"tukanglawan"

"tukanglawan"


Macam Mana George Kent Boleh Dapat Tander Ni

Posted: 03 Aug 2012 11:47 PM PDT

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menyangkal dakwaan syarikat pembinaan George Kent bahawa usahasamanya dengan Lion Pasific tidak pernah gagal penilaian teknikal dan kewangan dalam bidaan untuk projek sambungan LRT Ampang.

Dalam kenyataannya hari ini, Rafizi berkata, dalam surat bertarikh 20 Januari, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana Datuk Shahril Mokhtar menyatakan bahawa Konsortium George Kent - yang turut melibatkan syarikat-syarikat antarabangsa, Wijet dan Thales - "gagal dalam penilaian kewangan".

Surat tersebut, yang mana salinannya disertakan bersama kenyataan Rafizi, secara khusus menyebut bahawa George Kent-Lion Pacific Venture "gagal dalam penilaian, sama ada teknikal atau kewangan".

Jeng-jeng jeng, pelik makin pelik Malaysia ni, Syarikat yang tak layak pun boleh menang bidaan, "tukanglawan" mula dah faham apa istilah "Cable Dalam" sekarang nei,... ada pakai "cable" ke, Besa mana kable tu ye? kah..kah..kah


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Polis Pukul Wartawan

Posted: 03 Aug 2012 11:45 PM PDT

Polis yang merupakan saksi ke 23 pendengaran awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) marah apabila panel siasatan menyentuh tindakan mereka menghalang media merakam gambar aksi anggota itu semasa bertugas pada Himpunan Bersih.

"Kalau ambil gambar saya, saya pun marah!" kata Assistan Superintenden (ASP) Zahari Yusof penuh emosi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peguam pemerhati berhubung tindakan polis menghalang pihak media daripada merakam, dan pada tahap merampas kad memori jurugambar ketika membuat liputan pada 28 April lalu.

Ditanya sama ada menjadi kesalahan untuk polis berbuat demikian, beliau menjawab ia bergantung kepada anggota yang berhadapan situasi berkenaan.

"Saya tidak tahu di atas undang-undang apa, tapi saya sebagai individu berhak untuk halang orang ambil gambar saya," katanya.

Beliau bagaimanapun menafikan wujudnya arahan pihak atasan untuk menghalang jurugambar merakam tindakan mereka sepanjang perhimpunan aman itu.

Dalam sesi pendengaran sebelumnya, jurugambar akhbar The Star, P Puspanathan berkata, beliau dikepung polis apabila cuba mengambil gambar polis membelasah peserta himpunan.

Sementara jurugambar Malay Mail, Muhammad Arif Kartono cedera di bibir akibat dibelasah enam polis dan kameranya sengaja dipecahkan.

Wartawan The Sun, Radzi Razak pula dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur akibat kecederaan dalaman selepas diserang kira-kira tujuh anggota polis.

Marah atau takut gambar itu nanti tersebar dan dijadikan bukti, ika tidak timbul arahan, mengapa jurugambar dikepung beramai- ramai? fikirkan lah.

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Ore Kelate Pun Dapat Bonus Rayo..

Posted: 03 Aug 2012 11:44 PM PDT


Kerajaan negeri Kelantan meluluskan bonus Aidilfitri setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 bagi kakitangan awam.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, beliau bersetuju dengan pemberian bonus itu bagi menampung keperluan sempena hari raya.

"Saya baru sahaja bersetuju dan mendatangi surat tersebut," katanya ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini pagi semalam.

Bulan lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan bayaran khas RM500 untuk pesara kerajaan yang dibayar pada 9 0gos ini.

Kerajaan negeri Selangor pula menambah RM200 dari bonus dengan memasukkan wang itu sebagai simpanan.

"Bagi yang beragama Islam, wang ini akan dimasukkan dalam Simpanan Tabung Haji manakala bukan beragama Islam akan diberikan dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN)," umum Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan pada Khamis lepas.

Bonus-bonus jugak, ada lebih tu simpan sikit, dan jangan sakan sangat beraya, ingat jugak pada yang tak berapa ada.

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Rais Yatim, Sila Tengok Ni.

Posted: 03 Aug 2012 11:43 PM PDT

Dah tak perlu nak dolak -dalih , Rais yatim kene terima hakikat bahawa logo dan lagu malah tema hari kemerdekaan "milik umno" tahun ni sangat hodoh dan menakutkan.


Satu pungutan suara Malay Mail untuk meninjau kesukaan pembacanya antara tema Merdeka 'Janji Ditepati' dan 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' bakal membawa tekanan pada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Setakat ini, pungutan suara yang berumur sehari itu telah menunjukkan satu keputusan yang jelas bahawa tema Merdeka, yang juga slogan kempen Barisan Nasional ditolak hampir sepenuhnya oleh pembaca Malay Mail.

Pagi tadi, daripada 265 undi, 94 peratus atau 248 undi memilih tema Pakatan Rakyat sebagai tema yang lebih disukai untuk sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Walaubagaimana pun ketika laman The Malay Mail di alamat http://www.mmail.com.my cuba di akses sekali lagi petang semalamdidapati laman itu 'off-line'.

Masalah meneteri ialah tidak mahu mengalah dan cuba terus tehak benang basah, terima saja kenyataan ini dari terus dimalukan.... susah sangat ke?




Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment