan UMNO Johor,dia ditempelak oleh MCA dan sekaligus "mendiamkan" UMNO dari menyuarakan isu hudud...

Malah dia diminta keluar UMNO dan sertai PAS oleh Setiausaha Penganjur nasional MCA,Datuk Tee Seiw Keong...

Sinar Harian
Dan kita semua pun memang dah faham..
bahawa bukan MCA sahaja yang menolak negara ini untuk dilaksanakan hukum hudud...
tetapi ianya telah lama menjadi pegangan UMNO untuk membantah hudud sejak dari tahun pertama merdeka lagi...

Kenyataan Najib yang menjelaskan malaysia ini tidak akan melaksanakan hudud..

UMNO ni kita dah beri peluang selama 55 tahun...
dalam 55 tahun ini hukum hudud mendapat tentangan keras dari BN dan UMNO sendiri...
Sehingga sampai ke tahap minda rakyat disogok selama 55 tahun dengan fahaman hudud itu adalah hukum yang zalim...
Untuk mudah kita faham...
kita tengok kepada keadaan kedua-dua belah pihak... 
kita tengok dari segi mudarat...
  • Di dalam BN - semua parti komponen menolak hudud... 
  • Di dalam PR - tidak semua yang menolak hudud.
Jadi kita fikir-fikirkanlah sendiri "mudarat" mana yang lebih besar dan yang patut ditolak...
Kerana, jika kita memilih berada di dalam satu pakatan yang di dalamnya ada usaha-usaha untuk melaksanakan hukum hudud,Insyaallah... Allah akan memberikan kita jalan dan memudahkan usaha tersebut..
Tetapi..
Jika kita memilih untuk berada di dalam satu barisan yang kesemua ahlinya menolak hukum hudud dan tiada langsung usaha untuk melaksanakannya,maka selamanyalah kita akan berada di dalam keadaan sekular..
Dan BN telah terbukti gagal selama 55 tahun...  

No comments:

Post a Comment