"tukanglawan"

"tukanglawan"


Mesir dan brunei Laksana Hudud, Kenapa?

Posted: 26 Aug 2012 11:40 AM PDT

Menyedari terdapat banyak pihak yang memperkatakan isu tentang hukum hudud dan terdapat sesetengah pihak pula yang menolak dan menghinanya, Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) merasa bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan tentang hukum ini.



1. Hukum hudud merupakan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah kepada manusia khasnya kepada orang Islam dalam menyelesaikan isu yang berkaitan dengan jenayah. Mereka tidak boleh menunjukkan sikap dolak dalih apatah lagi menolak dan menghinanya kerana melaksanakannya merupakan tanggungjawab ke atas seorang Muslim. Sikap menolak dan menghinanya boleh menjadikan seseorang itu terkeluar dari agama.

2. Bagi seorang non-Muslim, tidak menjadi kesalahan kepada mereka sekadar tidak bersetuju kerana tiada paksaan dalam agama tetapi mereka tidak wajar untuk menghina hukum ini. Begitu juga, mereka tidak dipaksa untuk menerima hukum hudud kerana mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan hukum yang sedia ada atau sebaliknya. Justeru, sebarang usaha menghalang pelaksanaannya dianggap sebagai masuk campur dalam urusan agama orang Islam. Penghinaan terhadap hukum hudud, walaupun tidak dilaksanakan lagi di dalam negara boleh mengguris hati umat Islam kerana ia seolah-olah menghina Allah. Ini sekaligus akan menimbulkan satu keadaan yang tidak tenteram dalam hubungan seorang muslim dan bukan non-muslim. Walau bagaimanapun, mereka boleh memberikan pandangan untuk menambahkan lagi keberkesanan pelaksanaan hukum ini di negara ini.

3. Islam sebagai agama yang membawa kerahmatan kepada seluruh manusia sentiasa membuka ruang kepada mana-mana pihak untuk membincangkan pelaksanaan hukum ini secara lebih objektif dan rasional untuk keselesaan semua pihak. Ini kerana ia melibatkan proses mendrafkannya sebagai undang-undang (akta/enekmen) dan meletakkan remedy bagi lacuna yang mungkin terdapat di sana-sini bagi enekmen yang sedia ada (Terengganu dan Kelantan). Menolaknya secara total bukanlah sikap yang bijak kerana pelaksanaan hukum telah terbukti boleh membawa penyelesaian kepada masalah jenayah seperti yang berlaku di Saudi Arabia.

4. Dalam isu kondusif yang menghalang pelaksanaan hukum hudud seperti pada zaman Saidina Umar, yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak, sebenarnya mereka perlu membezakan antara taqnin iaitu proses mengundang-undangkannya dan pelaksanaan kepada undang-undang itu. Taqnin itu perlu, tetapi dalam melaksanakannya mungkin perlu ditangguhkan atas alasan tertentu yang boleh dijelaskan dalam undang-undang itu sendiri, budi bicara penguatkuasa dan boleh juga ditafsirkan oleh hakim. Hal ini tidak pelik kerana terdapat undang yang tidak digunakan seperti memberi kuasa kepada polis untuk menangkap siapa sahaja yang tidak mempunyai kad pengenalan. Tetapi, pihak polis tidak menggunakan peruntukan ini semudah itu.

5. Oleh yang demikian, ILMAM menyeru semua pihak agar duduk berbincang isu hudud ini berlandaskan ilmu pengetahuan dan mengajak non-Muslim menghormati hak orang Islam dalam melaksanakan hukum ini. ILMAM bersedia berbincang dan boleh menjadi orang tengah dalam membincangkan isu ini dengan para ulama yang lebih terkemuka. Di dalam negara kita terdapat ramai golongan cendiakawan Islam dan pakar undang-undang yang boleh membincangkan perlaksanaannya dan menerima sebarang padangan serta menjawab sebarang persoalan dan kemusykilan.

Ditulis oleh Dr Aminurrasyid Yatiban Presiden Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM).



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 

AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Projek Presiden Mahathir ?

Posted: 26 Aug 2012 05:15 AM PDT

Projek IC Mahathir atau 'Projek-M' didakwa telah menambah secara drastik jumlah penduduk Sabah dan membenarkan pendatang asing menjadi pengundi sah.

 Pemberian kad pengenalan kepada warga Filipina dan Indonesia itu mencapai kemuncak pada awal 1990 an, bertujuan menumbangkan kerajaan Pembangkang Parti Bersatu Sabah (PBS) pimpinan Pairin Kitingan.

Menurut Ketua Biro Keselamatan, Imigresen dan Reformasi Pilihan Raya KEADILAN Sabah, Dr Chong Eng Leong, terdapat bukti bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad terlibat dalam skandal pemberian kad pengenalan berkenaan.

Katanya, warga asing yang ditahan akibat memiliki kad pengenalan apabila ditanya di mahkamah majistret pada September 1992 mengenai cara mereka mendapatkannya menjawab, ia diperolehi melalui 'Projek Presiden Mahathir'.

Patut la beria-ia tak mahu RCI pendatang asing dilaksanakan di sabah,

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Kenapa Azwan Sokong Azmin Ali?

Posted: 26 Aug 2012 04:52 AM PDT

Azwan juga menganggap Azmin sebagai pemimpin terhebat dan berkaliber walaupun pelbagai tohmahan buruk dilemparkan Umi Hafilda bagi menjatuhkan karier politik Timbalan Presiden KEADILAN itu.

Enggan menyatakan parti mana yang diundinya, beliau mengakui menyokong Azmin bukan atas dasar hubungan adik-beradik tetapi disebabkan prinsip yang diperjuangkan abangnya untuk membela rakyat.

"Azmin adalah abang saya selama-lamanya. Beliau adalah 'great leader' (pemimpin yang hebat). Saya sokong perjuangan Azmin untuk KEADILAN," katanya.

Kenapa Azwan Ali Tak mahu sokong ummi hafida?, mesti ada sebabnya kan... fikirkan la.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Azwan Haji Ali Mengamuk Lagi.

Posted: 26 Aug 2012 02:37 AM PDT

Marah betul Azwan haji Ali Kali ni, semua gara-gara ibunya diperalat Umi Hafida yang bersekongkol dengan Umno bagi memfitnah Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa yang merupakan Abang kandungnya.

Ummi Hafida yang jadi taruhan umno untuk lawan Anwar dulu pernah dibuang oleh ayahnya Ali Omar, sehingga mewasiatkan melucutkan warisan zuriat Umi kerana sikap suka melawan, tidak peduli nasihat, riak, takbur, pembohong di samping penglibatannya dalam konspirasi dan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tak tahu la bagaimana rasanya kene buang oleh ayah sendiri sehingga ayah tak mahu mengaku anak bukan setakat dunia, malah akhirat. bayangkan la sendiri macam mana ayah tak mahu mengaku anak kerana perangai buruk anaknya.

Kali ni, Azwan Haji Ali dah buang pulak ummi hafida ni, sampai dia tak mahu lagi di kaitkan dengan si ummi tu.

"Jangan tanya apa-apa pasal Ummi Hafilda… Saya sudah tegaskan sebelum ini, saya tak ada sesiapa lagi. Saya hanya ada (Mohamed) Azmin dan Azman. Mereka itu saja darah daging saya," kata Azwan Ali dalam satu temuramah.

Berat kes ummi hafida ni , dah jadi orang terbuang dah, nasib ada umno nak bela lagi.. kah..kah..kah. malang betul hidup.

Lebih malang ada yang masih percaya kata-kata orang yang dibuang keluarga.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Koleksi 6 Logo "pening" Baru Kemerdekaan Ke 55

Posted: 26 Aug 2012 12:34 AM PDT

Korang dah tengok belum logo baru "janji Dicapatikan" yang diorang nak guna untuk sambutan kemerdekaan nanti... jom kita tengok dan analisa sikit la ye.

Ok.. ni logo mula-mula, logo tahap budak tadika ni la yang kene kutuk dulu, lepas tu keluar pulak lagu untuk "disepadankan" dengan logo ni, jadi bila lagu bercampur aduk dengan logo .. orang mula muntah-muntah.

Kemudian bila orang dah muntah, tarik balik logo ni,  entah la sapa punya mata yang tengok logo ni lawa, seriously ni la logo paling buruk pernah "tukanglawan" tengok.

Jadi sekarang diorang dah keluarkan 6 logo baru... jom kita tengok satu demi satu.

Ni logo no 1, masih tak boleh tinggal jugak "janji dicapati" tu, wajib ada, sebab kalau takde nanti rakyat lupa pulak nak undi BN.. kah..kah..kah.. biasa la...  tengah terdesak.

Logo no 55 tu orang faham la. dah 55 tahun merdeka.. logo 1 tu ape benda...  ohhh... 1 tahun terakhir hayat umno la kot maksudnya.. kah..kah..kah...

Errrmmm sekali tengok no 1 tu macam bendera johor la pulak... agaknya disegner ni orang johor agaknya.


Ok.. logo no 2 disebelah kanan ni,  ayat "janji dicapati" wajib ada, haram kalau tinggalkan, ayat tu mesti kene bubuh jugak sebab nak ingatkan banyak kali yang BN ni banyak tabur janji tak pernah tunai. contohnya hospital dekat rembau yang ada batu asas je, jugak janji nak bagi royalti minyak macam dalam perjanjian yang dibuat.

Idea logo ni mungkin cilok dari logo original budak tadika.

Cuba tengok bendera ni dengan logo awal yang buat ramai orang muntah, macam bendera yang sama je, cuma yang ni ditarik bagi panjang cikit, kah..kah..kah.. kotak bawah tu  mengambarkan negeri johor.. maksud bendera ni, negeri johor terletak di bawah semenanjung malaysia.


Logo ni kira ok la, cuba tengok no 55 tu, dengan tulisan merdeka... kira kalau terdesak sangat dah boleh pakai dah logo nei,

Tapi nak tau apa yang buat logi nei mampu buat orang muntah lagi tak?, tulisan "janji dicapati" tu buat spoil.


Kalau dah terdesak sangat logo ni pun boleh pakai, ye la kan, dah tinggal berapa hari je lagi , dalam artikel sebelum ni ada pendedahan dari kementerian sendiri kata belum ada logo rasmi ditetapkan.

sekali lagi merah biru dominasi logo nei, macam logo johor je.. kah..kah..kah...  cuma pelik la, kenapa la pakai logo 1 tu, bape tahun sebenarnya merdeka nei. 

obses betul dengan no 1. kah..kah..kah.




Logo yang last sekali "tukanglawan" jumpa dekat website kementeriaan berkenaan.. ni la logo no 6 yang diorang rancang nak pakai, tak payah pening-pening... pakai je logo 1 ni.. kah..kah..kah.

Cumanya logo no 1 ni mengambarkan ke malaysia ni dah capai 55 tahun kemerdekaan? , takde pulak no 55, slogan yang diorang pilih untuk tahun nei pun takde...

So, mana satu logo yang diorang akan pakai nei, dah tinggal tak sampai seminggu, kita tak tau yang mana satu,  mungkinkah kejutan akan dibuat?, last minit keluar logo lain, atau memang sengaja takmo canang awal sebab takut logo yang dipilih tu buat orang muntah lagi.. kah..kah..kah.

Takpe la, suka hati diorang la nak pilih logo mana, sebab logo yang pakatan rakyat keluarkan lagi menarik, takde pulak unsur politik, universal logonya.


 So korang pilihlah mana satu yang korang berkenan, bukan apa, dengan logo ni pun kita tahu macam mana puak umno sekutu apco buat keputusan, macam mana pulak Pakatan Rakyat buat keputusan, umno ni buat dulu takyah fikir pastu tengok respon orang ramai.

Kalau kene gelak atau rakyat tak suka tarik balik, lepas tu buat lagi.. biarkan tergantung pakatan rakyat fikir, buat, bincang lepas tu baru keluarkan, sekali buat takde pulak orang muntah sebab tengok logo.

So benda paling simpel macam nei dah boleh korang tentukan nak pilih "syaitan" ke nak pilih "malaikat".. kah..kah..kah


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Isa Samad Kata Pelabur Makin Yakin.. Ye La Tu......

Posted: 26 Aug 2012 12:35 AM PDT

Isa Abdul Samad semasa majlis rumah terbuka di Port Dickson berkata berdasarkan rekod keuntungan yang dicatatkan FGVH sebelum ini, beliau yakin ia akan merangsang pihak pelabur untuk membeli saham FGVH..

Ye la tu.. betul la... pakcik makcik di Felda sangat yakin sekali.. kah..kah..kah..






Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Angkara Logo "janji dicapati" Sampai Hari Ni Kerajaan Pening.

Posted: 26 Aug 2012 12:35 AM PDT

Tak tahu la apa "badi" logo "janji dicapati" yang ditarik balik tu, sampai hari ini, berapa hari je lagi nak "merdeka" logo rasmi kemerdekaan tahun nei masih belum ditetapkan.


Ni bukan"tukanglawan" saja cakap, nak bagi info kene la ada buktinya, betul tak..

Seorang pegawai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mengesahkan bahawa kerajaan menghasilkan enam versi logo Merdeka, namun belum memutuskan versi rasmi yang akan digunakan.

Seorang pegawai perhubungan awam kementerian itu kata "Sehingga kini, kementerian kami masih belum memutuskan secara formal mengenai versi yang akan digunakan pada 31 Ogos."

Beliau berkata keputusan akhir berada di tangan Najib, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang juga pencipta lirik tersohor Rais Yatim dan pegawai kanan kementerian tu.

Kah..kah..kah, Apa saja lah.. "janji dicapati" dah berapa hari ni, sempat lagi ke nak print logo?

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment