"tukanglawan"

"tukanglawan"


Bekas Hakim Negara Akan bantu Rafizi?

Posted: 03 Aug 2012 03:03 PM PDT

Ini berita terbaru yang akan buat, najib, Rosmah, Sharizat serta pencacai umno sekelian termenung panjang, bukan setakat termenung, dahi mereka juga akan mengeluarkan cecair yang dipanggil "peluh dingin".

rafizi malam tadi telah dihubungi oleh Bekas ketua hakim Negara, Tun Salleh Abas yang menyatakan hasrat peribadinya untuk membantu Rafizi dalam menangani kes penangkapan "bergari" melibatkan pendedahan Rafizi tentang Salah guna Dana lembu yang telah digunakan untuk "beri lembu tinggal dalam kondo"

Penganiayaan terhadap "lembu-lembu yang dipaksa tinggal didalam kondo" itu mencetus fenomena "lembu merah" yangs sangat menakutkan KERAjaan sehingga Sharizat berhenti dari jadi menteri.

Rafizi minggu ini telah ditangkap polis kerana membongkar wabak "lembu merah" yang dikuatiri akan membawa kepada berkuburnya umno tidak lama lagi.


Sekian melaporkan.


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Najib Ketakutan, Akan Turun ke Sabah

Posted: 03 Aug 2012 06:33 AM PDT

Najib cuba menyembunyikan ketakutannya apabila dua orang wakil rakyat dari Sabah meletak jawatan dalam BN dan mengumumkan akan bersama Pakatan Rakyat.

Bimbang fix deposit Bn itu akan jatuh ke tangan pakatan Rakayt, najib memutuskan akan turun sendiri ke sabah dalam kadar segera.

Tidak dapat menerima desas desus bahawa lebih ramai anggota parti komponen BN akan berpaling tadah, antaranya daripada Upko dan Parti Liberal Demokratik (LDP), najib memutuskan untuk turun ke sabah dan akan mengumumkan terma rujukan untuk suruhanjaya diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang haram negeri itu.

Isu pendatang tanpa izin sabah, sudah berlanjutan sekian lama, salah satu menifesto pakatan rakyat didalam buku jingga itu akan diberi perhatian oleh najib menjelang pilihanraya ini bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN.

Siapa kata najib tidak takut, sedangakan pelawan berdebat pun sudah acap kali diacukan, tapi najib diam seribu bahasa, jelas lah najib kini sedar dia akan kehilangan tampuk kuasa.




Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Peneroka felda Negeri Sembilan Tak Puas Hati

Posted: 03 Aug 2012 04:56 AM PDT

Biro Felda dan Orang Asal PKR mendakwa peneroka Felda yang tidak puas hati mengenai pembahagian saham Felda Global Ventures Holding bukan hanya di Pahang tetapi juga peneroka di Negeri Sembilan.

"Saya menerima aduan melalui telefon dari peneroka Felda Lui di Jelebu memberitahu mereka menerima saham hanya 800 unit untuk melabur dalam FGVH.

"Tetapi yang paling banyak berlaku di kalangan peneroka-peneroka Felda di Pahang," kata Ketua Biro Felda dan Orang Asal PKR, Suhaimi Said .

Suhaimi meminta pihak berkenaan khususnya Felda menyiasat mengapa perkara tersebut boleh berlaku.

"Peneroka Felda Jengka 22 memberitahu saya mreka merasa peneroka telah tertipu. Mereka bertanya apa yang mereka dapat dari saham sebanyak itu?

"Peneroka meminjam wang bank untuk melabur tetapi selepas ditolak bayaran peguam dan kos pemerosesan, berapa yang mereka dapat?," tanya beliau.

Menurut Suhaimi, saham sama ada 800 atau 1, 000 unit tidak akan mengubah kehidupan mereka.
Katanya, ramai peneroka menjangka mereka mendapat 50, 000 unit saham FGVHB kerana ia pelaburan sekali seumur hidup.

Suhaimi menegaskan pemberian saham yang kecil itu menyebabkan peneroka tidak mahu melabur dalam FGVHB.

"Peneroka berkata lebih baik mereka melabur dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang sudah tentu mendapat bonus dan dividen sebanyak 15 peratus setahun," tambah beliau.

Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) sekali lagi menegaskan semakin banyak peneroka mendapat saham FGVHB, semakin hampir mereka untuk menanggung hutang.

Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, dalam borang saham yang dikeluarkan oleh FGVHB peneroka boleh mmbuat pinjaman bank antara RM50, 000 dan RM100, 000 tetapi kerugian akan ditanggung mereka.

"Bayangkan jika mereka meminjam RM100, 000 dan pelaburan dalam FGVHB rugi, berapa banyak hutang yang mereka akan tanggung?
"Anak tetap dengan pendirian supara peneroka Felda menolak FGVH," tambah Mazlan.

Bernama melaporkan peneroka di beberapa tanah rancangan di Pahang yang kecewa kerana mereka hanya diberikan 800 unit saham dalam FGVHB.

Mereka meminta Felda menambah saham mereka kepada 1, 000 unit bagi satu keluarga.

Siapa yang untung?, masih juga isa samad yang mendapt 180,000 unit saham itu, sedangkan peneroka yang menggadaikan tanah mereka hanya dapat sisa, nampaknya makin cepat umno berkubur

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Raja Petra Tidak Sekuat P. Bala ?

Posted: 03 Aug 2012 01:33 AM PDT

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam muncul daripada persembunyian dan membuat satu lagi pendedahan yang menggemparkan - bahawa terdapat percubaan kedua untuk merasuahnya ketika dia berada di India, kali ini untuk memburuk-burukkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam temubual di Kuala Lumpur bulan lepas, Balasubramaniam mendakwa dia didatangi kira-kira seminggu sebelum pilihan raya Sarawak pada April tahun lepas.

"Anda tahu semua ini, mereka sudah mendapat 'berita baik' dari Perth dan mereka memerlukan lagi 'berita baik' dari India," kata Balasubramaniam, tetapi enggan mengulas lanjut.

Pada masa itu, jentera kempen kedua-dua belah parti politik mencapai kemuncaknya dan apa sahaja digunakan untuk menarik pengundi dalam pilihan raya negeri yang penting itu.

Ia juga sekitar masa temubual Raja Petra Kamaruddin dengan TV3, yang dibuat semasa lawatan kontroversi penulis blog itu ke Australia, disiarkan.

Dalam temubual itu yang turut disiarkan oleh stesen TV arus perdana, Raja Petra menafikan akuan bersumpah (SD) yang menghubungkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Raja Petra, yang hidup dalam buangan di United Kingdom, menyebut bahawa SD itu berdasarkan maklumat 'disemai' oleh pemimpin PKR yang terdesak untuk menghalang Najib, yang ketika itu timbalan perdana menteri, menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

rais yatim Buat Lawak lagi, Whateverlah, Janji Dicapati.

Posted: 03 Aug 2012 12:30 AM PDT

Rais Yatim dinasihatkan diam sebelum menjadi bahan gelak, ini pesanan dan nasihat iklas.

Tak guna la kita ni nak hidup tegakkan benang basah, kalau dah tahu lagu tak sedap, dah tahu logo kene ejek dengan bukan sorang, tapi berpuluh-puluh ribu orang, lebih baik menyerah kalah je.

Angkat tangan dan akui kesilapan, mudah kan.

Yang jadi susahnya perangai menteri ni, salah pun tak mahu mengaku, takmo kalah cakap orang kampung, asyik dia je nak betul.

Takpe, rakyat suka sebab menteri di malaysia nei sekarang memang sah jadi bahan ketawa.

Ni rais yatim ni nak buat panel siasatan ni, kenapa, nak bukak lebih besar pekung didada ke atau nak bagi rakyat gelak lagi.

Ini kerja paling bodoh dan bangang, sebab kes lagu ni tak mengancam keselamatan negara pun, takkan jadi perang sebaba lagu nei dan takde yang terbunuh kemalangan sebab dengar lagu nei. jadi lagu sampah ni tak perlu la nak siasat ciplak ke tidak.

Kalau betul pun nak siasat tak sampai 1 hari dah dapat keputusan, tak perlu buang masa rakyat lagi dengan cerita lagu kemerdekaan paling bodoh dan hina sejak 55 tahun merdeka ni.

Tak payah la tubuh panel siasatan, sebab lagu tu RAIS YATIM sendiri tulis, dia boleh call terus pengubah lagu tu dan tanya lagu ni ori atau ciplak melodinya.....

Budak kecik pun boleh fikir penyelesaian paling mudah, masalah pak menteri ialah nak tunjuk pandai dan taknak kalah. tu je....



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Ringkasan Inkuiri Polis Pukul Orang Masa Bersih 3.0

Posted: 02 Aug 2012 11:26 PM PDT

Siasatan awam pihak SUHAKAM ke atas dakwaan pencabulan hak asasi manusia yang berlaku sebelum, semasa dan selepas perhimpunan aman BERSIH 3.0 telah bermula sejak 5 Julai yang lalu. Sehingga kini, seramai 17 orang saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan dan pada minggu lepas (23 - 26 Julai), panel siasatan telah mengambil testimoni daripada 9 orang saksi.

BERSIH 2.0 berhasrat untuk membentangkan laporan ringkas berhubung testimoni yang diterima daripada orang awam yang berani tampil ke hadapan sebagai saksi. Berikut merupakan sebahagian daripada pelanggaran hak asasi manusia yang telah direkodkan sepanjang inkuiri berlangsung:


KEGANASAN POLIS
Tujuh daripada sembilan orang saksi menyatakan bahawa mereka telah diserang oleh polis dan kesemua sembilan saksi melihat anggota polis menyerang orang awam yang lain. Malah seorang saksi memberitahu, polis mengarahkan sebuah restoran A&W yang telah dikunci untuk dibuka bagi membolehkan mereka masuk. Sebaik dibuka, polis masuk ke dalam dan terus mengasari serta menahan orang awam yang berada dalam restoran berkenaan.

SALAH LAKU POLIS
Selain daripada menyerang, polis juga berkelakuan amat ganjil dan sangat tidak professional. Salah seorang daripada saksi telah memberitahu panel penyiasat bahawa dia telah dihina secara perkauman oleh anggota polis yang menyerangnya. Rantai emas yang dipakai dia juga dirampas oleh polis berkenaan dan masih belum dikembalikan walaupun laporan polis telah dibuat

Seorang saksi lain menyatakan bahawa dia melihat sebuah kereta polis dipandu dalam keadaan laju melalui kawasan yang dipenuhi dengan orang awam. Malah terdapat orang awam yang sedang duduk di kawasan tersebut. Terdapat juga seorang saksi yang memberitahu bahawa anggota polis yang memukulnya memakai uniform yang hanya bertanda nama tetapi tidak memiliki nombor pengenalan polis.


PENGGUNAAN GAS PEMEDIH MATA SECARA MEMBUTA TULI
Terdapat beberapa anggota polis dan FRU yang melepaskan tembakan gas pemedih mata secara terus terhadap orang awam walhal mereka sepatutnya melepaskan tembakan dari jarak yang selamat bagi membolehkan peserta bersurai. 

Seorang saksi terpaksa menderita hilang penglihatan mata sebelah kiri akibat terkena kelonsong gas pemedih mata yang ditembak dari jarak dekat. Dia baru sahaja bergraduasi dan telah kehilangan pekerjaan pertama akibat kecederaan yang dialami.

Beberapa saksi lain menyatakan terlalu banyak gas pemedih mata dilepaskan di kawasan sempit yang dipenuhi orang awam menyebabkan mereka tidak mempunyai ruang untuk menyelamatkan diri. Di awal inkuiri, 

seorang saksi memberitahu panel siasatan bahawa dia telah terkena kelonsong gas pemedih mata di leher menyebabkan dia pengsan semasa kejadian.


MASA TIDAK MENCUKUPI UNTUK BERSURAI
Dua orang saksi memberitahu mereka ingin pulang ke rumah pada pukul 4 petang namun terhalang kerana stesyen LRT ditutup. Keadaan ini menyebabkan mereka keliru dan memaksa mereka untuk duduk di kawasan yang sarat dengan tembakan gas pemedih mata dan tembakan meriam air. Pada waktu itu juga polis datang dan menyerang mereka.


SERANGAN KE ATAS KAKITANGAN MEDIA

Tiga orang wartawan telah memberi keterangan bahawa tag media mereka telah diabaikan oleh pihak polis yang telah merampas kamera mereka, mengarahkan mereka berhenti daripada membuat rakaman dan menyerang mereka.
  
Seorang wartawan yang berjaya melepasi due barisan kawalan polis telah ditumbuk semasa berada ditengah-tengah benteng polis berkenaan. Polis juga enggan menyerahkan semula kad memori yang dirampas daripada kameranya.

Salah seorang petugas media pula telah diberi amaran oleh anggota polis agar tidak menangkap gambar dan anggota polis berkenaan cuba merampas kamera serta menendang tag media dia bagi membolehkan dia ditangkap

Dia kemudiannya bertanya arah kepada anggota polis berkenaan namun anggota berkenaan memberi amaran kepadanya dengan mengatakan "Kalau aku nampak kau lagi, aku akan tangkap kau."

Petugas media yang ketiga memberitahu panel inkuiri semasa dia sedang duduk di tepi jalan, dia melihat OCPD Dang Wangi sedang memberi arahan kepada sekumpulan anggota polis dengan menggunakan heler, namun dia tidak dapat mendengar arahan tersebut. 

 Setelah itu, kumpulan anggota polis tersebut bersurai dan mula menyerang peserta himpunan secara rawak. Tiba-tiba, tujuh atau lapan orang anggota polis datang ke arahnya dan menyerangnya secara berterusan walaupun dia menjerit memaklumkan dia adalah petugas media.


KELAKUAN ANGGOTA POLIS YANG TIDAK KONSISTEN

Di sebalik ribuan peserta yang dibenarkan untuk memakai baju kuning, seorang saksi memaklumkan dia diminta oleh oleh pihak polis untuk menanggalkan baju kuning yang dipakainya dan terpaksa pulang ke rumah tanpa kemeja T.

Setakat ini, siasatan yang dijalankan oleh pihak SUHAKAM menunjukkan terlalu banyak pencabulan hak asasi yang telah berlaku ke atas peserta "Duduk Bantah" BERSIH 3.0

Siasatan ini akan diteruskan pada minggu ini dengan pendengaran seterusnya pada 1 dan 2 Ogos. Lebih ramai saksi akan dipanggil termasuk daripada anggota polis

BERSIH 2.0 mengharapkan kebenaran akan dapat didedahkan sekaligus memberikan cerita sebenar tentang apa yang telah berlaku pada 28 April 2012 apabila 250,000 rakyat Malaysia tampil untuk menuntut sebuah pilihanraya yang bersih dan adil.

Keluar Mengundi, Lawan Penipuan!


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Terbukti Puak Umno Dangkal Agama

Posted: 02 Aug 2012 08:51 PM PDT

Jom tengok gambar dibawah, inilah akibatnya mengasingkan agama dari politik, sedangkan dari celik mata sampai ke menutup mata, tidak terlepas pun umat islam ini dari hukum agama.




Betapa jahilnya mereka, apakah mereka tidak mengetahi atau sengaja buat-buat tahu. mereka mempersendakan Islam dengan mempersoalkan bagaimana mahu wuduk jika tiada air, sedangkan ALLAH sudah beri penyelesaiaan masalah ini lama dulu.. didalam Al-Quran

"Adapun jika kamu sakit atau sedang dalam perjalanan atau setelah buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, SEDANGKANKAMU TIDAK MENDAPAT AIR, maka BERTAYAMUMLAH kamu dengan debu tanah yg baik (suci)" (Surah An-Nisa ayat 43/Surah Al- Maidah ayat 6)

Puak umno, jangan jadi bodoh, ini sangat memalukan....




Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Pendedahan Kedua Balasubramaniam

Posted: 02 Aug 2012 06:53 PM PDT

Seorang timbalan menteri yang masih berkhidmat telah menawarkan untuk mengakhiri kehidupan penyiasat persendirian P Balasubramaniam dalam buangan di India jika dia bersedia untuk didakwa dan mengaku bersalah memalsukan akuan sumpahnya (SD) yang pertama.

Balasubramaniam mendakwa timbalan menteri berkenaan, yang secara rahsia menemuinya sebanyak dua kali tahun lalu

sekali di Singapura dan kali kedua di Kuala Lumpur - telah menjanjikan dia (Balasubramaniam) dikenakan denda seminima mungkin dan bersetuju untuk menyelamatkannya daripada hukuman penjara jika dia bekerjasama.

"Mungkin dia merasakan BN tidak selamat dan sekurang-kurangnya dia (perlu) memperbetulkan keadaan... (dan) menutup kes saya," kata Balasubramaniam kepada Malaysiakini dalam satu temubual awal bulan lepas.

Tawaran itu dibuat beberapa bulan selepas percubaan kedua untuk merasuahnya supaya memburuk-burukkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang pilihan raya negeri Sarawak tahun lepas. ( sila baca sini )

Balasubramaniam, individu penting dalam kontroversi yang menyelubungi pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu, terpaksa melarikan diri ke India bersama keluarganya tidak lama sejurus selepas dia membuat dua akuan bersumpah yang bercanggah.

Dia kemudian mendakwa bahawa dia telah diancam dan dibayar untuk menandatangani akuan bersumpah kedua, untuk mengatakan yang akuan bersumpah pertamanya dibuat "kerana ugutan ".
Akuan bersumpah pertamanya yang dibuat pada 2008 mengandungi dakwaan yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya.

najib telah menafikan dakwaan Balasubramaniam yang beliau mempunyai hubungan dengan wanita Mongolia itu dan tidak dipanggil untuk memberi keterangan apabila orang kepercayaannya, Abdul Razak Baginda, didakwa bersubahat dalam pembunuhan Altantuya.

Abdul Razak dibebaskan daripada tuduhan tersebut tetapi dua anggota Unit Tindakan Khas yang berkhidmat sebagai pengawal peribadi Najib, telah disabitkan atas tuduhan membunuh Altantuya

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Edisi Terbakar !!!! Lagu Asal "janji Dicapati" Yang Kutuk Pakatan

Posted: 02 Aug 2012 04:42 PM PDT

Woo hati sakit dengar lagu ni. sapa yang buat lirik dia?.. rais yatim jugak ke, kalau rais yatim tu jugak yang buat.. aku harap kita sumpah dia tak jadi Yb dah lepas ni..

Dengar baik-baik lagu ni ye bukan tengok jantan-jantan lembik yang diupah untuk joget macam pondan sambil pakai baju love PM tu.. konon cool, tapi macam sakai bukit beb.

Antara bait-bait lagu haramjadah nei yang dipercayai didendangkan dengan bangganya oleh anak-anak muda dah ilang akal ni mengutuk dan memfitnah Pakatan.

Dengar beb, kalau tak panas ati tak tau la...




Ni lirik yang asal lagu tu yang cuba meracuni pemikiran budak-budak malah orang tua yang tak pernah mahu nilai, fitnah kepada pakatan rakyat dilagukan, dengan harapan budak baju biru yang berjoget macam pondan selepas dibayar Rm20 itu percaya. memang dasar hati busuk siapa yang menulis lirik ni, mengungkitx2 jasa yang sebenarnya satu tanggungjawab, 

Orang sana pandai cakap
Tapi tak boleh buat
Orang sana pandai janji
pada yang tak peduli
Orang sana pandai auta
Tapi budi tak ada.
Tak malu kah? mahu apa lagi?, mahu dijadikan apa negara ni?, Pakatan rakyat kuat buat najib takut, tabur duit macam rosmah terlalu banyak duit disana sini, tak cukup dengan tu, mana ada pilihanraya rasuah diberikan.. masih ingat kah kau najib..


"U help me I help U" ini bukan janji... ini jelas rasuah untuk menang, menang supaya boleh terus kikis kekayaan negara yang sepatutnya jadi hak bersama rakyat. supaya boleh terus berkuasa dan kebal dari undang-undang. dan supaya politik kotor umno boleh diteruskan lagi.


 Alo... yang hanya pandai berjanji dan bercakap tu umno, mana dia hospital dekat Rembau? bila nak siap,  macam mana pulak dengan perjanjian royalti, bila najib nak bagi royalti pada terengganu dan kelantan, Wang ehsan bukan royalti... najib tak berani pun guna istilah royalti... pengecut sungguh.

Selangor janji nak beri 20 liter padu air percuma.. beri tak?, zaman BN ada tak? zaman BN takde, yang ada khir toyo rembat duit buat rumah adalah. kelantan janji akan bantu rakyat, susah takde duit yg kerajaan najib bagi pun diorang usaha buat lebuhraya... najib ada buat lebuh raya dekat pahang tak masa jadi menteri besar tanpa guna duit kerajaan pusat?.. jawapannya najib tak mampu.

Sudah-sudah la umno... cerita banyak tarak... selamat mampus.... umno sudah pasti dikafankan... puiiii umno itu perangai memang macam BANGKAI yang NAJIS.

Sila sebarkan artikel ni, supaya semua orang tau umno tu busuk dan perlu cepat dihumban dalam kolam najis.

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment